thePencil.org Ar RaiYan: March 2010

Monday, March 29, 2010

KLIBF 2010

ya...kalini ada handbag iaitu mengusung si kauthar masuk dewan bookfair tu ha. ni pertama kali kauthar berjalan jauh sampai ke KL nun.mujur ada stroller. mau tak mau, terpaksa ikut Saif 7 jam siot dok dalam dewan tu. mujur sejuk beraircond. berenti makan, jalan lagi... berenti solat, jalan lagi. last-last lewat petang tu. terpaksa mendukung kauthar sebab stroller kauthar sudah jadi troli buku. daripada menjinjit buku yang sampai nak tercabut tangan, baik dukung kauthar 5.2 kg tu. uhuk. sebenarnya takde pilihan.haha

kau ingat bila sampai ke bookfair, kau akan beli buku dalam listing? tak... mesti kau akan beli lebih dari listing kau. aduh. beli sampai duit tinggal rm3 dalam wallet. aiyaark. dah le nakpi tekan duit, punyala beratur panjang mesin atm tu. mujur ada banker (saif la sape lagi). tapi untuk diri sendiri tak beli banyak pun. 2-3 buah aje. untuk anak-anak ada le sket. haish...buat nak beli bagai... kan buka kedai buku, order sajalah dari supplier. hehe. tapi bila dah depan mata, rembat juga.huhu. cuma buku mahal-mahal, plan order thru supplier aje. kalini sempat rembat buku dekorasi kek perkahiwnan fondant, buku coklat chef amir dan novel jaja n din. yaaaa.... sekarang ngah baca novel tu.yang lain2, beli majalah impiana keluaran lepas-lepas.
kalini banyak habiskan masa lepak di dewan karangkraf.best betoi kan. memborong majalah impiana. saif kata, awat tu...nak juai majalah lama-lama ka. isk...orang nak buat koleksi laaa.


gambar ni ambil kat http://sajian.fotopages.com/?entry=2007568
haritu 26/3 chef amir tak datang kat bookfair, jadi tak dapat signature dia. huhu
ni dapat sign...bestnyer...nak tgk penulis dia? ada kat bawah nu...
ish..ish...ibu beranak kecik nihhh....

tak larat tulis la pulak, jom layan gambar ajelah...
next day, saif pergi daurah. gue amek kesempatan outing dengan budak berdua kat bawah tu. thanks asma coz belanja makan nasi arab yang best n faie for da breakfast nyum nyum. terima kasih juga kerna meneman ke kilang kotak serta ke bakeri bagus seksyen 13. asyik gelak aje dengan gelagat depa dua ni. tak berubah dari dulu sampai sekarang. lupa ke wei, kita dah 30 an. muahaha. apa pun bersama korang buatkan rasa muda kembali. cayalaaahh. apa-apa rahsia yang dibincangkan tu.hehe. sendiri mau ingat ya. hakhakhak
kauthar yang sepet tersengih -sengih di kelilingi budak-budak sekolah di bookfair

Tuesday, March 23, 2010

The Google Girl

Kak Ibah sudah pandai google. sebelumni dia melihat saya selalu menggunakan google untuk mencari maklumat. lantas dia meng'google'kan diri untuk bermain games. Malangnya tak pandai mengeja lagi.
aduh,anak-anak zaman sekarang....

Thursday, March 18, 2010

emel bahagia...

Harini saya dapat satu emel dari customer yang menempah kek hantaran dan wedding cake 2 tier. aduh... saya sangat bahagia. berbunga-bunga syok sendiri hati saya. hahaha

ni emelnya,
salam k.najah
ni gmbq ayu potong kek :)
tima kasih k.najah.cantik sgt2...ramai org puji :))


 gambar kek selebihnya ada kat http://najahbakery.blogspot.com

Saturday, March 13, 2010

Explorace


Alhamdulillah, pada 27 Feb 2010 yang lepas, KRJ Perlis telah berjaya melaksanakan program Explorace untuk remaja-remaja di bawah kendalian KRJ.Dah lama kuar paper Sinar Harian,lupa nak update. Laporan ni Saif yang buat sebenarnya. Saya yang dapat nama. hehe. Muka saya tak kuar paper pun, tapi nama kuar paper pun jadikla.hihi. Janji dapat promote JIM pada masyarakat.
p/s; cewah abang, muka kuar paper. siap bersila lagi tu .haha

Friday, March 12, 2010

Sibuk betoilaa

"dah lama kita tak makan berdua, orang tu asyik bz aje minggu ni" Saif bersuara tatkala kami makan malam sebelum dia berangkat ke KL kejap tadi. Bukan tak pernah makan bersama sepanjang minggu ni, memang makan sekeluarga. Tapi minggu ni belum makan hanya berdua.

Aduh, saya terlepas pandang akan hal ini. Minta ampun ya bang. Sebentar tadi katanya, saya tak pedulikan dia 2-3 hari ni. Masing-masing sibul hal dan program sendiri. Minggu ni saya ada program di Jitra. Dia ada prog di KL

Lega harini siap semua order kek-kek sejak 3 hari berturut-turut saya berkurung di dapur. Tu la, sape suruh ko terima order bertindan? asalnya saya tak perasan order diterima sebelumni dan terima order lagi satu. End up, saya yang penat. Dah la hasil kerja tak berapa kemas lagi. Baru nak merangkak-rangkak dalam bidang ni. Pengajaran.

Abang...terima kasih atas sokongan! saya takleh buat ini semua tanpa abang (ayat pujuk). hehe

Tuesday, March 09, 2010

Rezeki Kauthar

sejak blog ini dilancarkan, saya menerima tempahan hampir setiap hari. ada yang order tart , birthday cake dan ada pula yang menempah kek hantaran dan perkahwinan. kira penuh juga la jadual musim cuti sekolah. ada pula call bertanyakan kelas. Ini rezeki baby baru, si Kauthar agaknya. Alhamdulillah.

oh ya, saya kini hanya berada di rumah sepenuh masa. hehe. sebab kauthar masih kecil. baru 2 bulan lebih. jadinya saya memilih untuk bekerja dari rumah. sekali sekala keluar ke kedai dan ke alor setar. selebihnya, di dapur membuat tempahan pelanggan.

jumaat bebaru ni ada ke demo kelas fondant di alor setar. saya memang zero bab2 fondant ni. tapi belajar jugaklah walaupun demo, biasala demo kan tak sempat nak catch up, sebab saya ni lembab sket. anyway.. tau la sket-sket peralatan, resepi fondant homemade. rasa seronok juga. teringin nak buat / praktis. lepasni leh buat kat wedding kawan-kawan terdekat dulu. hihi. masa demo ritu saya datang lewat, so dah penuh tempat depan. dok belakang aje.huhu

 
chef eugene dok buat demo
 
 hasilnya fondant n figurine, nampak dia buat cam senang. cuba balik umah buat tengok! huhu

p/s :saya masih pening memikirkan kedai jejawi tu. moga Allah tunjukkan jalan....

 
blog template by suckmylolly.com