thePencil.org Ar RaiYan: September 2009

Wednesday, September 30, 2009

Vocab Tasneem

photoshoot dari umah Mck Chah di Teganu, pandangan depan

Pandangan sisi...

Bersama Kak Bah... nak sama besar ..

Tasneem Sofiyya sudah berumur 1 tahun 3 bulan. Lagi 3 bulan aje lagi gelaran 'adik' bakal dilupuskan dan bertukar kepada gelaran 'kakngah'. Manja... toksah cakap la. Tatau cemana datang adik baru nanti.

Ada beberapa vocab yang Tasneem cuba nak sampaikan dan tidak difahami oleh orang lain, kecuali ummi n baba, seperti,

"nak air" = nak dukung
"lalak" = berak
"nanak"=tanak
"nene"= neni (our maid)
"meme"= ummi
"bah"=kak ibah
"tada"= nak surprise kan orang
"eeei"= excited kepada sesuatu
"niii"=amek la barang kat tangan saya ni
"wawawa"=nak susu

perkataan lain seperti nak, baba, jom, cicak, nah semua difahami oleh semua orang

Tasneem ni unik sikit jarinya. Sebelah tangan kanan ada 6 jari. Risau jugua saya .heee
Kata Mama saya, "takpe...nanti bila Tasneem dah jadi doktor pakar ke, scientist ker, jutawan ker.. orang dah tak nampak dah jari dia yang lebih tu!"
uikss...materialistiknya orang! haha

Tuesday, September 29, 2009

Sudah Pandai Kak Ibah

Pertama kali budak berdua ni dapat peluang main pasir Pantai Batu Burok, Teganu

Kak Ibah sudah pandai membaca pada umur 4 tahun, syukur sudah mencapai target. Sekarangni sedang pulun habiskan dia Iqra' dan (English) Read Easy. English masih berterabur lagi. Tak seterer Umar sepupunya yang slanga ala-ala mat salleh tu. hehe

Sudahnya Kak Ibah sudah mula membaca blog saya. Bising dia kalau saya tak update blog. Apa yang tak bestnya, dia selalu menegur ejaan saya selalu salah. Yelah, saya taip ikut sedap aje. Rumah jadi umah, kasihan jadi sian. "ummi selalu salah eja, apala ummi ni," tegurnya. Aiyaarkk.. susah juga ya. gi mana nih?

Bila saya fikir semula, berbalik pada tujuan asal saya menulis blog adalah merupakan catatan perjalanan hidup saya, jatuh bangun saya dalam perniagaan, kejayaan dan kesedihan, suara hati saya serta kisah anak-anak saya. Semua tu saya tuliskan untuk anak-anak saya supaya mereka dapat membacanya pabila saya tiada nanti. Betapa susahnya ummi n baba mereka bertatih dan membina sebuah kehidupan. Lor... tetiba sedih la pulak. uhuk

Saya tahu, ramai yang singgah di blog ini (berdasarkan stats), walaupun entry yang tah apa-apa alahai. Ada peminat rupanya. hiks.Ada pula yang minta saya sambungkan kisah trip ke Bandung tempohari. lucu. Baru teringat, saya tulis separuh jalan! Ya Ampun...

Tapi ada statement dari orang yang saya sangat kenali mengatakan bahawa, kadang-kadang apa yang kita tulis tu macam nak berbangga diri pulak, macam nak tunjuk kat orang apa yang kita ada. Hmm...kalo begitu,ok juga jika diprivate kan saja blog bagi mengelakkan hal-hal ini berlaku. Hanya invited reader seperti kawan saya Aini dah buat tu. Hmm... sedang memikirkannya juga nih.

Sunday, September 27, 2009

Buat Rumah

Cerita mengenai rumah. Saya kira, kebanyakan rakan sebaya saya telah pun memiliki dan membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah. Rakan seuniversiti saya, Sakinah telah mempunyai 3 buah rumah, sebuah rumah Semi D yang beliau diami sekarang di Puchong Perdana (kinah, correct me), dua buah lagi adalah apartment/ flat untuk disewakan dan dijadikan properties. Hebat mereka kan! tu tak tengok rakan yang lain lagi. Ada sorang kawan tu memiliki 18 biji rumah sewa. perrghhh. Bayangkan aliran wang masuk setiap bulan untuk setiap biji rumah mereka tu.

Sebenarnya, kami tiada rumah sebiji pun. Kesiankan! huhu. Atas keprihatinan, mertua saya menghadiahkan sebidang tanah (kecik aje tau) untuk kami buat rumah di belakang rumah mereka. Mungkin juga mengharapkan supaya kami tinggal berdekatan dengan mereka. Saif pun anak sulung. Saya faham tanggungjawabnya. Terhadap ibu bapa yang utamanya, lepas tu barulah keluarganya (isteri dan anak-anak). Saya mengikut saja apa yang terbaik. Ada baiknya anak-anak saya tinggal rumah bersebelahan dengan tok ummi dan tok ayah mereka. Atleast anak-anak saya dibimbing dan diperhatikan selalu.

Mama saya berpesan supaya memuliakan mertua saya, sayangilah mereka seperti mana saya menyayangi ibu bapa kandung saya. Pernah suatu ketika kami mahu menyewa kediaman sendiri, tapi mama saya menegur supaya saya tinggal saja di rumah mertua selagi kami belum membeli rumah sendiri. Kata mama, "Apa kata diorang tiba-tiba saja korang nak berpindah?"

Memang saya punyai keinginan yang kuat untuk hidup di rumah sendiri. Sudah 6 tahun saya tinggal bersama mereka, maid disediakan (sebab tu saya tak pandai memasak wahai kawan-kawan). Saya kira, kejayaan dalam kehidupan kami sekarang ini, berkat pertolongan, keredhaan serta doa mertua saya. Alhamdulillah syukur.

Berbalik pada sebidang tanah kecil tersebut. Insyallah boleh la memuatkan keluarga kami 4-5 beranak ni. Kami pun bukannya ada duit sangat nak buat rumah ni sebenarnya.huhu.Tapi, Sebolehnya mahu guna duit simpanan sendiri dan jika perlu buat loan, mungkin sebahagian saja. (baca: kopak duit ku lepas ni. hehe)

Oh tuhan, tika ini saya mengharapkan duit jatuh bedebuk dari langit. Mungkin ada rezki di mana-mana. Tapi saya sangat teruja untuk memiliki rumah sendiri walaupun kecil. Dah siap rumah kecil ni, baru boleh fikir untuk membeli properties lain. Amin. Berdoalah!

Tika menulis entry ini, saya baru sedar diri betapa sudah lama saya tak mengamalkan solat sunat dhuha. Teruknya saya! hanya mahu mengharapkan rezki melimpah ruah saja!

Friday, September 25, 2009

Masih Berhari Raya

Belum pulang ke Perlis lagi... masih dalam mood hari raya...photoshoot dari Terengganu..heh

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin buat semua yang mengenali kami.
Dari kiri: Saif, Tasneem, Raiyan, Najah.
lokasi: Umah baru Su Mah

Thursday, September 17, 2009

Mat Jenin

Minggu lepas....
"Abang, kita buka stesen minyak Petronas nak?"
(bukan apa, sebab jalan kami pergi kerja takde stesen minyak yang senang nak access)

Minggu ni...
"Eh, kita bukak farmasi nak tak?"
(bukan apa, sebab laluan kami takde farmasi, nak singgah beli panadol pun payah)

apahal bini aku ni? sejak berbadan dua ni, angan-angan yang pelik-pelik (monolog Saif)

Harini..
"Abang, kita bukak kedai supply barang kek la... nak beli barang kek pun susah, kena beratur panjang kat Yonhin tu"

errkk....Saif pengsan. hehe
------------------------------------------------

Semalam pergi kedai kat Star Parade, alhamdulillah sales meningkat sedikit dari bulan lepas. Last month boleh cover sewa kedai aje. Bulan ni ok sket, nak raya mungkin. Nak kena promote lebih lagi. Banner kena pasang banyak lagi. Skarang baru 3 banner di pasang seluruh Alor Setar. Mana cukup. Tapi okla..ramai yang call tanya lokasi kedai. Ada customer tanya, "awat hangpa dok belah belakang ni, sampai tersesat makcik. Amboi makcik, nak dapat kedai sebijik tu pun payah. Inikan pulak nak dok depan. hehe"

Satu je kena ingat, kalo pasang banner... sebelum tamat tempoh aje, kena renew cepat-cepat kat majlis bandaran, nanti diorang rampas banner tu. Last week banner kami kena rampas satu kat jejantas Pekan Rabu. uhuk. lewat 2 hari. Mujur tempat lain diorang tak sempat nak bawak turun.

Buat warga Alor Setar, ini nak bagitau lagi skali alamat kedai, S-63, Tingkat 2, Star Parade (sama level dengan Reject Shop). Ajakla kawan-kawan ya. Komisen diberi jika anda mengangkut geng anda datang ke mari ;) bertanyalah pada staf kami untuk keterangan lanjut.

Friday, September 11, 2009

Survivor...

Semalam abang n ayah ke KL. Amik Aminah yang berkursus. Ummi mengambil kesempatan meluahkan hatinya. hehe. jeng... jeng...saspen aje.

Katanya, kawan saya nizah ada bagitau kekosongan part time lecturer kat xxx. Saya terus assume jawatan tu untuk Aminah ya? Yelah, skarang ni Aminah je yang masih berkebun anggur :)
ummi kata tak, untuk Saif. Aik... apekah??

Saif tanak mengajar ke? ummi risau tengok kedai korang sunyi macam takde orang je. Sales ok ke? Risau kalo korang teklah survive. See... mak yang tolong risaukan...hiks

Mak mana yang tak risau, anak menantunya terkontang kanting lagi, kais bulan ni, makan hujung bulan. haha. Manakan nak bayar kereta 3 biji tu (termasuk kereta mak saya di Penang), anak nak masuk 3 orang, rumah pun tak buat lagi. bayar loan lagi, bil itula, bil ini la...banyak nau expenses..

Sebenarnya, yang saya nampak. Mertua saya nak sangat anaknya jadi lecturer. Masuk government. secure. Anak menantu yang lain bakal doktor n phd. Tapi suami saya buat dek aje. Minatnya ke lain. Suami saya result bagus, dean list straight sem. Tapi masternya tak abis. tinggal nak buat thesis aja lagi. Satu sem aje. sayang kan? saya rasa macam nak pi sambung aje thesis dia tu. tapi nak buat cemana, kekangan masa. Sibuk, tiada kesempatan memikirkan masternya. Kalo tak, mesti sekarang ni saya ikut suami buat phd kat Menchester ka, France ka. hehe. Macam adik-adik ipar Khadijah n Aisyah yang mengikut suami masing-masing.

Takpe ummi, berdoa sajalah, mana nak tau akhir-akhir nanti Saif tu tetiba jadi lecturer ka, pegawai akaun ka. haha. Saya berseloroh, tapi ini bukan memain, doa ibu tiada hijab tau.

Eh abang, kalo nak jadi pegawai akaun, keja la kat LHDN ka... leh adjust2 sket cukai kita tu. muehehehehe

Saya ada sampaikan hal ini pada suami, pasal kerisauan ummi tentang kita. Kata saif, "usah terlalu risaukan masa depan, pastinya Allah sudah menjanjikan rejeki buat kita semua". itu kata-kata Aa Gym.Ya, ceramah Aa Gym banyak memberi motivasi pada saya. Selalu mendengar dalam kereta, siri ceramahnya yang kami beli dari Bandung bebaru ni.

hmm... moga Allah berkati segala usaha kita...

Saya? saya mau meneruskan perniagaan saya. Saya sudah selesa menjadi bos yang gila kuasa. muahahahaha

hmm...apa aku merepek di bulan puasa ni. pi sambung tadarus cepat!!

Tuesday, September 08, 2009

Miskinnyer Tasneem

Tengahari sewaktu saya di kedai, kakak Ibah call bagitau "ummi, miskinnyer Tasneem, kasut dia yang coklat tu dah terkoyak", saya menjawab, "pakai sajalah kasut baru yang pink tu". "takde la ummi, kasut tu ada dalam kereta baba".

Petangnya saya pulang ke rumah, nampak tasneem bersama 'kasut miskinnyer' (bak kata Kakak Ibah)

Alahai miskinnyer terkoyak sampai nampak ibu kaki. haha. Kakak Ibah dok bantai gelak. Seronok tengok ibu jari kaki adik terjulur keluar. Adik rilek aje dok jalan-jalan kat depan umah macam takde pape berlaku.Macamle takde kasut lain si Kak Ibah ni pakaikan, kasut koyak jugak yang dipakainya ker adik. uhuk. si kakak pun! harapkan pagar...

Monday, September 07, 2009

Hadiah harijadi in advance

Hari lahir kakak Ibah yang ke 5 tahun ialah next week. 19 sept, sehari sebelum raya. Tapi sekolah akan bercuti awal, jadi kalo nak celebrate dengan kawan-kawan tadikanya, kena la buat hari last cuti tu, 17 sept kot mula cuti. Lupa la pulak bila. hehe.

Petang tadi ke Alor Setar jenguk kedai kat Star Parade, sesambil tu terpikir tahun ni tanak bagi pack makanan ringan dah ler kat kawan-kawan dia, bagi kek dan hadiah seperti games atau benda yang boleh digunakan. Singgah kat sebuah kedai mainan, beli jigsaw puzzle 40 pack untuk kawan-kawan kak Ibah. ok la tu, sesambil cuti raya, sesambil diorang buat .

Untuk kak ibah, dia dah lama request barbie yang banyak baju sampai 10 pasang (ntah yang ke berapa ekor la ada kat umah tu). Asalnya nak bagi masa hari jadinya, tapi tah terkantoi pulak, dia nampak dulu. bagi ajelahh.... janji dia gembira sesangat
Kalo beli kat Kakak Ibah, Tasneem pun kena ada juga. Bagi dia set pancing ikan yang pakai bateri tu. High level punya mainan, mana dia reti nak main lagi. Pegang pancing pun tatau. sebenarnya beli set tu sebab nak challange main ramai-ramai. hehe.

Melopong aje Tasneem tatau nak main, ikan tu jalan laju sangat sampai tak sempat nak pancing. last-last tasneem ngelat, agaknya dia geram kot. dia tangkap ikan tu guna tangan dia. hihi .semua jerit, alaaaaaahhhhh!! spoiled je Tasneem nih
Minat betoi Tasneem dengan set barbie kakak Ibah, mengekor aje mana Kakak ibah pegi, nak main skali la tu..
tu diorang sedang on da way nak gi main kat atas buaian.

Tuesday, September 01, 2009

ISU KARTIKA - Tangani dengan objektif dan rasional

Di awal bulan mulia Ramadhan dan di ambang sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52, Malaysia digemparkan dengan isu pelaksanaan hukuman sebat ke atas seorang ibu berusia 32 tahun, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Pahang meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang. Pelbagai pihak memberikan maklumbalas yang berbeza, sementara media dalam dan luar negara pula menggembar-gemburka n isu ini hingga ianya menjadi satu polemik yang sensasi. Menurut perkembangan terkini, hukuman tersebut dikatakan akan disemak semula oleh pihak Mahkamah Syariah Pahang, atas desakan dan tekanan yang diterima.

Wanita JIM berpandangan perlunya isu ini dilihat dan dinilai dengan penuh objektif dan rasional, tidak semata-mata penuh emosi dan sensasi. Beberapa persoalan penting yang timbul berikutan polemik ini memerlukan jawapan tepat dan tindakan segera agar isu ini dapat selesai dengan cara terbaik, tanpa menggadaikan kredibiliti dan mengaibkan sesiapapun, khususnya institusi kehakiman syariah yang memayungi kehidupan umat Islam di Malaysia selama ini, juga tidak Kartika Sari Dewi dan keluarganya.

Isu hukuman sebat Kartika menimbulkan banyak persoalan, antaranya :
1. Sejauhmanakah sebenarnya tahap kesungguhan dan kesediaan umat Islam di Malaysia , struktur sistem pentadbiran dan kepimpinan negara yang ditunjangi oleh orang Islam dalam mempraktikkan ajaran Islam yang syumul dan menjanjikan kesejahteraan yang hakiki? Apabila mahkamah syariah di sebuah negeri menghukum dengan peruntukan enakmen yang diluluskan melalui prosedur yang betul, mengapa begitu ramai yang mempersoalkan keadilan dan kebijaksanaan keputusan tersebut? Bukankah itu boleh dianggap sebagai menghina mahkamah? Bagaimanakah pula caranya kejahilan dan kekeliruan umat Islam ini boleh diatasi – sehingga dibimbangi akidah dan keyakinan mereka begitu mudah terhakis dan tergugat, mengambil pendirian lebih berdasarkan emosi dan bukan berasaskan fakta dan sumber ilmu yang sahih?

2. Bagaimanakah boleh terjadi ketidakseragaman sistem, di mana apabila hukuman telah dijatuhkan oleh pihak penghakiman berdasarkan bukti dan hujah pihak pendakwaan, pihak pelaksana pula yang belum bersedia untuk melaksanakan hukuman tersebut kepada sipesalah? Di manakah silap dan salahnya, sehingga jelas sungguh ketempangan dan kekurangan yang ada dalam sistem kehakiman syariah di negara ini? Sampai bilakah harus berlaku perkara yang boleh memalukan institusi Islam khususnya dan umat Islam amnya?


3. Sampai bilakah agaknya, umat Islam di Malaysia terhalang dari menjalani kehidupan beragama sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Berapa ramai lagi orang Islam yang ikhlas dan insaf serta rela diadili dan menerima hukuman yang ditetapkan oleh kehakiman Islam tidak terbela dan dihalang dari melaksanakan ajaran agama mereka, sebagaimana juga Kartika Sari Dewi? Bagaimana pula dengan golongan yang menggelar diri mereka Muslim, namun terang-terangan tidak langsung menghormati ketetapan agama, malahan sentiasa pula mencemuh, memperlekeh dan mempersendakan Islam itu sendiri?

Wanita JIM menuntut jawapan yang tegas dan tindakan susulan yang segera bagi semua soalan-soalan di atas. Selagi mana tiada usaha merungkai persoalan asas tersebut, umat Islam di Malaysia akan terus menerus diselubungi kemelut kekeliruan dan kejahilan yang semakin menebal dan merugikan.

Wanita JIM mendesak agar semua pihak yang `menangguk di air keruh’, menggunakan kemelut isu hukuman sebat Kartika ini sebagai satu lagi `bukti’ ketidakadilan syariah Islam yang dianggap sentiasa menindas wanita, memberhentikan segera tindakan tersebut. Dalam masa yang sama, Wanita JIM menuntut sepenuh komitmen dan kebijaksanaan yang sewajarnya dari pihak kehakiman syariah di Malaysia agar segera melipatgandakan usaha meningkatkan kredibiliti institusi tersebut demi menjaga maruah dan nama baik Islam di mata masyarakat Malaysia dan antarabangsa.

Untuk Kartika Sari Dewi dan keluarganya, Wanita JIM mendoakan agar Allah SWT terus memberikan kekuatan dan sokongan untuk beliau menghayati kehidupan Islam yang sejahtera. Segala kesilapan dan dosa yang lalu, biarlah kekal menjadi sempadan dan peringatan

Semoga kemelut isu Kartika juga menjadi `pembuka mata’ kepada kita semua, betapa perlunya umat Islam di negara ini kembali kepada akidah yang sahih, penghayatan ilmu yang mantap dan keazaman yang tinggi dalam mempraktikkan Islam dalam kehidupan.

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj

Ketua Wanita Pusat

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

 
blog template by suckmylolly.com