Tasneem kena injection harini. Balik dari klinik saya terus beri syrup paracetamol padanya. Sebelah petang menangis tak berenti mungkin kerana kesakitan or kesan injection pagi tadi. Tasneem nak dukung aje sepanjang masa. Mujur ada Cik Nah yang gilir-gilir mendukung Tasneem. Isk, jururawat pelatih melakukan kerja dengan terketar-ketar. Jarum sudah 2 kali jatuh di lantai sewaktu mengendalikan ubat. Risau saya, hey.. my doter is not ur experiment ok! Saya agak biasa dengan jarum-jarum ni (berdasarkan pengalaman accident, masa pregnant n kakak Ibah). So, saya tengok nurse pelatih tu inject macam lain macam aje. Teringat dalam hati, " sah bengkak kaki anak aku lepas ni". Na ah... betul dah! Rasanya anak saya adalah pesakit pertama dia kot!
Sebelah petangnya kakak Ibah pulang dari tadika mengadu badannya panas. Malamnya... kedua anak saya demam. Tak tidur saya, risau... takut suhu yang tinggi. Letak air di kepala Tasneem dan tuala lembab dikepala kakak.
Harini alhamdulillah... semakin ok. Cuma kakak ibah tidak ke tadika katanya masih tak larat (ada trick sket2 dia tu.hehe). Adik Tasneem masih merengek suruh dukung, tapi dah boleh senyum berbanding semalam yang masam aje mukanya. Sedang seronok melihat piglet di playpen :). Both of them ok alhamdulillah
Hai semua, umur saya dah masuk 4 bulan dan berat saya sekarang 5.8kg
It was so kind, Cik Syah bought this playpen from Ireland masa balik raya ritu. Brand Disney. Kalo nak suh saya beli, memang saya tak beli. hehe
haaa amek kau! budak-budak zaman sekarang, baca iqra' pun kot laptop. Kakak Ibah sudah pandai main game n godeh-godeh laptop. Jahanam laptop aku.huhu
Tuesday, October 14, 2008
Anak-anak yang demam
Saturday, October 11, 2008
Raya (part 2)
Keluarga Wan Muda yang cukup kuorum. Tahun depan tambah ahli baru. hehe
Ni kat umah Mck Chah, lepas solat raya terus ke rumah tok di Losong. Orang dok panggil keropok losong tu, sebab kat losong sepanjang jalan dok jual keropok lekor tuu.... kalo tak caya... mai la tengok!
Umah tok di Losong
Lepastu baru la ke beberapa buah rumah sedara mara yang saya pun sudah lupa nama mereka walaupun sudah diberitahu :) . Ramai rupanya sedara mara ummi n ayah. Sepanjang 4 hari di Teganu tu purata dalam sehari 4 buah rumah/tempat yang dituju. Kak Ibah n Tasneem banyak collect duit raya kalini even my maid pun dapat sama. Bukan main senyum lebar dia. Tapi duit raya budak berdua tu, dah bercampur-campur dalam beg saya. Terpaksala dikumpulkan dan dibahagi dua. hehe
Kat umah Mck Dali,adik ummi (tak ingat adik ummi yang keberapa). Rumahni menarik perhatian saya. Macam muzium. Cantik hiasan dalamannya, macam dalam majalah anjung seri.
Saya pun mula berangan-angan.......
Thursday, October 09, 2008
Cuti- Cuti Raya (part one)
Kalini cuti raya yang panjang :) 12 hari, amek kau !
Selamat Hari Raya buat semua teman-teman yang seringkali menyinggah di sini. Sudah lama tak update sejak puasa lalu. Tahun ni raya jauh sikit. Teganu kiter. Kampung tok ummi n tok ayah. Apa yang best skali ialah kali pertama beraya bersama Tasneem si kecik tu. Wow... travel bersama 2 orang anak yang aktif (toddler & baby) memberikan pengalaman yang agak memenatkan but happy. Gambo-gambo banyak di update di blog sini , sini dan sini. Tapi saya pun nak update jugakla walaupun ceritera raya agak basi berbanding mereka kat atas tu yang update dulu! hehe. hey, ni my raya version ok!!
Beraya di Teganu merupakan pertama kali bagi saya, kakak Ibah n Tasneem. Sebelumni balik Teganu, tapi bukan musim raya, balik musim cuti sekolah. Tahun-tahun lepas beraya di Perlis n Penang. Saya sebagai orang Penangni merasa bestnya Teganu ni sebab ramai orang Melayu. Walaupun speaking Teganu, bagi saya agak blur dan lambat saya nak faham.hiks
Kat Pasar Payang dengan wajah yang masing-masing kepanasan tengahari yang terik
Pasar Payang merupakan tempat wajib bagi sesapa aje yang datang ke Teganu. Kalo datang sana, singgah le ke kedai pok sedara kami, Wan Khairuddin Wan Abdul Rahman. Naik tangga depan, terus nampak kedainya. Wah, promote kedai pok sdara pulok. kena bagi upah ni Chu Din weih, upoh pinjamkan stream selama sebulan.hiks. katanya sales musim-musim raya n cuti sekolah ni leh sampai 30k sehari. perrghhh. Raya ke-3 lagi dia dah buka kedai dah sebab orang luar Teganu nak berangkat pulang, diorang akan shopping giler-giler punya sebelum balik. Dalam banyak-banyak barang, satu benda menarik perhatian saya-sampin (yang org pakai dengan baju melayu tu ape,sampin kan?) yang berharga rm6500 rupa sebijik macam TPM punya. hehe. heh, buat downpayment kereta lah!

Masjid Kristal Islam Hadhari Terengganu Bistari. Sedara mara kami kat Teganu bagigtau yang diorang lum pernah sampai lagi kat masjid ni. Kami yang dari Perlis ni sampai dulu.haha
Aduh, penat update. Nanti sambung citer lagi lah. Nak kena mengemas dapur jap. adios!!
Friday, September 12, 2008
Cari...cari.. cari kedai !!
Semalam ronda-ronda Alor Setar. Tatau angin apa suami mengajak temankan dia. Selalu jarang ikut sebab sejak ada baby ni susah sikit nak bawa lagipun suami kalo ke Alor Setar, atas sebab kerja- buat akaun Petronas
Plan utama ke Alor Setar semalam, deal buku dengan tokeh Pustaka Darussalam. Selepas hantar Kakak Ibah ke Tadika, terus kejutkan Tasneem dan kemas itu ini, baru berangkat. Lama juga nak siapkan itu la.. ini laa. Singgah Iqra' Books kejap, print dokumen, ok... shoot to Alor Setar, on da way... singgah jap kat Bungaraya Entrepot tengok barang-barang terpakai, takde ape yang berkenan di hati, sambung perjalanan semula. Sampai kat Kompleks Peruda tu hampir Zuhr, suami ke Pustaka Darussalam, saya dan Tasneem tunggu di kereta aje sebab Tasneem tido. huhu. Lama juga. Ok, dah selesai deal, alhamdulillah berjalan lancar, keje utama pun dah selesai. So aktiviti bebas sekarang. hehe.
"Kita nak buat apa sekarang yer?" tanya abang. "Kita round ler satu Alor Setar" gurau saya. "Apakata kita round semua shopping kompleks yang besar-besar kat Alor Setar ni?" tanya abang. Wah...idea gilos tu. Ish...ish bulan-bulan posa ni rajin pulak buang tenaga. hehe. ok aje, saya suka berjalan. Nak-nak kalo takde Tasneem n Ibah, lagi panjang langkah. Tapi ni sebab bawak Tasneem, kira terbatas sket la. huhu.
Memula pi Pacific dekat dengan Peruda tu. Pi toilet sebenarnya, tersinggah beli baju Tasneem. Pantang tengok Sales sampai 50%. Pastu beli pulak CD (movie), aiseh. Beli sampai 3. Citer apa? haha. Kelakar lak nak bagitau, salah satunya Kungfu Panda. (tau dah, balik nanti buat simpan dalam laci aje, lepas raya baru dapat tengok sebab sibuk sangat sepanjang ramadhan ni)
Lor, punya la ramai orang buka booth baju raya dan kuih raya kat foyer bawah Pacific tu! Baru 10 hari puasa. Agaknya diorang ni buka booth bermula dari hari pertama puasa kot.
Pastu pi Giant, plan nak intai-intai booth kosong kat foyer Giant tu. Gi ofis diorang tanya, waduh penuh sih sampai ke malam raya. Plan saja nak tanya aje. Pastu daftar juga, booking untuk sewa booth penghujung Oktober nanti. Intai-intai lagi kedai kat dalam tu. Ada kosong, minat juga. Harga leh tahan juga. huhu. Abang pesan, "balik buat istikharah ek!"
Lama juga di Giant, solat and rehat, setelkan dan bf Tasneem dulu, buat kira-kira, bincang-bincang, berangan-angan sket, baru berangkat ke Tesco. Lor... Tesco pulak korang nih dah masuk asar dah. Solat asar kat Tesco pulak.
Sampai Tesco, hantar borang untuk buat promosi, pastu nampak butter murah, borong butter, nampak benda lain... capai benda lain.. nampak itu amek, nampak ini amek. Aiii... pantang dapat peluang shopping. Sedang seronok capai itu ini, manager Tesco call nak jumpa. Terus ke kaunter depan. Ada booth kosong la... you nak ker? aiseh, terkejut juga sebab nampak macam penuh aje semua booth. Harga leh tahan. Standard Tesco la wei. Nanti kami balik pikir dulu. Takleh bagi keputusan sekarang. Kita kena balik Istikharah lagi :)
Dah tiba nak berbuka. "Ala...tanakla berbuka dalam Tesco. Kita berbuka kat kedai makan la... pekena ikan bakar ker, air asam ke.." komen abang. Ok jom, ikut aje saya. Bab-bab makan saya tak kisahkan sangat. Singgah berbuka di Restoran Tepi Sungai. Leh tahan sedap juga. Guess wat, masa nakpi bayar rupanya kedai tu milik kawan suami masa degree dulu. Wow!!
Lepas berbuka, singgah masjid solat n terus balik Arau. Wa... sampai ke malam korang berjalan ye. Lega Tasneem memberi kerjasama sepanjang hari :), tq Tasneem... lain kali ummi bawak kamu lagi ya!!
p/s: Saya sudah memasang angan-angan (lagi!!)
Tuesday, September 09, 2008
5th anny... 31 Ogos 2003
Sudah 5 tahun rupanya kami hidup bersama. Cepat masa berlalu. Anak pun dah masuk 2 orang.
Saya dapat kad, enveluv hantar... dari abang la. "I'm crazy for you!"
Hi sayang!
Baru teringat 31 ogos ni ulangtahun ke-5 kita kawin kan?dah 5 tahun kan, tak sangka sungguh cepat masa berlalu
Thanks for being my bestfriend, mum to Tasneem & Ibah and wife to a "macho" businessman.
bye,
Abang
----------------------------------------------------------------------------------------------
haha....you're welcome, abang. Really appreciate it. Thanks for treat me like a queen!!
Dia tanyakan soalan pada saya, "mau hadiah apa?". "bagi CRV i-vtec tu cukupla". "erk!! mati abang! ". tu laaa....sape suh tanya.hehe
Tiada apa yang saya harapkan. Sudah ada segalanya. Ya Allah, berkatilah rumahtangga kami hingga ke syurga. Kurniakanlah kami anak-anak yang solehah!
Thursday, September 04, 2008
"Secret language of Babies"
Saya tergelak bila melihat video nih. Kakak Ibah pun tergelak. Lepas tengok video ni,dia tertunggu-tunggu pula adik Tasneem beraksi.Bahasa-bahasa baby seperti 'Neh'=hungry,'Owh'=sleepy dan lain-lain lagi rasa cam cute sangat! enjoyed it!!
klik "Secret language of Babies"
Tuesday, September 02, 2008
Friday, August 29, 2008
STOK CLEARANCE!!
updated!! 13 sept 2008
Stok clearance sempena merdeka. Cepat! Cepat! Tinggal beberapa helai aje lagi
Harga Asal: RM40
Brand: Hilyah
Colour: Mustard Yellow
Size available: XXL-2,XXXL-2 (sold left only xxxl-1)
Prize: RM35
Brand: Sumayya
Colour: Blue Grey
Size available: XXL-2
Prize: RM35
SOLD OUT!!
Brand: Sumayya
Colour: Blue Stripe
Size available: S-1
Prize: RM35
Status: SOLD!!
Brand: Sumayya
Colour: Red Chilli
Size available: XL-1, XXL-2
Prize: RM35
SOLD OUT!!
Brand: Sumayya
Colour: Pink Stripe
Size available: XXXL-1
Prize: RM35
SOLD OUT!!
Tasneem, 2 bulan 25 hari..
Sudah meniarap! Seronok sebenarnya mengikuti perkembangan anak hari ke hari. Kalo keluar bekerja, kepala teringatkan baby di rumah. Mujur bekerja sendiri, masa fleksible. Tapi adakalanya terasa sibuk juga mengalahkan orang yang bekerja makan gaji. hiks. Kepala pikir macam-macam. Bercabang-cabang berangan. Sebab kerja sendiri ni, bisnes sendiri kita tak tahu hujung bulan dapat untung berapa, kadang-kadang dapat sikit. Kadang- kadang dapat lebih. Tak seperti orang makan gaji, sudah tahu hujung bulan pasti dapat gaji macam selalu kan! apa pun bersyukur dan terus berusaha. Hanya pada Allah kita berserah.
Harini si Tasneem sudah meniarap betul-betul. Kalo sebelumni dok try n error meniarap sampai nangis2 dia, geram tak dapat. Atlast, dapat juga meniarap. 

Sekali kau tersenyum, seisi dunia turut tersenyum melihatmu....
Thursday, August 28, 2008
U're Welcome!!
Amboi, rata-rata sms saya mengucapkan tahniah. Ada yang mengucapkan "Selamat Datang Ke Putrajaya". haha. Aku ke MP?
teringat dalam emel, ada sorang veteran bercerita, boleh diambil iktibar oleh para sekelian wakil rakyat atau yang bercita-cita nak jadi wakil rakyat suatu hari nanti seperti si dia ini. heeee :b
Dulu boleh la... XX dapat undi kerana parti. tapi kini pengundi pilih calon. Contohnya Ibrahim Ali. Bubuh parti apa pun, hatta DAP pun platformnya - maka dia (Ibrahim) tetap menang sebab pengundi dan 'tertawan hati' pada berahim. Contoh : ada keluarga sakit, nak pi hospital tak ada kenderaan, talipon Ibrahim Ali (masa tu tu Ibrahim di Mekah), maka Ibrahim arahkan orang dia hantar kereta ambil, ikut, temankan dan hantar pengundi tu hingga selamat pulang semula ke rumah. satu kes jer, tapi ia merebak seperti multilevel marketing.. walaupun dia melompat-lompat, tapi tetap menang.
p/s: Rakyat perlu bantuan dan pembelaan.Jadinya, realitikanlah negara berkebajikan!
_blog.jpg)
