thePencil.org Ar RaiYan: June 2003

Sunday, June 29, 2003

Assalamualaikum....
harini rasa macam shahdu je...rupanya tgk kat tingkap tadi rasa macam redup jer...nak hujan agaknye nih. patutla panas semacam jer....
I found this poem kat melbox last week. thanks kak roha. eh, rupanya ada lagi poem yang sama dari faizah. tq!there's something to ponder....

Jika Aku Jatuh Cinta
Ya Allah,...
Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin,...
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah,...
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana,...
Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati,...
Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-Mu.
Ya Allah,...
Jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah,...
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah,...
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,...
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah....
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu....
Amin ya rabbal alamin….

Saturday, June 28, 2003

Wanita

Wanita yang ideal untuk dijadikan isteri ialah wanita yang mempunyai akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Cara untuk mengenali wanita seperti ini tidak lain dari melihat tingkah laku dan pembawaannya setiap hari. Kemuliaan akhlak seseorang akan dapat dikesan melalui caranya bermuamalah serta membawa diri. Akhlak yang mulia jauh lebih penting bagi seorang wanita berbanding kecantikan paras rupa, kerana akhlak akan kekal walaupun usianya telah lanjut, sedangkan kecantikan akan lenyap apabila tubuhnya sudah dimamah usia.

Wanita yang kuat agamanya sudah tentu mempunyai akhlak yang baik tetapi bukanlah wanita yang menjadikan agama sekadar simbol dan keyakinan sahaja, malah maksudnya wanita yang iltizamnya mengikut ajaran-ajaran Islam sebagaimana yang diwajibkan kepada setiap wanita muslimah dalam kehidupan hariannya.Dengan kata lain, wanita tersebut hendaklah mempunyai akhlak Islami, memelihara kesesuaian dirinya lahir dan batin. Sesungguhnya, ada kewajipan-kewajipan tertentu buat kaum wanita dalam hidup ini, yang mesti mereka tunaikan dengan cara yang baik mengikut syarat dan aturan yang ditetapkan oleh Islam.

Monday, June 23, 2003

info sihat: sarapan pagi (tajuk harini..hiks)

salam…sejak ada blog ni, suka ati je nak letak ape ek…..

Pentingnya sarapan.Apabila kita bangun daripada tidur. Paras gula dalam darah dan kadar metabolisme adalah rendah. Tanpa sarapan, kita tidak dapat membantu tubuh untuk merangsang kadar metabolisme dan meningkatkan paras gula dalam darah. Dengan itu, tubuh kita beranggapan bahawa kita tidak mempunyai makanan yang cukup lalu mengekalkan kadar metabolisme yang rendah. Ini menyebabkan tubuh kita mambakar tenaga dengan perlahan. Jadi….tak semangat ler nak buat keje…..
Sarapan adalah penting untuk menjamin kesihatan kita serta meningkatkan prestasi kerja. Tetapi mengambil sarapan saja tidak cukup, apa yang lebih penting ialah memilih makanan yang betul semasa sarapan. Jadikanlah sarapan sebagai pembuka hari anda dan anda akan lebih bertenaga dan ceria sepanjang hari.

Beberapa sarapan ringkas dan berkhasiat:
• Roti bakar
• Mi /mihun sup
• Capati /tosai dan kuah dhal
• Soto ayam
• Bijirin sarapan dengan buah-buahan
• Sandwich
• Oat dan susu low fat
• Biskut hi-fiber
• Bubur nasi
• Kuih seperti pulut panggang atau apam

Jom sarapan!!!

“nikmat yang paling berharga ialah kesihatan”

Renungan....
“sesungguhnya kekayaan yang paling tinggi nilainya ialah fikiran, kemelaratan yang paling parah adalah kebodohan, kesepian yang paling menakutkan ialah perasaan bangga kepada diri sendiri, dan keturunan yang paling mulia ialah budi pekerti yang luhur”.
-Ali Ibn Abi Thalib-

Thursday, June 19, 2003

Sains dan teknologi yang tersirat di dalam Al Quran membolehkan manusia mencipta sistem memprosesan daging, susu, ikan, buahan dan sayuran. surah An Nahl ayat 66 hingga 69.

Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yg berada dalam perutnya (berupa) susu yg bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yg meminumnya. ayat:66

Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-yang yg memikirkan
ayat:67

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.
ayat:68

Kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahanan dan tempuhlah jalan TuhanMu yg telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yg bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2 terdpt tanda (kbsrn Allah) bg org2 yg memikirkn.
ayat:69

 
blog template by suckmylolly.com