Hari ini... ya hari ini, hari yang merupakan detik-detik bermulanya saya menjadi seorang ibu. Itu 3 tahun yang lalu. Bersalin dengan epidural mueheheh. Dengan abang yang terketar-ketar memotong tali pusat anaknya setelah diberi peluang oleh Dr Amimah. Itulah dia, Wan Raiyan Nusaibah yang ketika di dalam rumah, tidak reti berjalan, selalu berlari-lari dan memekik-mekik. Hampir bingit telinga orang dalam rumah.
Saya tidak sempat menyiapkan kek hari lahirnya. Lantas berkejar ke Sayyidah Bakery untuk membeli kek serta berkejar pula ke Pasaraya Hafifah untuk membeli snek, air kotak dan makanan lain untuk dibungkus dan dibawa ke nurserinya.
Kami membawanya untuk diberi peluang memilih kek kegemarannya. Apa yang dipilihnya? sejenis kek hantaran pertunangan! aiyaark !!
katanya...kalini dia mahukan kek berbentuk love dan berwarna pink.
Saya: "dia jiwang macam abanglah!"
abang: "ehem...tengokla sapa baba nyer"
Dengan Iman, bespren. Dulu hari-hari cerita pasal Iman. Sekarang tidak lagi. Bergaduh kot! hehe
Selamat hari Lahir Nusaibah! Ummi namakan kamu Nusaibah sempena nama sahabat nabi, Nusaibah binti Kaab yang sanggup mempertahankan nabi semasa di Ghazwah Uhud, yang menikam askar-askar kuffar dengan menggunakan pancang khemah sahaja. Pada masa itulah nabi berdoa agar Nusaibah dan keluarga ditempat bersama-sama beliau di dalam syurga. Moga kau berani seperti itu, anakku!
Maruah Islam kini tercemar, kembalikanlah kegemilangannya, pertahankan maruah ini, akidah ini.
Ummi dan kawan-kawan berusaha seupaya mungkin melakukan pengislahan.Ummi bersama mereka mendokong wawasan JIM supaya pada tahun 2020 ini negara kita mencapai ke arah syariat Islam sepenuhnya. Masih ada 13 tahun lagi, anakku. 13 tahun inilah ummi akan letakkan kamu dalam masyarakat yang ummi harap sangat ia sudah pulih kembali dan syariat Islam akan terlaksana. Itu usaha,harapan dan doa ummi,anakku.Moga kau membesar di dalam suasana sebegini.Amin.
UMMI SAYANG KAMU!!
Thursday, September 20, 2007
Happy Birthday Sayang..19 sept..
Labels:
anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
happy birthday sayang! sorry lambat wish, mama awak lambat update, sampai auntie dah lama tak buka blog ni :P
Selamat hari lahir, Nusaibah! Wah, dah 3 tahun skrg, big girl :)
terima kasih duhai aunty mynie n aunty Aini!!
mynie, bila due? lepas raya kan?
kak najah, walaupun dah jawab kat lain, tp rasa tak sedap pulak kalau tak jawab kat sini heheh.. saya due mid-dec insyaAllah.. doakan :)
Post a Comment