thePencil.org Ar RaiYan: March 2009

Monday, March 30, 2009

Slot Bersama Anak Yatim

Alhamdulillah, semalam saya di jemput oleh adik-adik dari KTP (Kolej Teknologi Profesional) untuk menyampaikan slot motivasi buat anak-anak yatim Rumah Penyayang Siti Hasmah, Jejawi, Perlis. Anak-anak yatim seramai 45 orang dan student KTP seramai 40 orang. Apa yang saya kagum dengan adik-adik KTP ni ialah mereka membuat program (walaupun ianya tugasan/assignment) tapi wang yang dikeluarkan adalah dari poket mereka sendiri. Nak menjemput penceramah pun tak mampu (takut belanja yang besar untuk bayar penceramah). Akhirnya menjemput saya untuk memenuhi slot mereka. Sebab saya free aje, tak kenakan apa-apa bayaran. Saya hanya mewakili WJIM Perlis.

Mula-mula rasa agak gementar, tapi memikirkan tanggungjawab membawa nama JIM, saya teruskan jua. Ini pertama kali saya pergi ditemani suami tercinta sebagai technician (memasang lcd,laptop,speaker). Sebelumni jika ada jemputan ceramah, saya hanya temankan penceramah aje dan saya sebagai technician. Bayangkan, nak bagi ceramah, si penceramah kena bawa Lcd, speaker,extension plug dan laptop sendiri. hehe. Siap bawak sub-woofer lagi tu ha Saif nih!

Awal-awal lagi zana (person incharge) beritahu yang mereka tak dapat sediakan apa-apa kecuali microphone je. semua kelengkapan takda. laptop n lcd la paling penting sebab saya nak bg multimedia presentation.

Sebuah kenangan mengenai lcd.haha.Tiba hari program, lcd JIM digunakan untuk daurah, jadi kelam kabut saya mencari lcd serata Perlis. Call sana sini bertanyakan lcd. Nak nangis rasanya masa tu sebab takda sape yang leh tolong dapatkan lcd untuk saya. Lama saya termenung, Allah ilhamkan saya tertekan number ust fakhrul guru di Madi. Lantas saya beritahu yang saya perlukan lcd, ustz berada di Kelantan pada waktu tu meminta saya menghubungi rakannya yang berada di Perlis yang menyimpan lcd. Alhamdulillah rakannya terus memberikan tanpa banyak soal. Hairan saya. Walaupun pertama kali call, tak pernah kenal dan meminta by phone aje, dia terus minta saya datang ambil lcd tersebut. Lcd yang canggih lak tu. Allah permudahkan! Padahal tadi saya seperti kucing kehilangan anak, cari lcd merata-rata. Lantas saya teringat ayat ini, "jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu". Subhanallah.

Tepat 2.30 petang, saya tiba di dewan. Menanti anak-anak ini memenuhi dewan sambil tu saya berkenalan dengan beberapa orang anak-anak yatim ni. Dari umur 8 tahun hingga 17 tahun. Mula-mula agak malu, tapi lama kelamaan semakin mesra. Saya masih ingat nama anak yatim yang paling muda berumur 8 tahun bernama Uzaid. Agak malu-malu pada mulanya.

Alhamdulillah, sambutan positif. Lega rasanya. Saya harap motivasi yang saya berikan sedikit sebanyak menyentuh hati mereka. Ya Allah, berilah kejayaan di dunia dan akhirat pada anak-anak yatim ini. Kasihanilah mereka Ya Allah! jadikanlah mereka anak-anak yang soleh. Amin...

Saya terharu pabila mereka meminta saya datang lagi untuk memberikan tayangan slide multimedia. Insyallah kita akan bertemu lagi!

p/s: dalam kekalutan memcari lcd, saya tertinggal camera di rumah! alamak!

Friday, March 27, 2009

Laskar Pelangi

Petang tadi Kak Ibah melompat-lompat sambil menyanyikan lagu "laskar pelangi". Saya tak pernah ajar ya. Mungkin dia dengar di radio, internet atau kawan-kawan yang nyanyi. Anak saya begitu cepat menangkap bait-bait lagu. Tu yang buat saya risau. Duhh...

Tapi memang saya sukakan liriknya. Terhibur melihat anak menyanyi riang begitu. Indah ya dunia kanak-kanak! Alangkah bestnya kembali ke alam kanak-kanak. haha

Laskar Pelangi-Nidji

Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

Selamanya...

Cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

Selamanya...

Saya tak sabar nak tengok Movie laskar Pelangi. Kak Ibah tentu suka. Dengarnya VCD sudah release di Indonesia? Gi mana mau dapatkannya ya? kat youtube setakat tgk trailer je...

Saturday, March 21, 2009

Phew...

Alhamdulillah presentation Pre Seed telah selamat di 'present' kan di hadapan 5 orang wakil Mdec (Multimedia Development Corporation) . Panelnya (yang bertanya soalan) hanya 3 orang, lagi 2 orang tu pihak pengurusan/ tukang catat / teknikel.

We came out dengan School Sports Management (software
) . Saif yang present, saya terpaku je di tepi dia, memula nak kena jadi tukang tekan slide kat laptop, tapi Saif yang buat.hehe. Sebab sorang je dibenarkan present. Lagipun tu idea Saif, kang kalo saya bercakap lak kang, terkeluar idea lain lak. hehe

Sebanyak 20 orang applicants (northern), result dapat tahu next month samada ianya lulus atau lulus bersyarat atau gagal. Jika lulus, geran 150K akan diberi dan diberi tempoh selama setahun untuk siapkan sotfware yang kita present tu. Jika lulus bersyarat, kena present lagi skali di hadapan panel lain. Sakit juga tu. Jika gagal, gagallah.

Sekadar pengalaman, ni baru kali pertama buat presentation sejak lepas universiti. Kalo orang kerja kerajaan or swasta mesti selalu present kan, tapi bagi kami yang kerja sendiri ni, kira ketaq le juga. heh

p/s: abang, saya sentiasa dibelakang abang, walau apa pun keputusan mereka nanti :) , kita dah siap celebrate awal-awal sejak lepas present ritu makan char kow tiow kat Jitra. haha

Tuesday, March 17, 2009

Presentation

Dear Pre-seed Applicants,

You are invited to attend the Evaluation Committee Meeting for Technopreneur Pre-Seed Fund Programme, Batch TPF16/2009, for the 10 minutes pitch session. The details are as follows: -

Date : 19th & 20th March 2009 (Thursday & Friday )

Venue : Regency Hotel, Alor Setar,Kedah

Time slot : Please refer attachment

Pitching Tips

- Please rehearse your presentation within 10 minutes time frame.

- Focus your presentation on the below areas: -

· What your idea is all about (Problem statement and your product/services as the solution for the problems)

· Business model & Revenue Stream

· Marketing strategy

· Competitive Analysis

· Technology Plan

· Financial Projection

- Limit your slides to not more than 10 slides as there will be another 10 minutes Q&A session after your pitch.

- Please note:

· The first bell will indicate that you have one more minute to wrap up your presentation

· The second bell will indicate that the 10 minutes pitch is up

· The third bell will indicate that the Q&A session is up

Reminder

- You need to be on standby in between the time slot provided.

- The attendance of both primary and secondary applicants is COMPULSARY.

- PLEASE BE ON TIME.

----------------------------------------------------------

p/s: Presentation from my biz partner (saif), saya adalah share/partner, tapi saya yang ketaq! hehe. Bila baca term "secondary applicants is COMPULSARY". aiyarrkk!! harap-harap peluang kita cerah walaupun ini hanyalah presentation for pre-evaluation. Amin! Please make du'a for us! . Pssst abang, saya nak kena study slide presentation tu gak tak? hehe

Saturday, March 14, 2009

Aku juga pernah bergelar guru a.k.a teacher

Catatan saudara Haikal dibawah membawa saya mengingati kembali kenangan suatu ketika dulu.Saya pernah bergelar teacher selama 6 bulan di sebuah sekolah nun di dalam kampung di Perlis, mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Science .
Yah, pertama kali saya masuk kelas, seolah-olah saya bercakap dengan dinding. Sepatah haram pun depa tak paham. Lama kelamaan dan hari-hari seterusnya baru saya mengerti dan terpaksa mengajar Science dan English versi melayu. Kalo tak, satu apa pun subjek science anak murid tak paham. wahai pihak yang melaksanakan, korang takda didalam situasi guru-guru yang terpaksa mengajar hulu banat sana. Dimana anak-anak kampung yang taktau sepatah haram pun bahasa inggeris. Cemana nak applikasi subjek sains dalam kehidupan harian mereka? wajarlah PPSMI di hentikan...
Tapi saya kagum dengan anak-anak murid saya yang tak pernah jemu belajar, mempraktis dan bertanya. Mungkin sebab saya ni cikgu yang baik dan suka buat games :)
Last week, saya mendengar luahan teman universiti saya, Eda yang kini bergelar guru, mengajar Science di sekolah felda chuping yang datang mencari buku tambahan di kedai saya. Apa yang dia alami sama juga seperti saya pernah alami 2 tahun lepas. Moga Allah memberkati usahamu, eda. Menjalani hidup dengan 3 orang anak perempuan di Perlis dan suami yang bekerja di Penang. Hanya berjumpa 1-2 minggu sekali. Saya kagum dengan insan-insan yang terpaksa bekerja dan berpisah dengan keluarga. Saya tidak sehebat mereka...
Tu belum dengar lagi cerita teman baik saya yang mengajar di Limbang,Sarawak. Jannah, really miss u!


Saya copy dari blog Aini,Forwarded fr another yahoogroup. Interesting. ...

Aku yang pernah bergelar guru a.k.a Sir...

Haikal Ghazali
Final Med
RCSI


“Hah…Mama dah carikan kerja utk hang. Jadi cikgu kat sekolah kawan Mama. Mau?” kata mak aku semasa kami dalam kereta, pulang ke Kedah dari KMB setelah aku tamat belajar disitu sekitar 2004.

Aku memandang kosong ke luar tingkap kereta. Warna merah senja masih lagi di situ, belum pudar.

Cantik!

“Ma…malaih lah. Kalau boleh oghang nak gheja macam Tu’ai, jadi maintainer kat kelab bowling kat City Plaza tu. Best sket” aku menjawab malas sambil mataku menjeling kepada Tu’ai, adikku di sebelah. Fikirku, bolehlah kami keluar petang ke tempat kerja, dan balik awal pagi. Sambil-sambil tu bolehlah merewang ke tengah-tengah bandar Alor Setar sebelum balik ke rumah. Bila lagi?

“Hang jangan nak menggatai. Mama dah habaq dah kat Cikgu Cek Puteh. Esok lusa hang pi daftaq kat sekolah tu” mak aku membantah.

“Laa…ingatkan nak bagi option tadi. Rupa-rupanya arahan mandatori” cetus hati aku.
Habis takat tu…

Bermula episod diri aku diberi peluang mengenali sendiri apakah erti perjuangan memartabatkan anak bangsa dari kaca mata seorang guru, yang dikerah mendidik pelajar luar bandar. (kalau boleh aku katakan, sekolah yang aku pergi ini adalah sekolah yang lagi luar daripada ‘luar Bandar’. Maknanya sangat sangat terpencil).

Aku menjadi cikgu ganti, menggantikan seorang guru lain yang cuti bersalin. Dan sekali sekala aku masuk ke kelas-kelas tingkatan yang lain, menjenguk apa yang pelajar-pelajar di sana sedang buat sewaktu ketiadaan guru.

Biar aku ceritakan…

1. Biasalah, sesi perkenalan menjadi modal utama untuk cikgu baru macam aku untuk ‘skip’ hari pertama daripada kena mengajar. Ni yang berlaku di sebuah kelas tingkatan 5 Sains 1.

“ Ok class, My name is Haikal. Your new English teacher here, for 2 months bla..bla..bla” Now I would like to know each of you before I begin my lesson. Please state your name, ambition and where are u from. Ok. let us start from u”
“ err…sir. Saya tak pandai cakap Inglis. Bahasa Melayu boleh dak?”
Aku jawab “ Cuba, takpa salah pun. saya pun bukan pandai cakap omputih”
“ I is Syahrul (nama rekaan)”. Yang lain saya tak gheti sir”
“Ok takpa…teruskan. Saya tanya tadi cita-cita dan tinggai kat mana”

Dalam hati “mampoih, macam mana aku nak mengajaq dalam BI ni? Kalau kelas 5 sains 1 pun tak berapa gheti BI?”

2. Ada satu hari tu, aku kena masuk ke kelas tingkatan satu. Cikgu yang sepatutnya berada dalam kelas tu tak datang. Sekali lagi, sesi berkenalan, sebab aku memang tak disuruh mengajar pun.

“ Nama saya cikgu Haikal. Saya masuk mai ganti cikgu Sharifah. Saja nak berkenalan dengan kamu semua. Soghang-soghang bangun dan habaq nama dgn cita-cita. Hah kamu…mula”
“ Nama saya Rosdi. Cita-cita nak jadi..emm…perbaik gheta. Pak saya ada kedai pomen gheta kat pekan”
“OK takpa, kamu” aku menuding pada seorang pelajar yang berdiri kat pintu, gaya macam nak lari keluar dari kelas.
“ Saya…nama Ku Nazim. Cita-citaku nak jaga lemu pak ku” (memang disebut LEMU, bukan lembu). Jawab Nazim serius dalam loghat Kedah hulu yang pekat. Lembu pun kedengaran lemu. Saya diganti dengan Ku…bahasa diri kebiasaan bagi orang-orang kampung kat tempat aku.
“Sebab apa nak jaga lembu?”
“Ku tak tu dey. Pak ku banyak Lemu. Dia pun dok sughuh ku jaga lemu dia”`
“ Oo…ya ka?” aku menyetujui kata-katanya

Dalam hati “ Bertuah betul orang Bandar. Anak-anak semuanya bercita-cita tinggi. Nak jadi doctor. Saintis. Paling koman pun Polis. Tapi kat sini. Cukuplah kalau boleh warisi apa yang bapak depa ada. Mungkin depa ni masih naïve…tapi kalau dibandingkan dengan anak Bandar yang sebaya, depa ni jauh naïve. Seolah-olah tiada langsung cita-cita”

Dan memang benar, pelajar-pelajar di sini memang datang ke sekolah bukan kerana ingin belajar. Tetapi kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Itu sahaja dorongan mereka utk terus berada di sekolah dari jam 730 hingga jam 2 petang. Dan peluang daripada kedatangan mereka ke sekolah itulah yang digunakan oleh guru-guru untuk menumpahkan ilmu yang sedikit buat bekalan anak bangsa ini.

Lalu…bagaimana ingin mempunyai cita-cita?

3. Aku diberi amanah untuk menanda kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan English in Science and Technology (EST). Tingkatan 4 dan 5.

Untuk tingkatan 4…semua fail untuk 2 mata pelajaran yang aku tandakan tu.

Untuk tingkatan 5…ada seorang 2 sahaja yang lulus ataih pagaq EST. Untuk Bahasa Inggeris, ramai jugak yang lulus. Tetapi sekadar lulus. Tak lebih dari itu. Itu pun…aku kena jadi seorang pemeriksa yang sangat bermurah hati.

Bila ditanya kepada guru-guru lain tentang perkara itu “ Hah…besa la tu. Budak-budak sini bukan gheti BI. Lepa (Depa/mereka) bukan mau pun belajaq BI. Sabit tu (sebab tu) kalau hang tengok budak-budak yang ambik Sains dgn Math dalam BI kat sekolah ni semua tak luluih. Habuk pun takdak” kata seorang cikgu lelaki, sambil menghisap rokok daun yang digulung sendiri, sewaktu kami bersembang di kantin.

“ Kalau dulu, waktu dua-dua subjek ni lepa ajaq dalam BM pun student tak pandai. Ni pulak nak mengajaq dalam BI. Punah anak bangsa hang tau dak Haikal. Lepa ni orang kampung. Satu hapa pun depa tak gheti. Lagi nak suruh belajaq dalam BI. Apa punya otak pun aku tak tau” sambung cikgu itu dalam nada kesal bercampur geram. Ada juak-juak meluat di mukanya.

“PUNAH ANAK BANGSA” terngiang lagi perkataan tu dalam fikiran aku sampai sekarang.

4. Satu hari tu, aku masuk mengajaq BI kat dalam kelas tingkatan 4 Perdagangan. Ada 4 orang pelajar lelaki sewaktu aku sedang mengajar di depan, depa dok berkumpul 4 orang dalam satu bulatan kat belakang.

“ Tu kat belakang, hangpa tengah buat apa tu” Aku dah tak cakap Inggeris lagi dah dalam kelas (Pelik kan. Mengajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Tapi apa boleh buat... Payah. Susah. Kesian dengan mereka yang tak faham apa-apa)

Ada budak lain yang tolong jawabkan soalan aku tu, tapi dalam keadaan yang separuh berbisik:
“ Depa tengah main Sing-Kong Sir”
“Menatang apa tu?” aku bertanya kehairanan.
“Judi” (Sing-kong: lambung duit syiling, pastu pakat-pakat teka kepala ka ekoq. Sapa betoi dia dapat duit syiling tu)
“ Budak-budak kat belakang…baik hangpa berenti sebelum saya panggil PK HEM. Kalau tak mau belajaq, Hangpa dok diam-diam kat belakang. Tidoq!” tegas aku dalam nada separuh bengang.

“Ok sir” jawab seorang dari mereka dalam keadaan senyum. Aku hanya mampu geleng kepala dan teruskan pengajaran “Mari Mengenal Bahasa Inggeris”

“Ok kelas…kalau I…padan dengan Am”
“I am”
“kalau he atau she yang maksudnya Dia…padan dengan Is”
“He is”
Itu antara situasi-situasi yang berlaku di luar Bandar. Ops…di luar lagi daripada luar bandar. Sekolah tempat aku mengajar tu, ada antaranya pelajar Siam. Memang di utara Kedah ramai orang Siam dan anak-anak mereka ini dihantar ke sekolah-sekolah kerajaan, macam juga orang melayu.

Kesimpulan mengenai system pendidikan Malaysia:

1. Hancur.

System pendidikan yang hanya memihak kepada orang di Bandar memang hancur. Dulu, bolehlah pelajar-pelajar luar Bandar ni dapat walaupun sedikit ilmu sains dan matematik kerana mereka faham apa yang diajar sebab diajar dalam bahasa ibunda mereka. Sekarang? Tak dak!

Alasannya adalah untuk mewujudkan semangat persaingan. Kalau tak dipaksa, mereka tak akan belajar. ITU ALASAN SEMATA-MATA.

Berpijaklah ke bumi yang nyata wahai menteri-menteri terutamanya Menteri Pelajaranku! Cuba kalau hangpa yang datang mengajar di sekolah tu. Hangpa akan jadi tertekan seperti juga guru-guru di situ. Malah sepatutnya lebih lagi. Sebab hangpa menteri yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Budak-budak di sekolah hilang langsung minat untuk belajaq sains dan matematik. Sampaikan soalan 4 divide by 2 equals? pun…terkial-kial nak kena cari makna divide dan equal dulu.

2. Tak adil.

Cikgu-cikgu di luar Bandar dikerah melakukan macam-macam. Buat kelas tambahan itu ini. Pelajar bukan datang pun. Sebab mereka tak mahu.

Sebab apa tak mahu?

Sebab meraka tahu mereka tak akan lulus. Sebab mereka tahu, mereka akan hanya masuk paling tinggi pun ke politeknik. Sebab mereka tahu, mereka tak akan ke mana. Tiada universiti dalam hidup mereka. Tiada obersi. Tiada. Tiada. Tiada.

Sebab apa mereka sebegitu, begitu pessimistic?

Sebab mereka tak mampu. Nak cari guru tuisyen macam orang Bandar? Nak beli buku ulangkaji 2 3 buah? Mana nak cari duit?

Ayah buat bendang, tu pun tumpang bendang orang lain. Mak menoreh getah. Tu pun pokok getah orang lain. Abang gheja pomen gheta. Tu pun kat kedai pomen orang lain.

Mana ada duit?

Apa yang mereka ada?

Mereka ada kelas tambahan di sekolah yang jadi tenaga pengajarnya adalah cikgu-cikgu sekolah tu jugak. Yang pagi tadinya mengajar dalam kelas, dan mereka tak faham. Petang, bila buat kelas tambahan, cikgu yang sama jugak. Mestilah tak faham jugak.

“Habeh tu, buat apa aku mai kelas tambahan?”

3. Mengarut.

Tok-tok menteri…saya nak tanya. Ada dak hangpa hantaq anak-anak hangpa mengaji kat sekolah kerajaan macam yang kat atas? Paling koman pun, SBP. Paling koman pun MRSM. Dan yang paling menarik…pak menteri yang dok push supaya system yang ada sekarang ni diteruskan pun hantaq anak belajaq kat sekolah swasta.

Tolonglah pak menteri. Berpijaklah di bumi nyata. Takkan bila hari ni Bahasa Inggeris menguasai dunia, kita belajaq Sains matematik dalam BI. Esok lusa kalau bahasa Cina naik jadi bahasa utama dunia? Waktu tu hangpa terketaq-ketaq nak suruh orang melayu belajaq sains matematik dalam Bahasa Cina? Tak ka bercelaru system pendidikan Malaysia waktu tu

Kita ada golongan luar Bandar yang mereka nak juga pandai sebagaimana orang-orang di Bandar. Tapi mereka kurang kemampuan. Janganlah aniaya mereka. Kalau menteri sendiri pun tak hantar anak belajar di sekolah kerajaan…tidakkah itu mengarut???


Sedikit pengalaman manis:

1. “Sir…awat cepat sangat sir mengajaq kat sini? La ni baru kami rasa seronok sikit belajaq English.”

2. “Sir. Lepaih sir keluaq dari sekolah ni…saya malaih mai sekolah lagi dah.Tak best dah lepaih nih”

3. “Sir, nanti kalau sir dah pi obersi, jangan lupa hantaq gambaq sir kat kami naa. Kami nak pi…mesti tak buleh punya. Tengok gambaq sir main salji pun kami dah rasa best. Sir jangan lupa naa.”

4. “Sir, nak ambik gambaq dgn Sir. Nanti takdak la kami teringat selalu kat sir”

5. “Ni sir…hadiah daripada kami. Kami share duit ramai-ramai ni sir” (menitis air mata aku bila aku bukak kotak hadiah tu…hadiahnya hanyalah sebuah jam loceng yang baru semalam aku nampak ada dijual di pekan sehari…harganya hanyalah sekitar RM2)

5. “Sir…ni ada sorang budak dia lukih gambaq sir. Tapi dia malu nak bagi sendiri kat Sir”
“Mana dia?” aku tanya kembali.
“Dia tak mau mai sekolah hari ni…dia sedih”

6. “Ok kelas, hari ini hari last saya ajaq hangpa kat sini. Insha Allah kita jumpa lagi. Kalau sapa-sapa nak kontek saya, saya bagi alamat emel. Kalau ada yang pi CC (cyber café) kat pekan tu nanti, tulih la emel kat saya. Tulih dalam bahasa Inggeris tau. Biaq salah pun takpa. Kalau dak…saya tak mau layan”

Dan sehingga ke hari ini…memang ada yang menulis pada aku…tapi dalam BI yang dhaif. Takpalah…semangat kalian aku hargai.

Dan ada juga pengalaman-pengalam an lain…yang tak manis diceritakan di sini. maklumlah…cikgu muda katakan.

Friday, March 13, 2009

Tugasan Pertama


Ini pertama kali tugasannya, tanpa guru di depan. Buat untuk orang. Hadiah untuk staf Iqra' Books n kawan-kawan dia, sempena result SPM dia yang dirahsiakan tu.hehe

Komen untuk diri sendiri:
1. Lukisan masih tak smooth, tangan terketar-ketar time lukis. menggerutu lining jadinya
2.Paling susah nak frosting untuk kek square, kelemahan saya selalu tak sama tinggi,belah tepi pun masih senget. uhuk. tapi paksa diri jugak buat
3. Deco yang simple (sengaja buat sebab tak sempat,nak cepat.lain kali jangan buat terburu-buru dah)
4. masih praktis dan mengasah bakat (skill)
5. Jadi kau ni, bila nak buat tugasan kedua pula? aiyaarkk

Walau apepun, budak baru... the beginner... agaknya lepas 40 biji kek baru la terer kot.ntahla.hiks
Jadi....benarlah pepatah "Practise make perfect"

Wednesday, March 11, 2009

Nota

Kami ke Star Parade atas urusan penting, terpaksa membawa anak-anak kecil dua orang tu yang kebetulannya kami travel dari Penang nak ke Perlis. Parking di lorong parking bertentangan Kompleks Peruda. Ada pasar malam yang baru nak bermula dalam jam 3.40 petang.

Lorong parking yang sempit, nak keluar parking perlu undur dan memuatkan sebuah kereta sahaja. Tetapi takleh nak keluar sebab ada kereta Myvi putih KCE XXXX yang menghalang. Saya taktau kenapa dia boleh park tengah jalan laluan kereta keluar begitu. Apa tujuannya pun saya tak pasti. Dalam keadaan panas terik dan anak-anak kecil yang mengantuk dan menangis, kami terpaksa menanti agar pemilik kereta itu datang mengubah keretanya. horn sudah dibunyikan tetapi tiada tanda-tanda pemilik kereta akan datang mengubah keretanya.

Terus terang kami katakan agak geram juga. Tapi bersabar aje la. Saya teliti Myvi putih (baru beli ni) tersebut moga-moga ada la contact number dalam kereta tu untuk saya call pemiliknya. Huhu bertuah le kalo ada. Rupa kereta/keadaan kereta yang pasti pemiliknya adalah wanita. Sticker berpelakat KUIN (Insaniah). Saya tak pasti samada student/staf/lecturer Insaniah. Hati-hati ya kalo kereta berpelekat/ bersticker universiti atau persatuan, maksudnya kita membawa nama/statusnya. Nanti orang akan cakap sebagai contoh, "nama aje staf XXX (sebab ada sticker XXX), tapi bawak kereta macam ape je". hehe tu contoh je

Mujur ada sorang adik yang baik hati, yang parking di dalam kotak parking di belakang kami menyedari dan mengundurkan keretanya untuk kami ajdust agar dapat keluar.

"ada pen tak? kita tulis nota kat owner myvi ni nak tak?", tanya abang. "bak kertas saya tulis" cadang saya. Saya membetulkan niat supaya bukan menulis untuk menyakitkan hati, tapi sekadar peringatan, moga pemiliknya tersedar dan tidak mengulangi perbuatan menyusahkan orang lain. " cik, meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya adalah zalim, jangan parking merata-rata". Tu nota saya dilekatkan di viper. Saya minta maaf jika ada owner myvi putih tu yang membaca blog saya. hehe. Saya menulis dari hati ya. Memang sebelum tu tengah hot juga. Tapi cepat-cepat cool kan diri. Betulkan niat. Saya rasa jika owner ni parking di KL, pasti kereta barunya sudah dicalarkan. Mungkin.

Friday, March 06, 2009

Bertemu Akhirnya...

Sudah sekian lama saya ingin mendengar ceramah beliau. Sebelum saya hanya membaca buku beliau yang best tu, "Travelog Haji".

Terima kasih prof, ceramah prof begitu terkesan di hati saya. Airmata mengalir sepanjang ceramah prof. Menginsafkan saya. Prof menekankan berkali-kali ngenai kekuatan dan konsep doa, betapa teruknya saya yang selalu berdoa dalam keadaan kelamkabut, sambil bersahaja. Tidak bersungguh-sungguh.Pastu mengharapkan supaya Allah kabulkan hajat. Zalimnya saya selama ini.

Satu perkara yang telah lama sangat saya tinggalkan iaitu solat Dhuha, saya tanamkan azam baru iaitu nak amalkan solat dhuha setiap hari

tengok tu prof kamil tandatangani buku beliau sambil berposing, sempat lagi tu. hehe


Kisahnya di sini dan di sini

Wednesday, March 04, 2009

Macet

Library buat Pesta Buku 25 Feb hingga 1 Mac, tapi tak ramai yang tahu. aiyaarrk. Banner pun takde, bunting lagi lah takde. Anyway...tahun depan panggil kami lagi ya. Alhamdulillah sponsor dari PTS. Kebetulan Saif ada kursus 5 hari pada tarikh yang sama di Alor Setar. Duuh...kena jadi runner, kena jaga kedai sementara staf jaga booth kat library.

Penat rupanya jaga kedai, blur dengan system smartpos tu. Lama-lama jadi reti juga. Rupanya, bila kita dah tinggal seorang diri, kena buat sendiri, jadi pandai juga akhirnya.

Sebaik saja bookfair selesai (alhamdulillah sales melegakan) disambung pula dengan aktiviti serta perasmian Plaza Kangar tempat kami berniaga ini, dirasmikan pada hari ini 4 Mac oleh Dato' Noh Omar, Menteri Usahawan. Nampaknya saya kena jadi camerawoman aje, sementara bos besar nak berposing tu haa :)



Saif hadiahkan buku Travel Dakwah untuk Dato' Noh Omar. Selamat membaca Dato'!

Sebelah petangnya saya perlu menyertai pertandingan hias kek harijadi. Tapi kalah sebab saya taktau yang syaratnya nak kena tulis "happy birthday" atas kek tu. Aiseh, juzz a small mistake but its a big impact (impak maksima la pulak). Alhamdulillah saya berpuas hati walaupun tak menang, anggapla bukan rezki kita. yer tak?

Nak tergelaknya hakim yang adili pertandingan kek tu datang jumpa saya personally, "kenape adik tak tulis tema "happy birthday"? kalo tak, dah lama jadi juara". Ish manala saya tau kak oi, ni kali pertama saya dipaksa masuk acara ni oleh orang-rang MARA tu ha. hehe. Walaubagaimana pun, ini merupakan pengalaman berharga buat saya. Terima kasih semua. Banyak lagi perkara yang perlu saya belajar, banyaknya menda yang saya tak tahu. huhu.

Sayang la sebab takde gambar yang close up. huhu. Abang la yang amek gambar ni. isk..isk..


Ni part final touch, siap leh duduk rileks lagi. Masa belum tamat. Lama la jugak. lebih sejam. Cikgu Rani, thanks for da cute ladybird. Ada saya letak kat atas dan tepi kek.Tapi tak dapat belanja cikgu la sebab kalah :). Sebenarnya saya masuk bukan sebab nak menang pun, ada kepentingan.hiks. Pertamanya, nak jaga hubungan dengan MARA, sebab tak nak hampakan permintaan mereka. Keduanya, nak cuba samada, menggeletar atau tak kalo hias kek depan umum. Ketiga, nak tau setakat mana kebolehan diri sendiri (test power). Keempat, salah satu cara nak promotekan/memperkenalkan diri sendiri pada pelanggan. Kelima, kot2 la (kot la kan, kalo orang MARA baca ni) depa nak bagi kedai bakery Plaza Mata Ayer tu kat kita ker kan.. hehe. ops. Nadia baca dak? hehe

dan... paling membahagiakan, Saif kata saya tetap juara di mata dia. haha. thats it! Itu kemenangan mutlak :)

Sebaik saja penyampaian hadiah, terus datang 2 orang mahu menempah kek dan mohon saya bukakan kelas cake deco untuk peserta KEMAS. Aiseh, gue ngak bisa (baca:tak pandai) mengajar lho...Amek tempahan boleh la. Tahap nak buka kelas tu, fuh... jauh lagi tu!
See? salah satu objektif saya tercapai kan! hehe.

pssst Rani, bila mau buka kelas fondant??

Tuesday, March 03, 2009

Kereta

Kami ada sebuah (seekor?) kancil. Dibeli 9 tahun lalu. Tahun 2000. We 'really' use that car. Kemana saja, dekat dan jauh. Banyak kali juga rosak. Pernah mati di tengah jalan di Pendang, kena tolak masuk bengkel. Pernah berasap.Pernah takleh nak start. Pernah overhaul. Pernah kebocoran air walaupun baru beberapa hari servis. huu...banyak juga kerosakan ya.

Satu lagi yang takleh lupa pintu belakang takleh nak bukak. kena orang luar bukakan. haha. Ni kawan-kawan yang naik, kadang2 depa tergelak. Ha... ni part paling best, kalo hujan kan, kat tingkap driver tu tiris, air menitik basah kena baju. Kalo parking takde bumbung, time hujan, seat driver akan basah. Pastu bau lembab, bila duduk kat seat tu, baju akan basah dan berbau busuk.

Sekarangni kerap meragam, sejak saya suarakan nak beli kereta baru. Nizah kata, kalo nak beli kereta baru, jangan cakap hal ni pada kereta lama, nanti kereta tu dengar. Coz tu makhluk Allah juga. Besi. hikhik.

Tapi kancil ni telah banyak memberi perkhidmatan maksima pada kami sekeluarga. Banyak kenangan bersamanya :) (sentimentalnya kau nih)

ni awat buat entry kereta ni? saja nak bgtau abang supaya kesihanilah isterinya ini. hehehe

 
blog template by suckmylolly.com