thePencil.org Ar RaiYan: January 2010

Sunday, January 31, 2010

Pemurah


Sudah sebulan Raiyan Nusaibah di dalam darjah satu. alhamdulillah, buat masa skarangni tiada masalah untuk bangun pagi. Ada 3 orang cikgu peberet dia, Cikgu Atikah, Ustz Yaser, Ustz Firdaus. Bila ditanya cikgu lain, dia kata tak ingat nama. Saya kenal cikgu-cikgunya terutama 3 orang cikgu diatas tu. Ada kelebihan masing-masing :). Manakala guru besarnya Ustz Fakhrul, pelanggan setia kedai buku kami :)

Jumaat bebaru ni tolong Ibah mengemas begnya, tetiba dia bagitau, "ada sorang kawan Ibah tu dia takde kaler, sian dia. Ibah bagi kaler Ibah yang kecik tu kat dia, sebab baba dah beli kaler besar kat Ibah semalam".
Aiyo...padahal kaler tu baru guna sekali aje.

baba: "ni baru sebulan sekolah dah sedekah kaler, bulan depan dia nak sedekah apa pulak ek. pemurah betoi anak kita nih"

Friday, January 29, 2010

I cried...

Maher Zain- Insyallah

http://www.youtube.com/watch?v=T7X_xf4TLQ4&feature=related

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


Thursday, January 28, 2010

Aduhai...

Ada seseorang memperkatakan mengenai saya di sini
http://ummuaisyah.multiply.com/journal/item/66/True_Friend_Indeed...

Aduhai nizah... saya tak mampu berbuat apa-apa untuk membantu Nizah. hanya mendengar dan mendengar, rupanya nizah amat menghargai apa yang saya buat padanya walaupun sekecil-kecil hal (hanya menjadi pendengar)

saya doakan nizah dapat harungi segala cabaran mendatang dengan penuh tabah dan lebih bersemangat. nizah hampir menggenggam master beberapa bulan saja lagi berbanding saya yang tak mampu lagi untuk sambung belajar (master) seperti nizah. saya tidak punya kekuatan, lantas kesibukan seharian menuntut saya melakukan pengorbanan. huhu

semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati nizah dan keluarga...
saya sayang kamu!!

Wednesday, January 27, 2010

Nak Tunggu atau Redah aje?

Setiap kali saya memikirkan sesuatu kerja terutamanya dalam bidang perniagaan, saya seringkali teringat kata-kata Dr IrfanKhairi mengenai usaha melakukan sesuatu. Kadang-kadang kita ada idea atau nak buat sesuatu, tengah dok bersemangat nih. tapi kita tunggu je dulu. Lama-lama semangat pun luntur dan kita pun mula lupa. Kadang nak mula dah sesuatu, tapi tunggu sampai perfect dulu. sampai penuh ilmu di dada.

Apa yang ada sekarang... buat aje lah, kadang-kadang saya redah aje. Contohnya macam buat kek, saya tak berapa pandai sangat deco, selalu takde idea, sape lah saya berbanding bakers yang lain yang sangat perfect menghias kek mereka. Tapi saya redah aje, cuba yang terbaik mungkin. Tawakal... moga pelanggan yang beli tu akan order lagi. huhu. Kalo nak tunggu perfect, sampai bila pun saya tak mula menjual dan mencuba.

As Dr IrfanKhairi said...
Tidak salahnya menjadi perfectionist sekiranya terbukti ia telah banyak membantu anda. Tetapi, sekiranya menjadi seorang perfectionist hanya melewat-lewatkan sesuatu kerja, atau langsung tidak mulakan sesuatu perniagaan kerana nak pastikan semuanya PERFECT atau SEMPURNA, maka, di situ timbulnya masalah.

Saya ada mengenali seorang kawan saya ni, dari duluuuu lagi nak mulakan perniagaan. Tetapi, dari dulu sampai kini, masih mencari ilmu, masih research, masih survey… sampai makan masa bertahun-tahun tak mulakan perniagaan… sebab dengan alasan, tak cukup ilmu lagi untuk mulakan perniagaan. Dirinya inginkan ilmu sepenuhnya & sempurna sebelum mulakan perniagaan.

Pastinya itu adalah kesilapan yang besar, kerana ILMU tidak akan CUKUP. Kalau belajar ilmu baru, sudah tentunya ada lagi ilmu lain yang belum belajar.

Nasihat saya, tak perlu jadi seorang “perfectionist” sekiranya ia hanya melewatkan matlamat kita. Sesuatu yang sempurna bagi kita (contoh: produk) mungkin belum lagi sempurna untuk orang lain (contoh: pelanggan). Go ALL OUT sementara motivasi dan momentum anda miliki. Cari ilmu dan juga perbaiki perniagaan kita along the way. Tak perlu tunggu sampai segala-galanya 100% perfect!

Monday, January 25, 2010

Sape belum kenal rempah ratus?

Saya mengaku, agak blur sikit... hehe...
tu la kau, mak suruh praktis masak awal-awal, kau malas...
saya cuma confuse no 8 dan 9 aje, eh 10 pun. yang lain kenal kot. eh, tapi tak juga...kadang-kadang hok lain pun leh jadi confuse. hehe

rujukan dari http://alkiram.net

1-Kulit Kayu Manis

2-Halba

3-Cengkih

4-Biji Lada Hitam

5-Biji Lada Puteh/Sulah

6-Bunga Lawang

7-Buah Keras

8-Jintan Puteh

9-JIntan Manis

10-Biji Ketumbar

11-Jintan Hitam/Habbatul Sauda’

12-Buah Pelaga

Sunday, January 24, 2010

dipanjangkan usia...

Saya dah 31 tahun harini (23rd jan 2010)...
Isk tua kan! more wiser... age is juzz a number la (sedapkan hati). Ada satu perasaan pelik saya rasa (patutnya memang kena ingat mati selalu sebelum-sebelumni pun).Saya rasa cam singkat aje hidup saya ni. Rasa macam tak lama aje. huhu. Pastu rasa cam banyak benda tak buat lagi...

mimpi yang aneh-aneh. orang mandikan dan kafankan saya... huh, aneh ke tu?

Saya terharu dapat sms dari mama... sungguh...
menceritakan detik-detik saya dilahirkan pada tarikh dan waktu ini. Panjang betoi sms mama...

Mungkin sebab rasa diri dah tua kot. Saya rasa biasa-biasa saja. Tak celebrate pun takpe. Nak celebrate? tunggu saya abis pantang dulu ye bang! :)

Nusaibah umur 20 tahun, saya umur 45 tahun... ok la tu kot! suruh dia kawen awal je lah. Eh, hidup lagi ke saya waktu tu?

dapat sms dari si dia, "cik najah, saya nak tempah kek 20 tingkat utk besday girpren saya sabtu ni leh tak?"

"boleh...boleh blah,hehe"

p/s: Semalam dapat sms dari pak utih, dia kata nanti bolehla nak tempah wedding kek masa kawen anak dia nanti... waah...saya sangat suka!!

Thursday, January 21, 2010

Fast Sales



Jualan Segera sempena Cuti Chinese New Year

date: 15 feb 2010

place: 1. self pick up at 2550, jln pdg nyu, arau
2. self pick up at Iqra' Books, plaza kangar (pasaraya hafifah)

type of cake: CUPCAKE (moist chocolate cake with buttercream + choc ganache)
size: M size (2.5 oz)

rate: rm25 perbox/ 12 pcs

available: available in 10 boxes

order? please sms me, 012-5735856 (najah)

Thursday, January 14, 2010

Baby Kauthar Hana

Alhamdulillah... alhamdulillah

Baby Kauthar telah selamat dilahirkan pada Rabu lalu 6 Jan 2010. Target 1 Jan, tapi tanak keluar :) dengan berat 3.55 kg. Seperti biasa Pusat Rawatan Mahsuri menjadi pilihan, juga di tangan Dr Zarina, terima kasih Dr! Juga ditemani oleh teman paling setia, terima kasih yang!

Belum sempat menceritakan pengalaman, kerana sibuk dengan kehadirannya dan baru keluar wad sebab jaundise. Sekarang ni kena routine cek up kat klinik. Kesian betoi kena amek darah setiap hari. huhu

Untuk tatapan mak pak sedara Kauthar yang jauh...

fresh from oven, sesaat selepas dilahirkan. We never forget this moment, menyaksikan anugerah tuhan...

Day 1, aaaarrrghh.... lapaar!!!!

Day 3

warded, jaundise

Our new board of directors,moga menjadi anak yang solehah pewaris dakwah. amin!

Friday, January 01, 2010

Tercapaikah?

salam tahun baru 2010,
saya sedih sebenarnya meninggalkan tahun 2009 tatkala melihat matahari terbenam 2009 semalam membuatkan saya mengingati kembali apa yang telah belaku sepanjang 2009, sarat dengan peristiwa, kenangan, pengajaran. Tapi apakan daya, masa terus berlalu...

Kat tepi blog ni ada senarai goal 2009, nak cek semula pencapaian,

Goal for this 2009

  • -New baby,another board of directors(dis)-- baby bagitau nak keluar tahun 2010. hehe. my due is on 8 jan 2010
  • -Bandung-Julai (DONE)-- ha'ah dah pegi, saya pi sekali aje... tapi saif bantai pergi sampai 2 kali ,kali ketiga dia nak pi lagi. tu pun saya tak bagi sebab saya dah sarat
  • -Iqra' Books entering schools-Feb-- yang ni memang betul-betul tak tercapai sebab tak sempat, kekangan tenaga. masuk sekolah selected aje/ sekolah tersebut yang datang cari kami.huhu. tapi dapat pengalaman pertama kali masuk/ supply library Negeri Perlis :)
  • -New Branch Shop-Feb(DONE)-- alhamdulillah, cawangan telah dibuka di Star Parade, Alor Setar pada Julai 2009
  • -Proper website for biz-Mac (Done)-- yup done! walaupun takde la terlalu proper web tu, tapi ia memudahkan pelanggan, itu tujuan saya
  • -Kak Ibah can read-Mei(DONE) -- yang paling indah dalam tahun 2009, boleh membaca pada umur 4 tahun. sekarang pulun dengan iqra' pula
  • -Send Proposal to PTS- August-- NOT DONE, sibuk sampai terlupa
  • - Car -June(DONE)-- kami beli 2nd hand, but its worth... nak beli baru... makan pasir le dulu. hihi
on 2010... ya enjin dah start. tapi mungkin berehat selama 2 bulan (jan-feb) dalam tempoh berpantang dan memang buat kerja dari rumah pun. hehe. cuma kalini bertambah ahli keluarga baru dan perlu lebih perhatian pada si kecik yang bakal tiba ni. but few thing sudah dalam kepala insyallah. terutamanya dalam kerja-kerja jim mungkin perlu dilipatgandakan usaha dari yang sebelumni.
tahun ni mungkin menumpukan pada pencarian duit untuk membuat rumah kecil kami ...
amin...ya rabb!

 
blog template by suckmylolly.com