thePencil.org Ar RaiYan

Friday, October 24, 2003

Selamat Hari Lahir Mama….

Mama….
kaklong, suami, ayah n adik-adik ingin mengucapkan selamat hari lahir ke-46 buat mama kesayangan kami. Segala pengorbanan mama tak ternilai buat kami untuk membalasnya. Tanpa mama…siapalah kami. Mama permata di hati kami, suri kesayangan ayahanda. Tukang masak yang handal…isteri yang setia,guru informal yang hebat,agak lucu adakalanya, dan… seorang yang kuat serba serbi. kaklong pun tak sekuat mama dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini. Doakanlah diri ini agar sekuat dan setabah mama. Hanya Allah yang dapat membalas segala kasih sayang, jasa dan pengorbanan yang mama berikan….



SELAMAT HARI LAHIR

Mama…
Matahari berbisik padaku
Mama lebih mulia darinya!
Kerana apa? tanyaku
Jawabnya...
Kerana dia hanya menerangi dunia ini pada kesiangan saja
Tapi mama menerangi hidup anak-anak
Sepanjang masa, menembusi ruang kehidupan ini sepanjang zaman
Mama…
Pepohon yang merendang berbisik padaku
mama lebih mulia darinya!
Kerana apa? tanyaku..
Jawabnya...
Kerana dia hanya meredupkan kehangatan
Insan yang berteduh dibawah pepohonnya
Tapi mama meredupkan kehangatan
Hidup yang penuh pancaroba
Meredakan kekusutan hati dan akal anak-anak yang mama kasihi
Mama…
Emas dan batu permata berbisik padaku
Mama lebih mulia darinya!
Kerana apa? tanyaku
Kerana ia hanya lambang kekayaan
lambang kemewahan
tapi mama adalah lambang kasih
lambang sayang
lambang cinta
lambang kemuliaan
lambang pengorbanan sejati anak-anak mu
Mama…
Manis gula dan masinnya garam berbisik padaku...
Mama lebih mulia darinya!
Kerana apa? tanyaku
Jawabnya...
Kerana dia hanya menambah nikmat sesuap makanan dan lazat secangkir minuman
Tapi mama mampu menawarkan bisa kedukaan dan penderitaan
melazatkan keriangan dan menambah kecintaan
kepada kehidupan anak-anak yang mama kasihi
setiap masa dan ketika… sampai bila-bila
Mama...
Angin yang bertiup berbisik padaku
Mama lebih mulia darinya!!!
Kerana apa? tanyaku
Jawabnya...
Kerna dia tidak mampu sepanjang masa bertiup perlahan bagi menenangkan keadaan
kerana ada waktunya ia menjadi badai dan taufan merobek kesejahteraan
dan kebahagiaan insan
Tapi mama sepanjang masa meleraikan kekusutan
menenangkan jiwa anak-anakmu
sesepoi bahasa bayu, menyemai rasa cinta
dan sayang sejati anak-anakmu
Mama...
mulianya dirimu....
Membenarkan kata-kata
syurga itu di telapak kaki ibu...

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com