thePencil.org Ar RaiYan: Sudah Pandai Kak Ibah

Tuesday, September 29, 2009

Sudah Pandai Kak Ibah

Pertama kali budak berdua ni dapat peluang main pasir Pantai Batu Burok, Teganu

Kak Ibah sudah pandai membaca pada umur 4 tahun, syukur sudah mencapai target. Sekarangni sedang pulun habiskan dia Iqra' dan (English) Read Easy. English masih berterabur lagi. Tak seterer Umar sepupunya yang slanga ala-ala mat salleh tu. hehe

Sudahnya Kak Ibah sudah mula membaca blog saya. Bising dia kalau saya tak update blog. Apa yang tak bestnya, dia selalu menegur ejaan saya selalu salah. Yelah, saya taip ikut sedap aje. Rumah jadi umah, kasihan jadi sian. "ummi selalu salah eja, apala ummi ni," tegurnya. Aiyaarkk.. susah juga ya. gi mana nih?

Bila saya fikir semula, berbalik pada tujuan asal saya menulis blog adalah merupakan catatan perjalanan hidup saya, jatuh bangun saya dalam perniagaan, kejayaan dan kesedihan, suara hati saya serta kisah anak-anak saya. Semua tu saya tuliskan untuk anak-anak saya supaya mereka dapat membacanya pabila saya tiada nanti. Betapa susahnya ummi n baba mereka bertatih dan membina sebuah kehidupan. Lor... tetiba sedih la pulak. uhuk

Saya tahu, ramai yang singgah di blog ini (berdasarkan stats), walaupun entry yang tah apa-apa alahai. Ada peminat rupanya. hiks.Ada pula yang minta saya sambungkan kisah trip ke Bandung tempohari. lucu. Baru teringat, saya tulis separuh jalan! Ya Ampun...

Tapi ada statement dari orang yang saya sangat kenali mengatakan bahawa, kadang-kadang apa yang kita tulis tu macam nak berbangga diri pulak, macam nak tunjuk kat orang apa yang kita ada. Hmm...kalo begitu,ok juga jika diprivate kan saja blog bagi mengelakkan hal-hal ini berlaku. Hanya invited reader seperti kawan saya Aini dah buat tu. Hmm... sedang memikirkannya juga nih.

4 comments:

Ummu Auni said...

hmph nak private blog? jgn lupa add saya

betul akak, nak cerita jem kekdg tu, tapi takut dianggap riyak.

nurinmz said...

ala kak jgnle, kdg2 malas nk login to read sudahnya xterbaca :P

Anonymous said...

Salam,saya suka baca blog najah.xpayah la privatekan.pengalaman & pengetahuan najah kdg2 bawa manfaat dan contoh pada pembaca mcm sy.;)

Puan Min

Najah Farahin said...

salam,
terharu saya...
-najah-

 
blog template by suckmylolly.com