Gosh... Nusaibah got diarrhoea today. 7 times she throwed her 'ice cream' . It was the first time since she came in this world :). I blamed myself on what happened just now...cuak woo, asyik nangis....sakit perut agaknya.
Alhamdulillah.... doktor cakap takde apa. dun worry. she juzz wanna throw her 'kekotoran' out form her stomach.
errk....Nusaibah ada makan apa yang ummi tatau ke?
Sunday, January 15, 2006
Ohh...
Thursday, January 05, 2006
TM
Tolong! Tolong! Rumahku dimasuki streamyx! hehe. Kini alangkah indahnya dapat online dengan notebook ni sambil berbaring, berjalan atau berlari.hehe. seronok juga ber 'wayarless' ni yer. laaa....orang lain dah berkurun guna. kita... orang Arau baru nak guna ke? hihi
Wednesday, January 04, 2006
2006
Salam tahun baru! Mmm...apa la yang perlu saya katakan? Menyenaraikan segala azam saya tahun ini? Banyak tu :). Ape pun… saya pastikan ia nya tercapai insyallah.
Walaubagaimanapun... Anak saya semakin membesar, usia saya semakin bertambah. Oh tuhan...saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Sederhana. Tapi sempurna. Saya berdoa agar Allah merahmati orang-orang disekeliling saya. Yang sentiasa mengajar, menegur dan terus menyayangi saya. Moga Allah melipatgandakan rezki saya sekeluarga pada tahun ini dan tahun –tahun akan datang. Amin...
Then...
First time bawa Nusaibah ke playground. Teruk la ummi n baba nusaibah ni. Selamani tak pernah bawak anak main. Hiks. Main kat umah aje. Ape lagi, ‘jakun’ la budak tu. (Ok apa, lagipun anak saya bukan dok kat nursery :). Naik buai sampai tanak turun. Orang lain semua dah nak balik, dah nak maghrib dah. Dia dok syok lagi suruh orang ayunkan buai.
p/s: Nusaibah, tulis dalam dairy tau. Harini awak pi playground for da first time. hehe
Wednesday, December 28, 2005
Saturday, August 06, 2005
Ahaa!!
- Dok buat ape tu?
+ Ni ha, dok sapu sawang kat blog nih! Lama tak update.hehe
hehe...adeke bila orang tanya kita dok wakpe, kite jawab cenggitu :). sejak notebook abang rosak, dah lama tak update blog. tambahan tersangatla banyak kerjanya. sibuk ape tah. macam-macam nak buat dan nak kena buat. ditambah lagi dengan keaftifan si budak Nusaibah ni. asal bukak komputer, terus cepat-cepat merangkak datang suruh angkat dia nak duk atas riba. hobinya suka tekan-tekan keyboard. susah betoi la. kena tunggu dia tido, baru leh menaip. kalo tak, dia aje la yang dok menaip masterpiece dia! :). Nak tengok Nusaibah ke? ade tu ha kat fotopages tu ha. sebelah kiri blog saye tu :)
Umur dia dah 10 bln. dah ada gigi 4 batang. 2 batang kat atas,2 batang kat bawah. Skang ni kalo hantar kat umah pengasuh, tanak balik. risau saye.dah pandai nak main dengan budak-budak lain.dah boleh tiru sket-sket gaya orang. cepat terpengaruh jugak budak ni.oleh itu berilah contoh yang baik-baik aje padanya ye.nak-nak pak sedara dia ni ha, Wan Muzaffar.jangan dok ajar anak sedara main game kat komputer tu yer :)
ok, till we meet again! see ya!!
Monday, May 30, 2005
Jutawan Senyap
Akhirnya... aku dapat mengkhatamkan buku Chefli ni. Mama pernah berguru dengannya semasa dia datang Penang tahun lepas.
Aku takleh lupa kata-kata ni, "Hidup di Malaysia Tetapi Tidak Kaya adalah Malang". errrkk !!!
Buku ini menyuruh kita berniaga (seperti dinyatakan hadis ngenai perniagaan tu). Menjadi usahawan berjaya. komited, rajin, tanpa putus asa. Seterusnya mengenali siapa jutawan senyap itu.
Mungkinkah diantara kita ini adalah jutawan atau bakal jutawan senyap?? :)
Ameen Ya Rabb.
Friday, May 27, 2005
Iklan oh Iklan
Salam..
Sekian lama tak update, banyak yang nak ditulis. tapi lupa semuanya. ramai yang bertanya bila nak update ni? hehe. Trimas buat sesiapa yang merindui. Bila dah ada peluang meng 'update' maka dengan sendirinya hilanglah segala ide-ide untuk menconteng kat sini. hihi
Iklan oh Iklan....
Iklanlah cara yang terbaik untuk memasarkan barang. yelah....takde iklan, cemana nak bagitau yang kita jual barang ek? kadang-kadang aku ni suka menilai kualiti sesuatu iklan. Especially kat TV laa.tapi nilai kat diri sendiri aje, merungut pun sendir-sendiri je. Lum sampai tahap membuat komplen kat unilever ker (macam iklan sunsilk yang sepit rambut tu. eeyuckss)
tapi sunsilk kalini, agak menarik jugak. bukan apa, suka-suka tengok ajer. Masa nak buat posting ni, pi lawat jap blog Aini, aik... dia pun komen iklan serupa. Kebetulan sama. :)
Selalunya tiap kali iklan di TV, takde selalu menarik perhatian. tapi iklan ni... macam teralih mata nak melihat kejap.Kuatnya kuasa dan pengaruh iklan...
dari segi negatif tu....bukan tatacara akhlak Islam tu. Memula pandang memandang, senyum, pastu bercakap, pastu berjumpa, pastu dating.... maka seterusnya dan seterusnya...
saya? sekadar menonton.... menghiburkan hati...
Klik untuk dengar Istimewa tapi ini untuk yang ada realplayer kot. hiks
Friday, May 20, 2005
Keinginan...
Haritu pergi pesta buku di Perlis. cari buku "Tunggu Teduh Dulu" karya Faisal Tehrani. Tapi stok dah habis :(. Awatlah hangpa bawak mai sikit sangat? hangpa ingat orang Perghlih ni tak minat membaca ka?
Frust takde kesempatan untuk ke Bookfair 05' di PWTC. Cuma abang yang pergi sebagai wakil.Awas bookfair 06'!! nantikan kemunculanku! haha. Andainya panjang umur...
Hmm....nak baca novel "Tunggu Teduh Dulu" .... harap-harap abang baca entry ni, kot2 la dia belikan hadiah buku ni masa besday aku nanti beh gak.hehe
Saturday, April 16, 2005
Rosak dan Rosak
Notebook aku, eh bukan notebook aku...notebook abang sebenarnyer telah koma buat seketika (hehe...saja ngaku notebook sendiri). Susah juga ya pabila menda-menda penting macamni rosak. hhmmm.... harap-harap tak rosak teruk :(
alhamdulillah... kesibukan semakin berkurangan. tataula akan datang. tapi rasanya makin sibuk dengan ujian bulanan kat sekolah semakin hampir. Khamis lalu, baru saja selesai hari sukan. leh tahan juga anak buah kumpulan aku. tak sia- sia aku jadi cikgu sukan rumah mereka. hiks
Nusaibah... makin aktif manusia cyborg itu. hehe. amat gemar makan wayar dan tekan-tekan notebook dan hanset. Sudah pandai memberontak jika tidak diberikan apa yang dia nak. leh kurus ummi.hiks
Friday, April 01, 2005
Situasi...apa kata mereka
Semasa dalam pantang.
+ laa...tak nampak macam bersalin pun.
+ aik...sihat walafiat. Tak nampak macam berpantang. Makan ubat apa?
+ mana satu mak baby nih?? (agaknya dia tak perasan mana satu yang bersalin sebab masatu ramai org pompuan kat umah).
aku.sengeh ajer le..
Sebelum interbiu. Sembang dengan beberapa calon temuduga lain.
+ awak asal mana? Area sini-sini gak ke?
- saya asal penang. Tapi kawin ngan orang sini. Dok sini la.
+ oh, dah kawin?? Ingatkan bujang macam saya. Kita sebaya kan?
- ha’ah. Dah ada anak pun.
+ ye ke? Ingatkan lum ada anak....
Masa Interbiu.
Penemuduga
+ Sila kenalkan diri anda.
Aku. Memperkenalkan diri.
+ la...dah ada anak? Nampak macam muda lagi
Kat dalam kelas tusyen
+ cikgu, bila cikgu nak kawin?
- cikgu dah kawin laaa
+ eh yeke? Ingatkan cikgu lum kawin
+ bila cikgu nak dapat baby?
- cikgu dah ada anak la.
+ haaa? Cikgu dah ade anak??? Tak nampak mcm ada anak laaa
Cewah aku.hehe
Kat ofis abang. Singgah kat ofis dia, ajak lunch.
+ Encik Saif, wife u tak nampak macam bersalin pun.
Abang jawab, "ssyhh..jangan bagitau kat dia. Satgi kembang setaman bila dia dengaq."
Kat sekolah tempat Salahuddin belajar.
Sambil dukung Nusaibah, terserempak dengan student ting 6.
+ eeei...comelnyer, adik ker?
- tak, anak...
+ haa? Laa..kiterorang ingat akak student mcm kiterorang. Ingat nak daftar masuk sini.
Jumpa kawan lama.
+ aku dengar ko dah kawin yer?
-haa laaa. Lama dah...dah ada anak pun
+ laa....ada anak? Ingatkan baru kawin. Tak nampak mcm ada anak pun.
Kat sekolah tadi.
-nak balik dah ke?
+ ha’ah. Nak pi amik anak pulak kat pengasuh.
- eh...dah ada anak?? Ingatkan baru aje kawin
Tapi........situasi ini pulaaaaakkk!!
Kelas fardhu ain tahun lepas masa sarat pregnantkan Nusaibah
+ cikgu, adik cikgu panggil. Dia tunggu kat luar.
Dalam hati aku, cis kuang asam punya anak murid, laki aku dia kata adik aku. Haha.
First time dalam idup aku, aku terasa aku tua.hehe.
