thePencil.org Ar RaiYan: pertengahan ramadhan

Saturday, August 13, 2011

pertengahan ramadhan

salam...
harini jumaat. penghulu segala hari. paling mulia.cepatnya masa berlalu. sudah 12 ramadhan. mana checklist tu? hilang dah? senarai yang saya nak buat masa ramadhan. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. niat mahu menulis buku tak kesampaian lagi. tapi dapat menyiapkan tugasan untuk program Tadarus n Iftar Tunas Taqwa untuk 17 ramadhan ni. tu pun kerja2 dengan bantuan adinda balqis. thanks ya cik qis. nanti kiter bagi upah yer.alhamdulillah. menanti hari dan harapnya ramaila peserta. ameen. doakan

website tshirt, tak bergerak juga walaupun lambakan stok tshirt banyak. adoila. ni satu hal. kata sifu pts, Pn Ainon, seorang usahawan yang ingin berjaya, jangan jadi usahawan maintanance, jadi la usahawan builder. ape tu? maksudnya, dari segi maintainance- pengurusan dalaman, tinggalkanlah pada staf atau pada partner. usahawan builder perlu memikirkan bagaimana cara untuk kembangkan bisnes. jadi saya ni, usahawan maintainance+builder sekaligus. sebab tu la bisnes tak berkembang. maintainance saya buat, builder kena buat. tp bab builder tu yang dok slow skarang ni. maintainance pun slow jugak. last-last, dua - dua tak buat. isk. apa nak jadi nih. moga ruh ramadhan meresapla masuk banyak-banyak dalam diri saya untuk bangun n fikirkan sesuatu. bergerak cepat tanpa menoleh kebelakang. ameen..

alhamdulillah, berkat reminder saif, sebelah siangnya dapat juga ajar tasneem iqra. waah, satu potensi yang baru saya nampak dalam diri budak ni, cepat dapat rupanya. tapi yang nak tergelak, kalo satu huruf tu dia lupa dia akan sebut, ' isk huruf ni tak ingatla' aiya. pastu sesambil baca iqra, boleh stop sembang2 pulak. mintak nak minum susu la. perati kauthar main la. berebut iqra la. ini lah dikatakan budak-budak. saya layankan ajer. bila ajar iqra, sikit2 cukup, nanti boring pula. tapi dia tak boring pulak, nak baca banyak mukasurat. moga cepat abis anak oi...
nanti boleh baca quran n boleh hafal quran pula. sekarang boleh hafal surah sikit-sikit pun jadikla. bila masuk 4 years tahun depan, takde la susahkan cikgu kat tadika nak ajar. sebab mak dia dah ajar siap2. macam kak ibah dulu, cikgu sambung jer ajar. basicnya ummi dan tok ummi dah ajar sikit-sikit.

hmmm... tatau la ni rungutan atau apa, masa zaman kak ibah dulu saya tak sesibuk sekarang. zaman tasneem n kauthar, saya jadi agak sibuk dengan kerja. untuk 2012 ni saya kena restructure balik skop kerja dan tugasan saya. apesal 2012? awat bukan sekarang? tu kalo panjang umur... andainya takde penghujung 2011 ni?
yaa, mungkin sebab azam baru tambahan pulak hujung tahun ni sibuk nak masuk rumah baru. jadi rutin hidup agak kelamkabut sikit kot sebab nak tengok rumah lagi, kek lagi, duit lagi....

 kakak ibah-tudung pink bertugas memberikan pamplet pada orang ramai semasa siri kutipan dana AQSA2GAZA semalam di bazaar ramadhan arau. terima kasih baba kerana melibatkan anak-anak dalam program palestine. moga ini dapat meninggalkan ruh jihad dan kesan yang mendalam....

No comments:

 
blog template by suckmylolly.com