Saif bepergian lagi, ke Jakarta 5 hari. Saya kembali menjadi supermom. Sangat sibuk weekend ni, kena set up program Smart Start, kursus untuk bakal pengantin 7-8 November kerjasama JIM dan LPPKN. Biasa lah.. kalo program kerjasama ni, kena la buat yang terbaik. Nak kena nampak perfect aje. Sentiasa bersedia kalo ada apa keperluan yang tak mencukupi. huhu. Alhamdulillah... kursus berakhir dengan jayanya. Orang LPPKN pun nampaknya berpuas hati dan ingin bekerja sama lagi. Silakan!! Cuma tempat kursus tak berapa best. Toilet problem. Lepasni kena cari tempat lain laa... post mortem..post mortem..
Terima kasih Pak Utih (En Shafiai) sebagai penceramah jemputan bagi pihak JIM. (sabtu orang LPPKN bagi talk, Ahad orang JIM bagi talk). Dapat feedback peserta, slot Pak Utih paling best!
Kesian anak-anak ditinggalkan 2 hari di rumah. Umminya sibuk betul sepanjang minggu lepas. Baba pulak takda. uhuk!
teringat pulak suatu ketika sambil tinggal bertiga....
Tasneem: Ummi, citak ! citak! (sambil tunjuk cicak kat ceiling)
Ummi: Ha'ah la dik, cicak (saya sebenarnya penat giler time tu)
Kak Ibah: Ummi rasa cicak tu nak pi mana ek?
Ummi: Mana la ummi tau... (jwpn pun dgn nada malas)
Kak Ibah: Sebenarnya cicak tu nak balik umah cicak laaaa. Apala ummi nih!
pulaak!
Monday, November 09, 2009
Bertiga...
tasneem
Labels:
anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
alahai comeynye tgk tasneem..mestila dia pilih laptop ummi sb comey cam dia gak, ehehe..
anak amoi lagila mentang2 lappy duk meja jepun lagilah dgn wayar2 dia main..bahaya...
salam. bila lagi ya agaknya JIM nak buat program smart start ni? saya teringin nak join..
maaf..lupa nak kenalkan diri..saya nazrah dari putrajaya..terjumpa blog puan semasa meng'google' tentang smart start..salm perkenalan.. :)
amoi, anak dah besar mana dah?tak pernah jumpa pun kita kan! huhu
nazrah, smart start dibuat setahun sekali. thn depan pula.
-najah-
Post a Comment