Wanita
Wanita yang ideal untuk dijadikan isteri ialah wanita yang mempunyai akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Cara untuk mengenali wanita seperti ini tidak lain dari melihat tingkah laku dan pembawaannya setiap hari. Kemuliaan akhlak seseorang akan dapat dikesan melalui caranya bermuamalah serta membawa diri. Akhlak yang mulia jauh lebih penting bagi seorang wanita berbanding kecantikan paras rupa, kerana akhlak akan kekal walaupun usianya telah lanjut, sedangkan kecantikan akan lenyap apabila tubuhnya sudah dimamah usia.
Wanita yang kuat agamanya sudah tentu mempunyai akhlak yang baik tetapi bukanlah wanita yang menjadikan agama sekadar simbol dan keyakinan sahaja, malah maksudnya wanita yang iltizamnya mengikut ajaran-ajaran Islam sebagaimana yang diwajibkan kepada setiap wanita muslimah dalam kehidupan hariannya.Dengan kata lain, wanita tersebut hendaklah mempunyai akhlak Islami, memelihara kesesuaian dirinya lahir dan batin. Sesungguhnya, ada kewajipan-kewajipan tertentu buat kaum wanita dalam hidup ini, yang mesti mereka tunaikan dengan cara yang baik mengikut syarat dan aturan yang ditetapkan oleh Islam.
Saturday, June 28, 2003
Labels:
info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment