Penat rupanya jaga kedai, blur dengan system smartpos tu. Lama-lama jadi reti juga. Rupanya, bila kita dah tinggal seorang diri, kena buat sendiri, jadi pandai juga akhirnya.
Sebaik saja bookfair selesai (alhamdulillah sales melegakan) disambung pula dengan aktiviti serta perasmian Plaza Kangar tempat kami berniaga ini, dirasmikan pada hari ini 4 Mac oleh Dato' Noh Omar, Menteri Usahawan. Nampaknya saya kena jadi camerawoman aje, sementara bos besar nak berposing tu haa :)
Saif hadiahkan buku Travel Dakwah untuk Dato' Noh Omar. Selamat membaca Dato'!
Sebelah petangnya saya perlu menyertai pertandingan hias kek harijadi. Tapi kalah sebab saya taktau yang syaratnya nak kena tulis "happy birthday" atas kek tu. Aiseh, juzz a small mistake but its a big impact (impak maksima la pulak). Alhamdulillah saya berpuas hati walaupun tak menang, anggapla bukan rezki kita. yer tak?
Nak tergelaknya hakim yang adili pertandingan kek tu datang jumpa saya personally, "kenape adik tak tulis tema "happy birthday"? kalo tak, dah lama jadi juara". Ish manala saya tau kak oi, ni kali pertama saya dipaksa masuk acara ni oleh orang-rang MARA tu ha. hehe. Walaubagaimana pun, ini merupakan pengalaman berharga buat saya. Terima kasih semua. Banyak lagi perkara yang perlu saya belajar, banyaknya menda yang saya tak tahu. huhu.
dan... paling membahagiakan, Saif kata saya tetap juara di mata dia. haha. thats it! Itu kemenangan mutlak :)
Sebaik saja penyampaian hadiah, terus datang 2 orang mahu menempah kek dan mohon saya bukakan kelas cake deco untuk peserta KEMAS. Aiseh, gue ngak bisa (baca:tak pandai) mengajar lho...Amek tempahan boleh la. Tahap nak buka kelas tu, fuh... jauh lagi tu!
See? salah satu objektif saya tercapai kan! hehe.
pssst Rani, bila mau buka kelas fondant??
patutlah lama tak update blog.. busynya tokoh usahawanita (eh ke usahanita?) ni :)
ReplyDeletesalam najah..
ReplyDeletecomelnya kek..kalau dekat2 dah lama order utk b'day anak2 saya
akak, buatla kelas kat dak2 alumni hira'.....saya nak belajar tp duk shah alam.
ReplyDelete