hmmm.... nakpi mana eh petang nih? ni le soalan yang selalu ditanyakan oleh baba setiap ahad petang. sian tengok anak-anak nak berjalan. tapi tatau nak bawak pi mana, balik-balik kola perlis, cmart, playground, pasar malam. Perlis ni kecik jaaaaa
harini bawak budak-budak main pasir sajalah, takde idea daahh. main kat tepi laut kuala perlis yang sememangnya takleh nak berenang pantai tu sebab hanya lumpur, tapi ada sedikit tanah pasir di satu sudut area simpang empat tu bolehla buat main daripada takda...
Thursday, June 30, 2011
tatau nak bawak pi mana
Monday, June 27, 2011
mood cuti
harini cuti dari ambil order, tapi ada juga orang call nak tempah utk tarikh akan datang. huhu. takpe, rezeki. dah lama plan nak buat creampuff. sejak belajar ritu tak pernah buat. jadi harini buka balik kertas resepi dan mula buat. taraaa
tadi cikgu komen,creampuff ni rupa lain dari asal. hihi. ya, macam rupa dim sum, i hate to swirl. bab2 swirl creampuff memang failed ya tuan-tuan. tapi semua komen sedap. tu yg nak dengar tu. eh ni apesal puji diri sendiri nih. haisshhh. buat tadi dpt 72 biji, packed sket bagi kat kak sholina sbb petang ni nak jumpa dia tanya psl nak buat buku dan amalia yang terngah pregnant yg teringinkan creampuff. selebihnya untuk orang-orang rumah yang pulun makan hingga licin dlm masa beberapa jam saja. wow
petang tadi gi rumah kak sholina, wartawan paper utusan. dia balik bercuti kejap ket perlis. kebetulan dia ada sini, saya amek peluang nak tanya beberapa pendapat pasal penerbitan. so dapat la serba sedikit tip dan cadangan darinya. orangnya peramah n baik. gambar ni diambil sewaktu kali pertama kami berjumpa semasa dia interbiu saya dalam paper mega april lalu. kak sholina bersama tasneem. minat betoi dia kat tasneem.hiks
Sunday, June 26, 2011
nak belajar pun berkiraaa
dapat satu emel...bkn satu emel, banyak emel dah camni... rasa cam nak gigit keyboard pun ada..huhu
u daftar kelas tusyen anak rm100, andainya ada 10 org dlm kelas tusyen tu, pakat2 byr rm10 ker utk cukupkan rm100 utk satu subjek? tak bukan??
hehehe tapi saya takde le jawab mcm tu kat emel dia. saya masih ada etika jwpn.hihi
p/s: harini mood kurang baik
Saturday, June 25, 2011
assalamualaikum!
saya terlupa, rupanya saya ada blog. lama betul saya tak conteng kat sini. takde sape dah nak sudi masuk. sebab tak update. tengok, last saya update februari 4 bulan yang lalu
sekarangni saya bercuti. cuti dari memegang senduk dan mixer segala peralatan berkaitan kek. berehat sekejap dan memberi tumpuan pada anak serta kerja-kerja lain yang terbengkalai. oh ya, rumah kecil kami sudah start piling dan tambun tanah untuk kelihatan tinggi sedikit rumah tu. nanti saya ambil gambar. tapi kalo post gambar pun tak menarik sebab ada tanah n petak2 partition ajer nampak. tunggu naik dinding sket.
jadi kesempatan yang ada selama saya cuti ni sempatla juga nak membelek dan meminda pelan rumah, nak besarkan sket master bedroom dan dapur kek. ala...lebarkan 2-3 kaki ajer.yang lelain tu kekal seperti biasa. kami ni manala ada pengalaman buat umah. memula draf atas kertas tak nampak la bayangan, bila atas tanah, nampak le sikit. tu yang ada nak besarkan itu ini.
sebenarnya duit un tak cukup lagi, tapi dediam jer, sbb kalo kontraktor tau, jenus dia tak buat umah aku.hihi. insyallah.. doakan agar hujung tahun ni segelanya cukup terkumpul. ameen. rumah tu pun dijangka siap pada penghujung disember. doakan!!
kelihatan kakak ibah paling tak sabar skali. selalu dok tanya psl bilik dia di rumah baru ni. dia siap tunjukkan majalah bilik tidur idaman dia. saya tengok ada kaler pink n hijau apple. aduyaaii. insyallah nak, ummi akan usahakan. tasneem pulak nak purple. huhu. cuma kauthar jer lum reti apa2 tentang warna. hihi