Baru tiba di kedai harini. Those yang minat warna dull or gelap macam taste saya, ok ler.hehe. 
Brand:Sumayya
Colour:Dim Grey Stripe
Available Size:S,M,L,XL,XXL,XXXL
Prize:RM 40
Brand:Sumayya
Colour:Yellow Grey
Size Available:S,M,L,XL,XXL,XXXL
Prize:RM40
another new catalog for new tshirt...
Saturday, June 28, 2008
New Arrival
Friday, June 27, 2008
Wan Tasneem Sofiyya
Menanti saat-saat akan dibotakkan! bergambar kali terakhir sebelum botak.hehe




Untuk tatapan mak n pak sedara sekelian yang berada jauh di perantauan ;)
Cik Qis di USIM, Cik Syah di Ireland,Cik Denz di UIA, Cik Jah di Shah Alam, Alang Nad di UKM
Friday, June 20, 2008
Ekspo Usahawan
Alhamdulillah... ekspo usahawan bumiputera selesai sudah selama 10 hari. 3 hari aje saya dapat berpeluang round ekspo dalam keadaan sarat n berat,tak jaga gerai sendiri pun sebab dah hire 2 orang staf. Kami round2 gerai orang aje. tu pun tak round abis. Sempat kutip brochure biz venture yang saya minat, suami sudah risau... takut terberanak masa ekspo karang. Asyik jalan aje.
Hari keempat ekspo, selepas subuh...perut mulai terasa sakit. Due nye esok, tapi saya sudah merasakan 'sign' nyer...
Mujur awal-awal lagi sudah stanby staf untuk jaga ekspo, sebab memang dah plan. So suami tak risau sangat
Hari pertama ekspo sudah lalui pengalaman pahit. tiba-tiba hujan turun dengan lebat, kebetulan suami dan saya pulang ke rumah mama kat penang. Gerai buku kami basah. Abis rosak beberapa buah buku. Ada buat tuntutan, tapi pihak ekspo dan kontraktor yang tepape tu tidak mahu bertanggungjawab. Buku terbaru yang mahal-mahal pulaktu.Takpela abang, inile dugaan n cabaran bisnes. Mendidik kita supaya akan datang lebih berhati-hati dan bersedia dengan apa juga keadaan (hujan especially). Buku kalo kena air, alamatnya rejectla. Kena buat lelong. Sekarangni tengah lelong buku kat kedai... less 30%. takde le rosak teruk, cuma ada kesan air tepi2 nya. nanti saya tunjukkan gambar, ada sesiapa yang ingin membeli lelong buku2 ini pun leh juga. Buku bagus2, PTS,TelagaBiru n Saba. Malah ada yang hardcover.Huhu.
Dan...
Alhamdulillah...seakan tidak percaya tshirt labuh dapat dijual sebanyak 100 helai disepanjang ekspo. Satu perkembangan yang bagus. Ini kali pertama tshirt di bawa keluar ke ekspo/orang ramai. Ramai customer terkilan sebab hari-hari akhir tshirt sudah kehabisan saiz. Huhu. Maaf banyak-banyak alahai. Rezki baby ekspo ni :)
Thursday, June 05, 2008
Kehadiran Orang Baru...
Alhamdulillah...sujud syukur....
Selamat melahirkan anak kedua, girl juga seberat 3.35kg di Mahsuri Medical Center, Jitra pada 3 Jun jam 10.35 pagi. Agak mencabar perjalanan suami memecut kereta dari Bukit Mertajam je Jitra. Lepasni tunggu surat saman speedtrap laa.hehe
p/s: laporan seterusnya di blog ::SUAMI TERCINTA::
Thursday, May 29, 2008
Promoting TAMU kali ke 6
Dah lama tak update, sibuk dengan kerja-kerja sebelum bersalin. Harini lega, tugasan siapkan nametag Tamrin dan Muqayyam Tunas Taqwa (TAMU) dah selesai. Terus serahkan pada makcik Anum. Rasa ringan aje bila keja-keja TAMU ni dapat disiapkan sebelum saya bercuti panjang.
Oh ya, WJIM Negeri Perlis akan menganjurkan Tamrin dan Muqayyam Tunas Taqwa (TAMU) pada 2-5 Jun nanti di JPS Esplanade, Pengkalan Asam di mana menghimpunkan 100 orang anak-anak sekolah rendah (anak-anak JIM especially) yang datang dari Perlis, Kedah, Penang n Perak. Pendaftaran sudah di tutup. Limit takat 100 aje. kalo tak, mau pecah chalet Pengkalan Asam tu. huhu. Tiap-tiap tahun saya berkampung bersama anak-anak ini, cuma kalini aje tak dapat turut serta memandangkan due bersalin tarikh tu. Tapi pengarah TAMU pesan juga, kalo belum bersalin, datang tau makan kenuri kat tempat program, kita tumbangkan 2 ekor kambing, coz ada orang buat kenuri aqiqah. Hiks. 
Tuesday, May 27, 2008
Alhamdulillah...
Selesai sudah berjualan di MATRI selama 3 hari. Ada sambutan 2 dekad MATRI. Sales boleh tahan juga.Tapi walau sehari pun saya tak dapat pergi dek demam, batuk dan selsema. Suami aje meng update tiap-tiap hari bila pulang ke rumah. Fatimah Syarha, penulis buku Tautan Hati tu siap parking ket gerai kami untuk sain autograf para peminatnya. saya minta abang ambilkan gambar sebab tak dapat jumpa. La... kamera abis bateri pulak. Abang selalu cenggitu. huhu.
Terima kasih Aminah kerana membantu, jadi full timer jaga gerai. Sales tshirt labuh seakan -akan tidak percaya. Laku keras juga. Alhamdulillah syukur...surut la sikit stok di kedai tu.Sales tshirt di kedai pun alhamdulillah, time gaji la katakan....
Hmmm... dapat berkenalan dengan supplier tshirt yang baru :), siap datang discuss kat umah sebab tokehnya (saya le) demam . Dilihat offer yang berpatutan!
Insyallah...dok cadang-cadang tu nak keluarkan brand sendiri pada tshirt kanak-kanak. Masih mencari nama dan jenama. huhu. Banyak juga keja ni, kena design lagi, nak memikir lagi.Doakan!
p/s: laporan seterusnya di blog ::BOS::
Thursday, May 15, 2008
Musim Harumanis

Sekarang musim mempelam harumanis. Ini buah trademark negeri Perlis.Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Perghh sedap. Mujur saya belum bersalin lagi boleh la pulun puas-puas :). Bertuah juga kerana ayah mertua saya menanam pokok harumanis di depan rumah. Tiap-tiap hari boleh makan sementara musimnya ni.
Tengahari tadi selepas membuat penghantaran tshirt di jeti Kuala Perlis, saya sempat melihat Festa Harumanis 2008 yang telah dirasmikan pagi tadi oleh Raja Perlis. Ada makan-makan pulut mempelam.Tapi kami tiada kesempatan untuk berjalan-jalan di sana memandangkan hujan lebat tengahari tadi. Orang ramai pun berkumpul bawah khemah je dengan tempias hujan lebat. Last2 singgah ke kedai KakSu Laksa Perlis. Pekena sampai 2 pinggan. Buat bekal sebelum bersalin.hehe
Festa Harumanis 2008
(gambar diambil dari blog http://sangkelu.blogspot.com/)
Jualan Harumanis dari Jabatan Pertanian
(gambar diambil dari blog http://sangkelu.blogspot.com/)
Hebat juga penangan mempelam ni ya. Setiap kali kami membuat penghantaran tshirt melalui courier ktm dan skynet, penuh berkotak-kotak harumanis dalam lori courier tu, bila ditanya... sedara mara mereka di luar perlis yang memesan katanya. uish, sampai pos mengepos ek!
Sabtu lepas mak saya siap datang dari Penang mencari mempelam ini dan memborong untuk dibawa pulang. Mak saya memborong macam nak meniaga pula. Padahal beli nak makan dan beli untuk sedara mara yang memesan.
Mari! Mari! Mari! Singgahlah ke Perlis :)
Monday, May 12, 2008
Happy Mother's Day
Happy Mother's Day buat mama dan mak mertua saya. Mereka ini antara ibu-ibu yang terbaik pernah saya jumpa. Moga saya sehebat mereka. Moga Allah merahmati mereka.
Pepagi tu teringat kat mak saya di Penang. Mesti mak dok sibuk dengan nasi lemaknya. Saya tak malu mengakui mak saya seorang penjual nasi lemak lauk pauk. Mak saya tak bersekolah tinggi. Sekadar lulusan darjah 6. Dulu-dulu belajar buat nasi lemak dengan Chef Li mak saya nih :). Penulis buku jutawan senyap tu.
Alhamdulillah boleh dikatakan penjual nasi lemak yang berjaya. Sejak arwah ayah meninggal 2 tahun lalu, mak saya mulakan perniagaan nasi lemak 6 bulan selepastu.Dulunya 10 kg, sekarang 15kg setiap hari. Bangun seawal jam 3 pagi, keluar menjual jam 7 pagi hingga 10 pagi. Lepas jam 10, mak perlu rehat hingga malam. Alhamdulillah.Licin nasi lemaknya setiap hari. Pendapatannya melebihi gaji saya :)
Ramai pelanggan minta supaya ditambah pengeluaran nasi dan lauk-pauknya. Tapi setakat 15kg saja yang mak saya mampu buat. Bukan sudah comfort zone, tapi mak saya punya diabetes yang agak serius hingga mengganggu penglihatannya. Umur semakin meningkat. kesihatan perlu dijaga. Tiada pembantu pula.
Kadang-kadang saya kesiankan dia kerana terpaksa bangun awal, tanpa pembantu. Hanya tok yang meneman. Padahal umur mak saya ni tak perlu bekerja, cukup hanya menerima sewa bulanan kedai, kereta saya bayarkan, sekolah adik-adik...saya bantu sikit2, bil2 elektrik dan air sepupu saya yang bayarkan kerana dia menyewa tempat proses ayam arwah ayah dulu. Tapi saya tahu, mak saya sengaja menyibukkan dirinya sebab dia tanak selalu terkenangkan arwah ayah saya. Lagipun ada sedikit hutang-hutang lama yang belum diselesaikan dan perlu mak selesaikan pada saudara mara katanya.
Sempena hari ibu ni, saya sebenarnya tatau nak bagi adiah apa kat mak. Tapi mak saya kata, "isk,takyah la... kakak adiahkan kereta untuk mama meniaga ni sudah cukup untuk mama kenang sampai bila2". terharu saya. Padahal pengorbanan mak pada kami adik beradik tak terbalas banyaknya.
Saya rasa semangat meniaganya turun pada saya. Adik-adik lain tak minat. Mereka sudah ada cita-cita masing2. Adik kedua, bekerja makan gaji. Adik ketiga saya di UKM, sudah memilih untuk mengajar dan menyambung sarjananya. Adik-adik seterusnya pun begitu rasanya.
Cumanya...kepandaian memasak mak aje yang takda dalam diri saya. Menyedihkan.
p/s: thanks abang, treated me a nice dinner last nite :)
Sunday, May 11, 2008
Thursday, May 08, 2008
Blog Nusaibah...
Kredit to her aunty,Cik Qis kerana menyiapkan blog Ibah.
Blog ini merupakan catatan harian yang diceritakan sendiri oleh Ibah sewaktu pulang dari tadika atau pengalaman yang dia lalui pada hari tu dan Cik Qis as a writer sebab Ibah tak pandai lagi menulis. Dia hanya pandai bercerita itu ini...
Nanti Ibah besar, Ibah boleh baca semua catatan harian masa Ibah kecik-kecik kan! harap-harap masa Cik Qis masuk IPT nanti ummi or baba akan meneruskan/ update supaya ia tak terbengkalai. huhu
p/s: Entry pasal Perlis Bookfair ada dalam blog Bos. Sedih sangat digital camera hilang... uhuk!
