Ini menarik perhatian saya...
Salah satu manifesto BA Selangor: "menyediakan elaun khas untuk suri rumah yang memilih untuk menjaga anak-anaknya sepenuh masa di rumah".
Ini adalah tuntutan pertama Wanita JIM dalam kenyataan media kita 16 Januari yang lepas! Saranan kita didengar la!! Moga dapat kota apa yang dijanjikan.
Mesti adik ipar saya kat Shah Alam dan kawan-kawan seangkatan tu suka sangat. Adik ipar saya memang memilih tidak bekerja walaupun degree first class dan top student.
Kakak,agak-agak Kak Najah awakni layak tak? hehe. Surirumah gak tau....
Wednesday, February 20, 2008
Manifesto
Saturday, February 16, 2008
Cuba Ingat Nama Pelanggan
Sejak tahun ni, pelanggan saya yang datang ke kedai semakin bertambah. Semua muka-muka baru. Saya belajar untuk mengingati nama mereka dengan menghafal dan ada pula mencatat. Terbukti, pelanggan sangat gembira apabila mereka datang kali kedua ke kedai, saya menyebut nama mereka sebagai tanda saya masih mengingati mereka walaupun mereka jarang sekali datang.
Mulanya mereka bercadang untuk membeli sehelai tshirt, akhirnya membeli 2-3 helai lagi, mungkin faktor saya masih mengingati dan menyebut nama mereka (agaknya yer). Biasanya selepas mereka membeli, saya akan tanya, tinggal kat mana? nama ape ye? selalunya pelanggan saya terdiri daripada cikgu. So, saya akan sebut cikgu Nurul, Cikgu Syidah, Cikgu Ilah...
Jangan tak ingat, saya pernah tertukar nama! Nama cikgu Ismail, saya panggil Cikgu Latif. huhu. Mujur leh coverline. hehe
harini saya membaca tips perniagaan dari web Dr Irfan, rupanya tips 'Ingat Nama' ini merupakan salah satu strategi perniagaan dari beliau. Ini tips darinya:
SIAPA NAMA DIA?
oleh: Dr Irfan Khairi
Memang tidak dapat dinafikan bahawa komunikasi adalah penting dalam perniagaan. Tahukah anda perkataan apa yang paling penting dalam komunikasi?
Pakar perniagaan mengistilahkan bahawa komunikasi adalah “kom-YOU-nikasi”. Perkataan paling penting adalah YOU atau AWAK… atau lebih tepat lagi, NAMA seseorang itu.
NAMA seseorang itu adalah perkataan yang paling sedap didengari oleh seseorang. Untuk hebat dalam perniagaan, anda perlu hebat dalam komunikasi. Dan untuk hebat dalam komunikasi, anda perlu memupuk tabiat menyebut NAMA seseorang itu.
Apabila anda diperkenalkan dengan seseorang, cuba hafal namanya dan sebutkan namanya dalam perbualan. Mereka akan merasakan anda mengambil berat tentang mereka dan lebih mesra dengan anda- amat penting dalam perniagaan!
Berikut beberapa tip sekiranya anda jenis selalu terlupa nama orang yang baru diperkenalkan:
Dapatkan nama orang itu, dan dalam perbualan, sebutkan namanya beberapa kali dalam perbualan dengannya
Selepas meninggalkan seseorang itu, ulang sebut namanya seorang diri beberapa kali.
Sekiranya anda takut lupa namanya, tulis namanya pada kertas untuk rujukan sepanjang hari.
Saya teringat pertama kali bertemu dengan Dato Dr Fadzilah kamsah. Memang Dato hebat dalam menggunakan nama seseorang. Sepanjang perbualan dengan Dato, beliau sering menggunakan nama “Irfan” beberapa kali membuatkan kita merasa mesra dengannya!
Satu tip perniagaan secara halus
Friday, February 15, 2008
Bubar..
Parlimen sudah dibubarkan...
SPR telah umumkan tadi dalam sidang akhbarnya, hari penamaan calon pada 24 Feb 2008 (Ahad) dan hari pembuangan undi pada 8 Mac 2008 (Sabtu). Ini bermakna tempoh kempen ialah 13 hari. Lebih lama daripada PRU ke-11
Untuk 14 hari ini, TV kita akan bertukar rupa. Enjoy the show ...
Wednesday, February 06, 2008
Tulislah dengan Betul Melambangkan Imej Bisnes Kita
Saya... sepertimana orang lain juga mungkin, suka menulis entry/karangan/mesej dengan bahasa yang bercampur-campur. Macam tak ikut tajwid gitulah :). Biasala zaman sekarangni bahasa rojak sudah menjadi kebiasaan. Tengokla entry saya yang lepas-lepas, main bantai aje.Tapi menurut Puan Ainon sebagai penulis, tulislah dengan betul, jika berbahasa melayu, bertuturlah mengikut bahasa yang betul, kerana ia melambangkan kemuliaan sesuatu bangsa.
Selalunya kita sms yang paling sesingkat yang semampu boleh. Tapi kalo sembang sesama kawan, takpe kot.hehe. Cumanya sebagai seorang peniaga, saya selalu menghantar khidmat pesanan ringkas kepada para pelanggan saya. Selalunya berbunyi "slm,new hilyah tsht arrvd.White n brgndy is almost like maroon.come n gt 1 at my shop.lmtd stcks.jzkllh". Ataupun pengumuman kedai tutup, "dear cstomers, i'm on vction,4 3days,7-9/2.our shp w'll b closd,any ordr,kndly cntct me via sms,tq".
Apabila suami membaca pengumuman/kiriman sms saya kepada para pelanggan dan agent, dia menegur saya supaya
"Tulisla sms dengan betul kerana ia melambangkan keperibadian kita dan melambangkan imej perniagaan kita. Panjang-panjang pun takpe. Nak jimat sms buatpe.".
Sejak semalam, saya mula menghantar pengumuman perniagaan kepada pelanggan dan agent dengan tulisan dan ejaan yang betul. hehe. Dan. Saya mula menulis semula pengumuman dan jadi agak panjang juga kerana takde singkatan. "salam, new hilyah tshirt arrived.White and burgundy is almost like maroon.Please come and get one at my shop.Limited stocks.jzkllh" dan "Dear customers, i'm on vacation for 3 days, 7/2-9/2.Our shop will be closed.If any order,kindly contact me via sms,thanks".
Dan kata suami saya lagi, jika ingin sms/menulis dalam bahasa melayu, gunakan sepenuhnya bahasa melayu dengan bahasa yang betul untuk hantar sms pada customer. Ingat tu.
ye,bang!hehe.
p/s: Tengok tu, entry saya masih bercampur aduk lagi.hehe. Nampak gayanya kena pi kursus penulisan ngan Puan Ainon kot nih!!
Friday, February 01, 2008
Produk T-shirt Labuh di Kedai Saya
TSHIRT MAWADDAH, tshirt ni agak popular di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan guru sukan. Berkain jenis TC, sesuai dibuat tshirt sukan.Sesuai untuk aktiviti lasak. Sekarang tengah sukan, tshirt ini laris seperti goreng pisang panas. hehe. Berkali-kali di tempah semula. Terdapat 11 warna pilihan. Warna terbaru adalah warna neslo(mcm warna nescafe+milo tu)
T-SHIRT BROARTS, berkain cotton, ini adalah antara pioneer batch. Mula-mula saya jual tshirt labuh adalah tshirt BroArts. Tshirt ni agak popular dikalangan para pelajar IPT, Maktab , Matrikulasi.Tshirt ni ada 5 jenis warna, akan datang ada 3 lagi warna-warna baru, launch awal Mac ini.
T-SHIRT HILYAH, tshirt yang berkain 100% cotton fully combed, agak bagus kualitinya. Sesuai dipakai sewaktu jalan-jalan dan bukan aktiviti lasak. Semakin popular sekarangni di kalangan mereka yang ingin berbelanja lebih dan sukakan kualiti. Warna pada tshirt ini agak unik dan jarang dijumpai warnanya pada tshirt2 biasa, macam kaler tshirt brand charges tu
T-SHIRT SUMAYYA, tshirt yang berkain 100% cotton fully combed seperti Tshirt HILYAH, agak bagus kualitinya. Sesuai dipakai sewaktu jalan-jalan dan bukan aktiviti lasak. Semakin popular sekarangni di kalangan mereka yang ingin berbelanja lebih dan sukakan kualiti. Dikalangan guru-guru sekolah semakin menggemari tshirt ini kerana anak murid tak mampu memiliki.hehe. Warna pada tshirt ini agak unik dan jarang dijumpai pada tshirt biasa.
Mari! Mari! Mari! Singgahlah ke kedai yer :)