Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
22 Jamadilakhir 1424 H. bersamaan 20 Ogos 2003 M. [tinggal 10 hari lagi detik detik bersejarah :) ]
Ayat Hari Ini
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [Al-Hujuraat : 12]
Hadis Hari Ini
Diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:
Apabila ada dua orang Islam yang bertengkar dengan menggunakan pedang masing-masing, orang yang membunuh dan orang yang terbunuh sama-sama akan memasuki neraka. Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Orang yang membunuh sudah sepatutnya dia memasuki neraka tetapi kenapa orang yang terbunuh juga memasuki neraka? Baginda menjawab: Kerana dia terlalu berkeinginan untuk membunuh kawannya. (Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).
Doa Hari Ini
Di antara doa Nabi Ibrahim a.s:
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! (Surah As-Saaffaat, Ayat: 100).
Wallahualam. Wassalam.
dipetik dari msm@yahoogroups.com
Wednesday, August 20, 2003
Labels:
cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment