Monday, April 12, 2010
photoshoot
untuk majalah apa pun tatau.tak lalu agaknya majalah nak amek.amek gambaq terkial-kial.haha saya la wartawan, saya la photographer...
Monday, April 05, 2010
Cupcakes Class
Alhamdulillah selesai sudah kelas semalam. seronok tengok keceriaan di wajah student yang datang belajar dan bawak balik cuppies untuk dimakan bersama keluarga.
kak syikin dan hajar sudah lama saya mengenali mereka ini....
kak rohaya, tokeh roti dan kek. kata kak rohaya, anak lelakinya sangat pandai forsting kek buttercream. cayalah zaid
ni feza, teman baru kenal di FB... salam perkenalan Fiza. anak kembar you sangat comel
terima kasih kerana sudi datang belajar cupcakes, saya mohon maaf jika ada sebarang kekurangan atau terkasar bahasa. Nanti jumpa lagi ya, selamat berbisnes :)
alhamdulillah...harini sudah cukup simpanan saya selama sebulan menjalankan projek baking. akhirnya dapat memiliki dslr idaman. hiks. lepasni, buat tabung untuk tour europe pulak.
Monday, March 29, 2010
KLIBF 2010
kau ingat bila sampai ke bookfair, kau akan beli buku dalam listing? tak... mesti kau akan beli lebih dari listing kau. aduh. beli sampai duit tinggal rm3 dalam wallet. aiyaark. dah le nakpi tekan duit, punyala beratur panjang mesin atm tu. mujur ada banker (saif la sape lagi). tapi untuk diri sendiri tak beli banyak pun. 2-3 buah aje. untuk anak-anak ada le sket. haish...buat nak beli bagai... kan buka kedai buku, order sajalah dari supplier. hehe. tapi bila dah depan mata, rembat juga.huhu. cuma buku mahal-mahal, plan order thru supplier aje. kalini sempat rembat buku dekorasi kek perkahiwnan fondant, buku coklat chef amir dan novel jaja n din. yaaaa.... sekarang ngah baca novel tu.yang lain2, beli majalah impiana keluaran lepas-lepas.
kalini banyak habiskan masa lepak di dewan karangkraf.best betoi kan. memborong majalah impiana. saif kata, awat tu...nak juai majalah lama-lama ka. isk...orang nak buat koleksi laaa.
gambar ni ambil kat http://sajian.fotopages.com/?entry=2007568
haritu 26/3 chef amir tak datang kat bookfair, jadi tak dapat signature dia. huhu
ni dapat sign...bestnyer...nak tgk penulis dia? ada kat bawah nu...
ish..ish...ibu beranak kecik nihhh....
tak larat tulis la pulak, jom layan gambar ajelah...
Tuesday, March 23, 2010
The Google Girl
aduh,anak-anak zaman sekarang....
Thursday, March 18, 2010
emel bahagia...
Harini saya dapat satu emel dari customer yang menempah kek hantaran dan wedding cake 2 tier. aduh... saya sangat bahagia. berbunga-bunga syok sendiri hati saya. hahaha
ni emelnya,
salam k.najah
ni gmbq ayu potong kek :)
tima kasih k.najah.cantik sgt2...ramai org puji :))
Saturday, March 13, 2010
Explorace
Alhamdulillah, pada 27 Feb 2010 yang lepas, KRJ Perlis telah berjaya melaksanakan program Explorace untuk remaja-remaja di bawah kendalian KRJ.Dah lama kuar paper Sinar Harian,lupa nak update. Laporan ni Saif yang buat sebenarnya. Saya yang dapat nama. hehe. Muka saya tak kuar paper pun, tapi nama kuar paper pun jadikla.hihi. Janji dapat promote JIM pada masyarakat.
p/s; cewah abang, muka kuar paper. siap bersila lagi tu .haha
Friday, March 12, 2010
Sibuk betoilaa
"dah lama kita tak makan berdua, orang tu asyik bz aje minggu ni" Saif bersuara tatkala kami makan malam sebelum dia berangkat ke KL kejap tadi. Bukan tak pernah makan bersama sepanjang minggu ni, memang makan sekeluarga. Tapi minggu ni belum makan hanya berdua.
Aduh, saya terlepas pandang akan hal ini. Minta ampun ya bang. Sebentar tadi katanya, saya tak pedulikan dia 2-3 hari ni. Masing-masing sibul hal dan program sendiri. Minggu ni saya ada program di Jitra. Dia ada prog di KL
Abang...terima kasih atas sokongan! saya takleh buat ini semua tanpa abang (ayat pujuk). hehe
Tuesday, March 09, 2010
Rezeki Kauthar
sejak blog ini dilancarkan, saya menerima tempahan hampir setiap hari. ada yang order tart , birthday cake dan ada pula yang menempah kek hantaran dan perkahwinan. kira penuh juga la jadual musim cuti sekolah. ada pula call bertanyakan kelas. Ini rezeki baby baru, si Kauthar agaknya. Alhamdulillah.
oh ya, saya kini hanya berada di rumah sepenuh masa. hehe. sebab kauthar masih kecil. baru 2 bulan lebih. jadinya saya memilih untuk bekerja dari rumah. sekali sekala keluar ke kedai dan ke alor setar. selebihnya, di dapur membuat tempahan pelanggan.
jumaat bebaru ni ada ke demo kelas fondant di alor setar. saya memang zero bab2 fondant ni. tapi belajar jugaklah walaupun demo, biasala demo kan tak sempat nak catch up, sebab saya ni lembab sket. anyway.. tau la sket-sket peralatan, resepi fondant homemade. rasa seronok juga. teringin nak buat / praktis. lepasni leh buat kat wedding kawan-kawan terdekat dulu. hihi. masa demo ritu saya datang lewat, so dah penuh tempat depan. dok belakang aje.huhu
Thursday, February 25, 2010
MCB n FC
Semalam gi blajar marble cheese brownies dan fruit cake
kat http://cekmekzue-zue.blogspot.com/2010/02/najah-from-perlis.html. Memang dah lama berhajat nak belajar. Tercapai juga. Kebetulan nakpi collect duit kat kedai Alor Setar (dengar macam best aje collect duit,haha. tipu...tak banyak mana pun ...). No kakzue, i didnt have any bakery shop yer. Homemade... dapur belakang umah aje. huhu
Thanks kakzue kerana sudi terima saya sebagai anak murid kakzue, orangnya soft spoken dan sangat baik. Mesti kakzue gelakkan saya yang terkial2 ni. hihi. Canteknyer dapur Kakzue, barang-barang kek tersusun kemas. Mula la saya berangan nak ada dapur cenggitu alahai ...
Lupa la pulak nak amek gambar dapur !
Wednesday, February 24, 2010
brownmail...hehe
Dapat sms dari Nizah (http://ummuaisyah.multiply.com)
"Salam.my dear fren,there's somethng 4 u in ur postbox.just to express my appreciation for u fren"aaa...sangat sweet.. dia tolong compile kan untuk saya tanpa dipinta. Boleh pasang dalam kereta. (Sebenarnya dah mintak Saif buatkan, tapi Saif sibuk minggu ni),oh Nizah, macam tau-tau aje saya sangat menggilai Maher Zain. hehe. Susah nak jumpa kawan yang susah payah buat surprise untuk kita cenggini,senyap-senyap tinggal barang dalam post box. Agaknya kalo dia lelaki, mungkin saya terjatuh cinta. Mujur nizah perempuan. hiks
Terima Kasih Nizah!! luv u!












