thePencil.org Ar RaiYan: Ayah dalam Kenangan

Saturday, September 16, 2006

Ayah dalam Kenangan

Sudah lama saya mencari kekuatan ini. Alhamdulillah punyai secebis kekuatan atas doa semua agar saya dan keluarga redha dan tabah menghadapinya.
Tanggal 6 September 2006, jam 10.20 malam, ayah tercinta telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Ayah pergi di malam hari lahirnya yang ke 59.Ayah pergi secara mengejut, sehingga kini... saya dah ahli keluarga merasakan seperti mimpi bahawa ayah tiada lagi dalam hidup kami. Ayah mengalami sesak nafas (mungkin ini disebabkan serangan jantung) selama beberapa minit dan akhirnya menghembus nafas terakhir di pangkuan mama. Selain mama, sesiapa pun tak sempat menghadap ayah di saat- saat terakhir. Adik yang sedang buat homework kat bilik pun tak sempat. Apatah lagi saya berada di Perlis, adik kedua berada di Johor, adik ketiga di ukm.
Sedih....tiada apa yang paling menyedihkan selain kehilangan yang dikasihi. Saya amat rapat dengan ayah. Masih terbayang- bayang saat- saat bersama ayah, makan dengan ayah, main dengan ayah, bergelak ketawa dengan ayah, konvokesyen dgn kehadiran ayah. Bila ayah dah takda, memang terasa hidup begitu sunyi dan susah. Terutama buat mama. menjalani hidup tanpa teman disisi, teman sebilik, teman berceloteh,teman suka dan duka.
Kini baru saya terasa betapa beratnya tanggungjawab sebagai anak sulung. Padahal sebelum ni saya tak terasa sangat disebabkan segela keputusan keluarga semua di tangan ayah. Ayah... sungguh pantas ayah meninggalkan kami. Kami sentiasa mendoakan ayah. Moga ayah berada di saf mukminin.
Ayah,
Mudah dan tenang sekali ayah pergi. Cuma kakak terkilan, kakak tak sempat ke Mekah dengan ayah. Kita pernah rancang satu ketika dulu. Tapi Allah sebaik- baik perancang. Kakak dah tulis kad harijadi pada ayah malam tu, cadangnya kakak nak kejutkan ayah dengan call dan sms, then nak bagi Nusaibah ucapkan birthday pada tok ayahnya. Rupanya ayah yang kejutkan kakak dengan pemergian ayah. Tak sempat kakak nak bagi kad harijadi pada ayah.Tak sempat kakak nak ucapkan "Happy Birthday" pada ayah jam 12 malam , Jam 10.20 malam ayah dah takda.Kakak sedih sangat.Kakak nangis sampai mata kakak sakit n terkena jangkitan kuman. Kakak tahu, tak boleh terlalu menangis, perlu redha dengan pemergian ayah, tapi kakak terlalu sedih pada waktu tu. Moga Allah ampunkan kakak. Kakak redha dengan pemergian ayah.
Ayah, minggu depan dah nak puasa, lepas tu raya. Selalunya ayahlah orang yang paling gembira bila menjelang ramadhan, orang pertama ke masjid, berbuka dengan menu best,bila hari raya mama mesti masakkan rendang kegemaran ayah. pastu ayah suruh mama masakkan laksa kegemaran kakak. Kakak taktau cemana kakak, mama n adik-adik nak hadapi ramadhan n syawal ni tanpa ayah.Tenanglah ayah di sana. Kakak, mama dan adik-adik sentiasa merindui ayah tiap ketika. Moga kita bertemu di syurga Allah.

Al - Faatihah buat ayah Ahmad Faisal b Hj Said

Ayah (7 september 1947 - 6 September 2006 )

rindu ayah,
-Kakak anak yatim-

2 comments:

~chOTTo~ said...

kak long,
salam takziah buat kak long sekeluarga.. tabahkan hati.. dan jgn diikutkan sgt kesedihan.. org dah pernah laluinya kak long, dan cara pemergian ayah kak long ngan ayah org lebih kurang jugak.. kita yg ditinggalkan patut berbangga & bersyukur krn pemergian mereka tidak dlm keadaan terseksa mahupun terlantar sakit yg berpanjangan.. semoga hari2 mendatang kak long tetap ceria seadanya.. semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di sisi org2 yg beriman.. Amin..

-babe-

Anonymous said...

baru teringat, babe pun sama mcm kaklong,takde ayah. doakan kaklong agar setabah babe ye! TQ,miss u sis...

 
blog template by suckmylolly.com