thePencil.org Ar RaiYan: Cuba Ingat Nama Pelanggan

Saturday, February 16, 2008

Cuba Ingat Nama Pelanggan

Sejak tahun ni, pelanggan saya yang datang ke kedai semakin bertambah. Semua muka-muka baru. Saya belajar untuk mengingati nama mereka dengan menghafal dan ada pula mencatat. Terbukti, pelanggan sangat gembira apabila mereka datang kali kedua ke kedai, saya menyebut nama mereka sebagai tanda saya masih mengingati mereka walaupun mereka jarang sekali datang.

Mulanya mereka bercadang untuk membeli sehelai tshirt, akhirnya membeli 2-3 helai lagi, mungkin faktor saya masih mengingati dan menyebut nama mereka (agaknya yer). Biasanya selepas mereka membeli, saya akan tanya, tinggal kat mana? nama ape ye? selalunya pelanggan saya terdiri daripada cikgu. So, saya akan sebut cikgu Nurul, Cikgu Syidah, Cikgu Ilah...

Jangan tak ingat, saya pernah tertukar nama! Nama cikgu Ismail, saya panggil Cikgu Latif. huhu. Mujur leh coverline. hehe

harini saya membaca tips perniagaan dari web Dr Irfan, rupanya tips 'Ingat Nama' ini merupakan salah satu strategi perniagaan dari beliau. Ini tips darinya:

SIAPA NAMA DIA?
oleh: Dr Irfan Khairi

Memang tidak dapat dinafikan bahawa komunikasi adalah penting dalam perniagaan. Tahukah anda perkataan apa yang paling penting dalam komunikasi?

Pakar perniagaan mengistilahkan bahawa komunikasi adalah “kom-YOU-nikasi”. Perkataan paling penting adalah YOU atau AWAK… atau lebih tepat lagi, NAMA seseorang itu.

NAMA seseorang itu adalah perkataan yang paling sedap didengari oleh seseorang. Untuk hebat dalam perniagaan, anda perlu hebat dalam komunikasi. Dan untuk hebat dalam komunikasi, anda perlu memupuk tabiat menyebut NAMA seseorang itu.

Apabila anda diperkenalkan dengan seseorang, cuba hafal namanya dan sebutkan namanya dalam perbualan. Mereka akan merasakan anda mengambil berat tentang mereka dan lebih mesra dengan anda- amat penting dalam perniagaan!

Berikut beberapa tip sekiranya anda jenis selalu terlupa nama orang yang baru diperkenalkan:
Dapatkan nama orang itu, dan dalam perbualan, sebutkan namanya beberapa kali dalam perbualan dengannya
Selepas meninggalkan seseorang itu, ulang sebut namanya seorang diri beberapa kali.
Sekiranya anda takut lupa namanya, tulis namanya pada kertas untuk rujukan sepanjang hari.

Saya teringat pertama kali bertemu dengan Dato Dr Fadzilah kamsah. Memang Dato hebat dalam menggunakan nama seseorang. Sepanjang perbualan dengan Dato, beliau sering menggunakan nama “Irfan” beberapa kali membuatkan kita merasa mesra dengannya!

Satu tip perniagaan secara halus

4 comments:

Anonymous said...

salam kak najah..
byk info saya dapat belajar dari blog akak..thanks for sharing..
btw, saya dalam process nak belajar menjejaki dunia business mcm akak gak..harap dpt tunjuk ajar ;)

Anonymous said...

dikyah,
tahniah sudah mula menceburkan diri dlm bidang pakaian. moga bertambah usahawan bumiputera dlm bidang ini.
kalo akak nak menempah, boleh kot ek?nanti bgla quotation ek.

ala... akak pun baru merangkak2 juga.sama-sama la kita belajar ek!

am0i Ida said...

salam kak najah tersayang..

nak share sket masa dpt pegi kursus dulu2..salah satu tips nak ingat nama ialah kita menyebut sebanyak 3 kali sekurang2nya sewaktu mula2 kita kenal dia..

bole guna mcm2 cara..salah satunya masa mula2 berkenalan tu...

"Ohh nama encik, Fauzi.."

"En. Fauzi nie asal mana?"

"En. Fauzi dah lama ke tinggal di sana?"

Dan macam2 cara dgn menyebut nama dia beberapa kali.

Tips kedua kita membayangkan nama dia dgn apa2 disekeliling kita yang boleh membuatkan kita cepat ingat dan tak bole lupa nama dia...contohnya anggap Fauzi dgn Fauzi Marzuki atau Ahamd Fauzi, nama yg glamor dan biasa kita dengar,

dan membayangkan sesuatu yg boleh buat kita akan ingat nama dia...contohnya mungkin dia ada tahi lalat di hidung, macam kawan kita yang ada tahi lalat di hidung juga..lebih kurang camtu la..err paham ke kak?

BIasanya amoi guna tips tersebut mmg insya Allah cepat ingat nama org yang kita baru kenal.. :)

Anonymous said...

tq for da tips.
akakni pun kdg2 amek masa nak ingat nama org.
nanti akn try praktikkan tips amoi tu.hehe

 
blog template by suckmylolly.com