Dari kerja makan gaji, menjadi pemilik perniagaan
Oleh: Irfan Khairi
Ramai antara kita masih bekerja makan gaji, dan merancang untuk memulakan perniagaan. Ianya sering terjadi di mana, perniagaan yang akan dimulakan adalah berkaitan dengan kerja makan gaji kini.
Ianya tidak salah, malah, ianya di syorkan oleh kerana kerja yang anda lakukan kini telah mengajar anda dengan ilmu dan pengalaman untuk memulakan perniagaan yang berkaitan. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang setiausaha, satu hari nanti mungkin anda boleh memulakan perniagaan setiausaha syarikat. Sekiranya anda
seorang guru sekolah, satu hari nanti mungkin anda boleh menubuhkan sebuah pusat tuisyen. Sekiranya anda seorang jurugambar bersama sebuah syarikat, anda juga boleh memulakan perniagaan fotografi profesional satu hari nanti.
Gunakan kerja anda kini sebagai batu loncatan untuk memulakan perniagaan. Berikut adalah 4 tips persiapan anda sekiranya anda kini bekerja makan gaji dan merancang untuk memulakan perniagaan yang berkaitan.
1: Lakukan penyelidikan
=======================
Sementara mengumpul ilmu dan pengalaman ketika kerja, pelajari mengenai industri anda. Rujuk dan lakukan penyelidikan tentang industri anda dengan membaca majalah yang berkaitan, melungsuri Internet dan juga membaca buku-buku yang berkaitan dengan industri anda.
Ilmu yang anda kumpulkan bukan sahaja akan memantapkan anda di tempat kerja, ia juga akan banyak membantu apabila anda memulakan perniagaan kelak. Sering kali terjadi, apabila ilmu anda bertambah dan pengalaman bertambah, ia menyebabkan gaji anda juga bertambah ketika kerja makan gaji!
Selidik bidang yang anda ingin ceburi sebelum anda membelanjakan apa-apa modal untuk memulakan perniagaan tersebut. Penyelidikan pada masa masih bekerja adalah amat penting supaya ia menyediakan kita sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang tidak memberi pulangan yang tetap!
2: Prinsip 10/90
================
Ianya dikatakan, sekiranya anda mengambil masa 10% untuk menyelidik dan mendalami perniagaan yang bakal anda lakukan, anda akan menjimat 90% masa dan wang yang mungkin anda kehilangan ketika memulakan perniagaan!
Saya pernah bertanyakan kepada jutawan Azizi Ali, pernahkah beliau melakukan kesilapan dalam perniagaan? Jawabnya pernah! pada awal penglibatannya dalam perniagaan, beliau memulakan kedai muzik oleh kerana minatnya dalam muzik.
Tetapi, perniagaan tersebut gagal! oleh kerana, beliau tida melakukan "homework" dalam bidang "perniagaan berbentuk muzik"
Tidak semestinya sekiranya anda mempunyai kepakaran atau minat dalam sesuatu bidang, ia adalah resepi kejayaan perniagaan tersebut. Ia hanyalah satu permulaan oleh kerana anda masih perlu mempelajari selok belok sesuatu perniagaan itu.
Luangkan 10% daripada masa anda untuk lakukan "homework" supaya anda dapat menjimat 90% masa dan modal perniagaan anda!
3: Cari masalah dan selesaikannya
=================================
Ketika bekerja makan gaji, mungkin anda ketemui beberapa masalah daripada pelanggan yang tidak dapat dipenuhi tempat kerja anda. Sering ingat apabila ingin memulakan perniagaan bahawa, "perniagaan adalah penyelesaian kepada masalah"
Pengalaman yang anda ceburi akan mendedahkan anda kepada berbagai masalah. Masalah tersebutlah yang akan menjadi satu peluang perniagaan untuk anda.
Contohnya, sekiranya anda seorang guru sekolah, mungkin anda terjumpa masalah bahawa sesetengah pelajar memerlukan cara pendekatan mengajar yang lebih unik. Anda boleh mencipta cara pendekatan mengajar tersebut dan mulakan kelas bimbingan untuk
pelajar-pelajar yang memerlukannya.
4: Bootstrap
============
Kaedah memulakan perniagaan kegemaran saya adalah bootstrap- iaitu, memulakan perniagaan kecil menggunakan wang sendiri, kemudian, perbesarkan perniagaan tersebut dengan keuntungan yang diperolehi. Anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan. Kerja makan gaji anda kini merupakan satu platform untuk mengumpul modal.
Apabila cukup wang, anda boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan dahulu. Ini akan memberi pengalaman kepada anda sedikit demi sedikit dalam mengembangkan perniagaan.
Mulai sekarang, lakukan simpanan khas untuk dana memulakan perniagaan anda. Wang ini adalah bertujuan khusus untuk memulakan perniagaan, dan bukan untuk simpanan peribadi. Anda perlu sentiasa berhati-hati dan mengumpul seberapa banyak ilmu perniagaan yang boleh oleh kerana, tanpa ilmu perniagaan yang betul, bukan sahaja
wang simpanan anda dari makan gaji akan rugi, tetapi juga masa yang anda telah luangkan ketika makan gaji untuk mengumpulkan wang tersebut juga akan rugi!
Hanya satu sahaja cara untuk mencapai kejayaan- iaitu mencuba. 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, sekiranya anda bersedia dalam semua aspek, maka, apa kata anda cuba melibatkan diri anda dalam perniagaan.
Tuesday, January 29, 2008
ARTIKEL PERNIAGAAN
Alamak!
Sejak 3 hari ni, saya jadi cuak. Tshirt labuh saya habis stok di kedai. Tshirt kosong (tanpa cop) licin! Dua minggu lepas saya sudah renew order pada supplier. Janji akan diberi Selasa ini, tapi semalam supplier call, Sabtu ni baru siap. Terbakar juga. Mujur alasan munasabah yang mereka berikan. Tapi, berpeluh saya. Saya sudah memberitahu pada customer yang minggu ni juga akan dapat. Aduh!
Kemuncak sukan minggu ini. Rata-rata agent saya, datang memberi satu list order yang panjang tentang tshirt yang dipesan oleh kawan-kawan mereka. Cemana ni. Kesian customer, sedih pulang hampa dengan tangan kosong.
Ada yang desperate sangat nak tshirt labuh untuk sukan, akhirnya mereka terpaksa memilih yang mahal sikit yang ada di kedai saya. Nape tak cukup? memang awal tahun haritu stok banyak sekali saya sediakan. Tapi permintaan melebihi stok yang ada. Mula-mula dijual kat Perlis aje, kini melarat ke Kedah pula. Cikgu-cikgu sekolah di Kedah datang mencari. Ya ampun!!
Belah tempat-tempat lain, saya tak rasa sangat bila diberitahu tiada stok, sebab saya jawab by phone, emel or sms je. Tapi yang datang 'walk in' tak sampai hati saya nak menjawabnya. huhu. Suami kata, "aik...kosongnye kedai, mana tshirt? takmo meniaga dah ka?". "Abis stok la bang" jawab saya.huhu.
p/s: Perniagaan internet sudah terbukti berkesan!!
Monday, January 28, 2008
waaa...
Amboi-amboi,meleleh air liur tengok review kat Youtube ni,cuba tengok
Tulis emel, main cakap-cakap je.
Ada 3 kaler: pink, merah, hitam.
p/s: "abang, yang merah tu cantek kan?". Kelihatan suami saya buat-buat tak dengar.hahaha
Sunday, January 27, 2008
Mana boleh cakap "aku"
Bila baca Majalah Anis slot Saifulislam bulan ni, saya teringatkan anak saya. Sama seperti yang diceritakan oleh Saifulislam ngenai anaknya.
Nusaibah dengan wording "aku" amat enti baginya.hiks. setiap kali saya membaca buku cerita, ada perbualan seperti, "nama aku Pak Belang, aku nak makan kau!". Dengan cepat dia menjawab, "eh, ummi... cikgu kata mana boleh cakap 'aku' kena cakap 'saya' la. Allah marah kita cakap 'aku'".Lantas saya pun terpaksa menukar kata ganti 'aku' kepada' saya' dalam setiap patah-patah perkataan dalam buku cerita tersebut.
Mak saya pun terkena haritu. Lepas Nusaibah bercerita dengan Tok Ma nyer, Tok Ma menjawab, "wah, pandainyer cucu aku sorang ni!". Terus Nusaibah menjerit, "eh Tok Ma, mana boleh cakap 'aku', cikgu tak bagi.". "Dah tu nak cakap cemana?" Mak saya terkejut tetiba je kena sergah ngan anak saya. " Tok ma kena cakap macam ni, pandainya cucu 'saye'". Aiyarkk!! Sehingga sekarang mak saya ketawa bila teringatkan perbualan dengan cucu kesayangannya.
p/s: hmmm.... kuasa cikgu kuat juga pengaruhnya ya!!
Friday, January 25, 2008
Perniagaan & tanggungjawab sosial
Dipetik dari entry Dr Irfan Khairi
Adakah perniagaan anda mempunyai tanggungjawab sosial? Perniagaan tidak semestinya 100% melihat keuntungan semata, tetapi juga perlu mempunyai tanggungan sosial. Dengan mempunyai tanggungjawab sosial pada perniagaan anda, ia juga memberi jenama unik pada perniagaan anda.
Contoh yang baik adalah The Bodyshop yang diasas kan oleh Anita Roddick yang mempunyai tanggunjawab sosial “kehijauan bumi” dan recycle! Dengan mempunyai tanggung jawabsosial tersebut, ia membina jenama perniagaan The Bodyshop dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan menggalakan recycle (seperti penggunaan botol plastik dan juga penggunaan bag kertas).
Yayasan Al-Bukhari adalah satu contoh terbaik di Malaysia!
Bolehkah anda namakan lagi perniagaan lain yang mempunyai tanggungan sosial yang telah menjadi trademark atau jenama perniagaan tersebut?
----------------------------------------------------------------------------------
Bagi saya, ya... pada mula tercetusnya saya membuka perniagaan t-shirt labuh ini adalah atas tanggungjawab saya merasakan betapa susahnya wanita seperti saya ini yang ingin bersukan dan melakukan aktiviti lasak, tetapi tiada pakaian yang sesuai. Lantas dan kebetulan rakan saya, BrotherhoodArts yang mula mengeluarkan tshirt labuh ini secara besar-besaran telah menarik minat saya untuk menjadi agent di utara.
Sehingga kini saya telah memperbanyakkan lagi pilihan yang ada memandangkan semakin bertambah pengusaha-pengusaha tshirt muslimah di Malaysia. Pengusaha-pengusaha ini sungguh kreatif, memandangkan saya tiada kepakaran dalam rekaan corak seperti mereka, jadinya saya hanya menjadi trader aje.Walaupun Indonesia merupakan pioneer saya rasa. Sambutan di Malaysia di kalangan wanita muslimah adalah menggalakkan. Alhamdulillah.
Saya juga tertarik dengan pakaian Muslimah Indonesia, amat cantik sekali di pakai oleh remaja terutamanya. Menutup aurat, fashionable n modern. Betapa sakit mata saya melihat remaja kini berpakaian seperti tak cukup kain!
Saya berharap moga usaha dan tanggungjawab saya yang sekecil ini diberkati dan dinilai di sisi Allah.Ameen.
Thursday, January 24, 2008
23rd Jan...
Its a 23rd Jan... today and tomorrow... i'll be a year older. Thanks to my silent romantic man, thanks for da wish! guess wat,every year i heard " Happy besday sayang, la... dah tua! abang muda lagik! mueehehehe, jangan mare". Aiseh... mentang-mentang beranak tengah tahun!
By da way... still waiting a besday gift from my husband! haha. ssyhhh. As I hint, i dun wanna anything but i want a simple or short vacation for 2-3 days. Going to any pulau juzz 3 of us. Hope he understand. Now I realize, betapa penatnyer keja sendiri. Baru nak bertapak, semua one woman show. I'll be ok insyallah when i get a new staff soon.Ye ke leh ok aku nih?
My life is so...so..so wonderful and colourful... I have both of u! Thanks abang n Nusaibah!
p/s: this morning,sending Nusaibah at tadika and this afternoon, we have a date! :)
Wednesday, January 23, 2008
Ibu..
got forward emel... things to ponder.
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang pa lin g risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang pa lin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang pa lin g risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu …... aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
"Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku . Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.
Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak
sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu
Alfatihah,Alfatihah ,Alfatihah.
Monday, January 21, 2008
Huh!
Suami ke Langkawi hadiri seminar 3 hari. Jumaat, Sabtu & Ahad. Ini saat-saat genting saya bersama Nusaibah. Menguruskan budak yang tak reti duk diam. Ada saja request. Free nappy, sket-sket nak terkencing, nak terberak la, nak main air je lebih. Adus, letihnya. Dengan keadaan saya yang semakin berat ni.
3 hari ni jugak, saya kena jaga kedai sorang-sorang. huhu. Bersama si Nusaibah ni la pembantu dan penyibuk. Terkejut sebab kedai t-shirt labuh saya ramai orang Sabtu lepas. Dengan delivery ordernya lagi.Rupanya mak pak yang anaknya sekolah agama kalut cari t-shirt labuh. Arahan sekolah katanya. So by khamis lepas, saya letak sample2 di koperasi-koperasi sekolah agama. Kesudahannya, stok tak cukup dah.hehe. mujur stok baru akan sampai next week.Cikgu-cikgu sekolah pula cari tshirt labuh untuk latihan sukan sekolah mereka. Di kedai,Ramai customer baru yang datang, mereka teruja sebab tak pernah ada kedai semata-mata jual tshirt labuh.Nak-nak kat Perlis ni. hehe. oh ya, saya dah luaskan/ banyakkan tshirt dengan pelbagai supplier seperti Mawaddah, BroArts, Hilyah n Sumayya dari girls, teenagers hinggalah ladies. So banyak pilihan, warna n jenis kain. nak tengok tshirt dari Hilya n Sumayya? kejap saya tunjuk katalog. Tapi ini yang ladies punya. Katalog kanak-kanak lum siap lagi. tak sempat. Ni pun buat cepat2 aje lum touch up lagi. sebab semua cikgu-cikgu mintak.
ni katalog hilyah
ni katalog sumayya
Nanti saya attachkan lagi katalog girls n teenagers. lepas siap katalognya.
Sepanjang minggu lepas juga WJIM Perlis sibuk dengan pengedaran flyers dan poster adik Sharlinie. Saya kan tokeh kedai pototstat, saya le yang kena mencetaknya :), alhamdulillah lebih 1000 keping sudah di edarkan di bus stop,7-eleven,pasaraya, the store, bangunan persekutuan,kwsn kejiranan dan diletakkan di dalam setiap akhbar di kawasan Arau dan Kangar. yang letak dalam suratkhabar ni kami terpaksa upah orang kedai yang jual newspaper tu la. 3 sen satu flyers. Alhamdulillah ada anggota RELA yang prihatin mengedarkan flyers kami ket pusat membeli belah The Store, Kangar. Untuk Sempadan Siam, kami meminta sorang ukhti JIM translate kan poster Sharlinie dalam bahasa Siam. Semasa di edar, ada yang cakap... dah tengok dah poster ni sebelum ni, tapi kami kena bgtau yang flyers ni dibelakang terdapat mesej yang berguna untuk masyarakat dan terdapat juga doa untuk mencari anak yang hilang ini. Andainya semua membacakan doa ini, insyallah mohon Allah makbulkan. Terharu juga saya membaca doa tu. Bayangkan anak sendiri yang hilang tanpa berita begini. Anak-anak kita sudah tidak selamat sekarang ni.
"faiza aazamta, fatawakkal alallah"
Monday, January 14, 2008
Salam Tahun Baru 1429
1429... tahun ini juga umur saya akan menganjak 29 tahun! wah...macam tak percaya. Saya rasa seperti baru saja grad! hehe.
Banyak saya nak buat sepanjang tahun ni. Oh ya, anak saya yang sorang ni sudah 'free nappy'. Alhamdulillah. Memang orang pelik tengok kenapala tak buat toilet training awal2? Tak kisah la. be natural. Lelama dia akan beritahu juga. Sebabnya saya yang malas nak train dia.hehe. anyway...atleast umur 3 tahun lebih ni dah free nappy, itu sudah bagus! tahniah ebah!!
Saya menyambut tahun baru Maal Hijrah ini di NIOSH, Bangi. Sesambil memecahkan kepala untuk duduk berbincang memikirkan Rancangan JIM 2007-2011 yang saya rasa begitu berat alahai. Berasap kepala saya dan suami selaku wakil Perlis ni. Selain Pck Radzi n Mck Mazlina dari Perlis. Kami antara termuda. ceh...
Semasa di Bangi, saya plan juga nak call Baiti Teringin nak jumpa dia n anak-anak. Tapi memandangkan program yang sebegitu padat, tak jadi rasanya. Discussion n presentation seharian.Balik hotel terus tido. Esok awal pagi, sambung lagi duscussion. Mujur makan best. haha
Selepas program, suami heret saya ke KL pula. hari Sabtu, jumpa supplier buku di Pandan Jaya, ke Mehraj Distributor. Berjalan-jalan ke Sogo, Jalan TAR, menaiki LRT, komuter. Penatnya berjalan dalam keadaan badan semakin berat begini.huhu.
oh ye, pertemuan bermakna... saya sempat ke rumah Mck Latifah tokeh tshirt Hilyah. Mujur adik ipar pandai cari rumah. Kalo harapkan saya n suami, alamatnya tak sampaila ke Subang Bestari. Sampai di rumah mck Latifah sudah masuk waktu maghrib, rehat sebentar sementara menanti beliau solat. Sempat suami berbisik, "wow... tokeh tshirt pakai compressor (merc)la, perghh". hehe. "husband dia engineer la bang", saya jawab. Ala... abang pun mampu kalo nak pakai, cuma memula tu kita makan pasir le. hehe. phrase last tu saya jwb dalam hati je. Selepas berjumpa Mck Latifah, sempat saya memborong tshirt kanak-kanak 40 helai, tshirt dewasa 40 helai. Bayar cash. Ini Term untuk menjalin hubungan perniagaan. hehe. Cantik tshirtnya. Walaupun harga agak magal berbanding biasa, tapi takde le mahal sangat. Berkualiti. Saya cadangkan setiap dari anda memilikinya. Saya kini sudah menjadi agent tshirt Hilyah di Perlis.
Pulang ke Perlis menumpang adik ipar jam 4.00 pagi Ahad. Saya rilek aje, tido tak sedar apa. sebab ada 2 orang driver lelaki. hehe.
SALAM MAAL HIJRAH 1429!!
Monday, January 07, 2008
Hantar Anak ke Tadika
Raiyan Nusaibah... hari pertama ke Tadika Huda di tempat yang pernah saya mengajar dulu. Masuk kelas 4 tahun. Belum lagi masuk 4 tahun, september ni baru masuk. Pelajar badan paling kecik hingga tiada saiz uniform untuknya.Tiada masalah langsung, mungkin sebab sebelumni sudah biasa ke nurseri.Tak perlu meneman seperti ibu bapa lain. independant ler tu.bila tanya feedback,katanya seronok ke tadika.Harap-harapla seronok sampai ke hujung tahun. Tanda dia seronok, harini dia bangun awal pagi supaya tak terlepas sessi assembly waktu pagi jam 8.15
Hmm..rasa macam tua pulak ye bila anak dah tadika. hehe. Baru saya sedar saya ni sudah di penghujung 20-an rupanya.
turun dari kereta..
waktu rehat pertama... menu nasi lemak haritu
sessi ta'aruf le kotnyer nih..
dan hari-hari seterusnya...
bersama Umar... sepupunya.
Saturday, January 05, 2008
Banner..
Semalam saya lalu di simpang masuk jalan Matrik Arau. Dalam banyak-banyak banner kat situ, ada satu banner menarik perhatian saya. Tatau siapa, saya kira individu kot. tataulah. Banner ukuran 1x1 meter berbunyi begini:
" BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH KEPADA PIHAK KERAJAAN KERANA TELAH MEMANSUHKAN YURAN SEKOLAH SEBANYAK RM4.50"
Sindiran yang berani.Tapi harini saya lalu nak amik gambo banner tersebut, dah dibuang.huhu. Tapi saya kira, semua sempat membacanya.
Bacaan seterusnya: di BLOG MATJAN pd entry 1 Jan 08, http://www.kroni.biz/jj/
Thursday, January 03, 2008
Chua...
Chua Soi Lek jatuh kerana wanita. salah satu bukti lelaki 'jatuh' kerana wanita.
hmm... tiada komen, banyak dah komen2 di berita.hehe
Tapi lelaki akan jadi hebat dan berjaya, kerana wanita juga.
"harta, takhta, wanita"...
hmmm... lagi satu paparan Buletin Utama menarik perhatian saya ngenai temubual YB Sheikh Radzi, setiausaha agung UMNO Perlis itu. komennya terhadap MB Perlis. Menarik bagi saya sebab saya menetap di Perlis :)
kata YB," sudah tiba masanya kita perlu menukar MB yang baru, Shahidan sudah tidak sesuai lagi. Politik UMNO di Perlis sekarang semakin kucar kacir".
ya betul juga, pemimpin datang dan pergi...takkan selamanya nak jadi MB kot!! :)
2007..
2008 menjelang tiba, saya terasa begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru aje kehadiran 2007. Sehinggakan saya belum sempat berbuat apa-apa rasanya!
2007 telah banyak mengimbau kenangan buat saya. Pahit manis harungi liku-liku kehidupan. Awal tahun 2007 jugalah saya membuat keputusan untuk berhenti bekerja dan bekerja sendiri sepenuh masa, alhamdulillah… setahun sudah berlalu. Saya puas hati dan seronok melakukannya. Serasa saya pabila ditawarkan bekerja makan gaji seperti dulu, mungkin saya menolak kot. Tapi tataulah. Bermula bekerja sendiri inilah saya mula menukar masa dan kehidupan harian saya. Saya berlemak-lemak di rumah.hehe. kerja sendiri. Bangun lambatla…mandi lambatla, bangun pagi…bukak laptop,cit chat sket, cek emel….tengok kot2 ada pelanggan order t-shirt, cek akaun maybank, buat penghantaran. Dok kat kedai bantu2 suami, baca-baca buku kat kedai. Boring-boring…makan kat luar, shopping-shopping. Aiyarkk…. Takde system langsung hidup saya sepanjang 2007. Maklumla baru permulaan, tatau nak susun cemana, culture shock mungkin! Hehe. Ape pun… sejak bekerja sendiri, saya dapat peluang invest sikit sebanyak berbanding dengan bekerja makan gaji dulu. Thanks to Bashirah dan Faizah (geng2 public mutual nih).
Tahun ni insyallah, saya berazam (ceh berazam aje keje ni) akan lebih tersusun gerak kerja saya. Perlu lebih berdisiplin. Setelah suami menjadi mentor selama beberapa bulan ni, saya banyak belajar darinya. Saya dinasihatkan supaya lebih banyak berurusan sendiri, kalo sebelumni harap suami aje yang dok berurusan. Perlu lebih independent dan berani. Aduh, saya memang penakut. Syyhhh…
Mengimbas kembali tahun 2007 jugakla kami sekeluarga mengalami kemalangan. Satu pengalaman pahit yang tak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Kali pertama berkampung di hospital. Mengalami kecederaan yang agak teruk, sehingga saya merasakan samada ini ujian ke atau teguran kecil dari Allah taala, ia menginsafkan saya kerana saya masih diberi peluang olehNya untuk terus hidup dan diberi peluang untuk bertaubat dan beramal. Sehingga ke harini saya masih trauma pabila melihat accident yang berkaitan dengan bas ekspress. Aduh, nak naik bas pun jadi takut. Syukur syukur anak sulung dan suami selamat. Mak dan ayah mertua serta adik sudah sembuh sepenuhnya kini. Semua selamat alhamdulillah. Cuma saya kehilangan bakal anak kedua di saat kandungan berusia 3 bulan lebih. Saya tenang dan sabar menerima kehilangannya. Saya berharap anak ini mendoakan saya dan menanti keluarganya di syurga. Ameen.
Kini 2008 menjengah, saya akan terus perkuatkan azam untuk terus berusaha tak kira samada dalam kerjaya, kerja amal, jemaah dan sebagainya. Saya berharap sangat moga Allah memberkati dan mempermudahkan segala urusan saya.
Salam 2008 buat semua !!