Saturday, November 11, 2006
Friday, November 10, 2006
Peringatan untuk diri sendiri
Mengurus masa...yang mana hendak didulukan?
Dalam pengurusan masa, sekiranya anda mempunyai banyak tugasan yang perlu di lakukan dalam sehari, yang mana patut anda mulakan dulu?
Pakar pengurusan masa berpendapat bahawa anda patut mulakan tugasan yang paling BESAR dan paling SUSAH terlebih dahulu. Lakukannya di awal pagi sebelum melakukan tugasan-tugasan yang lebih kecil.
Hakikatnya, lebih ramai yang suka melakukan dan menyiapkan kerja-kerja kecil sehingga siap terlebih dahulu sebelum memulakan kerja yang besar.
Kebaikan memulakan kerja yang susah dahulu di awal pagi adalah, kebanyakan insan paling produktif di awal hari berbanding dengan lewat. Sekiranya kerja besar dilakukan pada lewat hari, produktif menurun dan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja besar tersebut berganda-ganda!
Saya sendiri sering mengikuti petua ini dan mendapati produktiviti bertambah. Anda patut mencubanya!
-Dr. Irfan Khairi-
Monday, November 06, 2006
motivasi diri
"Fikirkan keadaan anda kini, dan fikirkan apa yang ingin anda capai pada masa hadapan. Fikirkan hidup anda kini dan hidup ideal anda. Lebih banyak anda berfikir, lebih mudah untuk anda motivasikan diri anda untuk mencapai hidup ideal anda tidak kira apa keadaan anda sekarang!"
kadang kala kita akan rasa malu untuk fikir hidup yang ideal sekiranya hidup kita amat kebelakang. Tetapi, malu jenis inilah yang merugikan. :)
-Irfan Khairi-
mm...saya suka singgah di blog beliau, seorang jutawan di usia muda :)
Friday, November 03, 2006
T-shirt Labuh
Sudah lama saya berkecimpung dalam bisnes t-shirt labuh ni. Rasanya sejak company sahabat saya Anfaal (BrotherhoodArts) mula keluarkan tshirt labuh mereka, mungkin dalam tahun 2003/04 kot (tak pasti) saya antara yang terawal menjadi agent mereka di utara. Alhamdulillah... lebih 10k agaknya berurusan dengan mereka ni. Boleh buat belanja kenuri kawen kat hotel kan anfaal? hehe.
Sesambil tu saya try juga design sket2 untuk t-shirt labuh kanak-kanak. Laris. Tak sangka ada yang berminat. Then saya cuba design untuk tshirt dewasa, buat design bodo-bodo aje.masih belum leh tandingi BrotherhoodsArts lagi. Pada masa yang sama, saya masih lagi terus menjual t-shirt2 BrotherhoodArts. Sambutan? alhamdulillah menggalakkan. Lagipun saya buat tshirt, tak banyak. 100-200 helai aje sekali buat. cepatla habis :). Edar pun serata Penang, Kedah n perlis aje.
Ada rakan-rakan di KL bertanya, "aik...buat t-shirt nape tak iklan? laa... takdan nak iklan kak oi... dah abis stok".hehe. lagipun kami kat sini susah nak dpt suplier yang boleh bagi harga terendah dan kain yang berkualiti.
Lagipun saya tak sempat nak jual banyak-banyak disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan bekerja.
T-shirt labuh ni sesuai dipakai di mana sahaja terutamanya bersukan. Menutup aurat, berbanding dengan t-shirt biasa yang agak singkat dan kurang sesuai untuk wanita. Kalo dulu, nak bersukan...nak kena cari baju yang labuh2 dan besar2... tapi sejak ada t-shirt labuh ni, tak payah susah-susah lagi.
kelakar juga bila teringat masa kami (saya dan beberapa org kwn) joined aerobik setiap pagi sabtu di dataran klinik Arau, ramai yang bertanya... "cantik tshirt, beli kat mana? Tak pernah jumpa pun". hehe. Saya mula la buka cerita. Saya le yang dok jual kak oi. minggu seterusnya... 20 orang yang memesan. hehe.
Alahamdulillah...sekarang, makin ramai yang menyedari pentingnya pemakaian tshirt labuh ni dan semakin ramai yang mengeluarkannya. tahniah. design pun hebat2 belaka. Moga usaha kita diberkati Allah hendaknya. Ameen.
Wednesday, November 01, 2006
Makanan Ekspress untuk Du'at
Dari: Norhasnida Zawawi
Pemilihan makanan untuk keluarga adalah penting bagi membina keluarga du'at yang mempunyai kekuatan tubuh badan yang baik. Di samping itu, kesihatan tubuh badan badan du'at yang baik sudah tentu akan membantu dalam merancakkan aktiviti dakwah.
Pengalaman saya sendiri, berlaku sedikit konflik pada awal perkahwinan kerana saya datang dari keluarga yang tidak biasa makan di luar (restoren etc.) atau beli makanan tetapi keluarga zauj biasa beli makanan diluar. Pada mulanya saya 'insist' untuk masak juga walaupun zauj suruh beli aja kerana kadangkala memang tak sempat nak masak. Tapi lama kelamaan disebabkan memang dah tak larat dan sangat2 tak sempat, saya pun mengalah untuk beli makanan di pasar malam atau restoren sahaja. Sebenarnya tidak menjadi masalah sekiranya makanan yang dibeli itu tidak mengandungi kandungan minyak, perisa dan pewarna makanan atau lemak yang tinggi serta bersih tetapi kebanyakan restoran (apatah lagi di pasar malam) di Malaysia ni mempunyai tahap kebersihan yang rendah. Minyak di pasar malam biasanya di 'recycle' melebihi 3 kali masakan menyebabkan makanan mempunya 'trans fatty acid' yang menjadi punca kepada penyakit kanser.
Jadi bagaimanakah kita hendak menjaga kualiti makanan disamping menangani keadaan sibuk kita sebagai du'at?
Ada beberapa perkara yang keluarga kami lakukan untuk menjaga kualiti makanan:
1)Mengurangkan kekerapan ke pasar malam. Kami membeli makanan di pasar malam hanya 1x seminggu.
2)Membeli makanan yang tidak bergoreng. Alhamdulillah, di Fasa 7 BBBangi ada sebuah gerai makanan yang menjual nasi serta lauk pauk yang mempunyai kualiti seperti yang di masak di rumah.
3) Mengurangkan pengambilan fast food dan makanan ringan. Fast food dan makanan ringan (termasuk coklat dan gula-gula) tidak dibenarkan kecuali pada musim perayaan/ kehadiran tetamu / kenduri kahwin (biasanya akan dihadiahkan dengan gula-gula)/ hadiah. Perkara ini memang kami persetujui bersama. Nasib baik juga anak kami Nusaibah (2 tahun) dan Muadz (2 bulan) dihantar ke nurseri yang memang mengamalkan prinsip yang sama.
4)Membeli perencah segera untuk lauk pauk jenama Brahim's yang tidak mengandungi pengawet dan perisa makanan (boleh siap masak dalam tempoh 15 minit sahaja).
5)Masak lauk yang simple2, maksimum setengah jam waktu memasak (alhamdulillah zauj tak memilih sangat:-)).
Tuesday, October 31, 2006
Singgah-singgah
Semalam... singgah-singgah ke beberapa tempat dalam perjalanan pulang dari Penang ke Perlis. Singgah agak lama juga di Giant, Alor Setar. Mengintai-intai kedai di sana. Masuk ofis Giant untuk tanya kedai or peluang bisnes. Penuuh yakmat. Juzz boleh isi nama untuk 'waiting list'je. Tulis nama dan produk apa yang nak diniagakan. Nampak macam produk makanan yang saya tulis tu menarik minat staf kat situ. Tapi tataulah. Jangan pulak diorang tu curi idea saya dah ler :).Harap-harap dapat la satu tempat kat sana, satu hari nanti.Amin... ya rabb!!
Harini,saya try listkan sekolah-sekolah menengah n IPT di sekitar Perlis ni. Ada 30 hingga 32 tempat semuanya.Sehari boleh 6 atau 7 tempat.Apa saya nak buat ye? hehe. Ini mungkin bakal menjadi projek dana saya untuk thn 2007 ni. Samada larat atau tak larat ajer.
p/s: saya rasa(kepingin banget) nak setup bisnes senirik la. Saya tanak keja bawah orang lagi. Saya teringin nak jadi bos pulak :). mmm....abang adalah penasihat, akauntan dan sumber modal terbaik saya :)
lagi satu... saya berjaya kumpulkan gambar-gambar gelang swarovski yang saya jual. ini hasilnya, http://gelangkristal.fotopages.com
Tq chefli,Irfan Khairi,Puan Ainon,Robert Kiyosaki n others! Membaca penulisan kalian bikin saya ribut.haha
Monday, October 30, 2006
Raya kalini...
Selama seminggu kami cuti raya, selama seminggu itu juga kami (saya,suami n anak) balik ke Penang menemani mama. Kebetulan keluarga mertua pulang berhari raya di Terengganu. Maaf, tak dapat balik ke Terengganu tahun ini. Sedih nak tinggal mama n adik-adik memandangkan ini kali pertama berhari raya tanpa ayah.
Raya kalini sedih sekali, lepas solat raya terus ke pusara ayah. Memang sebak di dada mengenangkan seribu satu kenangan bersama ayah. bermain-main di ingatan setiap ketika. Saya masih lagi merasakan pemergian ayah seolah-olah satu mimpi. Tak sanggup melihat mama seringkali berlinangan air mata tiapkali merindui ayah.Tenanglah ayah di sana. Kami sentiasa mendoakan ayah.
Alhamdulillah...kalini ramai saudara mara (yang tak berapa kenal sebelum ni pun ada) datang beraya. riuh juga rumah dengan para tetamu. Pertama kali saya mencuba skill memasak spagetti dalam kuantiti yang banyak. Alhamdulillah... burrrpp.... :)
P/s: Nusaibah ucapkan terima kasih daun keladi pada yang bagi duit raya padanya. amboi...banyak juga si kecik tu dapat :)
Tuesday, October 24, 2006
Eid Mubarak!!
Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan,
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN"
buat semua rakan-rakan yang mengenali kami. Jemputla ke rumah :)
dari:
Wan Saifuddin Wan Muda
Najah Farahin Ahmad Faisal
Wan Raiyan Nusaibah Wan Saifuddin
Monday, October 02, 2006
Kuih Raya
Saya suka-suka aje buat kuih, tak sangka ada kawan-kawan menempah. Jadinya amik la tempahan sikit-sikit. Saya limit takat 2000 biji aje. Takut tak larat nak buat. end up, sehari sebelum ramadhan saya dah tutup tempahan. Tart nenas gulung 1500 biji, makmur 1000 biji. Buat 2 jenis aje. tanakla buat banyak-banyak, takut tak terbuat.
Bila saya buat? Saya buat time lepas sekolah jer. Sepetang dan buat hari-hari. Nusaibah ada di nurseri. Time tu aje la time amat berkualiti buat kuih. Time malam....saya tanak ganggu ibadah ramadhan saya. Tadarus n Terawih.
Saya buat tujuan saya nak belajar. Memang saya suka belajar buat kuih. Kebetulan semalam ada baca buku "Rich Dad,Poor Dad" (bukuni dijual masa saya di matrik lagi, tapi juzz baca gitu-gitu aje masa tu). Bekerja untuk belajar, bukan untuk duit. saya rasa betul juga, mula-mula saya buat kuih dulu...memang cadang nak belajar. Saya nak belajar semua perkara selagi saya mampu.
Doakanlah agar saya dapat mengejar dateline 'kuih raya' saya ni yer. Tahun depan saya tanak amik tempahan lagi sebab tahun depan saya nak pregnant pulak yer. hehe
Sunday, October 01, 2006
10 Muwasafat Tarbiyah
1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang shahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10.Bermanfaat pada orang lain
