thePencil.org Ar RaiYan: Nak Tunggu atau Redah aje?

Wednesday, January 27, 2010

Nak Tunggu atau Redah aje?

Setiap kali saya memikirkan sesuatu kerja terutamanya dalam bidang perniagaan, saya seringkali teringat kata-kata Dr IrfanKhairi mengenai usaha melakukan sesuatu. Kadang-kadang kita ada idea atau nak buat sesuatu, tengah dok bersemangat nih. tapi kita tunggu je dulu. Lama-lama semangat pun luntur dan kita pun mula lupa. Kadang nak mula dah sesuatu, tapi tunggu sampai perfect dulu. sampai penuh ilmu di dada.

Apa yang ada sekarang... buat aje lah, kadang-kadang saya redah aje. Contohnya macam buat kek, saya tak berapa pandai sangat deco, selalu takde idea, sape lah saya berbanding bakers yang lain yang sangat perfect menghias kek mereka. Tapi saya redah aje, cuba yang terbaik mungkin. Tawakal... moga pelanggan yang beli tu akan order lagi. huhu. Kalo nak tunggu perfect, sampai bila pun saya tak mula menjual dan mencuba.

As Dr IrfanKhairi said...
Tidak salahnya menjadi perfectionist sekiranya terbukti ia telah banyak membantu anda. Tetapi, sekiranya menjadi seorang perfectionist hanya melewat-lewatkan sesuatu kerja, atau langsung tidak mulakan sesuatu perniagaan kerana nak pastikan semuanya PERFECT atau SEMPURNA, maka, di situ timbulnya masalah.

Saya ada mengenali seorang kawan saya ni, dari duluuuu lagi nak mulakan perniagaan. Tetapi, dari dulu sampai kini, masih mencari ilmu, masih research, masih survey… sampai makan masa bertahun-tahun tak mulakan perniagaan… sebab dengan alasan, tak cukup ilmu lagi untuk mulakan perniagaan. Dirinya inginkan ilmu sepenuhnya & sempurna sebelum mulakan perniagaan.

Pastinya itu adalah kesilapan yang besar, kerana ILMU tidak akan CUKUP. Kalau belajar ilmu baru, sudah tentunya ada lagi ilmu lain yang belum belajar.

Nasihat saya, tak perlu jadi seorang “perfectionist” sekiranya ia hanya melewatkan matlamat kita. Sesuatu yang sempurna bagi kita (contoh: produk) mungkin belum lagi sempurna untuk orang lain (contoh: pelanggan). Go ALL OUT sementara motivasi dan momentum anda miliki. Cari ilmu dan juga perbaiki perniagaan kita along the way. Tak perlu tunggu sampai segala-galanya 100% perfect!

3 comments:

mazz said...

thanks farah.....satu motivasi utk saya....skang atas nasihat awk dan dlm keadaan takut2 berani...sy redah jer...doakan sy berjaya mcm awk ek

Najah Farahin said...

maz,
saya ni merangkak rangkak juga. hehe.anyway.. good luck maz!
-najah-

sofi cakes said...

A'kum...
Saya setju sgt2 dgn kata2 Dr.Irfan tu. sy pun buat biz kek gak tp degree dlm accntg. leh ler share ngan akak yer?(ye ker akak?) kalu nak tggu perfect tak jadi ler kek saya tu. Leh ler visit blog saya...sofiahhassan@blogspot.com (hehehe..promosi ler plak)
Akak mesti dah pro ni..sy masih lg merangkak...tu yg kt ilmu masih byk perlu dicr. anyway good luck...
lastly kenal Jusinar tak?(sempat lagi tu...)

 
blog template by suckmylolly.com