thePencil.org Ar RaiYan: May 2008

Thursday, May 29, 2008

Promoting TAMU kali ke 6

Dah lama tak update, sibuk dengan kerja-kerja sebelum bersalin. Harini lega, tugasan siapkan nametag Tamrin dan Muqayyam Tunas Taqwa (TAMU) dah selesai. Terus serahkan pada makcik Anum. Rasa ringan aje bila keja-keja TAMU ni dapat disiapkan sebelum saya bercuti panjang.

Oh ya, WJIM Negeri Perlis akan menganjurkan Tamrin dan Muqayyam Tunas Taqwa (TAMU) pada 2-5 Jun nanti di JPS Esplanade, Pengkalan Asam di mana menghimpunkan 100 orang anak-anak sekolah rendah (anak-anak JIM especially) yang datang dari Perlis, Kedah, Penang n Perak. Pendaftaran sudah di tutup. Limit takat 100 aje. kalo tak, mau pecah chalet Pengkalan Asam tu. huhu. Tiap-tiap tahun saya berkampung bersama anak-anak ini, cuma kalini aje tak dapat turut serta memandangkan due bersalin tarikh tu. Tapi pengarah TAMU pesan juga, kalo belum bersalin, datang tau makan kenuri kat tempat program, kita tumbangkan 2 ekor kambing, coz ada orang buat kenuri aqiqah. Hiks.

Tuesday, May 27, 2008

Alhamdulillah...

Selesai sudah berjualan di MATRI selama 3 hari. Ada sambutan 2 dekad MATRI. Sales boleh tahan juga.Tapi walau sehari pun saya tak dapat pergi dek demam, batuk dan selsema. Suami aje meng update tiap-tiap hari bila pulang ke rumah. Fatimah Syarha, penulis buku Tautan Hati tu siap parking ket gerai kami untuk sain autograf para peminatnya. saya minta abang ambilkan gambar sebab tak dapat jumpa. La... kamera abis bateri pulak. Abang selalu cenggitu. huhu.

Terima kasih Aminah kerana membantu, jadi full timer jaga gerai. Sales tshirt labuh seakan -akan tidak percaya. Laku keras juga. Alhamdulillah syukur...surut la sikit stok di kedai tu.Sales tshirt di kedai pun alhamdulillah, time gaji la katakan....

Hmmm... dapat berkenalan dengan supplier tshirt yang baru :), siap datang discuss kat umah sebab tokehnya (saya le) demam . Dilihat offer yang berpatutan!
Insyallah...dok cadang-cadang tu nak keluarkan brand sendiri pada tshirt kanak-kanak. Masih mencari nama dan jenama. huhu. Banyak juga keja ni, kena design lagi, nak memikir lagi.Doakan!

p/s: laporan seterusnya di blog ::BOS::

Thursday, May 15, 2008

Musim Harumanis



Sekarang musim mempelam harumanis. Ini buah trademark negeri Perlis.Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Perghh sedap. Mujur saya belum bersalin lagi boleh la pulun puas-puas :). Bertuah juga kerana ayah mertua saya menanam pokok harumanis di depan rumah. Tiap-tiap hari boleh makan sementara musimnya ni.

Tengahari tadi selepas membuat penghantaran tshirt di jeti Kuala Perlis, saya sempat melihat Festa Harumanis 2008 yang telah dirasmikan pagi tadi oleh Raja Perlis. Ada makan-makan pulut mempelam.Tapi kami tiada kesempatan untuk berjalan-jalan di sana memandangkan hujan lebat tengahari tadi. Orang ramai pun berkumpul bawah khemah je dengan tempias hujan lebat. Last2 singgah ke kedai KakSu Laksa Perlis. Pekena sampai 2 pinggan. Buat bekal sebelum bersalin.hehe


Festa Harumanis 2008
(gambar diambil dari blog http://sangkelu.blogspot.com/)


Jualan Harumanis dari Jabatan Pertanian
(gambar diambil dari blog http://sangkelu.blogspot.com/)

Hebat juga penangan mempelam ni ya. Setiap kali kami membuat penghantaran tshirt melalui courier ktm dan skynet, penuh berkotak-kotak harumanis dalam lori courier tu, bila ditanya... sedara mara mereka di luar perlis yang memesan katanya. uish, sampai pos mengepos ek!

Sabtu lepas mak saya siap datang dari Penang mencari mempelam ini dan memborong untuk dibawa pulang. Mak saya memborong macam nak meniaga pula. Padahal beli nak makan dan beli untuk sedara mara yang memesan.

Mari! Mari! Mari! Singgahlah ke Perlis :)

Monday, May 12, 2008

Happy Mother's Day

Happy Mother's Day buat mama dan mak mertua saya. Mereka ini antara ibu-ibu yang terbaik pernah saya jumpa. Moga saya sehebat mereka. Moga Allah merahmati mereka.

Pepagi tu teringat kat mak saya di Penang. Mesti mak dok sibuk dengan nasi lemaknya. Saya tak malu mengakui mak saya seorang penjual nasi lemak lauk pauk. Mak saya tak bersekolah tinggi. Sekadar lulusan darjah 6. Dulu-dulu belajar buat nasi lemak dengan Chef Li mak saya nih :). Penulis buku jutawan senyap tu.

Alhamdulillah boleh dikatakan penjual nasi lemak yang berjaya. Sejak arwah ayah meninggal 2 tahun lalu, mak saya mulakan perniagaan nasi lemak 6 bulan selepastu.Dulunya 10 kg, sekarang 15kg setiap hari. Bangun seawal jam 3 pagi, keluar menjual jam 7 pagi hingga 10 pagi. Lepas jam 10, mak perlu rehat hingga malam. Alhamdulillah.Licin nasi lemaknya setiap hari. Pendapatannya melebihi gaji saya :)

Ramai pelanggan minta supaya ditambah pengeluaran nasi dan lauk-pauknya. Tapi setakat 15kg saja yang mak saya mampu buat. Bukan sudah comfort zone, tapi mak saya punya diabetes yang agak serius hingga mengganggu penglihatannya. Umur semakin meningkat. kesihatan perlu dijaga. Tiada pembantu pula.

Kadang-kadang saya kesiankan dia kerana terpaksa bangun awal, tanpa pembantu. Hanya tok yang meneman. Padahal umur mak saya ni tak perlu bekerja, cukup hanya menerima sewa bulanan kedai, kereta saya bayarkan, sekolah adik-adik...saya bantu sikit2, bil2 elektrik dan air sepupu saya yang bayarkan kerana dia menyewa tempat proses ayam arwah ayah dulu. Tapi saya tahu, mak saya sengaja menyibukkan dirinya sebab dia tanak selalu terkenangkan arwah ayah saya. Lagipun ada sedikit hutang-hutang lama yang belum diselesaikan dan perlu mak selesaikan pada saudara mara katanya.

Sempena hari ibu ni, saya sebenarnya tatau nak bagi adiah apa kat mak. Tapi mak saya kata, "isk,takyah la... kakak adiahkan kereta untuk mama meniaga ni sudah cukup untuk mama kenang sampai bila2". terharu saya. Padahal pengorbanan mak pada kami adik beradik tak terbalas banyaknya.

Saya rasa semangat meniaganya turun pada saya. Adik-adik lain tak minat. Mereka sudah ada cita-cita masing2. Adik kedua, bekerja makan gaji. Adik ketiga saya di UKM, sudah memilih untuk mengajar dan menyambung sarjananya. Adik-adik seterusnya pun begitu rasanya.

Cumanya...kepandaian memasak mak aje yang takda dalam diri saya. Menyedihkan.

p/s: thanks abang, treated me a nice dinner last nite :)

Sunday, May 11, 2008

New Film

Filem yg fully produced by ikhwah Indon...


Sang Murobbi

Thursday, May 08, 2008

Blog Nusaibah...


Kredit to her aunty,Cik Qis kerana menyiapkan blog Ibah.

Blog ini merupakan catatan harian yang diceritakan sendiri oleh Ibah sewaktu pulang dari tadika atau pengalaman yang dia lalui pada hari tu dan Cik Qis as a writer sebab Ibah tak pandai lagi menulis. Dia hanya pandai bercerita itu ini...

Nanti Ibah besar, Ibah boleh baca semua catatan harian masa Ibah kecik-kecik kan! harap-harap masa Cik Qis masuk IPT nanti ummi or baba akan meneruskan/ update supaya ia tak terbengkalai. huhu

p/s: Entry pasal Perlis Bookfair ada dalam blog Bos. Sedih sangat digital camera hilang... uhuk!

Wednesday, May 07, 2008

tag!

Kena tag ngan Aini. Agak sibuk sket sekarangni sebab nak handover kerja-kerja kat orang lain sewaktu berpantang nanti. Buat tag siap2, kalo tak buat sekarang...alamatnya tak buat dah la..hehe

Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan: (lebih dari 5 boleh ka?? sebab ia hadiah, jadi saya nak hadiah macam-macam.haha)

1. Perform Hajj.
2. Kasut clarks kaler darkbrown
3. A cute bungalow with my own design n deco :)
4. Tour Europe
5. Drive Wish, kaler blueblack. haha. ape la kau nih
6. Wang 1 juta (hah! sapa nak bagi??)
7. My own shop. muehehe (sekarang tumpang kedai suami)

Senaraikan alasan atas pilihan anda itu:

1. Ini semestinya...
2. Saya dah ada sepasang, kaler black... sangat selesa, hadiah dari adik ipar di Ireland... saya harap dia baca entry ni supaya saya dapat hadiah lagi. hehe
3. Saya impikan rumah sendiri n design sendiri. bestnya alahai...kalo orang hadiahkan, lagi best!
4. Teramat sukakan kecantikan tempat2 ini.
5. Takde la high taste, bila tengok orang bawak, rasa geram nak bawak dan keinginan memiliki. haha
6. supaya dapat bergelar jutawan! (macam-macam plan nak buat.hehe.angan2)
7. Saya selalu memikirkan hal ini. Boleh dikatakan setiap hari. tatau kenapa. bila tengok kedai best, saya mesti ckp sorang2, "bestnye kalo aku ada kedai cenggini."

5 impresi terhadap orang yang diminati:

1. Menerima kekurangan saya dan menyintai saya.
2. Suka dengar saya bercerita (good listener) dan tempat saya luahkan perasaan
3. Giving full efforts in da'wah
4. He is my wallet/banker. hehe
5. Rajin membantu,having lots of idea

Perkara yang paling hebat pernah dilakukannya untuk anda: (paling hebat kan?2 perkara boleh ka?)

-Menerima dan menghargai saya sebagai isteri n besfriend, share partner/shareholder
-Menjaga saya sewaktu sakit. Sanggup korban masa kerja n stay kat umah selama 3 bulan masa saya accident patah riuk last year.

5 ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju):

1. Notebook + wayarless (waa...mcm takleh idup kalo takde.haha)
2. Handset (ini pun sama)
3. Tshirt labuh yang saya jual. hiks
4. Digital camera (beli yg baru sebab yg lama abg ilangkan...huhu)

ape lagi ek... takleh nak pikir pulak...hiks

Apakah perkara yang paling dibenci?

1. Orang merokok
2. Orang kedekut dan kasar
3. Orang yang belum kawen, tapi sesedap aje dating, raba sana...raba sini. Rasa mcm nak pi buh penampaq aje
4. Perkhidmatan yang tidak cekap. Bayar mahal2 tapi takde kualiti n tak memuaskan hati
5. Tidak dapat mencapai apa yang diimpikan (quote dari aini)

5 Orang yang yang mahu anda tag:

1. Balqis
2. Baiti
3. Luna
4. Huda Mahmud
5. Farah Funmuffin

 
blog template by suckmylolly.com