thePencil.org Ar RaiYan: Nota

Wednesday, March 11, 2009

Nota

Kami ke Star Parade atas urusan penting, terpaksa membawa anak-anak kecil dua orang tu yang kebetulannya kami travel dari Penang nak ke Perlis. Parking di lorong parking bertentangan Kompleks Peruda. Ada pasar malam yang baru nak bermula dalam jam 3.40 petang.

Lorong parking yang sempit, nak keluar parking perlu undur dan memuatkan sebuah kereta sahaja. Tetapi takleh nak keluar sebab ada kereta Myvi putih KCE XXXX yang menghalang. Saya taktau kenapa dia boleh park tengah jalan laluan kereta keluar begitu. Apa tujuannya pun saya tak pasti. Dalam keadaan panas terik dan anak-anak kecil yang mengantuk dan menangis, kami terpaksa menanti agar pemilik kereta itu datang mengubah keretanya. horn sudah dibunyikan tetapi tiada tanda-tanda pemilik kereta akan datang mengubah keretanya.

Terus terang kami katakan agak geram juga. Tapi bersabar aje la. Saya teliti Myvi putih (baru beli ni) tersebut moga-moga ada la contact number dalam kereta tu untuk saya call pemiliknya. Huhu bertuah le kalo ada. Rupa kereta/keadaan kereta yang pasti pemiliknya adalah wanita. Sticker berpelakat KUIN (Insaniah). Saya tak pasti samada student/staf/lecturer Insaniah. Hati-hati ya kalo kereta berpelekat/ bersticker universiti atau persatuan, maksudnya kita membawa nama/statusnya. Nanti orang akan cakap sebagai contoh, "nama aje staf XXX (sebab ada sticker XXX), tapi bawak kereta macam ape je". hehe tu contoh je

Mujur ada sorang adik yang baik hati, yang parking di dalam kotak parking di belakang kami menyedari dan mengundurkan keretanya untuk kami ajdust agar dapat keluar.

"ada pen tak? kita tulis nota kat owner myvi ni nak tak?", tanya abang. "bak kertas saya tulis" cadang saya. Saya membetulkan niat supaya bukan menulis untuk menyakitkan hati, tapi sekadar peringatan, moga pemiliknya tersedar dan tidak mengulangi perbuatan menyusahkan orang lain. " cik, meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya adalah zalim, jangan parking merata-rata". Tu nota saya dilekatkan di viper. Saya minta maaf jika ada owner myvi putih tu yang membaca blog saya. hehe. Saya menulis dari hati ya. Memang sebelum tu tengah hot juga. Tapi cepat-cepat cool kan diri. Betulkan niat. Saya rasa jika owner ni parking di KL, pasti kereta barunya sudah dicalarkan. Mungkin.

4 comments:

Irfa said...

salam najah..
sib baik dia cuma dapat nota dr awak.kalau kat key el,cth macam kat area rumah mil saya..mau pecah cermin keta dia.silap2 pancit tayar.hehe

Najah Farahin said...

haha irfa,
adik saya pernah kena dipancitkan tayar sebab dia parking kswn perumahan org kat area penang.

Anonymous said...

salam kak najah,

akak, saya nak akak nyer email address. ni email add saya ardi_peazy@yahoo.com atau www.nadiahazhari.blogspot.com

Najah Farahin said...

salju79@yahoo.com
tshirtlabuh@yahoo.com

 
blog template by suckmylolly.com