thePencil.org Ar RaiYan: October 2008

Wednesday, October 29, 2008

Cerita...

Saya tertarik baca cerpen ni bukan sebab apa, sebab ada nama Kakak Ibah dalamnya.. hehe
______________________________________________________________

Sepahit Madu

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya. .." Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya....."

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

" Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.
Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

***

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

[QS al-Taubah 9:24]

Monday, October 27, 2008

Sahabatku Dalam Kenangan...

Sabtu lalu, saya kehilangan teman yang agak rapat dengan saya. Kak Midah berumur 35 tahun, mengalami masalah usus yang telah pecah dan virus merebak ke dalam badannya ke paru-paru dan hati. Hanya 12 hari di hospital dan ICU. Satu masa yang terlalu sekejap, meninggalkan rakan-rakan dan keluarga dengan usia yang muda.

Arwah meninggalkan suami dan anak-anak masih kecil, 3 orang anak yang sulong berumur 14 tahun, 12 tahun serta 9 tahun dan suami Dr Bad yang umur lebih kurang sebaya beliau merupakan dekan engineering di Unimap. Saya rapat dengan kakmid sejak saya membantu program perkhemahan anak-anak Tunas Taqwa. Pertama kali saya kerumah kakmid sewaktu dia meminta saya bawakan beberapa helai tshirt labuh untuk dia dan jiran-jirannya. Kakmid sering membeli kek dan cookies saya. Tahun lepas saya menerima tempahan kuih raya di Unimap agak banyak disebabkan promosi dari arwah. Saya akan terus kenang jasa arwah hingga ke akhir hayat saya.

Tahun ni saya tak mengambil tempahan kerana sibuk menguruskan Tasneem yang baru lahir. Saya agak terkilan bila teringatkan saya terpaksa menolak permintaannya untuk membuat tart nenas pada raya bebaru ni. Saya tak sangka beliau pergi meninggalkan kami dalam saat begitu singkat ! Rasa macam tak percaya... raya bebaru ni kelihatan beliau masih sihat dan dengan sifat lucu dan peramahnya tu. Kalo kakmid ada dalam meeting tunas taqwa, mesti meeting abis lambat... sebab asyik gelak aje dengan sifat lucunya serta soalan-soalan luar jangka. Saya akan terus merinduinya. Saya akui, saya suka mendengar celotehnya. Sebab dia suka bercakap :)

Kakmid merupakan surirumah yang terlalu sibuk pada pandangan saya. Ini mungkin disebabkan beliau mempunya seorang suami yang sering berkursus luar dari Perlis. Dari urusan penghantaran anak-anak sekolah, tusyen, beli barang dapur hinggalah ke urusan pembayaran bil semua dilakukan sendiri. Saya rasa kesibukannya mengalahkan orang bekerja. Nah, sape kata surirumah tak sibuk? tu ayat yang saya pernah dengar darinya :), saya pernah bergurau dengannya, untung Dr Bad dapat isteri superwoman macam akak! serba serbi boleh buat. Tula, suami akak pun tak bagi akak kerja, sebab kerja kat umah ni dah melambak sangat dah. kalo akak keja, tatau le ape jadi. Dari ceritanya, masa mula kawen dulu,kakmid ni sanggup menolak tawaran ke maktab perguruan semata-mata kerana mengikut suaminya menyambung master n phd ke luar negara. Bagi saya,itu satu pengorbanan yang paling besar untuk masa depannya dan keluarganya.

Saya bersyukur atleast saya sempat melawat kakmidah di hospital, cuma saya tidak sempat melawatnya di hari-hari akhir kakmidah di ICU. Saat paling menyentuh hati pabila melihatkan Dr Bad dan anak-anak mencium jenazah buat kali terakhir. Luluh hati saya.Pulang dari tanah perkuburan, hinggalah ke saat ini fikiran saya masih teringatkan arwah dan saya merasakan bagaimana jika saya pula pergi dalam usia muda begini. Meninggalkan Kakak Ibah yang suka merajuk, Tasneem yang suka tersenyum dan suami yang penyayang. Sungguh menginsafkan. Terbayang amalan saya yang lompang serba serbi. Menakutkan. Ya Allah! Ampunkan saya. Tiba-tiba saja saya merasakan masa saya pula sudah suntuk. Macam tak sempat aje nak hidup lama. Huhu.

Semalam terjumpa mck Marja (antara rakan baik kakmidah), beliau bertanyakan saya samada dah pergi jumpa anak-anak kakmid ke? Saya yang belum kesana. "nampaknya, Dr Bad kena cari mak baru la untuk anak-anak dia,sebab diorang masih kecil" saya bersuara pada mck Marja. "Isk... berebut dah tu, tak sempat Dr Bad buka pencalonan, sape tanak weh Prof Madya Dr tu", jawab Mck Marja. hehe. sempat juga berseloroh. Jauh di sudut hati saya... saya tetap mendoakan agar mereka dikurniakan pengganti sebaik ummi mereka. Ameen. Bukan senang nak cari pengganti superwoman macam tu, yang sanggup berenti kerja kerana keluarga, yang sanggup berkorban segalanya. Moga Allah tempatkan ruh sahabat saya ini di kalangan salafusoleh. Ameen

Thursday, October 23, 2008

New Arrival


Brand: Hilyah
Design: Baby Pink
Price: RM45 (design abaya cut)
Size: S-3, M-5, L-5, XL-3, XXL-2, XXXL-2

Note: available at my shop now!! we'll courier if out of Perlis

Tuesday, October 21, 2008

Jawapan

Alhamdulillah...
Harini saya dapat surat tawaran untuk menghadiri kursus kek, pastri dan roti yang saya pergi interbiu Jumaat ritu. Rupanya selama 4 hari. 3 nov hingga 6 nov. Belajar buat bun pelbagai, muffin pelbagai, blueberry n blackforest cake, span kek n hiasan kek, cream puff n eclairs, pizza dan coklat chips cookies.

Saya tatau le boleh grab sampai mana. huhu. Sebab saya ni kira peserta bermula dari zero nih. Tapi yang penting kena practice selalu selepas kursus.

Rasa teruja pula. Terimakasih Mara! (nota: bukan ayat mengampu yer.heee)

Saturday, October 18, 2008

Teringin nak buat apa yer...

Sembang-sembang pasal masa depan... tiba-tiba suami tambah,"Apa kata bila dah stable bisnes kita nanti... kita buat keja yang menjadi minat kita selama ni. ok tak?" cemana tu? tanya saya balik." ye la.. selama ni kalo kita teringin nak buat sesuatu, tapi tak terbuat sebab sibuk dengan bisnes, so terpendam macam tu aje la"

oo gitu... terfikir jauh sekali suami saya ni. hmmm...kalo abang... nak buat apa? tanya saya. "abang nak jadi wartawan". haaa??? nak tergelak pun ada. Rupanya saya belum habis mengenali suami saya ini. Wartawan majalah i katanya. haha.
ok juga tu, atlaeast leh la interbiu saya buat masuk majalah ker... kan!

kalo saya?

saya nak sambung belajar. Macam Baiti... macam Aini ... bahagianyaaa...hehehe

Thursday, October 16, 2008

Interbiu??

Saya ada mengisi borang kursus kek dan pastri Mara, Perlis. Kursus ini akan dibuat pada 3-4 Nov akan datang selama 2 hari. Apa yang saya suka dengan kursus ini ialah lokasinya dibuat di Perlis, senang saya berulang alik untuk bf tasneem dan bayaran kursus yang lebih murah berbanding kursus diluar. Ini antara kebaikan dan bantuan Mara ( hehe...ni ayat mcm nak jek ajer...saya bukan mengampu ya! ops kwn saya,nadia sedang membaca blog ini.hehe)

Beberapa hari lepas saya menerima panggilan berkenaan kursus tersebut. Pn Najah perlu datang interview dulu ya. Tergelak pada mulanya, aik..nak ikut kursus pun kena interview ker? (saya siap bertanya lagi), ye..sebab penyertaan punyala ramai...maka perlu di tapis dan memilih sesapa yang layak.

Harini saya hadiri interbiu tersebut. ditemuduga oleh pegawai mara kangar.Sekadar sembang-sembang katanya. Bertanyakan impian, cita-cita, modal dan pengalaman. uiks.. ini macam interbiu untuk sewa kedai aje (kata saya dalam hati).

Impian? ya... saya memang mengimpikan untuk membuka bakery suatu hari nanti. Oh dunia, dengarlah!! hehe (org kata, kalo angan-angan, perlu bagitau semua orang supaya ia senang dan dapat direalisasikan)

isk kau nih... nak bukak bakery dengan apa? ilmu dan kemahiran apa pun takda. Hmmm... perlu banyak belajar. Minat sudah ada. Perlu didorong aje kearahnya.

hmmm.... kata pegawai mara masa interbiu tadi, "kau ni sudah ada kedai buku, pastu kau nak bukak bakery pulak. Kau ni TAMAK la".

aaaiikkk..... melawak kasar ye. hehe

Tuesday, October 14, 2008

Tshirt for Breastfeed Mum



Salam,
Sumayya memperkenalkan tshirt untuk breastfeed mum seperti saya ini. Hehe. Insyallah akan dikeluarkan lagi warna-warna lain di masa akan datang

Colour: Citrus
Brand: Sumayya
Available Size: S-3 pieces, M-3 pieces, XL- 3 pieces, XXL-1 piece, XXL-1 piece
Rate: RM 45
Note: available at my shop now!! we'll courier if out of Perlis

p/s: Hasra ritu ada tanya tshirt ni kan... mai la kedai..tapi saiz L abis la pulak!

Anak-anak yang demam

Tasneem kena injection harini. Balik dari klinik saya terus beri syrup paracetamol padanya. Sebelah petang menangis tak berenti mungkin kerana kesakitan or kesan injection pagi tadi. Tasneem nak dukung aje sepanjang masa. Mujur ada Cik Nah yang gilir-gilir mendukung Tasneem. Isk, jururawat pelatih melakukan kerja dengan terketar-ketar. Jarum sudah 2 kali jatuh di lantai sewaktu mengendalikan ubat. Risau saya, hey.. my doter is not ur experiment ok! Saya agak biasa dengan jarum-jarum ni (berdasarkan pengalaman accident, masa pregnant n kakak Ibah). So, saya tengok nurse pelatih tu inject macam lain macam aje. Teringat dalam hati, " sah bengkak kaki anak aku lepas ni". Na ah... betul dah! Rasanya anak saya adalah pesakit pertama dia kot!

Sebelah petangnya kakak Ibah pulang dari tadika mengadu badannya panas. Malamnya... kedua anak saya demam. Tak tidur saya, risau... takut suhu yang tinggi. Letak air di kepala Tasneem dan tuala lembab dikepala kakak.
Harini alhamdulillah... semakin ok. Cuma kakak ibah tidak ke tadika katanya masih tak larat (ada trick sket2 dia tu.hehe). Adik Tasneem masih merengek suruh dukung, tapi dah boleh senyum berbanding semalam yang masam aje mukanya. Sedang seronok melihat piglet di playpen :). Both of them ok alhamdulillah


Hai semua, umur saya dah masuk 4 bulan dan berat saya sekarang 5.8kg


It was so kind, Cik Syah bought this playpen from Ireland masa balik raya ritu. Brand Disney. Kalo nak suh saya beli, memang saya tak beli. hehe



haaa amek kau! budak-budak zaman sekarang, baca iqra' pun kot laptop. Kakak Ibah sudah pandai main game n godeh-godeh laptop. Jahanam laptop aku.huhu

Saturday, October 11, 2008

Raya (part 2)


Keluarga Wan Muda yang cukup kuorum. Tahun depan tambah ahli baru. hehe

Ni kat umah Mck Chah, lepas solat raya terus ke rumah tok di Losong. Orang dok panggil keropok losong tu, sebab kat losong sepanjang jalan dok jual keropok lekor tuu.... kalo tak caya... mai la tengok!


Umah tok di Losong

Lepastu baru la ke beberapa buah rumah sedara mara yang saya pun sudah lupa nama mereka walaupun sudah diberitahu :) . Ramai rupanya sedara mara ummi n ayah. Sepanjang 4 hari di Teganu tu purata dalam sehari 4 buah rumah/tempat yang dituju. Kak Ibah n Tasneem banyak collect duit raya kalini even my maid pun dapat sama. Bukan main senyum lebar dia. Tapi duit raya budak berdua tu, dah bercampur-campur dalam beg saya. Terpaksala dikumpulkan dan dibahagi dua. hehe

Kat umah Mck Dali,adik ummi (tak ingat adik ummi yang keberapa). Rumahni menarik perhatian saya. Macam muzium. Cantik hiasan dalamannya, macam dalam majalah anjung seri.
Saya pun mula berangan-angan.......

Thursday, October 09, 2008

Cuti- Cuti Raya (part one)

Kalini cuti raya yang panjang :) 12 hari, amek kau !
Selamat Hari Raya buat semua teman-teman yang seringkali menyinggah di sini. Sudah lama tak update sejak puasa lalu. Tahun ni raya jauh sikit. Teganu kiter. Kampung tok ummi n tok ayah. Apa yang best skali ialah kali pertama beraya bersama Tasneem si kecik tu. Wow... travel bersama 2 orang anak yang aktif (toddler & baby) memberikan pengalaman yang agak memenatkan but happy. Gambo-gambo banyak di update di blog sini , sini dan sini. Tapi saya pun nak update jugakla walaupun ceritera raya agak basi berbanding mereka kat atas tu yang update dulu! hehe. hey, ni my raya version ok!!

Beraya di Teganu merupakan pertama kali bagi saya, kakak Ibah n Tasneem. Sebelumni balik Teganu, tapi bukan musim raya, balik musim cuti sekolah. Tahun-tahun lepas beraya di Perlis n Penang. Saya sebagai orang Penangni merasa bestnya Teganu ni sebab ramai orang Melayu. Walaupun speaking Teganu, bagi saya agak blur dan lambat saya nak faham.hiks


Kat Pasar Payang dengan wajah yang masing-masing kepanasan tengahari yang terik

Pasar Payang merupakan tempat wajib bagi sesapa aje yang datang ke Teganu. Kalo datang sana, singgah le ke kedai pok sedara kami, Wan Khairuddin Wan Abdul Rahman. Naik tangga depan, terus nampak kedainya. Wah, promote kedai pok sdara pulok. kena bagi upah ni Chu Din weih, upoh pinjamkan stream selama sebulan.hiks. katanya sales musim-musim raya n cuti sekolah ni leh sampai 30k sehari. perrghhh. Raya ke-3 lagi dia dah buka kedai dah sebab orang luar Teganu nak berangkat pulang, diorang akan shopping giler-giler punya sebelum balik. Dalam banyak-banyak barang, satu benda menarik perhatian saya-sampin (yang org pakai dengan baju melayu tu ape,sampin kan?) yang berharga rm6500 rupa sebijik macam TPM punya. hehe. heh, buat downpayment kereta lah!



Masjid Kristal Islam Hadhari Terengganu Bistari. Sedara mara kami kat Teganu bagigtau yang diorang lum pernah sampai lagi kat masjid ni. Kami yang dari Perlis ni sampai dulu.haha

Aduh, penat update. Nanti sambung citer lagi lah. Nak kena mengemas dapur jap. adios!!

 
blog template by suckmylolly.com