Team Palestine WJIM Perlis, takde dalam gambar ialah Azrul Nizah (ada kelas master ritu)
Antara fliers yang diedarkan termasuk senarai boycott dan qunut nazilah
lautan banner n posters
Puan Che Mazlina sedang berucap. Semangat wooo!
Alhamdulillah setelah beberapa siri WJIM menyampaikan info di sekitar Perlis sebelum ni pada 9 Jan- ‘Palestine Kini’ kepada ibu-ibu kawasan kejiranan Taman Ria, Arau dan 11 jan- ‘Selamatkan Palestine’ kepada para pelajar lepasan SPM Sek Men Derma. Sehinggalah Sabtu, 17 Jan WJIM Perlis dijemput oleh Sek Men Keb Agama Perempuan, Kangar untuk memenuhi slot Palestine dihadapan 800 orang pelajar.
Kehadiran kami disambut meriah dibanjiri dengan banner dan poster yang dibuat oleh para pelajar mengikut kelas masing-masing. Pada mulanya SMKAP bercadang untuk membuat demo aman dihadapan masjid Syed Alwi (bersebelahan sekolah mereka), tetapi tidak dibenarkan oleh pihak polis. Hanya diarahkan untuk demo di dalam kawasan sekolah sahaja. Bersama penceramah tak asing lagi Dr Hasbullah pada slot pertama menerangkan tentang sejarah Palestine dan Hamas. Alhamdulillah berjalan dengan lancar, walaupun slaid agak kabur disebabkan ceramah dibuat di dewan terbuka sekolah (suasana terang) disebabkan jumlah pelajar yang ramai.
Slot kedua tayangan slaid serta penerangan tentang pemboikotan barangan Israel dan Amerika disampaikan oleh KW Perlis sendiri , Che Mazlina dengan penuh semangat walaupun dihadiri oleh 5 orang SB, tidak melunturkan semangat kami serta adik-adik SMKAP untuk terus melaungkan bantahan keatas kekejaman Israel .
Alhamdulillah, program yang bukan sekadar untuk bermain perasaan dan emosi bahkan lebih kepada memberi penerangan mengenai isu Palestine pada para pelajar SMKAP. Kami berharap agar dijemput lagi untuk terus berprogram bersama mereka selepas ini. Greenlight telah diberi oleh pengetua sekolah ini. Kami berharap akan ke sekolah seterusnya selepas ini dan kami sedang menanti jawapan dan jemputan dari beberapa buah sekolah dan surau. Terima kasih buat Pak Utih menjemput Najah dan Saif ke IKBN. Sempat juga berkenalan dan beramah mesra dengan adik-adik di IKBN bertanyakan program persatuan Islam mereka
Program Palestine secara bersepadu akan datang adalah di Pasar Malam Stadium Kangar pada hari Rabu, 21 Jan.Doakan!
No comments:
Post a Comment