thePencil.org Ar RaiYan: September 2007

Monday, September 24, 2007

Press Statement

Salam

Berikut adalah kenyataan media sediakan hari sabtu lepas.


KENYATAAN MEDIA
WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
22 September 2007

TRAGEDI MENIMPA NURIN – SATU TAZKIRAH RAMADHAN

Wanita JIM merakamkan perasaan sedih yang teramat sangat di atas berita pembunuhan kejam anak perempuan comel yang tidak berdosa, Nurin Jazlin setelah hampir empat minggu kehilangannya dihebohkan di akhbar tempatan. Ucapan takziah ditujukan khas kepada ibu dan bapa Allahyarhamah serta keluarganya yang tentu sekali begitu terkesan oleh insiden malang yang menimpa Nurin. Sesungguhnya, nama Nurin akan bersemadi selama-lamanya dalam hati setiap rakyat Malaysia yang turut sama berkabung di atas pemergiannya.

Wanita JIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan sadis yang dilakukan oleh pembunuh yang sudah hilang perasaan perikemanusiaannya. Insiden tragis ini ternyata mencemarkan kesucian bulan Ramadhan yang mulia dan suci ini, di mana kebanyakan umat Islam sedang berusaha mempertingkatkan dan membersihkan diri dari dosa dan noda. Kisah sedih Nurin kini menjadi satu lagi peristiwa hitam keganasan seksual terhadap kanak-kanak dan wanita yang berlaku di tanahair tercinta ini. Tragedi ini mengingatkan kita semua kepada peristiwa yang menimpa Allahyarhamah adik Nurul Huda dan ramai lagi mangsa keganasan seksual sebelum ini. Namun ternyata, segala tindakan, akta dan hukuman yang dijalankan selama ini masih tidak mampu menghalang manusia pemangsa yang kejam dan tidak berhati perut ini dari terus mencari mangsanya. Siapakah pula mangsa seterusnya? Persoalan ini akan mencetuskan satu suasana gerun dan ketakutan yang semakin menyelubungi masyarakat hari ini.

Seperti juga biasa, tragedi ini akan mencetuskan dan membangkitkan perasaan marah yang meruap-ruap di kalangan orang ramai. Cadangan demi cadangan dianjurkan, tindakan dan hukuman diperketatkan. Tidak kurang juga yang cuba meletakkan kesilapan dan kesalahan di atas bahu pihak tertentu seperti ibu bapa dan pihak berkuasa. Seringkali pula, reaksi spontan sebegitu perlahan-lahan hilang dan pudar ditelan masa. Tidak mungkin kita akan dapat membasmi jenayah seksual ini dengan tindakan `hangat-hangat tahi ayam', sebaliknya amat perlu kita membuat muhasabah diri dan refleksi yang jujur bagi mencari punca dan penyebab utama jenayah seperti ini berlaku.

Wanita JIM sudah seringkali menekankan, fenomena peningkatan keganasan seksual di kalangan masyarakat berkait rapat dengan longgarnya ikatan spiritualiti dan lunturnya pegangan akidah individu. Tanpa adanya perasaan takut kepada kemurkaan Tuhan dan rasa harap kepada keredhaan-Nya, jiwa manusia dengan mudah diperdayakan oleh nafsu syahwatnya. Apabila syahwatnya mengganas dan menjadi raja, individu tersebut tidak akan teragak-agak melakukan sesuatu yang di luar dari jangkaan kebiasaan kita. Integriti dan amanah tidak lagi menjadi identiti diri. Perkara pokok mengenai keteguhan iman dan takwa inilah yang perlu ditanamkan setiap masa dan ketika dalam diri individu terutamanya generasi muda.

Wanita JIM meminta ibu bapa memuhasabah diri secara jujur dan telus, menilai semula sejauhmanakah konsep akidah dan kepercayaan ini berakar umbi dalam jiwa anak-anak mereka. Disamping mencadangkan agar ibu bapa sentiasa lebih peka dengan aspek keselamatan anak-anak di luar rumah, sepertimana yang sering diperkatakan, Wanita JIM benar-benar menyarankan agar kesemua ibu bapa memastikan anak-anak mereka dididik dengan acuan nilai dan moral yang tinggi, berpaksikan kepercayaan agama yang dianuti. Fahaman materialistik dan gaya hidup hedonistik yang begitu berleluasa di kalangan keluarga moden hari ini, mestilah digantikan dengan cara hidup sederhana yang menekankan tentang integriti, amanah dan keseimbangan.

Jika para ibu bapa di Malaysia masih leka dan terus menerus melakukan kesilapan membesarkan dan mendidik anak-anak mereka, jangan terkejut sekiranya kita sebenarnya sedang membesarkan satu generasi penjenayah yang berhati kejam dan tidak berperikemanusiaan. Bukankah sudah tiba masanya setiap seorang dari kita melakukan refleksi tersebut?

Pihak berwajib disarankan memberikan fokus yang serius dalam usaha menanamkan nilai agama dan kerohanian yang tinggi kepada ahli-ahli masyarakat. Keseimbangan hidup mengejar dunia dan akhirat akan mencetuskan manusia yang kompetatif dan berdaya-saing tinggi. Dalam masa yang sama, Wanita JIM menuntut agar segala unsur-unsur yang terbukti merosak jati diri generasi muda dan dewasa ditangani dengan tegas, berkesan dan berhemah.

PASTIKAN KEMATIAN NURIN TIDAK SIA-SIA. JADIKAN IA SATU TITIK MULA UNTUK MASYARAKAT KEMBALI KEPADA ASAS AKIDAH YANG MANTAP DAN KUKUH.

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
012-3243134

Saturday, September 22, 2007

Takziah Buat Keluarga Adik Nurin

Takziah buat keluarga adik Nurin.In Memory of Nurin Jazlin diabadikan. Sekali lagi membaca blognya,tidak tergambar perasaan...pada mulanya yang mengharap...kecewa,sedih,pilu,marah... bercampur aduk.

Sudah sakit jiwakah masyarakat harini?

Terbayang wajah Nusaibah yang semakin hari semakin petah bertanya itu ini, asyik berlari dan melompat-lompat di dalam rumah, ketawa-ketawa, menyanyi riang. Tidak dapat dibayangkan....
Oh tuhan, saya semakin takut untuk menempatkan anak saya di dalam masyarakat yang semakin tenat ini!!

Thursday, September 20, 2007

Happy Birthday Sayang..19 sept..

Hari ini... ya hari ini, hari yang merupakan detik-detik bermulanya saya menjadi seorang ibu. Itu 3 tahun yang lalu. Bersalin dengan epidural mueheheh. Dengan abang yang terketar-ketar memotong tali pusat anaknya setelah diberi peluang oleh Dr Amimah. Itulah dia, Wan Raiyan Nusaibah yang ketika di dalam rumah, tidak reti berjalan, selalu berlari-lari dan memekik-mekik. Hampir bingit telinga orang dalam rumah.

Saya tidak sempat menyiapkan kek hari lahirnya. Lantas berkejar ke Sayyidah Bakery untuk membeli kek serta berkejar pula ke Pasaraya Hafifah untuk membeli snek, air kotak dan makanan lain untuk dibungkus dan dibawa ke nurserinya.

Kami membawanya untuk diberi peluang memilih kek kegemarannya. Apa yang dipilihnya? sejenis kek hantaran pertunangan! aiyaark !!
katanya...kalini dia mahukan kek berbentuk love dan berwarna pink.



Saya: "dia jiwang macam abanglah!"
abang: "ehem...tengokla sapa baba nyer"




Dengan Iman, bespren. Dulu hari-hari cerita pasal Iman. Sekarang tidak lagi. Bergaduh kot! hehe



Selamat hari Lahir Nusaibah! Ummi namakan kamu Nusaibah sempena nama sahabat nabi, Nusaibah binti Kaab yang sanggup mempertahankan nabi semasa di Ghazwah Uhud, yang menikam askar-askar kuffar dengan menggunakan pancang khemah sahaja. Pada masa itulah nabi berdoa agar Nusaibah dan keluarga ditempat bersama-sama beliau di dalam syurga. Moga kau berani seperti itu, anakku!
Maruah Islam kini tercemar, kembalikanlah kegemilangannya, pertahankan maruah ini, akidah ini.
Ummi dan kawan-kawan berusaha seupaya mungkin melakukan pengislahan.Ummi bersama mereka mendokong wawasan JIM supaya pada tahun 2020 ini negara kita mencapai ke arah syariat Islam sepenuhnya. Masih ada 13 tahun lagi, anakku. 13 tahun inilah ummi akan letakkan kamu dalam masyarakat yang ummi harap sangat ia sudah pulih kembali dan syariat Islam akan terlaksana. Itu usaha,harapan dan doa ummi,anakku.Moga kau membesar di dalam suasana sebegini.Amin.

UMMI SAYANG KAMU!!

Tuesday, September 18, 2007

There...

Sudah lama tak update. Saya baru pulang dari Muzakarah Nasional di Masjid KLCC. Baru dilantik jawatankuasa baru 07-09, terus pi muzakarah. Patutnya SU sessi lepas yang perlu buat laporan RJ1 strategik planning yang lepas. Tapi kenapa entah, ajk baru pula kena bentang. Kena tembak laaa....aiseh...tak aci la
Anyway... dakwah perlu diteruskan!!

oh ya stok tshirt labuh muslimah sudah sampai. Stok kalini banyak pula. tapi coklat dan maroon dah abis. Ada stok:
1. hitam hijau
2. hijau hitam
3. merah hitam
4. skyblue
5. blueblack
6. oren hitam (ada sikit je lagi)
7. hitam oren

PROMOSI HARI RAYA: RM 25 sahaja (sehelai)


Kot ada sesapa nak beli buat balik kampung di hari raya ini. silakanlah!!

p/s: Salam ramadhan buat semua. maaf pak latip, tak dpt jumpa sebab datang dengan group. Terus balik haritu juga.

Saturday, September 01, 2007

31 ogos 2003...

Abang,
saya tidak tahu bagaimana harus dinyatakan betapa saya bahagia meniti hari-hari ini bersama abang. Empat tahun sudah melayari bahtera perkahwinan. Andainya saya tahu betapa bahagianya hidup saya pabila berkahwin, sudah tentu sebelum grad lagi saya dah kawin.hehe. (Tapi masa tu abang belum masuk meminang lagi)


Saya mengenali suami sejak sekolah rendah lagi. Tapi saya betul-betul tidak menyangka yang dia adalah suami saya sekarangni.hehe. (ini menjawab pertanyaan mynie sebenarnya).Mynie tanya sebelumni memang kenal ke? akak kenal nama aje mynie, tatau anak sapa, adik beradik berapa.Cuma tau dok perlis aje (takkanla tatau kawan-kawan sekelas dok kat mana kan!)Maklumla sekolah agama kan mynie.hehe.

Masuk sekolah menengah, satu kelas dengannya. Masa dulu perwatakannya kurang menyerlah. Budak baik, agak pandai juga. Tapi kadang-kadang suka tidur dalam kelas sewaktu petang.haha. Pernah dibaling pemadam papan putih oleh muallim syukri waktu kelas tafsir/seerah. Ingat tak abang? haha.... terdetik dlm hati saya.ish budakni... dalam kelas pun leh tido.teruk betul.takleh buat laki. See? sekarang sapa suami sapa? haha.

Agaknya itu membuatkan saya kurang nampak dan tak amik tahu sangat perihal pelajar lelaki dalam kelas. Apatah lagi suami saya tu. Dia takde dalam kelas pun saya tak amik tahu.Apa yang saya tahu, hanyalah gaduh dengan mereka jika mereka tak buat duty sapu sampah dalam kelas kami setiap pagi.hehe.

Oh tuhan, bila sampai kad jemputan kawin ke sekolah kami, Semua guru2 terkejut. Saya sendiri pun tidak menyangka jodoh saya dengannya. Kawan-kawan saya (perempuan) yang satu kelas dengan kami berebut nak datang ke majlis kenuri saya. Sanggup naik bas ekspress beramai-ramai. hehe. tu untungnya kawen awal, sebab kawan-kawan lain semuanya masih bujang, mereka lum ada komitmen lain.Semua nak jadi penanggah waktu kenuri. Nak tolong make up kan, nak tolong kemas bilik, nak jadi camerawoman,nak tolong macam-macam lagi.Terima kasih akhawat batch 2!

Saya benar2 terharu dan bersyukur, hebatnya perancangan Allah Taala... Dia mengaturkannya tersusun kemas. Masa dan perjalanan proses kawin ini terlalu pantas. Senang sangat, mak dengan mak masing2 call dan bincang by phone aje. Bertunang, lepas 3 bulan then kawen. Indah betoi jika dikenang sejarah perkahwinan :), seakan-akan mimpi. Bermula episod pencintaan selepas kawin. Sehingga sekarang, jika bercerita hal sekolah,kisah guru, hal kawan-kawan,kes denda,kes supernatural, rahsia2 asrama, sampai sekarang masih tergelak2. Tak jemu2 mengulang cerita.

Tergelak saya, teringat kembali sewaktu kawan-kawan kampus seringkali bertanya saya apa ciri2 suami idaman saya. Agaknya masatu saya dilihat seperti ustazah, bertudung labuh, high taste (kononnya pada mata kawan-kawan serumah saya yang saya ni memilih,suka kutuk boipren kawan2 serumah.hehe). Saya siap senaraikan list yang panjang begini: 1.dia mestilah ikhwah. 2-dia mestilah masuk usrah.
3-Kuat agamanya. 4-Baik akhlaknya. 5-Tegas mempertahankan maruah. 5-Amanah 6-Tidak boros.7-Tidak liar matanya.8-Terbatas pergaulan.
9-Rakan pergaulannya.Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. 10-Bertanggungjawab. 11-Tenang wajahnya.
saya siap perli lagi kawan-kawan serumah, "ha..kalo korang dapat jumpa orang macamni, bgtau aku! Takdenye kat UMS ni, kalo ada pun, mesti orang lain dah kebas.hehe"

Ya, dialah orang yang saya cari... walaupun pada masa saya listkan pada kawan-kawan serumah saya tu, saya sedang meminati seseorang yang sebegitu, tapi perancangan Allah lebih hebat dan Dia memberikan 'seseorang yang melebihi' dari apa yang saya impikan. Sujud Syukur...
Inilah orangnya... orang yang saya letakkan cinta sepenuhnya.My best 'sleeping partner' saya samada dalam bisnes atau pun real life.hiks

Mulanya saya tidak menjangka dia punyai minat yang sama. haha. Betapa Maha Adilnya Allah pada saya.....

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4 Abang!




terima kasih atas lagu "Permaisuriku-Hijjaz"

 
blog template by suckmylolly.com