thePencil.org Ar RaiYan: September 2011

Sunday, September 25, 2011

cerita hati...

"pada awan biru... ku melakar kata-kata...
pada lagit cerah... kupanah semua cerita
dengarlah mentari...
suara hati ku menyanyi
berterbangan jiwa... merentasi pelangi...

saya suka lagu ni, cerita hati- hafiz hamidon . ya, hati berbunga ceria pabila bisnes baru dah hampir siap 70 %. semalam saif hadiahkan dot.com pula. terima kasih ya. yaa ini dia najahgifts.com

dan insyallah.... we go more to hamper/ corporate gifts. saya nampak peluang cerah dalam bidang ini. saya mahu sehebat dia, Astana Jentayu- malaysia's no 1 corporate gifts
tapi takda saya sampai no 1 di malaysia. no 1 dekat-dekat perlis ni pun jadik la. insyallah our first task is during aidiladha feast dan birthday hamper untuk staf jabatan kerajaan.insyallah will go out with iklan n promotion soon... promo promo. sesapa ada sedara area utara, ni tangkap cepat untuk kami hantarkan hamper pada yang tersayang.
sekarang sedang memikirkan produk untuk hamper/corporate gifts lain dari yang lain untuk aidiladha ini. ada cadangan? sila kemukakan yaaaa
ada pelbagai group of hamper yang akan diiklankan mengikut bajet pelanggan
rm50, rm100,rm150,rm200 and request bajet... hmmm...
mungkin dalam tu ada
-buku2- amek kat iqrabooks
-raya cookies- ada supplier
-kek lapis- jumpa supplier
-madu/jem/
apa lagi yaaaaa. will update soon sebab masih listkan kat buku kecik ni ha...

saya suka design ni
ini dari http://www.hannicollection.com, yang mendapat tender supply untuk istana negara untuk aidilfitri tahun ini. wow! tapi bukanla hamper kat atas tu. yang istana punya lagi grand, kalo dapat gambar nanti, saya postkan yaaa
apa yang perlu buat sekarang ialah nak kena cari dan survey bekas-bekas dan stok barang untuk bisnes ini. doakan saya ya. kalo pembaca dapat tau kat mana, bekas-bekas mengkuang or rotan or kayu yang murah, boleh bagitau yer. barang dari china memang murah.
saya nak try cari beg kain pun cantek juga. bila difikirkan, macam-macam menda boleh jadikan hamper.hmmm antara kreatif atau tidak aje. doalah banyak-banyak moga Allah limpahkan rezeki idea untuk saya memikirkannya . moga Allah permudahkan urusan ini ya Allah....ameen

Thursday, September 22, 2011

dah lama tak menulis....

ya, sangat sibuk. sibuk dengan program, anak-anak dan cakes order especially. sebab tu lama tak menulis. banyak sebenarnya nak menulis, tapi hilang macam tu saja. nak tulis, terus lupa. adus...
jam sekarang menunjukkan pukul 4.16 pagi. saya baru siapkan figurine untuk cake, tema golf theme untuk Ir Zainuddin, bos company... alamak, lupa nama company. sorry ya. tempahan oleh stafnya sempena harijadinya esok. bestnya ada company besaq kan. hihi. tanggungjawab pun besaq... cita-cita besaq dan jiwa besaq...
hmmm... jiwa besar...dalam kepala ni macam-macam nak buat. tapi tak terbuat. kena ada yang membantu. hmm... upah pembantu kot nyer ya. saya ni cerewet sket. susah nak cari yang betul-betul sesuai dengan jiwa. dah pernah cari pembantu untuk bantu-bantu buat kek. last2 saya yang buat semua. sebab bila ajar, tak jadi macam yang kita nak.. susah juga. suruh basuh bekas pun tak bersih, last2 bibik yang kena basuh semula. bibik nak kena tengok si kauthar dengan tasneem ni haa. so kena cari yang fast learner and buat kerja cepat macam saya le kot. tak juga, saya pun lembab buat kerja. ikut mood. tamie rajin cepatla. time malas, slow la production.
ini blog saya, suka hati saya nak menulis. hihi. eh, tetiba jaaa. nak diluahkan kemana lagi kalo tak ke blog kita kan. takkan nak luahkan di blog orang. biar nusaibah baca yang umminya macam ni merapu menulis.
oh ya, saya ada set up new biz, sekarang tengah nak siapkan website. sedang research cari bahan mentah, supplier dan sebagainya. minggu depan nak kena join kelas belajar buat biz baru ni. tapi kata orang, biz baru saya ni kalo dok kat KL ok la boleh la dapat rezki jerung. alaaaa....mana-mana pun takpa kot. kita try market di utara pula. saya dah survey belah utara takda lagi, bukan takda... tapi tak meluas lagi. biz apa lahai tu, nanti dah siap website, saya war warkan pada dunia. adoila. cakap berdegang-degang, tapi biznya kecik tet ajer. buat bisnes dari rumah, besaq mana la sangat.
untung bisnes tu, saya nak beli ini

eeeehh, itu hanya angan- angan mat jenin saja. hahaha

Monday, September 05, 2011

cerita raya...

alhamdulillah, nasih bernafas dan berpeluang menghirup udara di bumi Perlis. harini masuk kerja semula. rasa sekejap jer lebaran sudah berlalu, rasa baru jer semalam riuh rendah beraya ke sana sini, salam-salam, peluk-peluk dengan saudara mara yang lama tak jumpa, tup-tup harini sunyi balik, masuk kerja semula. kita pun meneruskan rutin hidup kita seperti biasa semula. kerja...kerja...moga ianya menjadi satu amal ibadah buat kita.

maka semangat dan azam ramadhan yang telah kita buat bebaru ni usah dibiarkan setakat itu saja, teruskanlah hingga ke akhir hayat. ingat tu. pesanan untuk diri saya sebenarnya.

yah, bermula masuk ke dapur ditemani Tasneem yang membaca Iqra' sambil meniarap di dapur kerja saya. sambil baking kek, sambil jadi ustazah. order pertama lepas raya ni ialah Red Velvet Cupcakes kegemaran Tengku Puteri sebanyak 25 biji. siap akhirnya walaupun terlambat sikit hantar kat Pejabat Istana. Maaf ya Ku....


Sunday, September 04, 2011

salam aidilfitri

Salam...
rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. sepanjang 5 hari beraya sakan. berjalan ke rumah sedara mara dan sahabat handai. harini pulang ke perlis semula. alhamdulillah.
esok dah mula start kerja, order segala macam kek sedang menanti. kena masuk gear 5 terus sebab dah cuti lama. duit pun nak abis. hehe
ni dok mengira duit raya anak-anak bertiga ni, boleh tahan collection depa. esok nak bank in ke akaun masing-masing. terima kasih buat pakcik makcik yang sudi memberi duit raya kat anak-anak saya.
salam aidilfitri dari saif, najah, raiyan, tasneem dan kauthar. maaf zahir batin


 
blog template by suckmylolly.com