1429... tahun ini juga umur saya akan menganjak 29 tahun! wah...macam tak percaya. Saya rasa seperti baru saja grad! hehe.
Banyak saya nak buat sepanjang tahun ni. Oh ya, anak saya yang sorang ni sudah 'free nappy'. Alhamdulillah. Memang orang pelik tengok kenapala tak buat toilet training awal2? Tak kisah la. be natural. Lelama dia akan beritahu juga. Sebabnya saya yang malas nak train dia.hehe. anyway...atleast umur 3 tahun lebih ni dah free nappy, itu sudah bagus! tahniah ebah!!
Saya menyambut tahun baru Maal Hijrah ini di NIOSH, Bangi. Sesambil memecahkan kepala untuk duduk berbincang memikirkan Rancangan JIM 2007-2011 yang saya rasa begitu berat alahai. Berasap kepala saya dan suami selaku wakil Perlis ni. Selain Pck Radzi n Mck Mazlina dari Perlis. Kami antara termuda. ceh...
Semasa di Bangi, saya plan juga nak call Baiti Teringin nak jumpa dia n anak-anak. Tapi memandangkan program yang sebegitu padat, tak jadi rasanya. Discussion n presentation seharian.Balik hotel terus tido. Esok awal pagi, sambung lagi duscussion. Mujur makan best. haha
Selepas program, suami heret saya ke KL pula. hari Sabtu, jumpa supplier buku di Pandan Jaya, ke Mehraj Distributor. Berjalan-jalan ke Sogo, Jalan TAR, menaiki LRT, komuter. Penatnya berjalan dalam keadaan badan semakin berat begini.huhu.
oh ye, pertemuan bermakna... saya sempat ke rumah Mck Latifah tokeh tshirt Hilyah. Mujur adik ipar pandai cari rumah. Kalo harapkan saya n suami, alamatnya tak sampaila ke Subang Bestari. Sampai di rumah mck Latifah sudah masuk waktu maghrib, rehat sebentar sementara menanti beliau solat. Sempat suami berbisik, "wow... tokeh tshirt pakai compressor (merc)la, perghh". hehe. "husband dia engineer la bang", saya jawab. Ala... abang pun mampu kalo nak pakai, cuma memula tu kita makan pasir le. hehe. phrase last tu saya jwb dalam hati je. Selepas berjumpa Mck Latifah, sempat saya memborong tshirt kanak-kanak 40 helai, tshirt dewasa 40 helai. Bayar cash. Ini Term untuk menjalin hubungan perniagaan. hehe. Cantik tshirtnya. Walaupun harga agak magal berbanding biasa, tapi takde le mahal sangat. Berkualiti. Saya cadangkan setiap dari anda memilikinya. Saya kini sudah menjadi agent tshirt Hilyah di Perlis.
Pulang ke Perlis menumpang adik ipar jam 4.00 pagi Ahad. Saya rilek aje, tido tak sedar apa. sebab ada 2 orang driver lelaki. hehe.
SALAM MAAL HIJRAH 1429!!
Monday, January 14, 2008
Salam Tahun Baru 1429
Labels:
jalan-jalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
wah.. kak najah ke bangi tak jenguk saya? dekat sgt dah tu.. hukhuk...
tu la mynie, akak pun teringat kat mynie masa kat bangi ritu. tapi akak kan dtg bangi tumpang kereta orang. kalo kereta sendiri leh la lari2 pi jenguk jap.
lagipun prog teramatla pack! dari pagi sampaila ke malam! nanti akak ke kl, kita jumpa lagi kay!
rajin la plak update blog ni...
selalu dtg sini, tapi tak pernah jumpa :(
mar,
selalu dtg kl atas urusan. tumpang kereta orang la. susah sikit. nanti bila akak plan nak jejalan kl sesambil bersenggang, kita jumpa ek!
askm. alhamd dah jd agent hilyah d perlis.. seni puteh?
Post a Comment