thePencil.org Ar RaiYan: May 2009

Wednesday, May 27, 2009

Nak dok Umah aje...

Kakak Ibah, hujung tahun ni nak masuk 5 tahun sudah pandai tidak mahu ke tadika. Mengelat pun ada. Buat-buat demam dan pening kepala. katanya tak mahu ke sekolah, sebab dah tahu dah. Membuatkan saya rasa serba salah samada mahu memaksa atau biarkan dia di rumah. puas ummi dan baba pujuk. kadang-kadang siap pakat dengan cikgu. call cikgu, mintak cikgu call umah dan kebetulan kakak ibah yang akan angkat phone. so biar cikgu yang cakap ngan dia. itupun tak menjadi juga. ada saja tricknya.

saya akui, bila di rumah pun kakak ibah belajar benda yang sama. bacalah anakku, belajar iqra', buat math, english, science, writing dan semua yang dia belajar di tadika. bahkan kami mengajar dan memberi buku latihan pada level 6-7 tahun dan dia mampu lakukan. jadi bila dia ke tadika, masuk kelas 5 tahun, dia dah boring nak buat semua tu sebab latihan yang diberi senang-senang belaka katanya. itu salah satu punca buat dia bosan di tadika.

punca kedua menyebabkan dia tanak ke tadika ialah dia tanak tido petang, hal tu boleh kami terima sebab kakak ibah memang tak suka tido petang. bila ke tadika, terikat dengan peraturan tadika jam 2-4 ptg adalah waktu tido. jadinya, kami terpaksa ambil kakak ibah awal sebelum jam 2. bukan seperti sebelum ni, ambil ofis hour.

punca ketiga yang kami takleh terima alasannya sebab ummi n baba tak kerja macam mak ayah orang lain. pegi pejabat n balik pejabat. ummi n baba kerja fleksible, kadang- kadang pi kerja jam 12 tengahari balik jam 6, kadang-kadang pi kerja jam 9 pagi balik jam 3 ptg, jadinya kakak ibah pun nak ikut style macam tu juga. Aiyaarrkkkk...

nampaknya baba n ummi kena berlakon ker macam parent lain? rata-rata kawan-kawan dia mak ayah diorang kerja lecturer n guru sekolah. yang pergi kerja awal pagi, balik kerja lewat petang.

aduhai anakku.....

Sunday, May 24, 2009

Cerita

Sudah terlalu lama tak update. Banyak perkara berlaku akhir-akhir ini. Sibuk pun ya juga. Tapi orang lain pun sibuk juga. kan!

Kalut dalam pencarian staf baru di kedai baru, Star Parade. Semalam baru dapat. Rasa lega sikit walaupun temporary. Staf sedang bercuti semester dari UM. Nak masuk UM bln Julai ni. Jadinya ada masa sebulan nak kerja. Harap-harap lepasni nak kena iklankan cepat2.

susah sebenarnya nak cari staf yang boleh diharap. Hanya Allah yang tahu betapa gusarnya hati saya. Bebaru ni ada sorang staf datang inteview, sangat baik bagi saya.Berumur 18 tahun. Sudah berkahwin, baru lepas pantang. Tapi dia tak boleh membaca. Cuma boleh mengira. Alamak, terkejut saya, tak sangka zaman sekarang masih ada lagi oarng tak pandai membaca. Saja test dia nak tengok sejauh mana dia boleh membaca. Memang susah. Terpaksa mengeja. Saya teringatkan Kakak Ibah di rumah. Level yang sama macam staf ni.

apatah lagi saya mahu dia menaip di komputer. Langsung tak boleh. Sangat kasihan. andainya suami dia seorang suami yang baik. saya berdoa agar dibukakan pintu hatinya untuk mengajar isterinya membaca.

oh ya, harini ada perjumpaan ibu bapa guru di tadika kak ibah. dapat no. 1 dalam kelas. Alhmdulillah. tapi cikgu komen, seorang yang cepat dapat, tetapi agak malas dan nak cepat2 siap buat kerja sebab nak main. huhu.

Moga kakak ibah jadi anak yang solehah, pewaris dakwah, insyallah.

Wednesday, May 20, 2009

Kereta

haritu pernah suarakan pada suami tentang kereta kancil kita yang semakin 'tua' nya alahai. bebaru ni lalu di kedai kereta kat sg petani. nampak satu kereta yang berkenan. asalnya saja berenti tanya, pastu diminta test drive. cek sana, cik sini, kondisi masih dalam keadaan baik.

lepas discuss n istikharah, akhirnya beli juga. tapi kereta second hand aje. untuk ulang alik ke alor setar dan keselesaan anak-anak. nak beli kereta baru, tak mampu. bisnes kecil-kecilan lagi.kakak ibah orang yang paling happy. satu dunia dibertahunya. siap call tokma kat penang. haha. budak-budak ni kalo gembira, tak perlu di tahan-tahan ekspresinya.

alhamdulillah.... ya allah, letakkanlah dunia di tanganku, bukan dihatiku...

Tuesday, May 12, 2009

Lama tak Update

Tetiba kuar ni,

Agak sibuk dengan ini. Insyallah akan terus melebarkan sayap ke Alor Setar pula, sedang mencari staf. ada sesiapa nak bekerja? :)
Akan di buka 20 Mei 2009 Insyallah!

Terima kasih atas doa dan sokongan semua.

 
blog template by suckmylolly.com