Alhamdulillah berakhir sudah penantian. Selama seminggu berkampung di sana. Datang pagi baliknya malam. Penat, balik aje terus flat. Satu pengalaman yang bermakna buat diri saya. Kali pertama menyertai, kali pertama berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan tak kira usia.
Terima kasih buat Pusat Sumber Negeri Perlis kerana memberi ruang lebih untuk booth kami. Lega dapat booth tepi sekali di hadapan pentas. Memang strategik menyebabkan produk Ana Muslim yang setiap jenisnya sebanyak seratus buah berupa komik, keychain, badges dan buku Azimat Peperiksaan laris sejak hari ketiga pesta buku. Macam tak percaya produk-produk ini diserbu oleh budak-budak sekolah. Naik pening saya :). Sampai ada orang komplen, "awat amik sikit sangat produkni?". Mana kami nak tau laku sampai macamni.huhu.Alhamdulillah, kini dilantik menjadi agent produk AnaMuslim di negeri Perlis dan diminta oleh guru-guru sekolah supaya produk AnaMuslim dibawa masuk ke sekolah-sekolah negeri Perlis. Adus... bertambah lagi satu keja le lepasni :). Saya dari dulu lagi memang sukakan sekolah. Sebab sekolah ni lubuk. Bawakla jual ape pun habis.hiks. ssyhhh.... (kiteorang jual kaler pensel, sticker and pensel tiktik pun abis disapu mereka.haha)
Bertuahnya kami kerana turut menjadi agent Saba Islamic Media di Perlis. Buku Harun Yahya memang mendapat sambutan. Banyak buku Harun Yahya licin! Buku "Kaum-Kaum Yang Pupus" hari ketiga dah habis.Hingga hari terakhir pelanggan masih mencari-cari buku-buku Harun Yahya dan memesan. Saya punyai angan-angan untuk membuka sebuah franchise kedai buku "Saba Islamic Media" di utara, sebab sekarangni kedai Saba cuma ada di kl sahaja. Sedangkan para peminat buku Saba, terpaksa turun ke kl atau memesan di kl jika ingin mendapatkan buku-buku Saba. Tapi masalahnya, untuk buka cawangan Saba ni, kos francais nyer mahal sangat!! huhu. Andainya ada modal turun dari langit....
Kelakar juga bila diperkenalkan lokasi kedai kami di Arau, ramai yang terkejut melihat tokeh kedai yang begitu muda (muda ke? anak Wan Muda ye lah) ada rupa macam budak-budak sikit. "Aik, muda-muda lagi dah bukak kedai buku?".Tapi boleh trick, bila pelanggan mintak diskaun yang teramat la tak masuk akal, saya leh jawab.... "ala cik.. tokeh takde, susah nak bagi diskaun banyak-banyak. maaf ye cik". Bukan nak tipu, memang tokeh takde pun masa tu (suami saya). Kenapa le takde anugerah pemilik booth termuda ek? hiks.Perasan!
Selain itu, kami juga turut mengambil kesempatan menjual t-shirt labuh kepada para pengunjung pesta buku.hehe. Siap lelong tudung lagik!
Walau ape pun, satu pengalaman yang manis dapat berkenalan dengan semua tokeh-tokeh buku. Senang nak deal nanti. Dapat berkenalan dengan staf-staf pusat sumber dan diminta membawa katalog untuk supply buku-buku pada mereka. I really hope it!
amboi-amboi anak tokeh ni. amik kesempatan membaca...
p/s: Pak Latip... novel bapak ramai peminat rupanya. Ada beberapa buah aje tinggal.Saya pun belum sempat baca lagi. aiyarrk. jual aje pandai.
Tuesday, July 17, 2007
Berakhir Pesta Buku Perlis 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
seronok baca pengalaman kak najah, dan semakin berkembang bisnes buku nampaknya :) alhamdulillah..
huhu...bestnya jadi businessman mcm kak najah..berkembang biak business.. bagus bagus..
fuh...busy betul businesswoman muda ni...patutla tak siap yer gelang inai saya...hehe..takper take yr time...saya setia menunggu...
mar n mynie,
thanks...berkat doa korang juga. asyik doakan akak berjaya :)
akak baru nak merangkak ler... korang byk bg semangat!
eija,
malu saya kat awak. tak siap tempahan.huhu. nanti awak tak percayakan saya pulak lepasni.sob...sob
Assalamualaikum,
Salam perkenalan daripada saya. Terima kasih sudi berkunjung serta meninggalkan jejak dalam blog saya maka dapatlah saya membalas kunjungan Raiyan.
Semoga perniagaan Raiyan semakin meningkat maju. Gembira hati saya bila Raiyan kata novel Pahlawan Islam laris di Perlis.
Saya juga kagum dengan semangat usahawan muda seperti Raiyan.
wah,pak latip membuat kunjungan balas.
terima kasih kerana singgah di blog saya yg tak seberapa ni pak.
terima kasih atas doa pak. moga saya berjaya macam bapak.amin.
Post a Comment