thePencil.org Ar RaiYan: July 2009

Monday, July 27, 2009

Telekung Kanak-Kanak

klik gambar untuk paparan lebih besar

Terdapat dalam warna
:
-putih
-kuning
-biru
-hijau
-pink (tiada dalam gambar)

Terdapat dalam size S,M,L,XL
Saiz S- umur 3 hingga 5 thn (labuh telekung 23",labuh kain 27")
Saiz M- umur 4 hingga 6 thn (labuh telekung 26", labuh kain 28")
Saiz L- umur 5 hingga 8 thn (labuh telekung 33", labuh kain 33")
Saiz XL- umur 8 hingga 12 thn (labuh telekung 34", labuh kain 39")

p/s: beri laluan pada iklan telekung la pulak, tak larat tulis citer Bandung dah. hehe

Thursday, July 23, 2009

Bandung Part 3

Selepas brekfast dengan nasi lemak mck Zaini yang best tu, kami mengikut Mck Zaini ke ITB (Institut Teknologi Bandung) sebutannya adalah 'itebe'. haha. lucu. Kat ITB, kami singgah kat student mall, ada kedai tudung yang best kat situ. Borong sampai 5 helai. Nyesal lak tak beli banyak lagi.hehe. Tudung embroided keliling pun baru rm9 aje. Aduh, kat sini tak dapat beb. Saif borong keychain yang kreatif2 n cute2

Lepastu jalan sket kat depan ITB ada kedai buku PKS. Kedainya kecil aja tapi penuh dengan buku. Pemiliknya nama Pak Erfan, ada discuss pembelian Qur'an dengannya. Buku-buku kat sini murah-murah, sebab Mck Zaini selalu beli buku kat diorang. Sempatla rembat 4-5 buah buku kat sini. Beli buku untuk ummi as ole-ole. Hehe, mak mertua saya lebih minat buku dari menda lain.

bersama Mck Zaini

Lepas hantar Mck Zaini ke lab ITB, pak supirnya menghantar kami ke F.O kat Jalan Cihampelas. Saif nak beli jeans kat sana. Jam menunjukkan kol 11 pagi (waktu malaysia jam 12). Janji dengan pak Supir jam 12 lebih nak ke Darut tauhid ambil Afif (anak Mck Zaini) yang berkursus kat sana. Alamak, sempat ke 1 jam nak shopping ni? aiiyarkk...redah aje la. Perut saya dah berbunyi. Pregnant, jadi cepat sangat terasa lapar. Sebelum shopping isi perut kat Rumah Makan Saung Baraya. Leh tahan jugakla kedai makan ni. Kami mencuba Nasi timbel Komplit set berserta pisang goreng keju. Memang lucu dengar pisang letak keju. Tapi try la. Sedap siot. Nasi timbel ni letak dalam daun pisang. Airnya saya pilih jus advokat bersama durian, eeii...manis dan pekat. tak minat. Saif memilih air susu cola. Memang pelik air Saif, rupanya air coke tu diletakkan susu pekat dalamnya. Sedap juga. Cuma air saya yang tak berapa sedap.Huhu.

Nasi TimbelPisang goreng keju

cola susu pekat

Selepas makan denga lahapnya, berjalanlah kami di sekitar Cihampelas tersebut, banyak betul pakaian lelaki. Saya tak beli pape pun sebab takde pun baju untuk saya. Beli tshirt Bandung untuk adik-adik sebagai ole-ole aje. Saif memborong seluar sampai 4 pasang, kemeja 4 pasang. Amboi shopping sakan dia. Saya tatau sejauh mana keaslian jeans di sini. Mungkin ia 'aspal' (asli+palsu), Seluar burberry yang kat Malaysia harga rm300, tapi kat sini RM60 aje. Sama sebijik.

Pilih seluar bayar, pastu ada tukang jahit seluar/alter seluar kat tepi jalan. Sehelai seluar upah rm1
Saya yang menjadi mak guard menjaga barang-barang sementara orang tu asyik masuk fitting room mencuba seluar dan baju. uhuk


Ciwalk Shopping kompleks

Dok ralit membelia seluar n baju, terlupa pula janji dengan Pak Supir nak ikut dia ambil anak mck zaini yang kat Darut Tauhid. Alamak! dah kol 1 lebih la. Terus berkejar kat tempat yang dijanjikan. Saif tak puas membeli di Cihampelas. Tapi ok la, dah rembat 4 pasang seluar tuh! hehe
Sebelah petang, kami ke darut tauhid, salah satu tempat yang saya teringin pergi. Teringin nak jumpa AA Gym, tapi Afif kata Aa Gym takda, buat umrah skrg ni. Kami tak masuk pun dalam Darut Tauhid, sekadar singgah kat kedai-kedai di luarnya dan solat jamak di masjidnya. Kat sini memborong CD dan buku kanak-kanak. Sempat beli CD Laskar Pelangi yang Ibah nak,barbie untuk kakak Ibah dan Tasneem. Memborong kaset-kaset motivasi aagym

Saif dan Afif
untuk Ibah n Tasneem

Lepas ambil Afif, kami minta Pak Supir turunkan kami kat F.O lain pulak, Terminal Tas. Nanti kami balik sendiri ke rumah mck Zaini ya. hehe. Kat terminal tas kami membeli beg tambahan memamdangkan barang-barang yang dibeli sudah banyak, jadi terpaksa beli beg. memang itu perancangan asal dari Malaysia.
lautan beg

Kami membeli 2 backpack,lepas tu lintas jalan singgah kat F.O Secret. Gelap betoi dari bangunan di cat hitam hingga ke dalamnya. Ramainya orang. Oh ya, sedang musim liburan , ramai juga orang bershopping di setiap F.O. Unik kat Bandung ni ,setiap factory outletnya seperti sebuah rumah besar dan di dalamnya terdapat ruang besar yang menjual pakaian. Selesa dan kemas. Aduh, perut terasa lapar lagi. Huhu. tengok jam hampir maghrib, cadang nak ke F.O Rumah Mode. Sebab bila baca blog, Rumah Mode ni salah satu F.O yang famous di kalangan rakyat Malaysia. Rata-rata yang datang pakej ke Bandung, mesti pak supir mereka membawa shopping ke Rumah Mode. Katanya landskap dan deco cantik. Ape pun isi perut dulu. Singgah di sebuah rumah makan, tapi lupa namanya. aiyaark. Singgah situ sebab ada menu ayam penyek. Oh ya, kat sini elok masuk kedai grand n mahal-mahal sebab nak kalo balik Malaysia dah tak merasa dah masakan mahal cenggitu. sebab kat malaysia lagi mahal.hehe. oh ya, lagi satu kalo datang Bandung ni jangan lupa mencuba jus-jus mereka. asli dan sedap. diorang ni tak kedekut buah untuk blend buat jus. kalo stawberry jus tu, penuh blender diisi dengan buah strawberry. sedap. sini senang dapat buah strawberry. kalo jus mangga tu, rasa macam buah pelam harummanis tu di blend buat jus. perrgh. harga murah, baru rm1.50 duit kita. Setakat ni saya dah try jus strawberry, advokat, durian belanda dan mangga harumanis tu. saya sudah jatuh cinta dengan jus strawberry blended tu

Sedang mencuba menu 'ayam penyek' komplit set. sedap. nyum nyum


bergambar di depan rumah mode

Ini rumah Mode. Salah satu F.O ngetop bagi rakyat Malaysia. Tapikan, kat sini kalo beli baju branded agak mahal juga. Masuk sini rasa macam shopping kat KL pula. sebab kiri kanan dengar orang cakap bahasa kelate, penghak n kedah. Orang Malaysia belaka berabis duit kat sini.
Saya tak beli pape, sebab sesak giler. saif sempat belikan tshirt as ole-ole untuk ayah. Dok kat Rumah Mode kejap je, pastu kami ke Paris Van Java.
Ini shopping kompleks orang-orang kaya kat bandung. Lebih kurang cam Midvalley. kat sini letih tunggu saif bertapa lagi di Gramedia (kedai buku). Ada sales buku kat sini. Saya tak masuk sebab udah capet. bayangkan seharian saya diheret berjalan. Mujur kami tinggalkan barang-barang shopping dalam kereta dan mintak pak supir bawak balik dulu. Saya dok lepak makan-makan kat kiosk depan Gramedia sementara menanti Saif. Makan roti letak cheese bersama mocha blended. mak aai... muaknya. Rupanya kat Bandung ni kaya dengan cheese. Pisang goreng pun letak cheese. huhu
Alangkah indahnya kalo kita ada kedai buku cenggini kan yang?Saif berangan.muahahha

Penat saya menunggu si dia membeli buku. Mujur ada tempat-tempat makan dan kedai-kedai best untuk jamu mata. Kami pulang hampir kedai buku tu nak tutup. Tu pun sebab nak tutup.hehe. Mck zaini berkali-kali call risau sebab dah malam tapi kami belum sampai lagi kat rumahnya. Kami pulang menaiki teksi, agak mahal jugakla. Sebab ke rumah Mck Zaini agak jauh dan melalui hiway. dan pemandu teksi tu tau yang kami bukan orang tempatan.huhu.

Friday, July 17, 2009

Bandung Part 2

Pagi yang cerah itu kami menaiki keretapi ke Bandung. Ambil seat executive dan seat executive tu lebih kurang sama dengan kelas 3 KTM kita. Cuma dapat air mineral dan roti. Saif yang mencadangkan supaya dapat melihat suasana kehidupan Indonesia. Ye betul dapat melihat kampung-kampung halaman mereka, sawah bendang yang bertingkat-tingkat (hairan), kebun- kebun sayur dan yang paling tiada pemandangan lagi seperti ini kat Malaysia ialah kerbau membajak sawah. Kakak Ibah pun tak pernah tengok kerbau rasanya. Kalau dia ada, mesti bising. hehe

Mencuba kenderaan tut2. Menakutkan, di tengah kesesakan. Mujur dekat ajeStesen keretapi Jakarta

Perjalan mengambil masa hampir 4 jam. Berenti banyak stesen juga. Aduh boring. Mujur ada buku n suratkhabar. Pemandangan sekeliling yang menghijau. Subhanallah. Rumah yang kecil-kecil. Menginsafkan.Tapi ini kali terakhir ya saya menaiki keretapi di Indonesia. Tujuannya sebab berlibur dan melihat suasana kehidupan mereka.

Sampai di Stesen Bandung. Gembira betul sebab dah sampai. Perut lapar giler sebab dah hampir jam 12 tengahari. Nampak Mck zaini mencari-cari kami. Lega katanya bila dah jumpa dengan kami. Risau katanya takut tak sampai.hehe. " Lepas makan nanti kita ke Palasari ya, mesti Saif jadi gila tengok buku kat sana. Mck rasa tanak masuk lab lah petang ni", kata Mck Zaini. muahaha. ponteng ye mck!
Deretan kedai buku di Jalan Palasari. Ini baru deretan hadapan, tak masuk jalan belakang lagi. huhu

Mck zaini merupakan kawan ummi (orang Perlis) yang kini menetap di Bandung mengikut Dr Rushami sebagai visited professor di ITB. Di samping itu beliau membuat sebatikal di ITB. Satu family pindah ke Bandung selama setahun. Hingga hujung tahun ini. Kami menaiki Trajetnye beserta supir ke Palasari. Wow, saya terpegun tengok buku-buku yang banyak sehingga terlupa nak snap gambar. Banyak betul kedai buku, berderet-deret. Semuanya buku. Takpernah jumpa tempat cenggini. dalam setiap kedai, bukunya sampai ke bumbung. Selesai deal dengan tokeh buku dan membeli belah buku di Palasari, bermula la adegan menuju F.O (factory outlet). FO pertama yang kami singgah ialah Donatello. Kedai kasut yang best dan memenuhi citarasa saya. Jika ke Bandung lagi, saya pasti akan ke sini lagi. Insyallah.

F.O Donatello di Jalan DagoKusyuk mencuba kasut.Saya tak perasan gambar ini di snap.
Rembat 2 pasang. Suitable for preggy mum like me. yang coklat tu terus pakai haritu juga. Lagi sepasangtu simpan pakai raya . Thanks abang, belanja beli kasut. Setakat harini, duit rupiah saya belum terusik, sebab guna kredit card. Jadi belum reti2 lagi guna rupiah selama 2 hari di Indonesia.huhu.

Lepastu singgah victoria outlet, dan beberapa FO lain yang agak sama (kedai baju) beli baju anak-anak n solat zuhr+asar. Hampir maghrib kami ke Bandar Baru Parahyangan, rumah Mck zaini. Kawasan Elit orang Bandung. Sebelum tu singgah membeli groceries di Toserba. Sini banyak shortform, toserba tu maksudnya toko serba. Pilpres-pemilihan presiden, melayat-melawat mayat. Ini antara beberapa perkataan yang saya dengar masa tengok berita kat TV diorang. Malam tu kekenyangan setelah puas menikmati masakan Malaysia dari umah Mck Zaini. burrp...alhamdulillah. Saipkan tenaga untuk bertempur esok (shopping).

Jom kita tinjau kawasan perumahan Mck zaini, setiap pintu masuk Tatar (taman/kwsan), ada satpam (pak guard). Bukan calang-calang orang boleh masuk. Perlu di soal dulu.
ini rumah mck zaini, saya suka design umahni, walaupun ada ciri2 individualistik, tamannya di dalam kawasan rumah yang didirikan pagar tinggi, memisahkan jiran sebelah. Bila berada dalam taman tersebut, boleh buka tudung dan bermain dengan bebas. pintu rumah yang menghadap taman terbuka setiap masa sampai ke malam. Sejuk udara Bandung ni, takyah pakai kipas. Angin dari taman (halaman rumah) pun dah cukup. Sebelah malam, anak-anak mck dok main badminton. hmmm...boleh buat BBQ family kat sini kan!
Jalan masuk ke rumah Mck Zaini

Rumah-rumah jirannya... English Style

Monday, July 13, 2009

Jakarta- Bandung Part 1

Antara Anyir dan Jakarta,
Kita jatuh cinta,
Kisah cinta 3 malam
kan ku ingat selamanya...


Teringat lagu yang telah dinyanyikan oleh Dato' Sheila Majid. haha. Saya jatuh cinta dengan Jakarta? oo tidak, persekitaran yang macet tidak sesuai dengan jiwa saya... tapi mungkin jatuh cinta kerna membeli belah itu ya. hehe.
Alhamdulillah... baru pulang dari Jakarta. Bimbang juga dengan H1N1. Sebelum pergi, doa banyak-banyak. Moga Allah lindungi permusafiran kami. Berangkat dari Terminar LCCT pada 5/7 jam 15.15 dengan penerbangan ape lagi, AirAsia ler. Rm 150 (including tambang flight pergi balik+skybus LCCT to KL Central pergi balik+lebihan bagasi 5 kg) ok kan??

Pertama kali pengembaraan ini hanya berdua sahaja dengan Saif. Tanpa anak-anak. Dengan tujuan pertama untuk mencari supplier/ deal direct dengan supplier qur'an,buku & tshirt labuh. Tujuan keduanya untuk mencari peluang bisnes dan ketiganya shopping. hehe.

Pertama kali menukar duit dalam juta-juta rupiah. Jadi jutawan dalam masa 5 hari ni. hiks. Membuat persiapan tukar di Malaysia, katanya di Malaysia lebih tinggi dan menukar dalam Dollar juga untuk standby. Sudahnya tak guna pun duit dollar tu. Sebab banyak guna kad kredit.

Sampai di Bandara (airport) Soekarno Hatta jam 4.40 ptg bersama seorang rakyat malaysia yang bekerja di sana. Dia belanja duit teksi sebab tengok kami terkial-kial lagi. Terima kasih en Syahid (kalo tak silap nama dia, tapi ada simpan business cardnya), katanya kalo tak jumpa hotel, tido aje kat apartmentnya sebab family dia ada kat malaysia.

Terus kami ke Tanah Abang, tapi banyak kedai dah tutup. Kat sini jika trade center tutup awal. Jam 4 dah mula tutup. Sempat makan n solat di Masjid Tanah Abang. Roof top bangunan tersebut di bina masjid yang besar. Hebat kan!! Subhanallah

Tanah Abang, ingatkan tempat kecil aje... rupanya besar betul bangunan.. macam One Utama kat KL tu, bersambung seberang jalan sebelah sanaMasjid roof top kat Tanah Abang Trade Center
Bakso Malang kat Tanah Abang, agak masin la.huhu

Ambil teksi bluebird, ingat ya kawan-kawan, kat sini banyak teksi biru tapi tak semestinya bluebird. Tandanya ada sayap burung kat teksi tersebut. Kami terus ke Ambasador shopping complex. Saif mau bertapa di Trimedia (sebuah kedai buku yg agak besar). Bertapa sehingga tutup kedai tu. Tido di Safwan Hotel, saja try hotel tersebut sebab katanya Islamic Hotel. Tapi mahal la. Sebabnya sekarang musim sekolah lagi liburan (cuti sekolah). Kami sebenarnya segan nak terima pelawaan en Shahid untuk bermalam di apartment dia. Insyallah lain kali kami datang, kami singgah ya :)

Friday, July 03, 2009

Bookfair...bookfair

Alhamdulillah, berakhir sudah Perlis Bookfair 23-29 Jun bebaru ni. Penat yakmat, bukak jam 10 pagi tutup jam 10 malam. Melayan customer kecik besar. duh...

Terima kasih buat Fasihah, Fatimah, Maisarah dan Mardhiah yang telah banyak membantu. Nama-nama di atas boleh la buat calon menantu. Haha!
Para pelajar mengerumuni meja Produk AnaMuslim...

Fasihah n Maisarah, apa yang kelakar tu Che Ah?


Booth Iqra' Book
Human traffic depan booth kami. Huhu

 
blog template by suckmylolly.com