Semalam kedai buku kami dikunjungi oleh orang kuat Galeri Ilmu, Abu Hassan Morad bersama dua orang anak daranya, salah seorang yang saya kenal ialah Ummu Hani, penulis novel yang sedang mencipta nama. Saya teringat cerekarama Sabtu lepas bertajuk "ehsan" kalo tak silap saya la tajuktu. Kisah anak derhaka yang membuatkan saya mengalirkan air mata dengan cerita tu. Huhu. Penerbitnya adalah Abu Hassan Morad! pengarahnya, saya lupa la namanya... lupa lagi!
Saya berbisik pada suami, "pakcik tu muka dia macam Abu Hassan Morad la, Majalah Anis tu". Tup2 dia datang memberi kad nama. hehe. Rupanya dia datang untuk menemuramah Tokeh Pasaraya Hafifah, usahawan berjaya di Perlis. Anak Melayu yang dibanggakan.
Ala...saya tak sempat bergambar dengannya.... cari camera tak jumpa pula! Tapi... dia bukannya datang nak menemuramah saya. haha.
sedikit ngenai Bookfair PWTC: suami kata Pak Habiburrahman nak datang bookfair la. ala.... masa saya tengah sarat ni la terlepas peluang best2. Mesti Aini n Aida suka tu! Jelesnya. Ala...teringin nak ikut abang ke sana.huhu. last year tak dapat pi bookfair sebab accident, tengah patah tangan. Tunggu tahun depan pulak la gamaknyer :(
Monday, March 31, 2008
Kunjungan...
Friday, March 28, 2008
Stock clearance!!! Lelong! Lelong!
Salam,
tshirt2 dibawah ini discontinue stock. Akan datang takkan keluar lagi stok ni. So ada saki baki saya mau clear kan stoknya. Anyone interested? sms or emel me ok!. Sms, cepat sket nak reply dari emel, coz kat kedai baru ni belum boleh access internet lagi.
Available size: SOLD OUT!
Harga lelong: Rm 34
Harga Asal Rm 39
Brand: Sumayya
Warna: Dark Brown
Available size: XXL-2
Harga lelong: Rm 34
Harga Asal Rm 39
Brand: Sumayya
Warna: Black
Available size: S-1,M-1
Harga lelong: Rm 34
Harga Asal Rm 39
Brand: Hilyah
Warna: White
Available size: M-2,XXL-2(sold-kak fiza)
Baki: M-1,XXL-1
Harga lelong: Rm 34
Harga Asal Rm 39
Brand: Sumayya
Warna: orange checks
Available size: S-2 (satu dah dijual)
Baki: S-1
Harga lelong: Rm 34
Harga Asal Rm 39
Brand: Sumayya
Warna: Maroon
Available size: SOLD OUT!
Harga lelong: Rm 34
Harga Asal Rm 39
Brand: Sumayya
Warna: Skyblue
Available size: S-2 (sold:Bidah,saiz S-1),XXXL-2(xxxl:1 helai dah jual)
Baki: S-1
Harga lelong: Rm 34
Harga Asal: Rm 39
Brand: Hilyah
Warna: Darkblue
Available size: SOLD OUT!
Harga lelong: Rm 34
Harga Asal: Rm 39
Brand: Hilyah
Warna: Mediumblue
Wednesday, March 26, 2008
Gelagat Pelanggan
Alhamdulillah.... sudah 25 hari Iqra' Books ini beroperasi dengan seorang staf yang boleh dipercayai, Allah mudahkan pencarian staf baru ini, syukur. Seorang yang cepat belajar, agak tegas dan rajin.
Pengalaman 25 hari membuka kedai ini sedikit sebanyak memberi ilmu baru kepada saya. Walaupun saya tak selalu ke kedai, kerana menumpukan kerja lain pula lepasni. Tapi saya tahu semua yang berlaku di kedai. hehe.
Gelagat pelanggan, kalo masuk kedai melayu.... mesti mintak diskaun, ada yang sampai mintak diskaun tak logik pun ada. Kenapa ya? Tapi kalo kat MPH, takde pulak memujuk cashier agar memberi diskaun.hehe...
hmm...mungkin perlu memikirkan beberapa perkara untuk di upgrade. Mungkin tokeh kedai tak perlu ada di kedai selepas ni. sekarang ni pun, perlu jarang-jarang ke kedai. Sebab nampak aje muka tokeh, mesti dimintanya diskaun :).
Susah juga ya...
Semalam, sambil sibuk saya bermesyuarat perancangan strategik JIM yang dalam keadaan yang agak tegang, ada pulak customer call dari kedai mintak diskaun. aiyark!!
Nak tak nak....bagi la juga. Tapi kalo staf baru saya yang jaga.... agak strict juga staf saye ni :)
hmmm.... mungkin perlu dipercepatkan sistem computerized, scanning barcod tu!
p/s: semalam pertama kali dalam hidup saya, tshirt labuh di beli oleh seorang kakak yang free hair. alhamdulillah, semakin diterima ramai sejak stok hilyah dan sumayya di jual. Saya mendoakan moga kakak tu, suatu hari nanti dibukakan pintu hatinya untuk bertudung. Amin...
Monday, March 24, 2008
Saturday, March 22, 2008
Our Humble CM
Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | Mar 17, 08 | 5:59:13 am MYT
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - Kerana enggan membelanjakan RM100 ribu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih rela tinggal di sebuah rumah berusia milik bapanya.
Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menceritakan perkara itu selepas bertemu dengan Setiausaha Agung DAP itu di Pulau Pinang baru-baru ini.
Beliau ke pulau itu baru-baru ini kerana hendak bertemu Lim untuk berbincang beberapa perkara mengenai kepentingan bersama kedua-dua pihak.
"Oleh kerana beliau sibuk, beliau meminta saya menemuinya kira-kira pukul 10.00 malam hari itu.
"Tahu di mana Guan Eng nak jumpa saya? Di restoran McDonald," kata Mohamad Sabu yang mula mengenali Lim dengan lebih dekat ketika sama-sama di tahan dalam Operasi Lallang 1987 lalu.
Naib Presiden PAS itu juga lebih selesa bertemu di tempat terbuka kerana "tidak ada apa yang hendak dirahsiakan".
Bagaimanapun, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu kemudiannya memberitahu pertemuan itu tidak dapat diadakan di tempat terbuka itu atas nasihat pihak keselamatan.
Memahami perkara tersebut, beliau terus menuju ke rumah di mana Lim tinggal.
"Di rumah, dia biasa sahaja dengan "seluaq katok" (seluar pendek). Bila saya tengok keadaan rumah yang berusia tempat dia tinggal, saya tanya dia, kenapa tak pindah ke rumah rasmi Ketua Menteri?
"Dia (Lim) jawab: 'Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Terpaksa belanja sampai RM100 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai RM100 ribu untuk kepentingan saya'
"Saya rasa sangat terharu mempunyai kawan seperti itu," kata Mohamad Sabu.
Walaupun perkara itu bukanlah perkara baru baginya, memandangkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990 memilih kehidupan yang sederhana, begitu juga Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu, Naib Presiden PAS itu tetap merasa bangga dengan sikap sederhana dan rendah diri Lim itu.
"Saya bangga kerana dia takut nak belanja wang rakyat RM100 ribu sedangkan Perdana Menteri gasak sehingga RM15.81 juta untuk ubahsuai kediaman rasminya Seri Perdana di Putrajaya.
"Saya yakin, Menteri-Menteri Besar kita yang lain (dari PAS dan KeADILan) juag akan memilih jalan kehidupan yang sederhana yang sama seperti dua Tok Guru kita, jauh lagilah menyalahgunakan harta kerajaan," katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, kata-kata pertama Lim semasa mengadakan sidang media di Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28 Komtar ialah: "Saya rasa seperti melangkah masuk ke kandang singa".
"Saya tidak menyangka dapat duduk di kerusi ketua menteri ini kerana pernah dipenjarakan. Ia merupakan transformasi sebenarnya dan pengalaman baru bagi saya," Bernama memetik Lim.
Sebelum mengangkat sumpah, Lim berkata beliau dapati lebih ramai pemberita menghadiri sidang akhbarnya sekarang dan "saya diterangi lampu-lampu kamera".
Dalam kenyataan kemenangannya, Lim berkata, "Kami gembira dengan kemenangan ini dan berjanji tidak akan mengecewakan penduduk Pulau Pinang.
"Kami mahu menegaskan bahawa kerajaan baru adalah untuk rakyat Malaysia daripada semua kaum. Kami ada bersikap adil, saksama dan tidak mendiskriminasikan mana-mana kumpulan - memberi bantuan kepada semua yang memerlukan.
"Penduduk Pulau Pinang yang berbakat akan mendapat peluang saksama daripada gabungan parti pembangkang itu yang disatukan menerusi kecintaan terhadap demokrasi dan menghormati hak asasi manusia, kekaksamaan politik dan keadilan sosioekonomi," katanya sambil mengesa orang ramai supaya "menghormati hasrat rakyat".
DEB lagi...
Dipetik dari blog http://tehranifaisal.blogspot.com/
Adalah DEB itu tuan-tuan bukannya undang-undang; kalau dicari dalam perlembagaan alamat tak jumpa. DEB itu sama juga duduknya macam Islam Hadhari atau Penerapan Nilai-nilai Islam. 'Binatang DEB' itu hanyalah dasar atau polisi parti pemerintah yang diserapkan dalam mana-mana peraturan dan pekeliling kerajaan yang sesuai. Ini termasuklah pada aspek pembahagian tender kontrak. Jadi kalau nak dapat kontrak tanam bunga dalam pasu keliling Ampang, meskipun tak cukup modal asalkan tuan-tuan Melayu maka tuan-tuan pun akan dapat kontrak. Atau kalau tuan-tuan kroni YB tertentu maka senanglah dapat tender. Jadi katakan, ada kroni Dato tertentu tidak dapat, maka mereka pun bercakaranlah macam beruk kemaruk pisang. Maka, adalah absurd kalau tuan-tuan tiba-tiba menyampuk dan ikut marah-marah sebab tender itu bukan dapat pada tuan-tuan pun. Habuknya pun tuan-tuan tak dapat hidu.
Reti?
Tuan-tuan, serta 'budak-budak yang tak pergi mengundi' sekalian; lama kelamaan DEB itu sudah menjadi punca rasuah, punca kronisme, punca mati pucuk dan segala bagai. Ada Dato mendapat air time di stesen tivi tertentu selagi ada bulan dan bintang. Atau lebih tepat selagi ada dacing dan keris.
Bila DEB dilanyak atau ditolak, maka kempunanlah mereka yang sentiasa menadah ini. Bila mereka kempunan, mereka pun balun dalam tivi sebab tivi mereka yang empunya. Maklumlah air time pun dipegang beratus jam sebulan. Yang tuan-tuan nak ikut melompat sekali apa hal?
Kenapalah kalian tidak reti-reti?
DEB tiada. Yang ada dalam perlembagaan ialah hak keistimewaan Melayu. Dan itu dijamin dalam perlembagaan. Termasuklah duduknya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, itu ya undang-undang. Itu pun sudah diliwat dan disodom oleh parti yang ada ini. Selagi ada raja dan sultan termasuklah yang pandai macam Raja Nazrin itu selagi itulah nasib tuan-tuan sebagai Melayu tak terkutik pun. Jadi jangan termakan hasutan tertentu. Bukalah mata aduhai bukalah akal alahai.
Jadi Wawasan 2020, Rukun Negara, dan Islam Hadhari adalah benda musim-musiman, esok-esok kalau ada yang naik memerintah dan mengisytiharkan slogan baru maka janganlah canggung pula.
Kerana itu kita sepatutnya mengalu-alukan kenyataan daripada MB Perak yang baharu, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin: Dasar yang ada diskriminasi akan dihentikan kerana kita mahu adil kepada semua kaum termasuk Orang Asli sekalipun.
Kerana itu kita sepatutnya meneliti kenyataan MB Selangor yang baharu, Tan Sri Abdul Khalid: Terdapat pihak tertentu di Selangor mengatakan saya telah melupakan DEB kerana saya adalah antara mereka yang boleh ditonjolkan sebagai menerima rahmat daripada DEB. Saya berterima kasih tentang penerimaan itu tetapi terdapat penyelewengan DEB selepas ia dilaksanakan pada 1970-an. Bila sampai 1990-an, kita dapati DEB disalahgunakan. Pada saya, apa gunanya satu dasar yang sepatutnya memberi kesan kepada seluruh rakyat tetapi tidak dilaksanakan dengan baik.
Reti?
Itulah budak-budak yang berblog ini, kita suruh dia mengaji dia tidak mahu. Dah jadi mak bapak orang tak reti-reti politik dan hanya reti menatap Akademi Fantasia dan Raja Lawak. Bila media lapor sumbang sedikit mulalah mengambil berat tak menentu dan maki hamun macam pandai. Di universiti dulu mengaji malas sebab tidur sampai tengahari dan asyik memonteng kuliah sebab merendek belakang tangki air.
Mereka yang ingin merubah DEB tidak melanggar Perlembagan atau undang-undang. Tetapi mereka yang menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris untuk subjek tertentu boleh dikatakan melanggar undang-undang, reti? Ke tak reti-reti?
Yang patut dibincang diblog ialah apakah Agenda Ekonomi Malaysia yang ditawarkan oleh parti KeADILan benar-benar munasabah. Yang patut diwacanakan ialah apakah boleh dasar tersebut memperbaiki dan menaiktaraf golongan miskin dan terpinggir sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Siam, Bugis, Jawa, Serani-Portugis dan lain-lainnya.
Yang patut ditekuni apakah mekanisme-mekanisme baru untuk menyalurkan bantuan ekonomi kepada sejumlah besar peniaga-peniaga kecil dalam komuniti Melayu dan memastikan peluang pendidikan, skim kewangan mikro kredit, perkhidmatan sosial dan kebajikan serta pelbagai lagi bentuk bantuan ekonomi terbuka untuk masyarakat Melayu. Apakah betul dasar ini akan senonoh atau adakah ia satu alat yang boleh nanti diselewengkan oleh kumpulan lain pula.
Yang patut dibincangkan apakah agenda baru ekonomi ini bebas dari 'penjajahan asing' dalam bentuk ekonomi? Apakah mungkin ada tangan halimunan Zionis katakan, atau apakah ada tangan ghaib Amerika sang iblis besar itu secara tidak ternampakkan. Itu satu dua kemungkinan sahaja, selagi belum nampak dan didiskusikan kita pun tak tahu. Yang patut dibincang dalam blog itulah. Bukan melenting melatah tak pasal-pasal sambil membincangkan siapa patut dapat undi sms AF6.
Reti?
Ke tak reti-reti?
Wednesday, March 19, 2008
IQRA' BOOKS
Selamat datang ke Iqra'Books. Ada few pictures yang diambil. Banner dan bunting sudah ada di pintu masuk Plaza Kangar. Cuma papantanda kedai belum ada coz nak kena tunggu pihak MARA yang siapkan. Diorang nak seragamkan untuk semua penyewa.
Lum finalise lagi,masih dalam proses menambah buku dan banyak lagi nak kena make over. Kena panggil eric,casa impian tu ka? :)
Anak saya, berbaju pink. Melayan anak-anak customer buat puzzle.
Saya cuma mengambil sedikit ruang untuk tshirt labuh di hujung sebelah luar kedai
stok tshirt ikut saiz. Any order?? hehe
Banner dah naik kat Plaza Mara
Monday, March 17, 2008
DEB??
Kita maklum pertelingkahan mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) heboh diperkatakan termasuk tunjuk perasaan di Pulau Pinang. Dalam akhbar hari ini pun penuh polemik mengenainya yang dicetuskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru itu, Lim Guan Eng.
Yang anehnya DEB (1970-1990) telah tamat tempohnya pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) mulai 1991. Sebenarnya istilah "DEB" tidak perlu ditimbulkan lagi sebab dah tamat. Mengapa pula tidak seorang pun menyebut istilah DPN?
Diharap jangan ada yang tersilap macam orang lain - hingga menimbulkan pergaduhan.
Saturday, March 15, 2008
update!
Alhamdulillah...PRU telah selesai. Berakhir dengan sujud syukur dan banyak-banyak berdoa agar kerajaan baru ini tiada perpecahan dan bersatu.Tak sangka,terharu,sujud syukur....
Harini genap 2 minggu kedai kami dibuka. Alhamdulillah dapat seorang staf yang banyak membantu. Saya dan suami tidak perlu terkejar-kejar membuka kedai. Adik baru tu tolong bukakan kedai, kemas, susun, update stock dan sebagainya. Saya boleh tumpukan buat kerja lain selepas ini. Banyak kerja lain tertangguh akibat pembukaan kedai sebelum ini. Di samping berehat sementara menantikan kehadiran orang baru :)
Jualan t-shirt alhamdulillah. Setiap hari ada order masuk melalui emel or sms. Walk in pula, setiap hari pasti ada sales. Paling kurang 2 helai tshirt dijual. ok la tu buat permulaan. Ramai pelanggan baru.
Gambo kedai belum ambil lagi. aiyaark..terlupa bawak kamera. Cuti sekolah ni agak sibuk sedikit, sebab Nusaibah tak ke sekolah. Saya semakin tak larat, huhu. Sudah masuk 7 months pregnancy. Ikut kan hati... nak tido aje sepanjang hari.hehe
p/s1: saya sedang menantikan si Aini (milofuze.blogspot.com) menghantar copy filem 'ayat-ayat cinta'. hehe. Sudah lama akak tak rilek2 wahai aini.huhu
p/s2: untuk Pak Yus (pinkayu.blogspot.com), sudah sekian lama dia menanti, maaf pak yus, next week saya uruskan pembayaran, kemudian bapak hantar ya!! afwan, sibuk banget sih minggu ini!
p/s3:Perlantikan MB
Tahniah kepada Sultan-sultan Melayu kerana tidak hanya mengikut telunjuk ahli politik. Sultan Perak, Raja Perlis, Sultan Selangor sudah menunjukkan kebijaksanaan mereka dan dengar Sultan Terengganu juga akan ‘bersuara’.
Depa dok bantah-bantah ni... nak jadi penderhaka ke?
Friday, March 07, 2008
Begini Rupanya Cara Undi Pos ek?
Salam,
yesterday, got the emel from a friend and he is a pilot.
-------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, semalam dah tunaikan kewajipan sebagai pengundi pos. Disini ana ceritakan sedikit apa yg ana lalui semalam.mula-mula sampai semak nama kat senarai diluar dewan.Confirm ada nama, beratur ambil sampul surat yg berisi kertas undi di lobi dewan.Masa tu nampak seorang awam berkopiah putih (mungkin pemerhati dari pas)sedang duduk satu sudut.
Dah dapat sampul terus masuk kedalam dewan mengundi, tak ada pemerhati disini. Ada anggota tentera yg arahkan suruh buka sampul dan keluarkan isi sampul.
Ada dua sampul satu utk DUN dan satu utk parlimen. Dalam tiap sampul ada kertas undi YG ADA NO SIRI dan satu surat pengesahan yg ditandatangani oleh anggota yg membuat semakan dan juga ada NAMA dan NO TENTERA pengundi yg kemudian ditandatangan oleh pengundi.Dalam surat pengesahan ini juga tertera NO SIRI kertas undi yg ditulis dengan pensel.
Lepas tu terus pegi ke booth dan pangkah kertas undi.Lepas tu kertas undi yg telah dipangkah tadi dimasukkan ke sampul yg dibekalkan BERSAMA-SAMA dengan surat pengesahan tadi yg tertera nama, no tentera dan no siri kertas undi dan tandatangan pengundi. Lepas tu jilat tepi sampul dan lekatkan. Kemudian kedua-dua sampul tadi dimasukkan kedalam karung pos.
Selesailah proses undi pos. Persoalan yg timbul:
1. Kertas undi dan butir-butir pengenalan orang yg mengundi dimasukkan kedalam sampul yg sama, siap ada tandatangan lagi. Maka UNDI POS BUKAN RAHSIA.
2. Sampul yg berisi kertas undi dimasukkan kedalam karung pos. Soalnya karung pos tu sapa yg simpan? pejabat pos, SPR atau polis. Karung pos tu dikunci oleh mangga yg harganya tak sampai RM5, sapa-sapa pun boleh pecahkan, tukarkan, hilangkan atau apa-apa lagi dengan kertas2 undi tersebut dan kemudian ganti dengan mangga baru. Ana mengundi hari selasa, so ada 4 hari lagi sebelum dibuka dan dikira, macam2 boleh berlaku. So UNDI POS BOLEH DIMANIPULASI.
3. Ada ramai anggota yg pergi berkursus, tugas luar dan sebagainya, tak tau pulak ana macamana proses pengundian mereka, dan macamana pengendalian undi-undi mereka. Persoalannya semasa undi mereka dibawa dan disimpan sebelum dikira ADAKAH JAMINAN BAHAWA UNDI MEREKA TIDAK DIMANIPULASI?
4. Ada sorang kawan bagitau dia boleh mengundi 2 kali, kali kedua pada hari sebenar guna no ic awam.Tak tau pulak samada akan dibenarkan kerana ic dia adalah ic tentera. Dalam mel pun ada keluar 2-3 org lg kes yg sama. Persoalannya macamana benda ni boleh berlaku dan BERAPA RAMAI YG BOLEH MENGUNDI DUA KALI?
Sunday, March 02, 2008
Alhamdulillah akhirnya...
Sudah sekian lama bertungkus lumus dengan segala persiapan mental,fizkal n modal terutamanya, harini hari pertama pembukaan IQRA' BOOKS, house of knowledge.Walaupun belum cukup lengkap sepenuhnya, tapi try aje bukak. Test market. Keseluruhan lot-lot kedai belum dibuka lagi, kebanyakan tenant Plaza Mara akan buka selepas PRU. Depa sibuk meraih undi sekarangni kot :)
Tapi Pasaraya Hafifah selaku anchor tenant sudah dibuka di bahagian bawahnya. Bakery Dr Wahab (Alpine Delice) adalah tenant yang pertama beropreasi secara completely. Dasat doktor nih!
Saya belum sempat merakam gambar keadaan kedai kami. Bateri rechargable rosak la pulak. Saat2 inilah yang dibuat halnye :). Sejak buka dari pagi, pelanggan yang masuk kedai and akan beli sekurang-kurangnya sebuah buku. Kami berjaya set up tempat bacaan kanak-kanak beserta mainan jigsaw puzzle walaupun hanya letak blok2 huruf as carpet aje yang dibeli di Giant. Alhamdulillah, its work!! Semalam ada parent with three small kids dok tumpu buat puzzle tu.
Ramai yang teruja melihat banner Tshirt Labuh Muslimah. Jualan hari pertama sahaja, sudah laku 20 helai. Wow! itu satu permulaan yang baik. Doakan kami. ada 4 new customers, dan 2 regular customers. Saya dapat tambah kenalan! :). alhamdulillah...alhamdulillah...
Seronok dan takut pun ada di peringkat awal-awal ni....
Saya terlalu mengharapkan doa kalian. Doakan kami!