thePencil.org Ar RaiYan

Thursday, January 18, 2007

Dugaan...

Mak saya di kampung beritahu yang kedai kami hilang habis barang-barang besi di curi oleh penyangak/ penagih dadah. Periuk nasi besar, kuali, laci besi meja pun hilang, hatta tong gas pun di angkutnya. Sebelum ni, arwah ayah yang angkat dan simpan semua dalam bilik kat umah setiap kali lepas berniaga. Tapi sejak ayah meninggal, mak saya memang tak larat angkat semua sekali.kes ini berleluasa sekarang di kampung kami. Bulan lepas kedai runcit seberang jalan di samun. Semua yang buat tu, anak melayu kampung tu jugak. Apa nak jadi nih....
Kesian mak saya. Bagaimana dia nak berniaga, barang-barang peralatan habis dicuri. Bukan senang nak beli semula semua peralatan tu. Memerlukan kos yang banyak. sedih sekali. oh tuhan, patutkah saya mendoakan kehancuran bagi pencuri- pencuri yang tak berguna tu? Saya sudah hilang sabar dalam hal ini.Mengambil hak kami seumpama merampas harta anak yatim, hilang semua barang-barang peralatan, kerana dari hasil jualan itulah mak saya menyara adik-adik saya yang masih bersekolah.
Kalini mereka terlepas, tapi di akhirat nanti kami menuntut apa yang kamu lakukan terhadap keluarga kami di hadapan Allah taala. Ya, janji saya. tunggulah! saya merasa tercabar jika hal ini melibatkan kesusahan keluarga saya.
Bercampur baur perasaan saya sekarang. Marah, sedih, teraniaya dan sebagainya. Saya membuka buku La tahzan kini....

Ya Allah, gentikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai menyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. Berikan rasa damai bagi jiwa- jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, hindarkan kami dari segala kesedihan, hilangkan kesengsaran, dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.

Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan,kecuali hanya takut kepadaMu. Kami berlindung dan bertawakal, hanya kepadaMu. kami berlindung dari kepasrahan kecuali hanya pasrah kepadaMu. Kami meminta hanya kepadaMu, memohon pertolongan hanya kepadaMu. Hanya Engkaulah sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong

-Dr 'Aidh Al- Qarni-
Buku La Tahzan

Wednesday, January 17, 2007

Kenalan baru

Beberapa hari lepas saya menerima kunjungan emel dari seorang kenalan baru. Lulusan luar negara, dalam bidang kejuruteraan. Rupanya, suaminya adalah rakan sekelas saya semasa di sekolah menengah dulu. Orang bijak pandai mereka ni.
Kenalan baru saya ni sebenarnya selalu membaca blog saya (yang tepape ni.hehe). oo.. silent reader rupanya. ramai yang emel saya menyatakan selalu singgah di blog saya. Tapi mereka-mereka ni jarang sekali meninggalkan jejak. susahlah saya nak kenal :)
Menurut kenalan baru saya ni, dia begitu minat membaca blog saya kerana byk cerita pasal usaha dan aspirasi untuk berniaga. kenalan baru saya ini pun ada menyimpan cita-cita nak jd usahawan dari rumah.
Apalah yang ada pada saya ni. Saya kira pendapatan kenalan baru saya ni, berganda-ganda lebih banyak dari saya :).
Saya lakukan semua ini adalah minat saya dari kecil untuk berniaga. Dan.. salah satu darinya,kerana saya sedang membantu mak saya yang merupakan seorang ibu tunggal. Mak saya menghidap diabetes sejak saya masih kecil. Jadi, dia perlukan rehat dan dia perlu kurang melakukan kerja-kerja berat. sejak ayah saya meninggal, mak saya seorang sahaja yang bertungkus-lumus menyara adik-adik saya yang masih belajar. Saya terlalu kesihankan dia. Lantaran menuntut saya bekerja keras. Mungkin ini hikmahnya saya tak dapat interbiu jawatan pegawai zat makanan beberapa tahun lalu :),Allah melorongkan jalan ini rupanya. Baru saya sedar.
Aduhai kenalan baru saya,
saya mencemburui anda, kerana anda datang dari keluarga yang berada.Tidak banyak tanggungan yang perlu difikirkan (mungkin).Dapat berpeluang belajar hingga ke luar negara serta menjawat jawatan besar di dalam syarikat/organisasi.
My dear sis,"We need more mukmin professionals in the corporate world to become decision makers: from internal policy, to media advertisements, community projects, recruitment, and much more, including to become role models to fellow colleagues and staffs as well as to the society." Said your friend (juzz quote)

Tuesday, January 16, 2007

Betul tak??

Two men were on a plane on a business trip when a Muslim couple boarded the plane and were seated right in front of them. The two men, eager to have some fun, started talking loudly. "My boss is sending me to Saudi Arabia",the one said, "But I don't want to go...too many Muslims there!"

The Muslim couple noticeably heard and grew uncomfortable. The other guy laughed, "Oh, yeah, my boss wanted to send me to Pakistan but I refused...WAY too many Muslims!" Smiling, the first man said, "One time I was in Iran but I HATED the fact that there were so many Muslims!" The couple fidgeted.

The other guy responded, "Oh, yeah...you can't go ANYWHERE to get away from them... the last time I was in FRANCE I ran into a bunch of them too!" The first guy was laughing hysterically as he added, "That is why you'll never see me in Indonesia... WAY too many Muslims!"

At this, the Muslim man turned around and responded politely, "Why don't you go to Hell?", he asked, "I heard there's NO Muslim THERE!"

emel: hidayahnet@yahoogroups.com

Monday, January 15, 2007

Iklan Translation!!

Adik saya, kini sedang berada di tahun kedua, UKM dalam kursus sarjana muda Bahasa Inggeris(Linguistik) mengambil upah translation (Malay- English). Bayaran dikenakan rm12 per fullpage. Siap di taip. Hubungi saya, salju79@yahoo.com or sms 012- 5735856 jika anda berminat.

Sunday, January 14, 2007

Darul Qur'an

Suasana di Darul Qur'an mendamaikan. Sampai terlupa nak merakamkan pemandangan di DQ. Takpe, Den dapat doksana setahun sebelum masuk UIA. Tahniah Den, dapat biasiswa DQ !! Sebelah kaki nak menapak ke UIA dah tuh!and...The best moment is...tak sangka dapat jumpa Ust Megat and his wife Muallimah Mahani. Guru-guru saya semasa di sekolah rendah dulu. Mereka juga menghantar anak ke DQ juga. Rasa macam tak percaya pabila Muallimah Mahani masih ingat nama saya. dia mengajar bahasa arab ketika saya berumur 8 tahun, see? how nice it is.
Selepas hantar Den,taklimat pelajar baru till tengahari,so ummi bersama Den di DQ. Kami (me,Nusaibah n abg) terus ke KL beli stok buku dan qur'an tafsir. Sempat ke beberapa publisher (alhidayah, darul fikir, fajar ilmu, pustaka mukmin, pustaka Indonesia) dalam keadaan rushing sgt sebab semalamkan sabtu. Banyak kedai half day. sempat lagi ke Mydin n jalan TAR memborong tudung sementara suami ke pustaka mukmin.Memenatkan,dengan mendukung Nusaibah (yang mengamuk keletihan n panas). Oh, KL... saya taknak dok KL, suasana yang memeningkan. hehe.
Pulang hari sabtu tu juga, sampai di Arau jam 1.30 pagi (Ahad). Macam tak percaya saya boleh drive sampai ke Arau dari Sg Perak dinihari sebegitu :)


Den,Nusaibah and Tok Ummi

p/s:aisyah, terer wo tok umi first time naik komuter sorang-sorang dari Rawang ke KL Central. Kami risau kot2 tok umi terlepas ke Seremban.hehe

Friday, January 12, 2007

Akhirnya...


Selamat datang ke Sinarmawaddah Ent
2550, KM 2 Jalan Padang Nyu,
02600 Arau,Perlis
(berhampiran gate Uitm Arau)
services:photocopy,publishing,stationaries,Islamic tshirts&bookstore

kadang-kadang kena overtime sampai kol 4 pagi.huhu.

Tuesday, January 09, 2007

Perlu Rajin Bertanya

Saya memang seorang yang cukup malu bertanya. tapi... kalo nak bukak bisnes kena la rajin bertanya. Semalam abang temankan pergi sekolah n ipt serata Arau. Masuk kat koperasi mereka.Banyaknya abang yang tolong tanya. Saya masih malu-malu. hehe. Dari 4 buah sekolah yang kami pergi. SMK Dato' Sheikh punya koperasi yang tersusun pengurusannya. kredit to SMK Dato' Sheikh :). daripada 6 tempat kami pergi, 3 tempat boleh menerima produk kami. Alhamdulillah. Yang lelain masih belum memberi jawapan. Abang kata, ok la tu... hari pertama n pertama kali, tu salah satu training pada diri agar tidak malu bertanya :)
fuh, banyak lagi plan n tindakan susulan selepas ini. Moga saya berjaya n diberi kekuatan ya Allah!!

terjumpa post ni,

Takut kena reject!
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan

Beberapa hari lepas saya ada menyebut tentang perasaan malu dalam memulakan perniagaan.Antara faktor utama seseorang itu tidak memulakan perniagaan adalah: Takut kepada rejection!
Kita takut bahawa orang yang kita cuba menjual produk atau perkhidmatan kita, menolak produk atau perkhidmatan kita. Dalam hal ini, terdapat 2 pesanan:

1: Sekiranya anda takut rejection, maka, bidang perniagaan bukanlah untuk anda.
Ini adalah kerana, secara purata, daripada 10 pelanggan yang anda cuba menjual, 8 akan reject product atau perkhdmatan anda! Fahami bahawa dalam menjual sesuatu, semestinya terdapat lebih ramai orang yang akan menolak produk dan perkhidmatan anda daripada menerimanya.

2: Sekiranya anda takut rejection, fahami bahawa penolakan produk dan perkhidmatan anda bukanlah sebab personal (bukan sebab prospect tersebut tidak suka anda!). Cuma, mereka menolak produk dan perkhidmatan anda kerana, mereka tidak memerlukannya, mereka tidak mahu, mereka tidak boleh gunakannya, mereka tidak mampu atau apa sahaja sebab.

Jadi, jangan takut rejection. Dalam perniagaan, rejection adalah kebiasaan.

Monday, January 08, 2007

Antara Teman- Teman Serumah Saya

Alhamdulillah, betapa bersyukurnya saya pada kehidupan ini. Keluarga, rakan taulan yang baik-baik. Saya banyak belajar melalui pemerhatian sekeliling. Ramai yang boleh saya jadika contoh yang baik untuk diri saya. Salah satunya ibu mertua saya. saya kagum dengannya, seorang yang begitu tekun menadah ilmu n rajin membaca. Penuhi masa terluang dengan membaca.Bangun dinihari boleh sambung membaca. Saya kira bertuah dikurniakan Allah mertua yang sebegini. Seorang terpelajar,komited,sopan santun, memegang jawatan tinggi, tetapi biasa-biasa saja dirinya.
Saya terharu apabila dulunya saya pernah meminjam modal perniagaan sebanyak 3K padanya, dia hadiahkan hutang saya itu pada akaun tabung haji anak saya, Nusaibah.

saya rasa....masih relevan kah lagi watak ibu mertua seperti filem P.Ramlee- Ibu Mertuaku, di zaman kini??

Sunday, January 07, 2007

Sabtu pertama 07

Kepala berpusing-pusing dan berpinar-pinar. gagahi juga memandu untuk sampai ke tempat daurah adik-adik. sebab dah janji dengan Dr Kamariah. Nasib baik Nizah ada, dapat sedikit sebanyak membantu melancarkan perjalanan program. Thanks Nizah, sanggup tinggal baby kecil kat umah semata-mata nak datang bantu.
Alhamdulillah.... program daurah adik-adik berjalan seperti yang diharapkan. tema dan objektif kalini mengenai Public Speaking. Banyak ilmu yang dapat mereka pelajari dari Dr Kamariah.
Balik umah, masih dalam keadaan pening-peing lalat. Kesian Nusaibah, tak terlayan dia haritu. Tido aje saya seharian. Abang sibuk dengan projek printing (photostat n binding). Sekali Uitm bukak semester, memang pakat-pakat kalut. Tempahan datang sampai naik pening. hehe. Tido pun tak tentu. Siap tertido kat sofa kedai saya ni.haha

Wednesday, January 03, 2007

Selamat Jalan Sahabat

Lagi 4 hari sebelum aidiladha, sahabat baik saya,Jannah sms.. "saya kena posting ket sarawak la". aiseeeh... terbayang kesedihan membuat kerja tanpa dirinya. Seorang yang amat rajin dan komited. Kalo dalam jemaah, memang saya partner bersama dengannya. Kerja senang dan jadi mudah. Seorang yang simple, kalo malas bawak kelisanya, dia merempit aje ngan motor ,senang diajak kemana-mana.Selalu share rahsia bersama. Buat ketupat pun bersama.hehe.
Rezeki kawan saya, kami bersama pergi exam KPLI, dia yang dapat. saya tak dapat. Mungkin atas niat, niat saya masatu harap-harap tak dapat sebab takut kena posting jauh,tapi pergi aje exam-test power. Niat dia, memang dia nak jadi seorang guru.Tak kisah posting di hulu mana sekalipun.lepas dia menghadiri kursus KPLI selama setahun di Maktab Perlis. tahun 2007, di posting ke Limbang,Sarawak. Saya dah agak dah, mesti dia kena kot belah sana.hehe.
Pergila sahabatku, teruskan perjuangan mu. Kenangilah kenangan kita bersama.Kami sentiasa merindui awak.
Sempat buat jamuan perpisahan pekena ikan bakaq di Kuala Perlis antara geng berempat. Perrghh... angkut suami masing-masing.hehe
Skarang tinggal bertiga with Nizah n Jus. huhu.

dari kiri belakang:Jannah,Jus,depan-Nizah

 
blog template by suckmylolly.com