Sempat juga menyelak dan membaca buku ini di kedai. Menginsafkan. Dapat satu semangat baru dengan ketabahan En Hasan dan Puan Dora. Saya kira ketabahan yang sama dialami oleh Sis Samwan . Saya juga kagum pada dirinya.
Penulis: Hassan Suyut
Terbitan: Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Tebal: 277 ms
Harga: SM – RM 24.50 / SS – RM 26.50
Note: nak beli/order? sila msg saya diruang komen. Buku ada di kedai saya
KEMBARA ATIQ WAZIF - SATU ANUGERAH
Berkejar Dengan Masa Demi Seorang Anak Istimewa
Buku ini merupakan catatan pengalaman seorang ayah dalam membesarkan seorang anak istimewa bernama Atiq Wazif. Penulisnya, Hasan Suyut, seorang jurutera dan ahli korporat, merakam ketabahan anak kecilnya menanggung kesakitan dan kesengsaraan, ketekunan dan keberanian mengharungi rawatan yang menyakitkan sejak usia si anak masih bayi hingga sekarang, 8 tahun.
Walaupun pakar perubatan telah mengatakan, "Jangan mengharap sangat dari anak ini, dia tidak akan membesar secara normal," penulis sebagai ayah, tidak pernah patah semangat.
Berkejar dengan masa dalam ikhtiar memulihkan anaknya, penulis membawa keluarganya merentas benua – ke Beijing di Negeri China, ke Timur Tengah, dan seterusnya ke Amerika Syarikat. Hasan bersama isteri dan lima anak mereka kini bermastautin di Florida, AS, meninggalkan sanak-saudara dan kerjaya dalam syarikat yang sedang meningkat naik. Isterinya Dora yang merupakan seorang pendidik cemerlang, sanggup mengambil cuti demi anak yang dikasihi.
Penulis menyulam penulisannya dengan kisah suka-duka yang mewarnai hubungan kekeluargaan dan cerita cinta suami isteri. Dari seorang bapa dan suami yang terlalu sibuk dengan kerjaya hingga kurang memberi perhatian kepada keluarga, kehadiran Wazif benar-benar memberi sinar baru dalam kehidupan penulis sekeluarga.
Kelahiran Wazif memang dirasakan sebagai satu anugerah daripada Allah. "Abang ingat tak masa Wa mengandungkan Wazif dulu, banyak benda-benda pelik berlaku. Mungkin Allah nak beri isyarat pada kita supaya kita bersedia untuk menerima anugerah ini," kata si isteri pada satu ketika. Kata-kata ini cukup memberi bekas di hati penulis dan menjadi ‘turning point’ yang merubah kehidupan mereka sekeluarga.
-------------------------------------------------------------------------------
Terus saya teringatkan Tasneem, anak saya. Juga satu anugerah. She has 6 fingers in one hand (right hand). Berbeza macam mana pun, kasih sayang kami tetap berganda-ganda padanya. Takde masalah pun bagi kami. Kadang-kadang terlupa jarinya ada 6 ! haha. Setiap orang yang bertemu Tasneem, pasti menyebut... "bertuahnya anak ini". Kata itu satu doa. Amin...
yang pastinya, rezki kami melimpah ruah sejak saya disahkan mengandungkan Tasneem sehinggalah kelahiran Tasneem, hinggalah ke hari ini. Alhamdulillah. Syukur ya Allah!!
gambar jari Tasneem untuk tatapan Cik Syah di Ireland
Saturday, August 23, 2008
Satu Anugerah
Labels:
anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hehe..lama duk tnya balqis and minah..br dpt gambar tasneem yg close up :)tasneem, nti besar jadi anak solehah ye..moga sentiasa dirahmati allah..
p/s - nk tumpang rezeki murah jugak la..hehe.simpan duit dtg sini 2thn lagi eh ;)
amin... berkat doa cik syah.
wokeh, dok menyimpan ni. nak tour london nanti.hehe.
subhanallah. kiut nya tasneem :)
shimahz,
hehe.tq2
Post a Comment