Saya sudah melihat CD Ayat-Ayat Cinta. Terima kasih Aini yang sanggup menghadiahkannya dengan kiriman pos ekpsress. Un cut version. Walaupun tersangkut-sangkut. hehe.
Membaca novelnya lebih dan penuh penghayatan dari menonton filemnya. Mestila kan! Novelnya menceritakan dan membayangkan semua keadaan dan ayat-ayat yang ditulis adalah ayat-ayat cinta ilahi.
oo..tidak, saya tidak pandai mengulas filem sehebat Faisal Tehrani. Ulasan Faisal Tehrani mengenai filem Akhirat dan Anak Halal cukup hebat. BUKAN filem tu hebat ya.Tapi komentar darinya. Adus, tak dapat berjumpanya di KLIBF. Tidak dapat juga bertemu Pak Habiburrahman Jumaatni. Sudah sarat. Suami tidak mahu membawa.huhu
Hmm...topik apa ya... oh..ayat-ayat cinta itu... saya teringatkan satu dialog di dalam filemnya,
Maria: "Senang ya, kalau kita bertemu dengan jodoh yang diberikan Tuhan dari langit"
Fahri: "Bukan dari langit, tapi dari hati..."
p/s: ya... dari hati :), semangat cintaku membara...kerana dia....(ini script saya, bukan dari script filem ayat-ayat cinta ya,haha)
Tuesday, April 08, 2008
Filem Ayat-Ayat Cinta
Labels:
info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
asm...
dapat jugak tengok filem ayat2 cinta. kat you tube ada. movie dia sekejap2, tapi boleh la tengok dalam masa sekejap2 duk uruskan anak tu.. hehe... Ok ah! tapi buku lagi best!...
Perasan tak, dalam filem, tak tunjuk pun depa solat???
hmmm, apa punya islamic movie la.. dalam buku baca islamik sangat2.. hehe
okes, selamat melahirkan. semuga dipermudahkan...
Post a Comment