thePencil.org Ar RaiYan

Monday, April 27, 2009

KLIBF 2009

Selepas sahaja tamat mesyuarat Wanita JIM di UIA 18 april lalu, saya terus minta Maryam selaku MC prog pada haritu tolong annouce kan sesapa yang nak pulang ke rumah dan akan lalu depan PWTC atau berhampiran, saya nak tumpang. Haha. Betapa tak malunya saya minta MC buatkan pengumuman begitu. Takpe, lagipun diorang tahu, saya orang Perlis. Mana biasa dengan LRT dan jalan-jalan di KL. Silap-silap boleh hilang saya.

Saif menunggu di PWTC, tak boleh nak keluar ambil saya di UIA, saya perlu menaiki sendiri LRT ke sana. Jadinya, baik saya mintak rakan-rakan yang hantar. Mujur kak Rosliya punya rumah laluan ke sana. Mekasih Kak Liya. Selamat saya dari kesesakan dalam LRT. pheww!

Sampai di sana, Saif dah tunggu kat tepi pentas. Lega dapat jumpa. Belum sempat pusing semua sebab esoknya cadang nak datang lagi. Tujuan kami adalah untuk membeli beberapa buah buku ILBS tempahan dari Pej Pengurusan Serenti Bukit Chabang dan beberapa rundingan dengan supplier buku. duhh...penat tau jadi tukang angkut buku...

Saya tidak menyangka dapat berjumpa dengan Puan Roza. Beliau merupakn isteri FProf Kamil. Saya meminati blognya. Hampir setiap hari singgah ke blog beliau. Puan Roza saya temui sedang berdiri di tepi dinding bersama dua orang anaknya. Lantas saya menegur, "ni Puan Roza kan?", terkejut dia. Hehe. untuk menghilangkan kehairanannya, saya terangkan yang saya ni peminat blognya. Haha. Beliau terkejut dan sungguh terharu. Kami bersalaman dan bergambar.
Ini tidak asing dan tidak bukan adalah Puan Jalilah. Editor Majalah ANIS
Tercapai hasrat saya nak bertemu Sifu PTS ini. Sales PTS tahun ini 501k. perrghh. tu sudah disc 20% tuh!
Kalo gi KL, mesti singgah sini. aiyarrk!!

Wednesday, April 15, 2009

One Drop

Semalam rakan saya, Intan datang ke kedai membeli tshirt saya sambil dia menjual perfum one drop. Sejak heboh di suratkhabar menyatakan agent one drop dapat sales hingga lebih 100k, makin popular orang mencari dan menjual. Saya pula tak ketinggalan mencari, nak tengok lagu mana rupa perfum one drop tu. Ada pelbagai jenis dan set. Dalam satu kotak ada 8 jenis bau berdasarkan bau perfum jenama terkenal. bagi saya, ini adalah idea kreatif sebab beli satu set, boleh tukar-tukar bau sampai 8 jenis botol minyak wangi leh guna. Harga berpatutan rm40, tapinya saya beli kat Intan hanya rm35 sekotak kerana saya adalah pelanggan pertamanya. Haha. Tq ya. Hmm.. Intan, ko jual je kat student IPT, mesti laku punyalah! Saya mencucuk dia.hehe

Saya sebenarnya sudah lama tak beli perfum sebab tak pakai pun. Saya dapat hadiah perfum 3 tahun lepas dari adik ipar, Wan Aisyah. Jenama Clinique, hadiah dari UK. Tu pun sampai sekarang tak abis. Ada separuh botol lagi. Dah expired agaknya. Sebab bau pun dah tak bau clinique dah.hehe

One drop kalini tataula tahun bila nak boleh ke habisnya. Saif rajin juga try pakai. Harap-harap la dia tolong habiskan nanti. Nak tau sape rajin guna one drop saya sejak saya beli semalam? Kakak Ibah. Aiyark! lepas mandi, sapu yang botol no.6, nak tido semalam, sapu yang botol no. 3, nak gi sekolah pagi tadi, sapu yang botol n0. 4. Naik pening saya.

Nampakya, tak lama dah One Drop saya nak drop kesemuanya! haha

Saya beli One Drop Women Set 3, sedap juga baunya...

Friday, April 10, 2009

Permudahkan

Ramai yang bertanyakan saya, kenapa buat blog yang simple macam ini. Kenapa tak 'categorize' supaya nampak profesional,moden dan canggih. Memang dah lama nak menjawab, tapi tiada kesempatan. Sebenarnya, saya teringin seperti orang lain, punyai blog jualan yang nampak elegant, profesional dan canggih seperti peniaga-peniaga lain.
Cumanya, saya bayangkan, jika saya sendiri yang menjadi pembeli, saya tentu nak yang mudah dilihat, senang dapat info hanya dalam satu page. tanpa klik dan klik dan klik ke page lain. Tu bagi saya la sebab saya ni suka nak cepat-cepat. hehe

Maka terhasillah laman web yang simple seperti ini. Ikutkan saya, mau permudahkan lagi. Biar senang customer membeli. Hiks, takpe la... walaupun nampak simple dan biasa-biasa saja. Janji hits kan!! Alhamdulillah...Inilah kedai maya saya! heh,promote nampak! Ape pun, saya bersyukur dan berterima kasih atas sokongan para pelanggan. Segala komen dan cadangan amatlah saya hargai. Mereka inilah yang memberikan pulangan bernilai dan berganda pada saya. Mekasih!

Seperti kata Irfan Khairi,

Laman web yang canggih manggih does not work. Sekiranya anda mempunyai laman web perniagaan Internet, permudahkan segala-galanya.

  • permudahkan pelawat mendapat info
  • permudahkan pelawat membuat belian
  • permudahkan pelawat menghubungi
  • permudahkan pelawat mencari jawapan kepada soalan mereka
  • permudahkan apa sahaja…

Keep it simple!

Ramai yang fikir, lagi canggih manggih laman web, lagi hebat pulangannya. Tetapi, di Internet, ianya tidak benar. Keep it simple. Sesuatu yang simple/straight forward itulah yang lebih berkesan di Internet.

Saturday, April 04, 2009

Research krimwell n Gelatine

Selepas saja belajar membuat dan menghias kek, saya semakin meminati dengan bahan-bahan kek. Suka berlama-lama di kedai bahan kek.Membaca keluarannya, isi kandungan, status halal. Penting sekali bagi saya. Ini melibatkan makanan, dan saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya sediakan. Jadi saya menjadi semakin concern dalam bab-bab ini. Jika dulu, ke kedai bakeri hanya membeli kek dan masuk kedai melihat status halal Jakim, terus membeli. Tetapi kini ada rasa terpanggil dalam diri untuk membuat research segala bahan kek yang terkandung di dalam kek tersebut.

Alhamdulillah... semua bahan halal boleh didapati. Tapi tau sajalah, kebanyakan bahkan boleh dikatakan kesemua bahan mentah kek adalah dari keluaran produk bukan muslim yang mendapat status halal Jakim. Kadang-kadang rasa frust bukan! Sebab bukan muslim produk
Ada beberapa bahan yang amat meragukan saya kerana ada satu dua bahan yang repacked semula oleh setiap kedai yang menjual bahan-bahan kek. Contohnya krimwell dan piping jelly. Ini antara bahan yang digunakan apabila membuat dan menghias kek aising

Apakah 'krimwell'? Tekstur dan warnanya adalah seperti lemak sayuran (vegetable shortening). Sama seperti tekstur marjerin tetapi berwarna kuning pucat. Ia tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan selalu dijual di dalam bekas plastik lutsinar yang bertutup kemas. Krimwell juga dikenali sebagai creamwell dalam bahasa Inggeris. Salah satu jenama lain yang popular adalah marvello (sekitar awal 1990-an).

Krimwell yang agak keputih-putihan memudahkan aising diwarnakan. Anda boleh gunakan warna biasa atau esen di dalam botol. Hanya beberapa titik diperlukan. Bila membahagikan aising, pastikan secukupnya saja kerana anda boleh menambah lagi jika perlu. Sekiranya gemarkan aising yang manis, boleh tambahkan gula aising.

Saya telah men 'google'kan bahan ini dan tiada satu pun memberi jawapan yang tepat dari segi status halalnya. Akhirnya saya terjumpa berkenaan krimwell dari blog chef Norzailina (http://norzailina.blogspot.com) dimana

KRIMWELL keluaran Lam Soon Edible Oils (ISO 9001:2000) dengan Logo HALAL yg diiktiraf Kerajaan Malaysia mencatatkan bahan seperti berikut (pada kotak asal/packaging):
minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, pecahan minyak sawit, minyak bunga matahari, air dan garam, kondisioner makanan, bahan perisa, bahan pengawet dan antipengoksida yg dibenarkan.

Dlm Bahasa Inggeris:
palm oil, palm kernel oil, palm fraction, sunflower oil, water & salt, permitted food conditioners, flavouring substances, preservatives & antioxidants.


Jadinya saya menyiasat dari mana keluaran krimwell di Yonhin, Kangar. Tempat yang selalu saya beli bahan-bahan kek. Kalau di Perlis, itu la satu-satunya pembekal. Takde kedai lain yang boleh membekal bahan-bahan kek yang boleh dikatakan lengkap. Bayangkan betapa kayanya taukeh Yonhin tu sebab satu Perlis dan semua bakeri membeli bekalan darinya. Saya bertanyakan salah seorang pekerjanya (yang saya percaya padanya) dari kilang mana krimwell ni. Jawapannya dari Lam Soon.

Saya sebenarnya nak mencadangkan pada Pasaraya Hafifah supaya buka pasaraya yang dapat sediakan bahan-bahan kek selengkapnya, tapi belum punya kesempatan. Andainya saya punya banyak modal. (aiseh, saya ni macam nak buat semua, apa tamakla nih. tak... saya takda modal sekarangni, apa pun tak jadi. hehe)

Gelatine (jelly)


Alhamdulillah, saya dah jumpa gelatine keluaran Halagel. Lepasni saya tak ragu-ragu lagi!

Friday, April 03, 2009

Program Train & Place- Belajar Percuma

Saya diminta oleh Chef Farid untuk menyebarkan berita ini buat kawan-kawan. So saya letak kat blog je lah. Saya memang teringin nak belajar mendalam ngenai bakeri ni. Tapi tiada peluang. Disebabkan kursus ini selama 6 bulan, buat di KL pula dan dengan keadaan anak kecil berumur 10 bulan yang masih breastfeed. Simpankanlah niatmu itu tika ini. Andainya buat di Jitra ka, Kangar ka, mungkin saya orang pertama mendaftar agaknya. haha

Ini maklumatnya. Sesapa yang berminat, silakanlah. Percuma
-------------------------------------------------------------------------------
Assalamualikum,
berikutan kegawatan ekonomi global, yang kesannya dirasai di negara kita, pihak Kementerian Sumber Manusia, telah menganjurkan "PROGRAM TRAIN & PLACE" untuk Belia, Siswazah menganggur dan Pekerja yang diberhentikan, untuk di latih semula sebelum di tempatkan bekerja kedalam industri.Sehubungan dengan itu, BAKERI RIA ACADEMY telah dipilih sebagai "TRAINING PROVIDER" untuk menjalankan program ini, khusus melatih pekerja mahir dalam bidang Bakeri.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Nama Kursus : Sijil Junior Baker Level 1 & Sijil Baker Level 2
Sijil Intensive Bakery
Tempoh Kursus : 6 Bulan
Hari : Isnin - Jumaat
Masa : 9.00 am - 4.30 pm
Tempat : Bakeri Ria Academy, No 27 Jalan Bandar 3 Taman Melawati Kuala Lumpur
Tarikh Pendaftaran : 21 April 2009

Kelayakan

* Berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia - Sila Copy atau Klik disini untuk pendafaran http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces
* Siswazah (Tiada Pekerjaan)- Mendapat Elaun RM 500.00/sebulan
* Belia (18 thn keatas) - Mendapat Elaun RM 500.00/Sebulan
* Pekerja Yang Diberhentikan - Mendapat Elaun RM 800.00/Sebulan

SELEPAS MENAMATKAN KURSUS INI, PIHAK BAKERI RIA ACADEMY AKAN MENCARI PEKERJAAN YANG SESUAI DALAM SEKTOR PERUNCITAN & PERHOTELAN.

PARA USAHAWAN YANG BERMINAT MENCEBURI PERNIAGAAN BAKERI ADALAH DIGALAKKAN MEMOHON

SILA SMS NAMA, ALAMAT & NO PENDAFTARAN JobMalaysia ke No 019-3824067

Monday, March 30, 2009

Slot Bersama Anak Yatim

Alhamdulillah, semalam saya di jemput oleh adik-adik dari KTP (Kolej Teknologi Profesional) untuk menyampaikan slot motivasi buat anak-anak yatim Rumah Penyayang Siti Hasmah, Jejawi, Perlis. Anak-anak yatim seramai 45 orang dan student KTP seramai 40 orang. Apa yang saya kagum dengan adik-adik KTP ni ialah mereka membuat program (walaupun ianya tugasan/assignment) tapi wang yang dikeluarkan adalah dari poket mereka sendiri. Nak menjemput penceramah pun tak mampu (takut belanja yang besar untuk bayar penceramah). Akhirnya menjemput saya untuk memenuhi slot mereka. Sebab saya free aje, tak kenakan apa-apa bayaran. Saya hanya mewakili WJIM Perlis.

Mula-mula rasa agak gementar, tapi memikirkan tanggungjawab membawa nama JIM, saya teruskan jua. Ini pertama kali saya pergi ditemani suami tercinta sebagai technician (memasang lcd,laptop,speaker). Sebelumni jika ada jemputan ceramah, saya hanya temankan penceramah aje dan saya sebagai technician. Bayangkan, nak bagi ceramah, si penceramah kena bawa Lcd, speaker,extension plug dan laptop sendiri. hehe. Siap bawak sub-woofer lagi tu ha Saif nih!

Awal-awal lagi zana (person incharge) beritahu yang mereka tak dapat sediakan apa-apa kecuali microphone je. semua kelengkapan takda. laptop n lcd la paling penting sebab saya nak bg multimedia presentation.

Sebuah kenangan mengenai lcd.haha.Tiba hari program, lcd JIM digunakan untuk daurah, jadi kelam kabut saya mencari lcd serata Perlis. Call sana sini bertanyakan lcd. Nak nangis rasanya masa tu sebab takda sape yang leh tolong dapatkan lcd untuk saya. Lama saya termenung, Allah ilhamkan saya tertekan number ust fakhrul guru di Madi. Lantas saya beritahu yang saya perlukan lcd, ustz berada di Kelantan pada waktu tu meminta saya menghubungi rakannya yang berada di Perlis yang menyimpan lcd. Alhamdulillah rakannya terus memberikan tanpa banyak soal. Hairan saya. Walaupun pertama kali call, tak pernah kenal dan meminta by phone aje, dia terus minta saya datang ambil lcd tersebut. Lcd yang canggih lak tu. Allah permudahkan! Padahal tadi saya seperti kucing kehilangan anak, cari lcd merata-rata. Lantas saya teringat ayat ini, "jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu". Subhanallah.

Tepat 2.30 petang, saya tiba di dewan. Menanti anak-anak ini memenuhi dewan sambil tu saya berkenalan dengan beberapa orang anak-anak yatim ni. Dari umur 8 tahun hingga 17 tahun. Mula-mula agak malu, tapi lama kelamaan semakin mesra. Saya masih ingat nama anak yatim yang paling muda berumur 8 tahun bernama Uzaid. Agak malu-malu pada mulanya.

Alhamdulillah, sambutan positif. Lega rasanya. Saya harap motivasi yang saya berikan sedikit sebanyak menyentuh hati mereka. Ya Allah, berilah kejayaan di dunia dan akhirat pada anak-anak yatim ini. Kasihanilah mereka Ya Allah! jadikanlah mereka anak-anak yang soleh. Amin...

Saya terharu pabila mereka meminta saya datang lagi untuk memberikan tayangan slide multimedia. Insyallah kita akan bertemu lagi!

p/s: dalam kekalutan memcari lcd, saya tertinggal camera di rumah! alamak!

Friday, March 27, 2009

Laskar Pelangi

Petang tadi Kak Ibah melompat-lompat sambil menyanyikan lagu "laskar pelangi". Saya tak pernah ajar ya. Mungkin dia dengar di radio, internet atau kawan-kawan yang nyanyi. Anak saya begitu cepat menangkap bait-bait lagu. Tu yang buat saya risau. Duhh...

Tapi memang saya sukakan liriknya. Terhibur melihat anak menyanyi riang begitu. Indah ya dunia kanak-kanak! Alangkah bestnya kembali ke alam kanak-kanak. haha

Laskar Pelangi-Nidji

Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

Selamanya...

Cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

Selamanya...

Saya tak sabar nak tengok Movie laskar Pelangi. Kak Ibah tentu suka. Dengarnya VCD sudah release di Indonesia? Gi mana mau dapatkannya ya? kat youtube setakat tgk trailer je...

Saturday, March 21, 2009

Phew...

Alhamdulillah presentation Pre Seed telah selamat di 'present' kan di hadapan 5 orang wakil Mdec (Multimedia Development Corporation) . Panelnya (yang bertanya soalan) hanya 3 orang, lagi 2 orang tu pihak pengurusan/ tukang catat / teknikel.

We came out dengan School Sports Management (software
) . Saif yang present, saya terpaku je di tepi dia, memula nak kena jadi tukang tekan slide kat laptop, tapi Saif yang buat.hehe. Sebab sorang je dibenarkan present. Lagipun tu idea Saif, kang kalo saya bercakap lak kang, terkeluar idea lain lak. hehe

Sebanyak 20 orang applicants (northern), result dapat tahu next month samada ianya lulus atau lulus bersyarat atau gagal. Jika lulus, geran 150K akan diberi dan diberi tempoh selama setahun untuk siapkan sotfware yang kita present tu. Jika lulus bersyarat, kena present lagi skali di hadapan panel lain. Sakit juga tu. Jika gagal, gagallah.

Sekadar pengalaman, ni baru kali pertama buat presentation sejak lepas universiti. Kalo orang kerja kerajaan or swasta mesti selalu present kan, tapi bagi kami yang kerja sendiri ni, kira ketaq le juga. heh

p/s: abang, saya sentiasa dibelakang abang, walau apa pun keputusan mereka nanti :) , kita dah siap celebrate awal-awal sejak lepas present ritu makan char kow tiow kat Jitra. haha

Tuesday, March 17, 2009

Presentation

Dear Pre-seed Applicants,

You are invited to attend the Evaluation Committee Meeting for Technopreneur Pre-Seed Fund Programme, Batch TPF16/2009, for the 10 minutes pitch session. The details are as follows: -

Date : 19th & 20th March 2009 (Thursday & Friday )

Venue : Regency Hotel, Alor Setar,Kedah

Time slot : Please refer attachment

Pitching Tips

- Please rehearse your presentation within 10 minutes time frame.

- Focus your presentation on the below areas: -

· What your idea is all about (Problem statement and your product/services as the solution for the problems)

· Business model & Revenue Stream

· Marketing strategy

· Competitive Analysis

· Technology Plan

· Financial Projection

- Limit your slides to not more than 10 slides as there will be another 10 minutes Q&A session after your pitch.

- Please note:

· The first bell will indicate that you have one more minute to wrap up your presentation

· The second bell will indicate that the 10 minutes pitch is up

· The third bell will indicate that the Q&A session is up

Reminder

- You need to be on standby in between the time slot provided.

- The attendance of both primary and secondary applicants is COMPULSARY.

- PLEASE BE ON TIME.

----------------------------------------------------------

p/s: Presentation from my biz partner (saif), saya adalah share/partner, tapi saya yang ketaq! hehe. Bila baca term "secondary applicants is COMPULSARY". aiyarrkk!! harap-harap peluang kita cerah walaupun ini hanyalah presentation for pre-evaluation. Amin! Please make du'a for us! . Pssst abang, saya nak kena study slide presentation tu gak tak? hehe

Saturday, March 14, 2009

Aku juga pernah bergelar guru a.k.a teacher

Catatan saudara Haikal dibawah membawa saya mengingati kembali kenangan suatu ketika dulu.Saya pernah bergelar teacher selama 6 bulan di sebuah sekolah nun di dalam kampung di Perlis, mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Science .
Yah, pertama kali saya masuk kelas, seolah-olah saya bercakap dengan dinding. Sepatah haram pun depa tak paham. Lama kelamaan dan hari-hari seterusnya baru saya mengerti dan terpaksa mengajar Science dan English versi melayu. Kalo tak, satu apa pun subjek science anak murid tak paham. wahai pihak yang melaksanakan, korang takda didalam situasi guru-guru yang terpaksa mengajar hulu banat sana. Dimana anak-anak kampung yang taktau sepatah haram pun bahasa inggeris. Cemana nak applikasi subjek sains dalam kehidupan harian mereka? wajarlah PPSMI di hentikan...
Tapi saya kagum dengan anak-anak murid saya yang tak pernah jemu belajar, mempraktis dan bertanya. Mungkin sebab saya ni cikgu yang baik dan suka buat games :)
Last week, saya mendengar luahan teman universiti saya, Eda yang kini bergelar guru, mengajar Science di sekolah felda chuping yang datang mencari buku tambahan di kedai saya. Apa yang dia alami sama juga seperti saya pernah alami 2 tahun lepas. Moga Allah memberkati usahamu, eda. Menjalani hidup dengan 3 orang anak perempuan di Perlis dan suami yang bekerja di Penang. Hanya berjumpa 1-2 minggu sekali. Saya kagum dengan insan-insan yang terpaksa bekerja dan berpisah dengan keluarga. Saya tidak sehebat mereka...
Tu belum dengar lagi cerita teman baik saya yang mengajar di Limbang,Sarawak. Jannah, really miss u!


Saya copy dari blog Aini,Forwarded fr another yahoogroup. Interesting. ...

Aku yang pernah bergelar guru a.k.a Sir...

Haikal Ghazali
Final Med
RCSI


“Hah…Mama dah carikan kerja utk hang. Jadi cikgu kat sekolah kawan Mama. Mau?” kata mak aku semasa kami dalam kereta, pulang ke Kedah dari KMB setelah aku tamat belajar disitu sekitar 2004.

Aku memandang kosong ke luar tingkap kereta. Warna merah senja masih lagi di situ, belum pudar.

Cantik!

“Ma…malaih lah. Kalau boleh oghang nak gheja macam Tu’ai, jadi maintainer kat kelab bowling kat City Plaza tu. Best sket” aku menjawab malas sambil mataku menjeling kepada Tu’ai, adikku di sebelah. Fikirku, bolehlah kami keluar petang ke tempat kerja, dan balik awal pagi. Sambil-sambil tu bolehlah merewang ke tengah-tengah bandar Alor Setar sebelum balik ke rumah. Bila lagi?

“Hang jangan nak menggatai. Mama dah habaq dah kat Cikgu Cek Puteh. Esok lusa hang pi daftaq kat sekolah tu” mak aku membantah.

“Laa…ingatkan nak bagi option tadi. Rupa-rupanya arahan mandatori” cetus hati aku.
Habis takat tu…

Bermula episod diri aku diberi peluang mengenali sendiri apakah erti perjuangan memartabatkan anak bangsa dari kaca mata seorang guru, yang dikerah mendidik pelajar luar bandar. (kalau boleh aku katakan, sekolah yang aku pergi ini adalah sekolah yang lagi luar daripada ‘luar Bandar’. Maknanya sangat sangat terpencil).

Aku menjadi cikgu ganti, menggantikan seorang guru lain yang cuti bersalin. Dan sekali sekala aku masuk ke kelas-kelas tingkatan yang lain, menjenguk apa yang pelajar-pelajar di sana sedang buat sewaktu ketiadaan guru.

Biar aku ceritakan…

1. Biasalah, sesi perkenalan menjadi modal utama untuk cikgu baru macam aku untuk ‘skip’ hari pertama daripada kena mengajar. Ni yang berlaku di sebuah kelas tingkatan 5 Sains 1.

“ Ok class, My name is Haikal. Your new English teacher here, for 2 months bla..bla..bla” Now I would like to know each of you before I begin my lesson. Please state your name, ambition and where are u from. Ok. let us start from u”
“ err…sir. Saya tak pandai cakap Inglis. Bahasa Melayu boleh dak?”
Aku jawab “ Cuba, takpa salah pun. saya pun bukan pandai cakap omputih”
“ I is Syahrul (nama rekaan)”. Yang lain saya tak gheti sir”
“Ok takpa…teruskan. Saya tanya tadi cita-cita dan tinggai kat mana”

Dalam hati “mampoih, macam mana aku nak mengajaq dalam BI ni? Kalau kelas 5 sains 1 pun tak berapa gheti BI?”

2. Ada satu hari tu, aku kena masuk ke kelas tingkatan satu. Cikgu yang sepatutnya berada dalam kelas tu tak datang. Sekali lagi, sesi berkenalan, sebab aku memang tak disuruh mengajar pun.

“ Nama saya cikgu Haikal. Saya masuk mai ganti cikgu Sharifah. Saja nak berkenalan dengan kamu semua. Soghang-soghang bangun dan habaq nama dgn cita-cita. Hah kamu…mula”
“ Nama saya Rosdi. Cita-cita nak jadi..emm…perbaik gheta. Pak saya ada kedai pomen gheta kat pekan”
“OK takpa, kamu” aku menuding pada seorang pelajar yang berdiri kat pintu, gaya macam nak lari keluar dari kelas.
“ Saya…nama Ku Nazim. Cita-citaku nak jaga lemu pak ku” (memang disebut LEMU, bukan lembu). Jawab Nazim serius dalam loghat Kedah hulu yang pekat. Lembu pun kedengaran lemu. Saya diganti dengan Ku…bahasa diri kebiasaan bagi orang-orang kampung kat tempat aku.
“Sebab apa nak jaga lembu?”
“Ku tak tu dey. Pak ku banyak Lemu. Dia pun dok sughuh ku jaga lemu dia”`
“ Oo…ya ka?” aku menyetujui kata-katanya

Dalam hati “ Bertuah betul orang Bandar. Anak-anak semuanya bercita-cita tinggi. Nak jadi doctor. Saintis. Paling koman pun Polis. Tapi kat sini. Cukuplah kalau boleh warisi apa yang bapak depa ada. Mungkin depa ni masih naïve…tapi kalau dibandingkan dengan anak Bandar yang sebaya, depa ni jauh naïve. Seolah-olah tiada langsung cita-cita”

Dan memang benar, pelajar-pelajar di sini memang datang ke sekolah bukan kerana ingin belajar. Tetapi kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Itu sahaja dorongan mereka utk terus berada di sekolah dari jam 730 hingga jam 2 petang. Dan peluang daripada kedatangan mereka ke sekolah itulah yang digunakan oleh guru-guru untuk menumpahkan ilmu yang sedikit buat bekalan anak bangsa ini.

Lalu…bagaimana ingin mempunyai cita-cita?

3. Aku diberi amanah untuk menanda kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan English in Science and Technology (EST). Tingkatan 4 dan 5.

Untuk tingkatan 4…semua fail untuk 2 mata pelajaran yang aku tandakan tu.

Untuk tingkatan 5…ada seorang 2 sahaja yang lulus ataih pagaq EST. Untuk Bahasa Inggeris, ramai jugak yang lulus. Tetapi sekadar lulus. Tak lebih dari itu. Itu pun…aku kena jadi seorang pemeriksa yang sangat bermurah hati.

Bila ditanya kepada guru-guru lain tentang perkara itu “ Hah…besa la tu. Budak-budak sini bukan gheti BI. Lepa (Depa/mereka) bukan mau pun belajaq BI. Sabit tu (sebab tu) kalau hang tengok budak-budak yang ambik Sains dgn Math dalam BI kat sekolah ni semua tak luluih. Habuk pun takdak” kata seorang cikgu lelaki, sambil menghisap rokok daun yang digulung sendiri, sewaktu kami bersembang di kantin.

“ Kalau dulu, waktu dua-dua subjek ni lepa ajaq dalam BM pun student tak pandai. Ni pulak nak mengajaq dalam BI. Punah anak bangsa hang tau dak Haikal. Lepa ni orang kampung. Satu hapa pun depa tak gheti. Lagi nak suruh belajaq dalam BI. Apa punya otak pun aku tak tau” sambung cikgu itu dalam nada kesal bercampur geram. Ada juak-juak meluat di mukanya.

“PUNAH ANAK BANGSA” terngiang lagi perkataan tu dalam fikiran aku sampai sekarang.

4. Satu hari tu, aku masuk mengajaq BI kat dalam kelas tingkatan 4 Perdagangan. Ada 4 orang pelajar lelaki sewaktu aku sedang mengajar di depan, depa dok berkumpul 4 orang dalam satu bulatan kat belakang.

“ Tu kat belakang, hangpa tengah buat apa tu” Aku dah tak cakap Inggeris lagi dah dalam kelas (Pelik kan. Mengajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Tapi apa boleh buat... Payah. Susah. Kesian dengan mereka yang tak faham apa-apa)

Ada budak lain yang tolong jawabkan soalan aku tu, tapi dalam keadaan yang separuh berbisik:
“ Depa tengah main Sing-Kong Sir”
“Menatang apa tu?” aku bertanya kehairanan.
“Judi” (Sing-kong: lambung duit syiling, pastu pakat-pakat teka kepala ka ekoq. Sapa betoi dia dapat duit syiling tu)
“ Budak-budak kat belakang…baik hangpa berenti sebelum saya panggil PK HEM. Kalau tak mau belajaq, Hangpa dok diam-diam kat belakang. Tidoq!” tegas aku dalam nada separuh bengang.

“Ok sir” jawab seorang dari mereka dalam keadaan senyum. Aku hanya mampu geleng kepala dan teruskan pengajaran “Mari Mengenal Bahasa Inggeris”

“Ok kelas…kalau I…padan dengan Am”
“I am”
“kalau he atau she yang maksudnya Dia…padan dengan Is”
“He is”
Itu antara situasi-situasi yang berlaku di luar Bandar. Ops…di luar lagi daripada luar bandar. Sekolah tempat aku mengajar tu, ada antaranya pelajar Siam. Memang di utara Kedah ramai orang Siam dan anak-anak mereka ini dihantar ke sekolah-sekolah kerajaan, macam juga orang melayu.

Kesimpulan mengenai system pendidikan Malaysia:

1. Hancur.

System pendidikan yang hanya memihak kepada orang di Bandar memang hancur. Dulu, bolehlah pelajar-pelajar luar Bandar ni dapat walaupun sedikit ilmu sains dan matematik kerana mereka faham apa yang diajar sebab diajar dalam bahasa ibunda mereka. Sekarang? Tak dak!

Alasannya adalah untuk mewujudkan semangat persaingan. Kalau tak dipaksa, mereka tak akan belajar. ITU ALASAN SEMATA-MATA.

Berpijaklah ke bumi yang nyata wahai menteri-menteri terutamanya Menteri Pelajaranku! Cuba kalau hangpa yang datang mengajar di sekolah tu. Hangpa akan jadi tertekan seperti juga guru-guru di situ. Malah sepatutnya lebih lagi. Sebab hangpa menteri yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Budak-budak di sekolah hilang langsung minat untuk belajaq sains dan matematik. Sampaikan soalan 4 divide by 2 equals? pun…terkial-kial nak kena cari makna divide dan equal dulu.

2. Tak adil.

Cikgu-cikgu di luar Bandar dikerah melakukan macam-macam. Buat kelas tambahan itu ini. Pelajar bukan datang pun. Sebab mereka tak mahu.

Sebab apa tak mahu?

Sebab meraka tahu mereka tak akan lulus. Sebab mereka tahu, mereka akan hanya masuk paling tinggi pun ke politeknik. Sebab mereka tahu, mereka tak akan ke mana. Tiada universiti dalam hidup mereka. Tiada obersi. Tiada. Tiada. Tiada.

Sebab apa mereka sebegitu, begitu pessimistic?

Sebab mereka tak mampu. Nak cari guru tuisyen macam orang Bandar? Nak beli buku ulangkaji 2 3 buah? Mana nak cari duit?

Ayah buat bendang, tu pun tumpang bendang orang lain. Mak menoreh getah. Tu pun pokok getah orang lain. Abang gheja pomen gheta. Tu pun kat kedai pomen orang lain.

Mana ada duit?

Apa yang mereka ada?

Mereka ada kelas tambahan di sekolah yang jadi tenaga pengajarnya adalah cikgu-cikgu sekolah tu jugak. Yang pagi tadinya mengajar dalam kelas, dan mereka tak faham. Petang, bila buat kelas tambahan, cikgu yang sama jugak. Mestilah tak faham jugak.

“Habeh tu, buat apa aku mai kelas tambahan?”

3. Mengarut.

Tok-tok menteri…saya nak tanya. Ada dak hangpa hantaq anak-anak hangpa mengaji kat sekolah kerajaan macam yang kat atas? Paling koman pun, SBP. Paling koman pun MRSM. Dan yang paling menarik…pak menteri yang dok push supaya system yang ada sekarang ni diteruskan pun hantaq anak belajaq kat sekolah swasta.

Tolonglah pak menteri. Berpijaklah di bumi nyata. Takkan bila hari ni Bahasa Inggeris menguasai dunia, kita belajaq Sains matematik dalam BI. Esok lusa kalau bahasa Cina naik jadi bahasa utama dunia? Waktu tu hangpa terketaq-ketaq nak suruh orang melayu belajaq sains matematik dalam Bahasa Cina? Tak ka bercelaru system pendidikan Malaysia waktu tu

Kita ada golongan luar Bandar yang mereka nak juga pandai sebagaimana orang-orang di Bandar. Tapi mereka kurang kemampuan. Janganlah aniaya mereka. Kalau menteri sendiri pun tak hantar anak belajar di sekolah kerajaan…tidakkah itu mengarut???


Sedikit pengalaman manis:

1. “Sir…awat cepat sangat sir mengajaq kat sini? La ni baru kami rasa seronok sikit belajaq English.”

2. “Sir. Lepaih sir keluaq dari sekolah ni…saya malaih mai sekolah lagi dah.Tak best dah lepaih nih”

3. “Sir, nanti kalau sir dah pi obersi, jangan lupa hantaq gambaq sir kat kami naa. Kami nak pi…mesti tak buleh punya. Tengok gambaq sir main salji pun kami dah rasa best. Sir jangan lupa naa.”

4. “Sir, nak ambik gambaq dgn Sir. Nanti takdak la kami teringat selalu kat sir”

5. “Ni sir…hadiah daripada kami. Kami share duit ramai-ramai ni sir” (menitis air mata aku bila aku bukak kotak hadiah tu…hadiahnya hanyalah sebuah jam loceng yang baru semalam aku nampak ada dijual di pekan sehari…harganya hanyalah sekitar RM2)

5. “Sir…ni ada sorang budak dia lukih gambaq sir. Tapi dia malu nak bagi sendiri kat Sir”
“Mana dia?” aku tanya kembali.
“Dia tak mau mai sekolah hari ni…dia sedih”

6. “Ok kelas, hari ini hari last saya ajaq hangpa kat sini. Insha Allah kita jumpa lagi. Kalau sapa-sapa nak kontek saya, saya bagi alamat emel. Kalau ada yang pi CC (cyber café) kat pekan tu nanti, tulih la emel kat saya. Tulih dalam bahasa Inggeris tau. Biaq salah pun takpa. Kalau dak…saya tak mau layan”

Dan sehingga ke hari ini…memang ada yang menulis pada aku…tapi dalam BI yang dhaif. Takpalah…semangat kalian aku hargai.

Dan ada juga pengalaman-pengalam an lain…yang tak manis diceritakan di sini. maklumlah…cikgu muda katakan.

 
blog template by suckmylolly.com