thePencil.org Ar RaiYan: September 2006

Friday, September 29, 2006

......

"Bila kita melihat pada apa yang tidak kita punya dalam hidup kita, kita tidak akan memiliki apa-apa".
"Tapi bila kita melihat pada apa yang ada di tangan kita,kita memiliki segalanya".

Thursday, September 28, 2006

Salam Ramadhan...

Moga Ramadhan kalini menampahkan lagi keimanan dan ketaqwaanku. Ramadhan kalini banyak mengajarku erti kehilangan,kasih sayang, kebahagiaan...
Kehilangan...kalini ramadhan tanpa ayah dan tukwan. Memang satu kehilangan dan kesyahduan yang teramat...
Dari kehilangan itulah mengajar aku lebih menyayangi serta memberi perhatian lebih buat mama yang kini hanya bersama adik-adik.dan tinggal keseorangan tatkala adik ke sekolah. Dari kehilangan itu juga mengajar aku bahawa lebih menyayangi orang-orang sekelilingku selagi mereka masih ada. Jadi anak yang baik,ibu yang baik, dan jadi isteri yang baik.Jadinya...Makin bercambahlah kasih sayang... bertambah kebahagiaan....

Salam Ramadhan Al-Mubarak!!

Tuesday, September 19, 2006

Dah 2 tahun...

Semalam beli-beli barang untuk buat kek. cadang nak buat sendiri kek kat budak kecik tu walaupun memang tengah bz banget. Lepas isya' terus tertido, terjaga jam 1.15 pagi. aiseh.... kek lum buat lagi. bingkas bangun buat kek ditengah dinihari....
Alhamdulillah, jadilah sebijik kek coklat moist yang nampaknye sedaaaap. Lupa nak amik gambar. So, lepas letak topping, leh bagi pada Nusaibah untuk dibawa ke nurseri nyer tu. Thanks abang tolong packing biskut n snek untuk kawan-kawan nurseri Nusaibah.
Alhamdulillah... hari ini Nusaibah menyambut harijadinya yang ke-2 tahun dengan gembiranya bersama kawan-kawan se nurseri.
Semalam tanya Nusaibah," Aibah nak adiah ape?". Terkejut dia jawab, "Beg kolah!" (beg sekolah). Kami pun memilih beg sekolah yang paaaling kecil untuknya. Dia pilih warna biru yang ada gambar Spiderman. Sambil menggayakan aksi spiderman seperti gambar pada beg itu. Lucu sekali. haha.
"SELAMAT HARI LAHIR YANG KE- 2 ANAKKU, MOGA JADI ANAK YANG SOLEHAH. UMMI N BABA SAYANG KAMU"

Monday, September 18, 2006

Anak Saya...

Anak saya hampir berumur 2 tahun. sejak dihantar ke Nusery, macam- macam modalnya. sudah pandai bercakap. Kadang-kadang tak sangka perkataan yang terkeluar dari mulutnya. lancar sekali. "ummi, tolong buatkan susu". kalo dulu, "nak susu". Paling terkejut, bebaru ni dia datang bagitau, "ummi, tolong basuhkan berak, aibah tak reti, aibah kecik agi". errk...sape ajar ni? cikgu awak ke? banyak vocab rupanya anakku sorangni. Lega, anak saya dah bagitau time dia nak poo-poo. Tapi kadang- kadang aje. sesekali, dah ter...., baru bgtau. takpe...masih training.
Sejak start ajar Nusaibah membaca buku kaedah fonetik, buku cerita n flash card n tgk CD... dia macam leh kenal sket-sket . cuma dia suka hafal, "Ini ibu saya,"itu ibu ani, itu ibu abu". sesambil bukak buku n baca. Padahal tak reti satu ape pun. hehe.
satu yang buat ummi penat, satu hari 4-5 buku suruh ummi bacakan. "ummi, tolong bacakan buku".Aduh, letihla ummi macam ni. Baru anak sorang. Bukan nak baca sendiri. Asyik paksa suruh bacakan, kalo tak baca....sudah pandai merajuk. rebahkan badan kat atas katil, terus nangis. manja betoi. ikut sape tah. Kesian dia kalo tak layan.
Sejak tok umi hadiahkan telekung, suka sangat solat. Tunggang Tunggeng jadinya. lucu juga. Bila baba nak amik gambo, terus berenti solat n posing kejap, then sambung balik solat.haha. Kalo naik kereta, cukup alert dengan masjid, bila nampak aje masjid, dia akan jerit, "asjid oolaaat!!" (masjid, solat). hiks

P/s: paling tak lupa wording dia- "ummi!engok baba owek idung!" haha. tula baba, korek idung jangan depan anak....

Saturday, September 16, 2006

Ayah dalam Kenangan

Sudah lama saya mencari kekuatan ini. Alhamdulillah punyai secebis kekuatan atas doa semua agar saya dan keluarga redha dan tabah menghadapinya.
Tanggal 6 September 2006, jam 10.20 malam, ayah tercinta telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Ayah pergi di malam hari lahirnya yang ke 59.Ayah pergi secara mengejut, sehingga kini... saya dah ahli keluarga merasakan seperti mimpi bahawa ayah tiada lagi dalam hidup kami. Ayah mengalami sesak nafas (mungkin ini disebabkan serangan jantung) selama beberapa minit dan akhirnya menghembus nafas terakhir di pangkuan mama. Selain mama, sesiapa pun tak sempat menghadap ayah di saat- saat terakhir. Adik yang sedang buat homework kat bilik pun tak sempat. Apatah lagi saya berada di Perlis, adik kedua berada di Johor, adik ketiga di ukm.
Sedih....tiada apa yang paling menyedihkan selain kehilangan yang dikasihi. Saya amat rapat dengan ayah. Masih terbayang- bayang saat- saat bersama ayah, makan dengan ayah, main dengan ayah, bergelak ketawa dengan ayah, konvokesyen dgn kehadiran ayah. Bila ayah dah takda, memang terasa hidup begitu sunyi dan susah. Terutama buat mama. menjalani hidup tanpa teman disisi, teman sebilik, teman berceloteh,teman suka dan duka.
Kini baru saya terasa betapa beratnya tanggungjawab sebagai anak sulung. Padahal sebelum ni saya tak terasa sangat disebabkan segela keputusan keluarga semua di tangan ayah. Ayah... sungguh pantas ayah meninggalkan kami. Kami sentiasa mendoakan ayah. Moga ayah berada di saf mukminin.
Ayah,
Mudah dan tenang sekali ayah pergi. Cuma kakak terkilan, kakak tak sempat ke Mekah dengan ayah. Kita pernah rancang satu ketika dulu. Tapi Allah sebaik- baik perancang. Kakak dah tulis kad harijadi pada ayah malam tu, cadangnya kakak nak kejutkan ayah dengan call dan sms, then nak bagi Nusaibah ucapkan birthday pada tok ayahnya. Rupanya ayah yang kejutkan kakak dengan pemergian ayah. Tak sempat kakak nak bagi kad harijadi pada ayah.Tak sempat kakak nak ucapkan "Happy Birthday" pada ayah jam 12 malam , Jam 10.20 malam ayah dah takda.Kakak sedih sangat.Kakak nangis sampai mata kakak sakit n terkena jangkitan kuman. Kakak tahu, tak boleh terlalu menangis, perlu redha dengan pemergian ayah, tapi kakak terlalu sedih pada waktu tu. Moga Allah ampunkan kakak. Kakak redha dengan pemergian ayah.
Ayah, minggu depan dah nak puasa, lepas tu raya. Selalunya ayahlah orang yang paling gembira bila menjelang ramadhan, orang pertama ke masjid, berbuka dengan menu best,bila hari raya mama mesti masakkan rendang kegemaran ayah. pastu ayah suruh mama masakkan laksa kegemaran kakak. Kakak taktau cemana kakak, mama n adik-adik nak hadapi ramadhan n syawal ni tanpa ayah.Tenanglah ayah di sana. Kakak, mama dan adik-adik sentiasa merindui ayah tiap ketika. Moga kita bertemu di syurga Allah.

Al - Faatihah buat ayah Ahmad Faisal b Hj Said

Ayah (7 september 1947 - 6 September 2006 )

rindu ayah,
-Kakak anak yatim-

 
blog template by suckmylolly.com