Notebook aku, eh bukan notebook aku...notebook abang sebenarnyer telah koma buat seketika (hehe...saja ngaku notebook sendiri). Susah juga ya pabila menda-menda penting macamni rosak. hhmmm.... harap-harap tak rosak teruk :(
alhamdulillah... kesibukan semakin berkurangan. tataula akan datang. tapi rasanya makin sibuk dengan ujian bulanan kat sekolah semakin hampir. Khamis lalu, baru saja selesai hari sukan. leh tahan juga anak buah kumpulan aku. tak sia- sia aku jadi cikgu sukan rumah mereka. hiks
Nusaibah... makin aktif manusia cyborg itu. hehe. amat gemar makan wayar dan tekan-tekan notebook dan hanset. Sudah pandai memberontak jika tidak diberikan apa yang dia nak. leh kurus ummi.hiks
Saturday, April 16, 2005
Rosak dan Rosak
Friday, April 01, 2005
Situasi...apa kata mereka
Semasa dalam pantang.
+ laa...tak nampak macam bersalin pun.
+ aik...sihat walafiat. Tak nampak macam berpantang. Makan ubat apa?
+ mana satu mak baby nih?? (agaknya dia tak perasan mana satu yang bersalin sebab masatu ramai org pompuan kat umah).
aku.sengeh ajer le..
Sebelum interbiu. Sembang dengan beberapa calon temuduga lain.
+ awak asal mana? Area sini-sini gak ke?
- saya asal penang. Tapi kawin ngan orang sini. Dok sini la.
+ oh, dah kawin?? Ingatkan bujang macam saya. Kita sebaya kan?
- ha’ah. Dah ada anak pun.
+ ye ke? Ingatkan lum ada anak....
Masa Interbiu.
Penemuduga
+ Sila kenalkan diri anda.
Aku. Memperkenalkan diri.
+ la...dah ada anak? Nampak macam muda lagi
Kat dalam kelas tusyen
+ cikgu, bila cikgu nak kawin?
- cikgu dah kawin laaa
+ eh yeke? Ingatkan cikgu lum kawin
+ bila cikgu nak dapat baby?
- cikgu dah ada anak la.
+ haaa? Cikgu dah ade anak??? Tak nampak mcm ada anak laaa
Cewah aku.hehe
Kat ofis abang. Singgah kat ofis dia, ajak lunch.
+ Encik Saif, wife u tak nampak macam bersalin pun.
Abang jawab, "ssyhh..jangan bagitau kat dia. Satgi kembang setaman bila dia dengaq."
Kat sekolah tempat Salahuddin belajar.
Sambil dukung Nusaibah, terserempak dengan student ting 6.
+ eeei...comelnyer, adik ker?
- tak, anak...
+ haa? Laa..kiterorang ingat akak student mcm kiterorang. Ingat nak daftar masuk sini.
Jumpa kawan lama.
+ aku dengar ko dah kawin yer?
-haa laaa. Lama dah...dah ada anak pun
+ laa....ada anak? Ingatkan baru kawin. Tak nampak mcm ada anak pun.
Kat sekolah tadi.
-nak balik dah ke?
+ ha’ah. Nak pi amik anak pulak kat pengasuh.
- eh...dah ada anak?? Ingatkan baru aje kawin
Tapi........situasi ini pulaaaaakkk!!
Kelas fardhu ain tahun lepas masa sarat pregnantkan Nusaibah
+ cikgu, adik cikgu panggil. Dia tunggu kat luar.
Dalam hati aku, cis kuang asam punya anak murid, laki aku dia kata adik aku. Haha.
First time dalam idup aku, aku terasa aku tua.hehe.