Selamat berangkat buat adik ipar saya Wan Khadijah sekeluarga mengikut suami sambung belajar di France malam ini. Maaf tak dapat hadir, hanya wakilkan kakak Ibah menghantar di KLIA dan entry sikit untuk Khadijah yang kami panggil kakak.
Kakak adalah adik pertama suami saya. Anak kedua dalam keluarga Wan Muda. Orangnya cool yakmat. Suka tersenyum, tak banyak cakap. Saya senang dan serasi dengannya.
Banyak hal juga berkongsi dengannya, jika ada sebarang pertanyaan ngenai masalah wanita or anak, kakak biasanya akan sms saya. Berbincang dengannya agak senang, mungkin kerana dia agak matang berbading adik-adik lain.
Mak saya di Penang meminatinya. katanya susah nak jumpa wanita sebaik Khadijah. Macam kisah Khadijah lah! Mak saya pun suka bersembang dengannya. saya akui, karektor kakak berbeza berbanding yang lain. Yelah setiap orang punyai perangai masing-masing. Apatah lagi dibanding dengan saya, jauh langit dengan bumi. hehe. Kakak susah nak marah berbanding saya cepat naik angin, tu lah perangai Nusaibah menyalin perangai saya agaknya. menginsafkan. Kakak tak banyak songeh, berbanding saya suka komplen, dia juga rajin membantu,pandai dan suka memasak berbanding saya . Kakak juga bukan jenis yang lama sangat memilih, berbanding saya,tapi saya jika memilih ke arah yang lebih cantik. takpe kan!Bukan adakalanya seperti orang lain yang lama sangat buat pilihan itu tanak, ini tanak,akhirnya pilih benda yang entah apa-apa.hehe.
Tapi takpe, memang perangai kami tak sama, sebab saya hanyalah kakak ipar.hehe. Memanglah tak sama perangai.
Entry kalini khas buat kakak, sebab nak bayar hutang tak dapat hantar kakak sekeluarga ke airport. Insyallah 2 tahun lagi kami ke Paris ya!
Buat Umar dan Fatimah... salam peluk cium dari maklong n paklong...muaahsss
kakak,ingat tak gambar ni? waktu kita sesama pulun buat kek masa kenuri ritu. kelakar kan!
5 comments:
Salam kak..
seronoknya baca entri2 akak...
bestnya adik ipar akak tu..sayapun menginginkan akhlak yg sedemikian rupa...doakan saya ye kak...
ui,,jauhnya belajar smpi ke paris.
belajar apa yer?
nadiah has left a new comment on your post "Selamat Berangkat":
kak kahadijah dah berangkat dah....hari tu tanya tapi tak ingat pula bulan june dia kak khadijah berangkat...
semoga kak khadijah baik2 je di sana dgn umar and fatimah and baby baru(baby yg bakal lahir kat sana)hehehehe
thanks for the entry khas buatku...
tak pe je ibah yang hantarkan...macam2 perangai dia yg kelakar..
tapi macam2 pulak kak najah tulis,macam terlebih2 cerita pulak:)
thanks jugak hadiah2 yg dibagi.fatimah punya je yg dah guna.iqra' tunggu diorang besar sikit,berebut nanti..
ida, hehe. ida pun baik orangnya
irfa, suami dia sambung PHD
kakak, tu la nampak fatimah pakai suar tu dlm blog along. hehe
Post a Comment