Sudah terlalu lama tak update. Banyak perkara berlaku akhir-akhir ini. Sibuk pun ya juga. Tapi orang lain pun sibuk juga. kan!
Kalut dalam pencarian staf baru di kedai baru, Star Parade. Semalam baru dapat. Rasa lega sikit walaupun temporary. Staf sedang bercuti semester dari UM. Nak masuk UM bln Julai ni. Jadinya ada masa sebulan nak kerja. Harap-harap lepasni nak kena iklankan cepat2.
susah sebenarnya nak cari staf yang boleh diharap. Hanya Allah yang tahu betapa gusarnya hati saya. Bebaru ni ada sorang staf datang inteview, sangat baik bagi saya.Berumur 18 tahun. Sudah berkahwin, baru lepas pantang. Tapi dia tak boleh membaca. Cuma boleh mengira. Alamak, terkejut saya, tak sangka zaman sekarang masih ada lagi oarng tak pandai membaca. Saja test dia nak tengok sejauh mana dia boleh membaca. Memang susah. Terpaksa mengeja. Saya teringatkan Kakak Ibah di rumah. Level yang sama macam staf ni.
apatah lagi saya mahu dia menaip di komputer. Langsung tak boleh. Sangat kasihan. andainya suami dia seorang suami yang baik. saya berdoa agar dibukakan pintu hatinya untuk mengajar isterinya membaca.
oh ya, harini ada perjumpaan ibu bapa guru di tadika kak ibah. dapat no. 1 dalam kelas. Alhmdulillah. tapi cikgu komen, seorang yang cepat dapat, tetapi agak malas dan nak cepat2 siap buat kerja sebab nak main. huhu.
Moga kakak ibah jadi anak yang solehah, pewaris dakwah, insyallah.
Sunday, May 24, 2009
Cerita
Labels:
bisnes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment