thePencil.org Ar RaiYan: August 2003

Thursday, August 28, 2003

Salam…
Sedikit coretan buat blog yang teramat ler simple ini. Kesian ko blog, nanti-nantilah org createkan awak yer. Skang org busy laa….
Harini… 28 ogos 2003, bermakna tiga hari lagi aku bakal menamatkan zaman bujang ku. Biasanya….orang lain happy nak kawin, tapi aku…ntah ler…macam-macam rasa, kejap suka, kejap terharu, sedih, bercampur baur plak…isk, macam kawin paksa lak. Bukan masalah kawin yang aku fikirkan tika ini.....
Moga-moga majlis nikahku nanti berjalan lancar dan tenang. Masatu barulah terimbas kembali…betapa gigihnyer kami nak kawin. Hehehe. Aku yang dengan selambanyer menjadi penganggur terhormat sehingga kini, leh lagi wat keputusan segera nak menikah. Kata mama “takpelah kaklong…..lepas kawin adelah rezki tu…. Mana nak tau dapat keje best kat memana ker” yerlah mama….heheh…sengih lagi aku.
Harini rasa cam sedih la jugak...pening-pening memikirkan masalah negara. Andainya discankan kepala ini....ntahle urat mana yang tersimpul pun tatau lah...

“kalau besar yang dituntut, mulia yang dicari, nescaya banyak kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya”- Imam al-Ghazali.

Wednesday, August 20, 2003

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

22 Jamadilakhir 1424 H. bersamaan 20 Ogos 2003 M. [tinggal 10 hari lagi detik detik bersejarah :) ]

Ayat Hari Ini
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [Al-Hujuraat : 12]

Hadis Hari Ini
Diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:
Apabila ada dua orang Islam yang bertengkar dengan menggunakan pedang masing-masing, orang yang membunuh dan orang yang terbunuh sama-sama akan memasuki neraka. Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Orang yang membunuh sudah sepatutnya dia memasuki neraka tetapi kenapa orang yang terbunuh juga memasuki neraka? Baginda menjawab: Kerana dia terlalu berkeinginan untuk membunuh kawannya. (Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Doa Hari Ini
Di antara doa Nabi Ibrahim a.s:
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! (Surah As-Saaffaat, Ayat: 100).

Wallahualam. Wassalam.

dipetik dari msm@yahoogroups.com

Tuesday, August 19, 2003

Sekilas pandang….
mmm…semalam….semalaman jahit veil sendiri. Macam-macam idea adik-adik. Mengalahkan pereka fesyen radzwan raziwil pulak (ala…yang buat baju kawin era tuu).
Lepas semua tido, tinggal le diri ini terkial-kial dok jahit. Bila dah siap…tergelak-gelak sorang-sorang. Nasib baik takde orang tengok. Gelak tetengah malam. Masa tengah nak start jahit sebelum tu mama kiter kata, “laa...kaklong pi sewa aje laa menda-menda tu kat kedai...penat jer buat, nanti takde sape dah nak pakai”. Laju jer idea kiter jawab, “takpe ma, nanti leh tunjuk ket anak-anak, ini ler veil yang mama buat and pakai masa kawin dulu”. Ahaks. Amboi mak! Sentimentalnyer aku....hiks
Ntah le…sejak akhir-akhir ni sukar nak lelapkan mata. Nak dekat-dekat subuh baru leh tido. Alangkah indah andainya detik itu kupenuhi dengan solat malam dan bermunajat padaNya. Ya Allah…tingkatkanlah kerajinan ku ini…..moga terus istiqamah...amin...

TIKA & KETIKA

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang
seperti sia-sia... Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang
menunggu bersama-samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untukmenelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka matamu dan
memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.


Wassallam

Monday, August 18, 2003

Round KL with faizah n asma'
Dah lama tak masuk sini...org lain tiap-tiap hari update...
Faizah and asma...thanks to both of you kerana sudi menemani sabtu haritu. Round satu KL rasanyer kiter ek. Kesian asma....sampai sakit-sakit kaki dah (tapi dia yang shopping paling banyak ek...yer asma? Lebih-lebih plak dia... Hehe) faizah....mekasih belanja kiteorang nasi beriyani Restoran Pandan (bachelor party kita...heheh). Kalo lalu CM lepasni...mesti teringat muka faizah...hehehe...asma....kalo pi Semua House lepas ni...mesti teringatkan awak...hiks
Ahaks...bukan buat pe pun...saje cuci mata and beriadah, lama tak exercise kan! Anyway....haritu adalah satu kenangan indah buat diri ini. Insha Allah....kiter takkan lupa sampai bila-bila....seperti yang faizah nak tu...suh kiter ingat sampai bila-bila kan!
Sorry el....tak dapat datang umah.....isk..isk...sedihnyer....el siap dah buat kek dah tu! Alaaa.. melepas lagi nak merasa kek missapple! Missapple....i love coklat kek very much....perrrghhh...takper...mana nak tau kot-kot lepas ni ada rezeki dok dekat umah missapple....leh la minta dia buatkan kek. Hiks leh kan missapple???

Juzz for...da man in my life.....Allah bersama kita, dia pasti akan bantu kita ...insha Allah

You can get through this....
I know this is not the easiest
time in the world for you
and that the challenges you
face would test the
strongest faith...
and yet, I see
the strength shining
through you as each day
you just keep
putting one foot
in front of the other...
you are an inspiration
to everyone who knows you
but I am aware that
hanging on and hanging in
and being brave
are not easy
as you make it look,
and that’s why you’re
constanly in my prayers...
I ask Allah to comfort you,
give you strength,
and to bring you better days,
because it’s what you
truly deserve.....

 
blog template by suckmylolly.com