thePencil.org Ar RaiYan

Tuesday, January 11, 2011

sibuk

fuh, minggu ni agak sibuk dengan order dan class. setiap hari ada order.alhamdulillah. cuma kadang-kadang penat juga dengan order kek n tarts, dengan anak-anak lagi. nak kena spend masa petang-petang lagi.
saif juga perlu diberi perhatian, kalo tak.... nanti dia tarik muka 14. heeee. pandai protes skarang nihh....
minggu ni dah teman saif dinner berdua, so ok la kot!!
masa tulis entry ni, teringat pula kisah kauthar, si baby kecik tu. oh ya bebaru ni kami sambuat besday kauthar kat tadika huda. sempena umur 1 tahun kauthar. seronok tengok keriangan anak-anak tadika. wajah mereka yang tulus dan mulus...mana ya gambaq besday tu.

haa...lega dah selesai. seronok dapat siapkan kek untuk kauthar. walaupun kauthar tatau apa2 dan tak makan pun kek tu, tapi atleast anak-anak tadika yang lain gembira. cakap pasal tadika ni. bukan kauthar yang masuk sini, kauthar tetap dok umah dengan ummi. tadika ni betul2 sebelah rumah kami dan adik ipar saya, wan aminah yang handle. boleh tahan ramai pelajarnya. jadi saya siapkan doorgifts utk 100 orang termasuk guru
terima kasih buat hajar n neni yang banyak membantu menjayakan majlis ni.

Wednesday, January 05, 2011

three musketeers

boy oh boy.... i have no boys....hahaha. this is our board of directors, raiyan..tasneem...kauthar

Sunday, January 02, 2011

Azam Baru

salam tahun 2011, moga tahun ni lebih baik. ya. mesti.
di sini saya berazam akan meneruskan penulisan blog saya yang kadang-kadang bersawang ini. tahun ni insyallah akan menconteng blog secara konsisten. ingin mencatat semula segala perjalanan hidup serta pengalaman yang dilaluii buat tatapan anak-anak yang semakin membesar terutamanya untuk saudari Wan Raiyan Nusaibah yang sudah boleh membaca dengan hebat sekali. hihi. cuma english kadngkala tersangkut-sangkut sebutan
pembukaan tahun 2011 kalini dibuka tirainya dengan baik sekali iaitu kelas cheese tart personal dihadiri oleh kawan sendiri iaitu hajar jinal. tengok tu,kelamkabut sampai terlupa amek gambo.hajar pulak excited sungguh dgn cheese tartnya dan terus balik. ni sms hajar mintak dia emelkan gambar pic pie dan cheese tart dia masa kelas tadi. alhamdulillah. satu permulan rezeki yang baik insyallah. amin...
ok, nanti sambung menulis lagi ya. daaaaa

Friday, December 10, 2010

hijrah...

salam...
lambat posting entry. salam maal hijrah. moga tahun ni akan lebih bermakna. hijrah lah ke arah lebih baik. menjadi muslim yang baru  yang sentiasa memperbaharui niatnya. love all. love yourself.make a better connection with Allah almighty and....

smile!!!

Saturday, November 13, 2010

entry

mck Nashita ada menulis sedikit mengenai kami  disini terharu la pula...

Sungguh bangga disamping teruja dengan usaha pasangan suami isteri ini dengan perniagaan mereka...mari kita sama-sama lawati dan lihat hasil usaha pasangan yang amat muda ini...

BELI BUKU ONLINE

Cuba pula lihat hasil bakery yang sungguh cantik ini...memang kreatif dan perlu daya usaha yang cukup tinggi...tahniah...

NAJAH HOMMADE CAKES

SELAMAT MAJU JAYA UNTUK SEMUA YANG BERUSAHA!!!


terima kasih mck! atas  sokongan dan doa

Wednesday, October 27, 2010

Dinar

sebut dinar,macam la kaya sangat.haha. sebenarnya masa annyversary ritu saya tatau nak bagi adiah apa pada saif, semua dia ada... nak beli gadjet canggih, dah dia pakai iphone. takkan nak bantai beli ipad pulak. jadinya terkeluar idea nak hadiahkan dinar... maka belilah aku dinar kat dia...

rasanya ni adiah paling mahal yang saya bagi sepanjang perkahwinan saya. satgi saya nak mintak balik dinar tu. muahahaha

Tuesday, October 26, 2010

rancang...

ahad lepas saya menghadiri mesyuarat perancangan strategik IKRAM, perlis untuk sessi 2010-2011. mula jam 9 pagi hingga 11.20 malam saya berkampung dalam bilik mesyuarat membuat plan, merangka plan tindakan. membentangkan plan tersebut. setiap kumpulan diberi mengikut KRA dan KPI mengikut minat dan kepakaran masing-masing. mesyuarat ni bertujuan untuk melonjakkan lagi IKRAM di negeri Perlis. Ya, saya ahli IKRAM. ape tu IKRAM? nanti saya bagi link yer
Bila melihatkan perancangan strategik yang kaw-kaw tu,  memang nampak macam tak tercapai. jadual sangat pack. saya tatau nak selitkan aktiviti individualistik saya di mana. hehe. tapi , jika ini dibuat bersama-sama. Insyallah kita berjaya. Akan datang tugasan saya lebih kepada blog update, program palestine, aulad dan isu-isu wanita. Saya tak mampu nak coupe remaja dan belia. setakat tolong sikit-sikit tu boleh la. Moga usaha yang kerdil ini mendapat pertolongan dan keberkatan Allah....
Bila melihatkan perancangan strategik jamaah buat, saya terfikir untuk buat perancangan strategik untuk bisnes kami juga. akan datang mungkin saya dan saif lebih kepada bisnes berbentuk training kot. haha. eh baru plan aje tau...
tapi dah start le sikit-sikit buat modul. venture/tambah ke biz lain juga. tahun depan rasa lebih confident nak hantar proposal ke jabatan-jabatan kerajaan kot. insyallah. ameen
Sedikit perkembangan bisnes kat umah ni, alhamdullillah sejak saya diminta mengajar pelajar politeknik untuk kursus bakeri awal bulan oktober lalu, kalini saya diminta mengajar kursus lanjutan bakeri awal november ini. terima kasih buat sahabat saya, nizah yang juga pelanggan saya,yang banyak membantu saya. saya perlu menyiapkan beberapa quotation serta modul untuk kursus ini. Saya juga diminta menyediakan slide powerpoint serta motivasi keusahawanan kepara para pelajar ini. Insyallah, akan buat yang terbaik. mohon doakan. dibawah ini adalah kelas bakeri untuk politeknik bebaru ni

betapa tak profesionalnya mengajar ada assistant kecik tu.huhu. ni cabaran bekerja dari rumah.

p/s: takziah buat sahabat saya rozi yang saya ceritakan dlm entry lepas, telah kembali kerahmatullah pada 8 oktober lalu. al faatihah. moga Allah tempatkan almarhumah di kalangan para solehin...

Tuesday, October 19, 2010

bisnes kad

sudah sekian lama meniaga kek... harini baru buat bisnes kad. tu pun setelah customer dok tanya beberapa kali, takdak bisnes kad ka?? adoila.. pi buat laa. nah amek sorang satu. free.hehe

Sunday, October 03, 2010

watermark


salam,
baru dapat watermark, upah mimi buatkan. thanks mimi.

Saturday, October 02, 2010

tujuan asal

saya sebenarnya teringin sangat nak tour europe, ke turkey, rome, switzerland dan beberapa tempat yang cantik. saya memang teringin sangat. saya sangat jeles apa bila kawan saya ni selalu terbang ke luar negara atas urusan kerja. rezekinya kan! tapi saya takde peluang seperti itu (bunyi macam sedih pula. hehe)

saif pesan, kalo nakkan sesuatu, buatla bisnes khas utk realisasikan impian tu, duit untung dari bisnes tu,amekla guna utk beli apa yang diidamkan tu. jangan guna duit gaji kalo nak beli. simpan aje utk hal lain.lebih kurang macam tu la.

maka saya pun set up satu  biz ni yang tujuan asal keuntungannya untuk tour europe. haa... besaqnya mimpi. hahaha.
ya saya fokus, saya target tiap-tiap bulan. dari biz tu saya amek sikit untuk saya beli dslr. murah aje, nikon D3000, lepas tu beli flash yang murah juga. janji amek gambar cantek. sebab penting juga untuk ambil gambar kek untuk letak kat web.

saya mula kumpul dan kumpul. sanggup stay up tengah-tengah malam semata-mata nak kumpul duit untuk tour europe. mak mertua saya hairan, awatlah saya sanggup bangun malam deco kek. susah payahkan diri bak kata orang.hehe

ya harini.... duit hasil tu dah cukup, bila difikirkan ada adik ipar di manchester, ireland, france. kira save jugakla accomodation tu. cukup juga untuk saya sponsor saif skali untuk pergi sama-sama. ya, saya dah bagitau saif, tapi saif kata, abang kena siapkan rumah kecik kita ni dulu. kalo kita makan angin skrg, nanti kita lambat la nak siapkan umah. hmmm... hati isteri, kalo dah cakap cenggitu, terus jadi syahdu. memang asalnya saif sorang aje kumpul duit untuk buat rumah melalui bisnes quran saif ni . tapi untuk mempercepatkan duit tabung tu penuh, saya rasa saya harus membantu. jadinya, saya pendamkan dulu impian saya. duit tu, saya simpan untuk buat rumah kecik kami. sebab kami sekarang ni belum ada rumah. kami tinggal bersama mertua saya. memiliki rumah sendiri walaupun kecil, juga merupakan impian saya, impian saif... impian kami bersama

p/s: tapi jangan pikir kami ni tak teringin nak pi mekah. duit kat tabung haji tak sentuh tau! :)

 
blog template by suckmylolly.com