Tasneem dah boleh berjalan. Baru aje boleh awal Ogos ni. Sebelum ni meniti kat tepi-tepi dinding aje.Sejak boleh jalan ni, satu rumah ditawafnya. Baru dapat kaki katakan. Tapi kena beli kasut saiz 3 sebab kasut-kasut sebelumni dah tak muat. Kadang-kadang kasut Ibah pun dibedalnya.
Bebaru ni beli durian, Tasneem punya la gelak dan perati durian tu hampir setengah jam mengadap durian. sambil gelak, jerit-jerit, sambil sentuh duri-duri tu. Pastu tolak-tolak supaya tergolek dan ketawa lagi. Agaknya dia ingat binatang apalah ni. Bila dah buka durian tu, bagi dia makan. Banyaknya makan, sampai 3 ulas besar.
Toy peberetnya sekarangni adalah anak patung yang saya beli dari Bandung, saya ternampak dia tidur peluk anak patung ni, terus snap gambar.
dah besar tasneem.macam2 ragam ada.kalah kak ibah dia kot.
ReplyDeletetengok muka tasneem lain ye dari muka ibah :)
comey anak2 farah...dah besar diorang kan.. bila la kit dpt jumpe ye farah..rindu kat hang
ReplyDelete