thePencil.org Ar RaiYan: June 2009

Wednesday, June 03, 2009

Selamat Berangkat

Selamat berangkat buat adik ipar saya Wan Khadijah sekeluarga mengikut suami sambung belajar di France malam ini. Maaf tak dapat hadir, hanya wakilkan kakak Ibah menghantar di KLIA dan entry sikit untuk Khadijah yang kami panggil kakak. 

Kakak adalah adik pertama suami saya. Anak kedua dalam keluarga Wan Muda. Orangnya cool yakmat. Suka tersenyum, tak banyak cakap. Saya senang dan serasi dengannya. 
Banyak hal juga berkongsi dengannya, jika ada sebarang pertanyaan ngenai masalah wanita or anak, kakak biasanya akan sms saya. Berbincang dengannya agak senang, mungkin kerana dia agak matang berbading adik-adik lain.
Mak saya di Penang meminatinya. katanya susah nak jumpa wanita sebaik Khadijah. Macam kisah Khadijah lah! Mak saya pun suka bersembang dengannya. saya akui, karektor kakak berbeza berbanding yang lain. Yelah setiap orang punyai perangai masing-masing. Apatah lagi dibanding dengan saya, jauh langit dengan bumi. hehe. Kakak susah nak marah berbanding saya cepat naik angin, tu lah perangai Nusaibah menyalin perangai saya agaknya. menginsafkan. Kakak tak banyak songeh, berbanding saya suka komplen, dia juga rajin membantu,pandai dan suka memasak berbanding saya . Kakak juga bukan jenis yang lama sangat memilih, berbanding saya,tapi saya jika memilih ke arah yang lebih cantik. takpe kan!Bukan adakalanya seperti orang lain yang lama sangat buat pilihan itu tanak, ini tanak,akhirnya pilih benda yang entah apa-apa.hehe. 
Tapi takpe, memang perangai kami tak sama, sebab saya hanyalah kakak ipar.hehe. Memanglah tak sama perangai.
Entry kalini khas buat kakak, sebab nak bayar hutang tak dapat hantar kakak sekeluarga ke airport. Insyallah 2 tahun lagi kami ke Paris ya!
Buat Umar dan Fatimah... salam peluk cium dari maklong n paklong...muaahsss

kakak,ingat tak gambar ni? waktu kita sesama pulun buat kek masa kenuri ritu. kelakar kan!

 
blog template by suckmylolly.com