Thursday, May 13, 2010
Tamrin Tunas Taqwa
Saturday, March 13, 2010
Explorace
Alhamdulillah, pada 27 Feb 2010 yang lepas, KRJ Perlis telah berjaya melaksanakan program Explorace untuk remaja-remaja di bawah kendalian KRJ.Dah lama kuar paper Sinar Harian,lupa nak update. Laporan ni Saif yang buat sebenarnya. Saya yang dapat nama. hehe. Muka saya tak kuar paper pun, tapi nama kuar paper pun jadikla.hihi. Janji dapat promote JIM pada masyarakat.
p/s; cewah abang, muka kuar paper. siap bersila lagi tu .haha
Saturday, December 26, 2009
Pos Malaysia punya servis
Harini, Sabtu jam 11.40 pagi saya dapat sms dari posmen Arau, sms huruf besar tuu...
"SILA DATANG AMBIL BUNGKUSAN DAN POS LAJU DI PEJABAT POS ARAU! TERIMA KASIH"
Saya reply,
"aik, takleh antar ke rumahke? saya bayar mahal woo untuk bungkusan pos laju tu"
Posmen tu reply balik
"Barang besar dan tak muat nak bubuh dalam beg!!!"
siap 3 titik tanda seru tu...
nak je saya balas, servis apa ni? ada aku kisah ko nak hantar naik motor ke, lori ker? tapi saya tak balas pun. Saya minta adik ipar pi amik.
Sebenarnya posmen tu dah lama tak puas hati dengan orang-orang kat umah kami, sejak ayah buat komplen surat selalu kumpul banyak-banyak dulu, baru dia hantar. Jangan memain, bil-bil kad kredit selalu dapat time nak due dah. Haritu dapat kad kenuri kawan, selepas kenuri. Posmen tersebut kena 'sound' dengan HQ. Haritu bos pos malaysia siap datang rumah jumpa ayah minta maaf. Ha.. memain, Prof Madya Wan Muda punya komplen! hehe
Tapi, yang jadi mangsa ialah anak-anaknya....bila ada bungkusan, posmen tu tanak hantar. Hanya tinggal note (kad merah) aje dalam post box supaya kami ambil sendiri barang di Pej Pos Arau
Cuba belajar service courier lain, bayaran postage sama aje. Siap hantar depan pintu, kalo takda orang... siap call pastu esok datang hantar lagi.
Friday, March 06, 2009
Bertemu Akhirnya...
Sudah sekian lama saya ingin mendengar ceramah beliau. Sebelum saya hanya membaca buku beliau yang best tu, "Travelog Haji".Terima kasih prof, ceramah prof begitu terkesan di hati saya. Airmata mengalir sepanjang ceramah prof. Menginsafkan saya. Prof menekankan berkali-kali ngenai kekuatan dan konsep doa, betapa teruknya saya yang selalu berdoa dalam keadaan kelamkabut, sambil bersahaja. Tidak bersungguh-sungguh.Pastu mengharapkan supaya Allah kabulkan hajat. Zalimnya saya selama ini.
Satu perkara yang telah lama sangat saya tinggalkan iaitu solat Dhuha, saya tanamkan azam baru iaitu nak amalkan solat dhuha setiap haritengok tu prof kamil tandatangani buku beliau sambil berposing, sempat lagi tu. hehe
Kisahnya di sini dan di sini
Wednesday, March 04, 2009
Macet
Library buat Pesta Buku 25 Feb hingga 1 Mac, tapi tak ramai yang tahu. aiyaarrk. Banner pun takde, bunting lagi lah takde. Anyway...tahun depan panggil kami lagi ya. Alhamdulillah sponsor dari PTS. Kebetulan Saif ada kursus 5 hari pada tarikh yang sama di Alor Setar. Duuh...kena jadi runner, kena jaga kedai sementara staf jaga booth kat library.
Penat rupanya jaga kedai, blur dengan system smartpos tu. Lama-lama jadi reti juga. Rupanya, bila kita dah tinggal seorang diri, kena buat sendiri, jadi pandai juga akhirnya.
Sebaik saja bookfair selesai (alhamdulillah sales melegakan) disambung pula dengan aktiviti serta perasmian Plaza Kangar tempat kami berniaga ini, dirasmikan pada hari ini 4 Mac oleh Dato' Noh Omar, Menteri Usahawan. Nampaknya saya kena jadi camerawoman aje, sementara bos besar nak berposing tu haa :)
Saif hadiahkan buku Travel Dakwah untuk Dato' Noh Omar. Selamat membaca Dato'!
Sebelah petangnya saya perlu menyertai pertandingan hias kek harijadi. Tapi kalah sebab saya taktau yang syaratnya nak kena tulis "happy birthday" atas kek tu. Aiseh, juzz a small mistake but its a big impact (impak maksima la pulak). Alhamdulillah saya berpuas hati walaupun tak menang, anggapla bukan rezki kita. yer tak?
Nak tergelaknya hakim yang adili pertandingan kek tu datang jumpa saya personally, "kenape adik tak tulis tema "happy birthday"? kalo tak, dah lama jadi juara". Ish manala saya tau kak oi, ni kali pertama saya dipaksa masuk acara ni oleh orang-rang MARA tu ha. hehe. Walaubagaimana pun, ini merupakan pengalaman berharga buat saya. Terima kasih semua. Banyak lagi perkara yang perlu saya belajar, banyaknya menda yang saya tak tahu. huhu.Sayang la sebab takde gambar yang close up. huhu. Abang la yang amek gambar ni. isk..isk..
Ni part final touch, siap leh duduk rileks lagi. Masa belum tamat. Lama la jugak. lebih sejam. Cikgu Rani, thanks for da cute ladybird. Ada saya letak kat atas dan tepi kek.Tapi tak dapat belanja cikgu la sebab kalah :). Sebenarnya saya masuk bukan sebab nak menang pun, ada kepentingan.hiks. Pertamanya, nak jaga hubungan dengan MARA, sebab tak nak hampakan permintaan mereka. Keduanya, nak cuba samada, menggeletar atau tak kalo hias kek depan umum. Ketiga, nak tau setakat mana kebolehan diri sendiri (test power). Keempat, salah satu cara nak promotekan/memperkenalkan diri sendiri pada pelanggan. Kelima, kot2 la (kot la kan, kalo orang MARA baca ni) depa nak bagi kedai bakery Plaza Mata Ayer tu kat kita ker kan.. hehe. ops. Nadia baca dak? hehe
dan... paling membahagiakan, Saif kata saya tetap juara di mata dia. haha. thats it! Itu kemenangan mutlak :)
Sebaik saja penyampaian hadiah, terus datang 2 orang mahu menempah kek dan mohon saya bukakan kelas cake deco untuk peserta KEMAS. Aiseh, gue ngak bisa (baca:tak pandai) mengajar lho...Amek tempahan boleh la. Tahap nak buka kelas tu, fuh... jauh lagi tu!
See? salah satu objektif saya tercapai kan! hehe.
pssst Rani, bila mau buka kelas fondant??
Monday, February 16, 2009
Tahniah n Thanks to Pck Khudzir
Sebaik saja tamat kuliah tafsir semalam, Mck Ana menjemput ke jamuan kesyukuran sempena Dr Khudzir (uitm) mendapat professor (penuh) kat Linda Ikan Bakar, Kuala Perlis. Tahniah pck khudzir, moga terus cemerlang. Terima kasih atas ikan bakar yang best itu :)
This is a women (girl) outing. Having a nice dinner with a nice chat! (talking about biz n melancong, aiyaarkk)Sebelah kanan saya tu, mak mertua saya, she was so confuse tatkala dia melihat waiters kedai ni yang sungguh misteri statusnya. hehe
Here we are, most of them were lecturers (prof madya belaka). Jangan terkejut, saya berkawan dengan makcik-makcik tau! hehe. They are so simple n humble. Kadang-kadang saya terlupa dengan sapa saya berkawan (kedudukan n status mereka).
soalan cepu mas: patutkah saya menyambung master dan phd? huhu
Wednesday, January 28, 2009
Roadshow Palestine di Pasar Tani Kangar
Ahad, 27 Jan 2009 kat Pasar Tani Mega, Kangar. Kutipan rm 500 lebih dari jam 9.30 pagi hingga 11.30, 2 jam je buka booth sebab semua terpaksa hadiri jemputan kenuri kawen di kawasan/ kampung masing-masing. Banyak sungguh kenuri hari tu.
Thursday, January 22, 2009
Road Show di Pasar Malam
Alhamdulillah. Kelmarin Rabu-21/01/2009, JIM Perlis telah menggempur pasar malam di Stadium Utama Kangar( pasar malam terbesar di Perlis) untuk kempen dan kutipan derma Palestin.
Operasi bermula jam 6.00 petang sehingga 10.00 malam. Operasi gempur pasar malam kali ini melibatkan :
- mengedarkan risalah kempen boikot barangan Israel - 1000 risalah diedarkan, tu pun tak cukup, kalau print 3000 keping rasanya pun habis juga
- kutipan derma untuk Palestin dari orang ramai - alhamdulillah berjaya mendapatkan sebanyak RM 1,900.00
- membuka booth jualan barangan Palestin - badges, buku, lil books dan VCD
- menggantung banner BOIKOT barangan sekutu Israel yang mendapat tarikan orang ramai
Terlupa bawa microphone dan portable sepaker, mujur Prof Madya Shukri mengambil alih tugas microphone dengan melaungkan: "Palestine! Palestine! Derma untuk Palestin! Bantulah saudara-saudara kita di Palestin! Hari ini hari mereka, manatau esok-esok hari tuan-tuan", sampai ada abang gerai sebelah tanya, abang tu kerja apa ya? kami kata Pck Shukri mengajar di Uitm. Abang tu kata " patutla bersemangat semacam ja"
Melihat kepada sambutan yang memberansangkan, insha Allah jadual seterusnya ialah Ahad ni, Gerak Gempur Palestin di Pasar Tani Kangar pula. Jom pakat turun ramai-ramai.
Ramai terkejut melihat pck mck JIM ni yang turun ke pasar malam mengutip derma terdiri daripada para profesional (lecturers,doktor,teacher). ada yang menegur, "uik.. Dr azlan... buatpe kat sini? kutip derma palestine?"
Kalo ikut hanya sedikit sangat sumbangan yang kita mampu buat, berbanding dengan saudara di Palestine mempertaruhkan darah mereka untuk akidah. Tapi kita masih lagi bersenang lenang meneguk Coca-Cola serta mengenyangkan perut anak-anak di McD kan?
Tuesday, January 20, 2009
Program Palestine di SMAKP
Team Palestine WJIM Perlis, takde dalam gambar ialah Azrul Nizah (ada kelas master ritu)
Antara fliers yang diedarkan termasuk senarai boycott dan qunut nazilahlautan banner n posters
Puan Che Mazlina sedang berucap. Semangat wooo!
Alhamdulillah setelah beberapa siri WJIM menyampaikan info di sekitar Perlis sebelum ni pada 9 Jan- ‘Palestine Kini’ kepada ibu-ibu kawasan kejiranan Taman Ria, Arau dan 11 jan- ‘Selamatkan Palestine’ kepada para pelajar lepasan SPM Sek Men Derma. Sehinggalah Sabtu, 17 Jan WJIM Perlis dijemput oleh Sek Men Keb Agama Perempuan, Kangar untuk memenuhi slot Palestine dihadapan 800 orang pelajar.
Kehadiran kami disambut meriah dibanjiri dengan banner dan poster yang dibuat oleh para pelajar mengikut kelas masing-masing. Pada mulanya SMKAP bercadang untuk membuat demo aman dihadapan masjid Syed Alwi (bersebelahan sekolah mereka), tetapi tidak dibenarkan oleh pihak polis. Hanya diarahkan untuk demo di dalam kawasan sekolah sahaja. Bersama penceramah tak asing lagi Dr Hasbullah pada slot pertama menerangkan tentang sejarah Palestine dan Hamas. Alhamdulillah berjalan dengan lancar, walaupun slaid agak kabur disebabkan ceramah dibuat di dewan terbuka sekolah (suasana terang) disebabkan jumlah pelajar yang ramai.
Slot kedua tayangan slaid serta penerangan tentang pemboikotan barangan Israel dan Amerika disampaikan oleh KW Perlis sendiri , Che Mazlina dengan penuh semangat walaupun dihadiri oleh 5 orang SB, tidak melunturkan semangat kami serta adik-adik SMKAP untuk terus melaungkan bantahan keatas kekejaman Israel .
Alhamdulillah, program yang bukan sekadar untuk bermain perasaan dan emosi bahkan lebih kepada memberi penerangan mengenai isu Palestine pada para pelajar SMKAP. Kami berharap agar dijemput lagi untuk terus berprogram bersama mereka selepas ini. Greenlight telah diberi oleh pengetua sekolah ini. Kami berharap akan ke sekolah seterusnya selepas ini dan kami sedang menanti jawapan dan jemputan dari beberapa buah sekolah dan surau. Terima kasih buat Pak Utih menjemput Najah dan Saif ke IKBN. Sempat juga berkenalan dan beramah mesra dengan adik-adik di IKBN bertanyakan program persatuan Islam mereka
Program Palestine secara bersepadu akan datang adalah di Pasar Malam Stadium Kangar pada hari Rabu, 21 Jan.Doakan!
Sunday, January 04, 2009
WJIM Perlis Bersama Masyarakat
Alhamdulillah... satu pembukaan tahun baru yang baik. Harapnya lepasni pergiatkan lagi usaha ke arah ini. Pada Rabu dan Khamis lepas, 31 Disember 2008 dan 1 Januari 2009, WJIM Perlis telah membantu mereka yang kurang bernasib baik. Hasil kutipan dari beberapa ahli usrah telah berjaya sedikit sebanyak membantu 4 keluarga yang dikenalpasti. Saya, Ustazah Ruswati dan Puan Marja selaku wakil WJIM Perlis sempat bertemu 2 keluarga, dimana satu keluarga yang menetap di Taman Fauziah ibu/isterinya dikenali sebagai Kak Nah yang baru sahaja menjalani pembedahan kanser payudara. Kaknah menyara keluarga dengan mengambil upah menjahit baju. Suaminya mengidap sakit lelah yang agak teruk. Sejak Kaknah selesai menjalani pembedahan kanser payudara, dia tidak boleh lagi menjahit, mujur ada anak lelaki sulung yang bekerja secara sambilan, telah banyak membantu mereka. Kehadiran kami mengembirakan beliau.dari kiri: Ustazah Ruswati, Kak Nah dan saya
Keluarga kedua adalah Kak Ani yang menetap di Santan dimana ibunya sudah 8 tahun lumpuh tetapi tiada menerima apa-apa bantuan walau berkali-kali diminta bantuan. Ibunya memerlukan sedikit peruntukan untuk membiayai kos ubat-ubatan. Kini ibunya tinggal bersamanya dimana Kak Ani pun mempunyai 7 orang anak kecil dari umur 12 tahun hingga 2 bulan. Kak Ani juga mempunyai seorang nenek yang sudah tua dan agak uzur. Kak Ani pun baru abis berpantang. Suaminya bekerja mengambil upah membuat rumah dan sebagainya. Sumbangan kami sedikit sebanyak membantu ibunya dan membeli keperluan anak-anak untuk bersekolahUstazah ruswati menyampaikan sumbangan, Ibu Kak Ani (bertudung oren) dan Puan Marja bertudung biru. Tiada dalam gambar ialah: Kak Ani,ketika itu beliau sibuk memandikan anak-anaknya untuk bersiap-siap ke masjid.
Banyak pengajaran yang telah saya pelajari, betapa bersyukur dan beruntungnya kehidupan yang saya lalui. Melihatkan Kaknah yang menghidap kanser payudara, timbul keinsafan dalam diri dimana, sewaktu Kaknah masih sakit, dia masih lagi meneruskan kerja-kerja mengambil upah menjahit baju sambil menahan sakit walaupun dalam keadaan terpaksa. Ini dilakukan adalah untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Walaupun dalam keadaan sakit, beliau terpaksa menaiki basikal menghantar anak ke sekolah,kerana ada ketika hari suaminya diserang lelah, suaminya tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan.
Pada keluarga Kak Ani pula saya rasa kagum kerana beliau dapat menjaga ibu yang sakit, nenek yang uzur dan anak-anak yang ramai. Kami tiba di rumahnya hampir maghrib melihat betapa sibuknya Kak Ani menguruskan setiap orang anaknya dan beramai-ramai (anak lelaki) berjalan kaki ke masjid untuk solat maghrib. Terdetik di hati saya,bagusnya anak-anak ini. Pergi masjid bersama-sama. Pada masa yang sama Kak Ani sibuk pula menguruskan neneknya dan ibunya serta bayinya yang berumur 60 hari. Semuanya ini memerlukan pengorbanan wang,masa dan tenaga. Menginsafkan saya. Moga Allah meringankan beban keluarga-keluarga ini dan merahmati mereka sekeluarga. Amin
Sumbangan seterusnya adalah pada keluarga di Kuala Perlis dimana telah dihadiri oleh Puan Marja dan Ustazah Ruswati. Saya tidak dapat hadir, ada kerja terpaksa dilakukan.
p/s: terkilan pula kerana tak bawak kak Ibah. Adakalanya perlu bawa anak-anak ke lawatan seperti ini supaya anak-anak turut menyaksikan sendiri keadaan sekitar mereka. Ini dapat memberi pengajaran dan mendidik mereka erti rasa syukur.
Thursday, May 15, 2008
Musim Harumanis

Sekarang musim mempelam harumanis. Ini buah trademark negeri Perlis.Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Perghh sedap. Mujur saya belum bersalin lagi boleh la pulun puas-puas :). Bertuah juga kerana ayah mertua saya menanam pokok harumanis di depan rumah. Tiap-tiap hari boleh makan sementara musimnya ni.
Tengahari tadi selepas membuat penghantaran tshirt di jeti Kuala Perlis, saya sempat melihat Festa Harumanis 2008 yang telah dirasmikan pagi tadi oleh Raja Perlis. Ada makan-makan pulut mempelam.Tapi kami tiada kesempatan untuk berjalan-jalan di sana memandangkan hujan lebat tengahari tadi. Orang ramai pun berkumpul bawah khemah je dengan tempias hujan lebat. Last2 singgah ke kedai KakSu Laksa Perlis. Pekena sampai 2 pinggan. Buat bekal sebelum bersalin.hehe
Festa Harumanis 2008
(gambar diambil dari blog http://sangkelu.blogspot.com/)
Jualan Harumanis dari Jabatan Pertanian
(gambar diambil dari blog http://sangkelu.blogspot.com/)
Hebat juga penangan mempelam ni ya. Setiap kali kami membuat penghantaran tshirt melalui courier ktm dan skynet, penuh berkotak-kotak harumanis dalam lori courier tu, bila ditanya... sedara mara mereka di luar perlis yang memesan katanya. uish, sampai pos mengepos ek!
Sabtu lepas mak saya siap datang dari Penang mencari mempelam ini dan memborong untuk dibawa pulang. Mak saya memborong macam nak meniaga pula. Padahal beli nak makan dan beli untuk sedara mara yang memesan.
Mari! Mari! Mari! Singgahlah ke Perlis :)



