Kedai kami dikejutkan dengan kehilangan wang. Hairan pada mulanya. Takkan ini keja staf. selepas tu dikejutkan oleh beberapa penyewa lain tentang kehilangan barang/ duit di kedai mereka juga. mereka kata sebelum ni lagi barang/duit mereka pernah hilang di kedai. tapi mereka tiada bukti. Aik... ini tak boleh jadi !! Siapa punya kerja ni?? Sedangkan bangunan Plaza Kangar ni 24jam di jaga oleh 2 orang sekuriti guard.
Kebetulan dan amat bernasib baik kedai kami berada bersebelahan office dan bilik pengurusan Pasaraya Hafifah. Maklumla, kedai sewaan MARA, manader cctv macam Tesco ke, giant ke..masing-masing pemilik kedai le kena pasang sendiri sistem tu. Sekarangni, pasaraya Hafifah aje yg pasang sendiri CCTV mereka. Jadinya CCTV Hafifah terhala juga ke pintu kedai kami.Ya... dapat melihat susuk makhluk berpakaian putih menutup kepala dan muka, memasuki kedai kami jam 4 pagi. Hantu kah? kalo hantu, buat apa la dok dalam kedai buku selama 1 jam. Baca kitab ke?
Memang tak dapat dikenalpasti pencuri tu sebab bertopeng menutup semua. Sebab dia dah tahu, depan pintu kedai kami ada CCTV milik pasaraya. Pencuri tu cuba sedaya upaya mengelak dan membelakangi CCTV. menggunakan master key, membuka roller shuttle kedai. Senang n suka-suka aje masuk selama 1 jam, selama 3 hari (hari tertentu) pada setiap jam 4 pagi. kebetulan kebanyakan kedai di plaza menggunakan pintu roller shuttle aje. Senang la dia proses dan amek masa yang lama pula.Pencuri ni memikirkan long term punya kecurian, diambilnya sedikit demi sedikit wang di setiap kedai mungkin. Supaya pemiliknya tak perasan akan kehilangan wang dan dia boleh masuk mencuri lagi selepas ini.
Takkan kerja orang luar sedangkan seluruh bangunan dikawal dan dikunci. Pastinya kerja orang dalam yang arif tentang selok belok bangunan tersebut. Laporan polis sudah dibuat, suspek pun sudah dikenalpasti. Harap-harap pak guard yang sorang tu tak baca blog saya. hah!!
Harapkan pagar....
Friday, July 04, 2008
Harapkan Pagar...
Labels:
cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
eeii...tak sangka betul lah pak guard plak yg mencuri,dia lah urg yg dpt dipercayai..hampa betul..so dia pulangkan balik ker duit yg d curi 2 kak najah?
tu la..
dah takleh percaya kat sesapa dan kan.
tengah kumpul bukti2,memang dah tau orgnya. tapi kena sertakan bukti yg kukuh.
waktu dia bertugas, saksi, n mcm2 lagi
Hah?! Pak guard mencuri duit kedai hang ke Najah? Ewah2..sesedap dia je. Sumpah je jadi katak Najah. Makbul je doa orang teraniaya nih.
ha'ah. geram betoila.bkn setakat kedai aku, kedai org lain pun dia sapu jugaaa
moga hak korang dan pekedai2 lain terpelihara.. hmm rindunya pada suasana yang 'pabila duit ditinggal atas meja pun tak takut org ambik...'
Post a Comment