assalamualaikum,
dah lama betul tak update blog ni. ape khabar blog. hihi. hmmm.... saya pun tatau apa yang saya sibukkan. oh ya, saya sedang sibuk cari duit utk top up rumah. alhamdulillah sudah 60% siap mungkin.. lambatkan? ye laa.... cari dana sendiri, memang la lambat siap. ada duit... kerja jalan, takda duit... diam kejap. tapi sungguh menyeksakan dalam masa yang sama, sangatla mengujakan... dalam hati dok tanya, bila la nak siap....bila la nak siap... alahai...
andainya duit turun bedebuk dari langit harini.......
oh ya, bebaru proposal yang saya hantar pd satu jabatan dah lulus, untuk projek 10k. alhamdulillah, sebab kebetulan jabatan ni nak perabis bajet kot. masyallah, rasa nak lompat suka. nak sujud syukur time tuuu la jugak. tapi belum dapat buat lagi, penghujung disember insyallah dpt laksanakan projek tu. boleh la buat beli tiles untuk rumah baru. alhamdulillah...
harini isnin, free sikit takda order. tapi esok ada... kena buat red velvet n carrotcake. so harini agendanya untuk survey sikit-sikit perihal barang-barang rumah seperti kat mana contact number cabinet, katmana nak cari tiles n pergio, lampu, almari dan few design yang kena siapkan n setelkan.
terus terang, saya tak pandai semua ini. tapi terpaksa demi rumah yang dibina sekali saja seumur hidup. dengan kes bajet yang kecik2 nih...tak berapa nak cukup ni. buat asas2 ja la dulu...huhu
doakan!
ni dah siapkan biz baru, pinkayu/ brooch... ni bisnes anak2 ja, bisnes kakak ibah. tapi sian dia... pi jual kat sekolah. barang laku, duit jualan takda. katanya kawan-kawan mtk hutang, ada sorang aje bayar hutang pinkayu dia. dia kata malu nak mintak. hehe. anak bertuaahh sungguh. takpa nak, ni praktis meniaga....
ini dia, taraaaaaa http://pinkayucomel.blogspot.com/ untuk makcik2 yang ak jadi agent tuuu sila-silakan laahh
Monday, November 14, 2011
updated...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
arwah nenek el dulu pun, jual barang, hutang semuanya. tapi dia tak kisah. cukup bulan, dia akan pergi semula menjaja barangan lain dan menjual. org yang beli akan bayar sedikit selesaikan hutang tapi beli pulak benda baru dan berhutang lagi...
:) kakah ibah kena ajar kawan2, tak baik berhutang... kalau hutang kena ada saksi dan mesti dilangsaikan.
hihi tu la mck el, ibah ni lembut hati. insyallah ibah akan belajar dari masa ke semasa
Post a Comment